Ahad, 23 Mei 2010
Bacaan Surah Sebelum Tidur
Posted by Wafi at 5/23/2010 07:25:00 PTG 0 comments
Labels: tazkirah
Sabtu, 22 Mei 2010
sepotong hadis
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sore hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.
Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”
Posted by Wafi at 5/22/2010 06:07:00 PTG 2 comments
Labels: tazkirah
Jumaat, 21 Mei 2010
12 GOLONGAN
Firman Allah SWT dalam surah al-Naba ayat 18 " Iaitu hari ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.
Diriwayatkan bahawa ayat ini [ernah ditanya oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya "Ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?" Maka Rasulullah menangis sebelum menjawab soalan. Sabda baginda.. : Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan masuk NERAKA dan 1 golongan sahaja akan masuk SYURGA.
Posted by Wafi at 5/21/2010 10:38:00 PTG 3 comments
Isnin, 17 Mei 2010
Dihina, tapi masih memaafkan orang yang menghinanya...
Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
Posted by Wafi at 5/17/2010 02:41:00 PTG 0 comments
Labels: tazkirah
Rabu, 12 Mei 2010
Mari lihat proses kejadian ayam dari telur.. SubhanaAllah
Posted by Wafi at 5/12/2010 10:59:00 PTG 4 comments
Labels: info
Rabu, 5 Mei 2010
Siapa idola anda? Adakah anda kenal idola anda?
Hari ni nk wafi nk tanya sikit... Siapa idola anda? Adakah anda betul2 kenal idola anda...
Bagi wafi kita sebagai orang Islam perlulah memilih idola yang sesuai...Dan idola yang paling sesuai bg orang Islam tidak lain melainkan manusia teragung... nabi Muhammad SAW..So arini wafi nak share sikit psl biodata nabi Muhammad SAW
BIODATA RASULULLAH S.A.W.
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
Posted by Wafi at 5/05/2010 11:24:00 PTG 0 comments
Isnin, 3 Mei 2010
Mari segerakan solat Subuh.....
Mari kawan2 jgnlah kita melewatkan solat subuh... sebelum tidur kita niat untuk bangun awal untuk solat subuh.. InsyaAllah kita akan bangun...
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
i) Solat fardhu wajib dilaksanakan dalam waktunya. Ia tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekali pun kerana meninggalkan solat termasuk dalam dosa-dosa besar sehinggakan dalam keadaan sakit yang tenat (teruk) sekali pun di mana jika hanya mata sahaja yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan juga iaitu dengan menggunakan isyarat mata..
Posted by Wafi at 5/03/2010 06:52:00 PTG 0 comments
Labels: tazkirah
Ahad, 2 Mei 2010
mari baca Al-quran... mulakan dengan sehelai setiap hari...
A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Posted by Wafi at 5/02/2010 11:46:00 PTG 0 comments
Labels: tazkirah