Jumaat, 27 Mei 2011

Aku ditegur!

Dik, belajar mana cara ambil wuduk? (xkan nak jawab belajar masa sekolah dulu kan,maka aku pun jawab…) Err.. salah kah pokcik cara saya berwuduk? Kalau salah tolong betulkan. 

(aku jarang ambil wuduk sebegini, cuma dekat masjid tu ada satu paip air ni terlalu rendah posisi menyebabkan cara aku ambil wuduk tu salah)

Maka pokcik ni pun menerangkan gaya air mesti mengalir ke bawah. Air mesti mengalir ke bawah dan xboleh sapu air ke atas. 

(bayangkan seorang pemuda dan paip air yang  lebih rendah dari lutut sambil meletak tangan berdekatan paip dan jari menunjuk kearah tanah sambil air mengalir ke bawah dan pemuda menyapu air dari jari ke siku.)

Tq pokcik!

Bukan aku nak bincangkan hal ambil wuduk tu, kerana aku masih jahil bab-bab hukum hakam dan ini bukan blog agama bincang hukum hakam. Aku masih belajar-belajar tapi aku nak bincangkan budaya manusia yang xsuka ditegur. Perasan betul, perasan hebat, perasan ilmu dah penuh di dada. Jika ada perasaan ni maka aku dan korang kena istigfar banyak-banyak. Bila ada orang tegur kita maka jangan perasan betul dan cakap terima kasih dengan muka senyum kool. Ikhlas atau x itu soal hati, cewah! Kalau bab hukum hakam lepas korang kena tegur pergi la cari guru-guru agama dan bertanya untuk dapat penjelasan lebih lanjut. Berbeza ilmu yang dapat disebabkan kita kena tegur dari kita pergi menuntut ilmu tu dengan berjumpa dengan guru-guru agama. Berjumpa secara nyata, muka ke muka hati ke hati. Ha ha ha.

Bagaimana pula nak tegur?

Bila kita nampak orang buat salah dalam hukum hakam atau apa-apa hal maka kita perlu cari cara yang paling berhikmah untuk tegur dia. Jangan ditegur dalam keadaan yang akan memalukan orang tersebut. Contohnya ada satu orang buat salah secara terbuka dan semua orang nampak lepas tu kita pergi tegur pun secara terbuka dan semua orang dengar. Ini cara yang memang xberhikmah. Habis tu apa kaedah bro?

Kaedahnya ialah kita perlu tenangkan jiwa kita terlebih dulu. Jangan ada perasaan marah ketika nak tegur,istigfar sebanyak  mungkin sebelum korang cari jalan untuk tegur dengan paling berhikmah.Jangan tegur di khalayak ramai dan susun ayat yang terbaik agar xterluka hati yang ditegur. Bayangkan orang yang korang nak tegur tu ialah diri korang sendiri dan apa ayat yang korang paling suka jika orang nak tegur korang.

Kalau orang lebih tua dari kita?

Kalau orang lebih tua dari kita maka lebih baiknya kita jangan tegur. Habis tu nak biarkan ja bro? Bukan biarkan tapi agak sukar nak tegur orang yang lebih tua dari kita ni. Jadi langkah pertama ialah doakan dia. Jangan tegur ketika dia buat salah. Biar keadaan macam kool seketika pastu korang pergi sembang-sembang bagi dia kool pastu pandai-pandai korang selitkan teguran dalam sembang kool korang tu.

Macam kisah hasan dan husin cucu nabi tu. Ada seorang tua ada kesilapan semasa berwuduk. Hasan dan husin ingin menegur tapi xberapa sesuai dengan umur mereka. Maka hasan dan husin pergi duduk sebelah pokcik ni dan buat2 bergaduh pasal wuduk. Hasan dan husin pun menyoal pokcik tu. Pokcik ni yang ragu-ragu terus berjumpa nabi dan masalah pun selesai. Kool kan?

Kesimpulannya dalam hidup sentiasalah membuka dada(baca:bersifat terbuka) dan bersedia menerima teguran dari sesiapa pun xkisah orang lebih muda atau tua dari kita. Jika melibatkan hukum hakam xperlu gaduh-gaduh dengan orang yang ditegur, kita pergi rujuk ustaz dan perbetulkan apa yang salah. Jika ditegur tentang kesilapan dalam hidup kita maka terima dengan senyuman manis dan perbetulkan apa yang patut. Bila nak tegur orang perlulah berhati-hati sebelum kita menegur. Risau jika disebabkan teguran kita orang tersebut lebih jauh dari agama. Aku masih belajar-belajar nak sampaikan teguran atau pendapat secara berhikmah dan belajar menerima teguran dengan senyuman terima kasih. Doakan aku.

ps: kalau kena tegur jangan lari xpergi masjid pula lepas tu. Sebelum mulakan hari kita, niat dalam hati aku ingin belajar ya Allah, ajar aku ya Allah. Maka insyaallah korang akan lebih kool bila ditegur.

Khamis, 19 Mei 2011

Mengapa mereka berlapar?

Penduduk Malaysia boleh dikatakan semua tempat, semiskin mana pun selalunya mesti ada juga makanan dalam seminggu. Ni kira paling teruk la berlapar seminggu. Tapi kalau pembaca blog ni aku rasa xda yang berlapar sampai seminggu sebab korang mampu beli laptop sendiri. Laptop boleh beli xkan la makanan xle beli kan. Makanan melimpah ruah di sana sini. Makanan dibuang sana sini. Makanan xhabis diberi kepada kucing(dah x habis baru nak bagi.. isk aku la tu).

Kita tengok makanan seolah kita tengok muka kita kat cermin. Seperti perkara biasa. Xda makanan adalah satu perkara yang pelik. Dalam nikmat kekenyangan ni pun kita masih xboleh nak beribadah dengan sempurna. Bila ibadah xboleh nak sempurna, larangan Allah lagi la susah nak tinggal. Bila perkara yang disuruh pun malas nak buat, yang dilarang apatah lagi.Duit rasa xpernah cukup padahal hanya nak penuhkan perut. Untuk ini mari kita singkap satu kisah…. Jeng jeng jeng..

Di satu ketika di masjid nabawi, ada seorang tetamu datang dari jauh dan baru peluk Islam. Maka Nabi SAW telah suruh seorang sahabat untuk layan tetamu dengan hidangan makanan. Sahabat Nabi ini ialah Salman Al-Farisi.

Salman al farisi pergi rumah ke rumah sahabat-sahabat ,salam diberi dan soalan ditanya samada makanan ada untuk dilayan tetamu nabi SAW.Maka sampai dirumah pertama setelah ditanya maka dijawab ‘makanan untuk diri sendiri pun x ada’. Boleh dikatakan semua rumah Salman pergi xada makanan. Tapi tiba di satu rumah, seorang perempuan menjawab ‘dirumah aku xda makanan, tapi ambillah selendangku ini dan pergi ke pasar di hujung kota sana dan pergi ke sekian sekian kedai, kedai seorang yahudi bernama samun. Tukarlah selendang dengan tepung. Bawa la tepung kepadaku supaya aku dapat membuat roti.

Salman pun pergi ke kedai tersebut. Pekedai itu iaitu samun telah bertanya daripada mana salman datang. Salman menceritakan dia datang dari masjid nabawi untuk cari jika ada makanan untuk dilayan tetamu nabi yang baru peluk Islam di rumah-rumah sahabatnya, tetapi boleh dikatakan semua rumah tidak ada. Tapi ada seorang perempuan telah beri selendang untuk ditukarkan dengan tepung.

Maka samun minta salman tunggu sebentar. Dia masuk dan keluar kembali. Bila keluar, maka samun berkata ‘aku ada terbaca dalam kitab taurat bahawa akan datang satu nabi yang mana dia dan pengikutnya akan berlapar tetapi mereka akan melayan tetamu mereka dengan makanan, maka benarlah dia ialah nabi’. Lantas samun pun memeluk Islam juga. Samun beri tepung bersama dengan kain selendang sekali.

Salman telah bawa balik tepung pulang ke rumah perempuan tersebut. Perempuan tersebut telah buat roti dan dibalut roti  tersebut dengan kain selendangnya dan diberi kepada Salman. Salman berkata cukuplah roti ini, kain selendang ini kamu boleh ambil kembali. Perempuan itu menjawab ‘apa yang telah diberi kepada nabi tidak boleh diambil kembali’.

Perempuan itu ialah Fatimah, anak nabi SAW.

Oh! Mereka hidup bersusah payah untuk agama. Oleh kerana mereka sanggup bersusah payah mereka telah berjaya. Bila difikirkan nabi ialah seorang peniaga yang berjaya. Abu bakar juga seorang peniaga yang berjaya. Umar juga seorang peniaga yang berjaya. X sempat mereka untuk luangkan sedikit masa untuk berniaga? Bukankah dari keuntungan ini maka bolehlah penuhkan perut sendiri dan juga layan tetamu.

Mereka juga berniaga selepas peluk Islam. Cumanya masa untuk usaha atas perniagaan mereka seperti tidak banyak, kerana kepentingan agama lebih penting. Mereka ingin memenuhi hasrat nabi iaitu semua orang mendapat agama Islam. Mereka begitu sibuk menuntut ilmu agama dan begitu sibuk menyebarkan agama hinggakan perut mereka sendiri tidak dipenuhkan. Bukan kerana suka-suka xnak usaha, tapi nak digambarkan betapa mereka xsempat untuk luang masa untuk dunia.

Ada seorang sahabat nabi telah berniaga. Sahabat ni sangat pelik. Dia berniaga dan dia tunggu bila ada orang nak datang kepada dia dan beritahu barang yang mereka beli rosak dan ingin minta gantirugi. Lama juga sahabat ni berniaga tapi belum pernah ada orang datang tuntut gantirugi. Satu hari ada orang datang tuntut gantirugi, dan sahabat ni mengantikan barang yang dibelinya lantas sahabat ni pun terus tutup kedai.

Bila ditanya kenapa tutup kedai?

Dia jawab ‘nabi pernah beritahu aku, bila seorang peniaga jujur, apabila pelanggan datang tuntut gantirugi atas barang rosak atau sebagainya dan peniaga memenuhi hasrat pelanggan itu, maka Allah akan anugerahkan mahligai untuk dia di syurga. Maka cukuplah untukku, jika Allah dah janji mahligai untuk aku di syurga, maka insyaalllah aku akan masuk syurga, maka buat apa aku nak berniaga lagi’

Bila dah yakin boleh dapat syurga maka dunia sudah tidak bernilai bagi mereka. ‘Orang yang bijak,genius,bijok, cerdik ialah orang yang sentiasa membuat persiapan untuk mati bukan buat persiapan untuk hidup senang lenang di dunia.’ Orang kata ‘hero kalah dulu, menang masa detik-detik akhir’. Macam tu juga orang Islam. Hidup didunia susah2 dan sederhana tapi di akhirat bersenang lenang selama-lama-lama-lama-lamanya. Wuaa xboleh dibayangkan.

Kita hari ini makan semua cukup. Bukan setakat cukup tapi berlebih-lebihan. Terlampau dasyat makan sampai perlu buka kedai makan 24 jam untuk kita. Dah nikmat meruah-ruah pun langsung xkisah xambil cara hidup beragama. Alah sikit-sikit buat salah ok ja. Kita memandang remeh perkara-perkara dosa kecil. Di mana sifat taqwa kita? Kita hari ini suka guna fatwa, xsuka guna taqwa. Bila ditanya, kita pun bagi fatwa sekian sekian cakap sikit-sikit xpa. Kat dunia memang boleh jawab begitu. Di akhirat? Takut-takut orang yang buat fatwa dengan orang ikut fatwa kena cekup di mahkamah Allah. Lebih baik kita pilih jalan taqwa iaitu setiap perkara yang hendak dilakukan sentiasa takutkan Allah.

Khamis, 12 Mei 2011

Rasa terkongkong?

Mat Jun seorang yang begitu bosan. Hidup dia begitu bosan. Segala-galanya bosan. Satu hari dia berjumpa dengan seorang brader nama Mamat. Mat Jun mula bersembang dengan mamat,Sambil meluahkan kehidupannya yang bosan. Mamat telah beri satu idea untuk menghilangkan bosan Mat Jun iaitu mencari hobi.

Maka Mat Jun pun duduk berfikir apa hobi yang Mat Jun nak buat. Tiba-tiba dia teringatkan kolam renang. Urm macam bes juga kalau jadikan berenang sebagai hobi tapi aku xpandai berenang. Lalu Mat jun pun mula mencari jurulatih renang. Semasa berlatih, bermacam-macam arahan perlu dipatuhi sehingga mat jun penat dan tertekan. Akhirnya Mat Jun rasa terkongkong dan buat keputusan untuk batal niat jadikan renang sebagai hobi.

Mat jun terfikir untuk jadikan main gitar sebagai hobi tapi mat jun xberbakat. Maka mat jun pun mencari jurulatih untuk mengajar dia main gitar. Mat jun telah berdaftar masuk kelas. Bermacam-macam perkara mat jun perlu belajar dan bermacam-macam latihan perlu dilakukan dalam kelas tersebut. Dah la kena bayar lepas tu ada ujian pula. Akhirnya mat jun pun rasa terkongkong lagi dan buat keputusan untuk batal niat jadikan main gitar sebagai hobi.

Mat Jun tiba-tiba terfikir untuk jadikan membaca buku sebagai hobi. Mat jun terus meluru ke kedai buku dan membeli banyak buku. Maklum la nak jadikan hobi kan, kena beli banyak2 buku baru dikira hobi. Mat jun bawa balik buku dan mula membaca dan membaca. Akhirnya mat jun bosan dan rasa terkongkong perlu habiskan banyak buku. Mat jun pun buat keputusan untuk batalkan niat menjadikan membaca sebagai hobi.

Mat jun terfikir untuk jadikan memasak sebagai hobinya. Mat jun terus mencari kelas-kelas memasak. Mat jun pun mula pergi ke kelas memasak dan belajar memasak. Chef yang mengajar memberi pelbagai arahan dalam kelas. Mat jun cuba bersabar dan bersabar kerana nak ada juga hobi untuk hilangkan bosannya. Tapi akhirnya  mat jun rasa terkongkong lagi lalu buat keputusan untuk batalkan niat menjadikan memasak sebagai hobi.

Mat jun pun putus asa untuk mencari hobi lagi. Mat jun berjalan terhoyong hayang kerana hampa hidupnya begitu membosankan. Dia terjumpa dengan mamat. Lalu meluah pengalamannya dalam mencari hobi. Mamat pun mendengar dengan baik. Mamat pun berkata ‘kalau macam ni caranya memang xda satu jenis hobi pun akan lekat kat kau ni mat jun. Semua perkara kau jadikan alasan rasa terkongkong. Bila kita nak satu perkara maka jangan cari alasan untuk membatalkan niat kita itu’

Mat jun pun balik rumah berfikir dan berfikir. Akhirnya mat jun tekad nak jadikan main badminton sebagai hobi. Mat jun mula mendaftar diri dalam kelas badminton. Kali ini mat jun xnak putus asa lagi. Mat jun patuh kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh jurulatihnya. Akhirnya mat jun jadi seorang pemain badminton yang cekap. Mat jun pun menjadikan main badminton sebagai hobinya. Mat jun pun mula gembira kerana masa terluangnya dapat diisi dengan hobinya iaitu bermain badminton. Mat jun dah berjaya, anda bila lagi? Ha ha ha…

Ps: Jangan jadikan perintah Allah dan laranganNya sebagai rasa untuk terkongkong. Jika ada orang menasihati kita untuk perkara baik jangan merungut dan cakap orang itu mengongkong kita. Belajar-belajar masukkan sifat taat dalam diri kita. Mat Jun dah berjaya jadikan badminton sebagai hobinya apabila taat pada jurulatihnya. Di akhirat semua orang nak berjaya dapat redha Allah. Jadi kita jangan rasa terkongkong untuk buat sesuatu yang Allah suka. Jika Allah larang kita buat sesuatu perkara, jangan kita cari alasan untuk buat juga dan cakap ‘saya rasa terkongkong’. Tapi katakan pada diri kita ‘ini perintah Allah, saya perlu taat’.

Isnin, 9 Mei 2011

X mungkin?

Dalam ekonomi ada graf turun naiknya. Kadang-kadang ekonomi baik kadang-kadang ekonomi merudum. Seorang peniaga tiap-tiap hari tidak akan mendapat untung yang sama. Seorang pekerja kerajaan walaupun gajinya sama tiap2 bulan tapi perbelanjaan setiap bulan tidak sama. Adakala lampin anaknya pakai sebungkus sebulan, adakala anak buat hal perlu beli lampin 2 bungkus. Adakala isteri dia haid sekali adakala isteri dia haid dua kali( ha ha ha, faham2 sendiri).

Begitu juga dengan emosi kita. Kadang-kadang kita rasa tertekan, kadang-kadang rasa macam lapang dada. Kadang-kadang sampai satu situasi, kita rasa macam ‘arhh x mungkin aku akan berjaya, xmungkin aku boleh bangun semula, xmungkin aku akan diselamatkan, xmungkin aku boleh berniaga semula, xmungkin aku boleh sambung belajar, xmungkin orang yang jahat macam tu boleh jadi baik, xmungkin orang yang baik macam tu akan jadi jahat, xmungkin penyakit kanser boleh sembuh, xmungkin orang mati pucuk boleh berkahwin, xmungkin perempuan tua boleh lahirkan anak, xmungkin xmungkin xmungkin xmungkin xmungkin xmungkin (korang ulang sampai penat)

Disebabkan mesin masa aku dah repair jadi jom pergi mengembara sebentar. Cepat cepat pakai talipinggang ketat-ketat brader.

Di satu zaman ada satu orang nabi. Dia begitu sayang kepada Allah. Cintanya kepada Allah begitu dasyat. Sebelum dia menjadi nabi, dia mencari-cari siapa tuhannya. Dilihatnya matahari dikatakan ‘erm mungkin ini tuhanku’. Tapi bila tiba malam matahari sudah tiada. Dia pun berkata ‘xmungkin tuhanku sekejap ada sekejap tidak ada’. Bila dilihat bulan ‘ini mungkin tuhan aku’. Tapi bila siang, bulan dah xda lagi. Dia mencari dan mencari sampai satu hari dia telah mendapat wahyu. Lalu dia turun padang bukan untuk pancing undi tapi untuk khabarkan kepada umatnya perkara paling penting ‘sembahlah Allah, Dia tuhan yang satu’

Dia pun mula dipulaukan kerana konon-konon bawa satu risalah baru yang bertentangan dengan agama nenek moyang mereka. Keadaan kritikal sekali ialah bapa dia seorang tukang memahat patung berhala. Oh!

Banyak hinaan dan cercaan terhadap nabi ini. Dipulau tidak diberi makanan kerana dia mendakwa makanan tidak dapat mengenyangkan perut, tapi Allah yang mengenyangkan.

Disebabkan keadaan dia berdakwah tanpa henti dan tidak berputus asa, raja pada ketika itu dah xtahan dengan keadaan dia lalu buat keputusan untuk bakar nabi ini. Selepas perintah raja dikeluarkan, semua orang pun bergotong-royong nak bakar nabi ini. Persiapan dibuat kira-kira 60 hari. Begitu pelik, nak bakar satu orang dibuat api yang begitu besar. Api yang begitu besar, sehingga bila mereka nak lemparkan nabi ini ke api tersebut terpaksa lemparkan dari jauh.

Apabila sudah sampai detik untuk dilemparkan nabi ni, malaikat-malaikat semua begitu risau kerana orang yang nak dibakar ini ialah kekasih Allah. Malaikat jibril berkata ‘xmungkin dia akan diselamatkan’. Lalu jibril memohon kebenaran untuk turun beri bantuan kepada nabi ini. Allah membenarkan. Dia turun membawa malaikat penjaga gunung dan penjaga api.

Malaikat sampai dan berkata kepada nabi ini ‘aku datang untuk selamatkan kamu’. Maka ditanya nabi ini ‘adakah ini perintah Allah?’ Malaikat menjawab ‘ini bukan perintah Allah, aku yang meminta kebenaran dari Allah untuk datang bantu kamu. Lalu nabi ini berkata ‘kalau begitu, xmungkin kamu akan dapat selamatkan aku, cukuplah Allah bagiku’

Sebelum sahaja nabi ini sampai kepada api setelah dilemparkan, Allah telah perintah sendiri tanpa perantaraan malaikat kepada api, lebih kurang mafhumnya ‘sejuk dan sejahtera’ kepada api. Lalu api menjadi sejuk dan tenteram buat nabi ini. Dikatakan percikan api-api itu menghasilkan buah-buah untuk nabi ini makan. Dia dibakar selama 40 hari. Bila ditanya pada nabi ini, itulah saat paling bahagia dalam hidupnya.

Begitulah lebih kurang kehidupan kita. Allah gambarkan kisah-kisah nabi dalam al-quran untuk diambil iktibar, bukan untuk suka-suka baca lepas tu kita teruskan hidup macam biasa. Dalam kisah ni dapat kita ambil iktibar bahawa hidup perlu bertawakal kepada Allah. Hanya pada Allah tempat kita berharap. Bila kita nak buat sesuatu perkara yang baik dan mendakwa ia tidak mungkin berlaku maka perkara baik itu xkan berlaku sampai bila-bila. Tapi bila kita mula berdoa pada Allah dan disusuli dengan usaha yang istiqamah nescaya Allah akan bantu kita. Segala-galanya akan jadi mungkin.

Kesimpulan: Segala-galanya tidak mungkin bagi kita seorang manusia, makhluk ciptaan Allah. Tapi segala-galanya mungkin bagi Allah. Jangan putus asa dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah tidak pernah terlepas pandang kepada hamba-hambaNya. Bila kita usahakan sesuatu tapi tidak berjaya, maka ingatkan diri kita, kita cuma manusia. Hanya dengan izin Allah sesuatu perkara akan berjaya. Back to the future! Eh salah, Back to basic. Back to deen! (sejak bila aku cakap omputeh ni.. )

Ps: secubit garam bila dimasukkan ke dalam secawan air. Apa jadi? Kalau secubit garam yang sama dimasukkan kedalam sebaldi air. Apa jadi? Kalau secubit garam yang sama dimasukkan kedalam satu kolah air. Apa jadi? Kalau secubit garam yang sama dimasukkan kedalam setangki air. Apa jadi? Secubit garam itu ialah masalah kita. Jumlah air ialah cita-cita kita. Besar cita-cita, maka tenggelamlah masalah kita. Dalam perang khandak umat Islam terpaksa menggali parit dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka ditanam oleh nabi cita-cita yang tinggi. Cita-cita agar sinar dakwah menyinari rom dan parsi. Maka masalah lapar dan dahaga mereka menjadi kecil seperti secubit garam tadi.

Selasa, 3 Mei 2011

Jangan jadi ahli politik?

Di satu petang syahdu, teringat aku akan satu kenangan. Kenangan bersama abah dan mak aku di satu petang indah minum teh dan makan pisang goreng. Sedap bro makan ramai-ramai ni, tambah-tambah dengan keluarga kita. Seperti biasa la ada kadang-kadang disebabkan aku nakal dan keputusan peperiksaan aku xbaik maka, abah aku akan beri nasihat-nasihat sambil ditokok tambah oleh mak aku. Aku macam biasa, dengar sambil makan pisang goreng dengan gaya selamba nyum nyum.

Sampai satu bahagian abah aku berpesan ‘belajar rajin-rajin nanti besar jadi orang berjaya boleh ada rumah sendiri, kereta sendiri’. Aku pun jawab ‘Betul3x(gaya upin dan ipin)’ Abah aku pun cakap ‘betul ja kat mulut dia.. perbuatan x melambangkan apa dicakap pun’ Aku pun tersenyum.

Mak aku pun masuk (gaya nasihat bertubi-tubi kepada seorang anak yang nakal). Betul tu, belajar rajin-rajin. Nanti xmau belajar xda orang nak kawin dengan hang. Aku pun tersenyum lagi(kali ni malu sikit.. ha ha ha) Hurm senyum ja kerja budak ni. Nanti bila dah berjaya jangan lupa satu benda ‘JANGAN TINGGAL SOLAT’. Siapa pun wafi jadi nanti, jangan tinggal solat dalam apa keadaan sekalipun.( oh yeah nasihat ni bila teringat balik aku sangat suka) Solat tiang agama. Kalau agama kita runtuh xkira la kita jadi orang kaya macam mana pun xda gunanya. Aku pun jawab ‘Betul3x(gaya upin dan ipin)

Abah aku pun masuk pulak (gaya nasihat bertubi-tubi kepada seorang anak yang nakal). Lagi satu, nak jadi apa pun jadilah tapi jangan jadi ahli politik dan badan-badan kerajaan yang mudah terlibat dengan rasuah! Adeh xleh la aku jadi perdana menteri camni (berkata aku dalam hati.. ha ha ha.. angan-angan kanak-kanak)

Aku pun jawab ‘Wokey!’

Saat-saat tu dah berlalu dan aku pun dah besor panjang. Aku semakin kenal dunia. Oh ni rupanya dunia. Ini rupanya politik. Mula-mula dahulu aku kenal politik maka aku pun fikir ‘kalau xda politik macam mana nak pilih pemimpin?’ ‘kalau politik tidak mementingkan perkembangan ekonomi bagaimana Negara nak berjaya?’ ‘Dan alhamdulillah akhirnya aku diberi sedikit kefahaman ‘tiada agama maka xkan wujud politik islam, tiada agama tidak akan wujud Negara Islam’. Maka xda guna berpolitik jika usaha atas agama tidak diutamakan. Nak selamat jangan ambil tahu pasal politik!

Ada orang soal ‘Habis tu xleh amik tahu pasal politik bagaimana nak undi, nak pilih pemimpin?!’

Aku pun jawab ‘Benar, xperlu amik tahu pasal politik kalau nak selamat’

Aku pun bagi satu perumpamaan,

Hubungan lelaki dan perempuan dari segi Islam hanya HALAL dengan nikah. Tapi Islam telah sedia satu garis panduan sebelum nikah. Kita boleh pergi berjumpa dengan orang yang kita suka dengan ada mahram dia (bapa dia yang terbaik) dan berbincang ala-ala merisik gitu. Pastu balik korang pun buat solat istikharah. Kalau dah rasa dapat jawapan, korang pun hantar rombongan dan pastu terus nikah. Simple kan?

Begitu juga politik..

Maksud aku xamik tahu pasal politik ialah aku tidak amik tahu pergaduhan antara dua pihak politik. Umpatan mereka, fitnah dari kedua belah pihak, semua ni aku akan buat pekak ja.

Orang soal lagi ‘habis tu bagaimana nak tahu siapa betul?’

Aku pun jawab,

Macam hal kahwin tadi juga, bila tiba masa nak mengundi maka aku akan ambil tahu (ala-ala merisik gitu) tentang matlamat atau visi setiap parti politik. Manifesto apa diorang punya matlamat semua. Maka aku pun balik dan istikharah. Aku cuba bandingkan mana parti politik yang lebihkan agama. Mungkin ada di antara parti politik yang ada matlamat nak wujudkan masjid 24 jam. Mungkin ada parti politik yang nak sarankan pengamalan sunnah. Maka selepas aku istikharah dan aku pun pangkah undi lalu balik beli pisang goreng makan dengan bini aku. Selesai tanggungjawab. Bila orang tanya undi apa maka aku jawab ‘undi ialah rahsia (ha ha ha)’ Maka insyaallah selamat la aku dari fitnah-fitnah akhir zaman.

Sama juga dengan hal kahwin tadi, bila dah istikharah Allah tetap tunjuk minah tu. Sedangkan kita xtahu siapa minah tu. Dia mungkin perompak bersiri yang dah bertaubat kembali ke pangkal jalan. Dia mungkin pembunuh bersiri yang dah bertaubat kembali ke pangkal jalan. Tapi Allah tetapkan jodoh kita dengan dia. Maka kita terima dengan redha dan ditakdirkan Allah dia menjadi isteri solehah buat kita.

Kesimpulan: X perlu ambil tahu perkara yang melibatkan fitnah, tuduhan, cacian, cercaan, makian antara parti politik. Tapi ambil tahu berapa banyak lagi kekurangan agama dalam diri kita, keluarga dan orang yang terdekat kita. Bila sampai masa mengundi pergilah mengundi mana yang korang rasa betul setelah korang istikharah minta petunjuk dari Allah. Insyaallah dapat petunjuk yang terbaik