Khamis, 12 Mei 2011

Rasa terkongkong?

Mat Jun seorang yang begitu bosan. Hidup dia begitu bosan. Segala-galanya bosan. Satu hari dia berjumpa dengan seorang brader nama Mamat. Mat Jun mula bersembang dengan mamat,Sambil meluahkan kehidupannya yang bosan. Mamat telah beri satu idea untuk menghilangkan bosan Mat Jun iaitu mencari hobi.

Maka Mat Jun pun duduk berfikir apa hobi yang Mat Jun nak buat. Tiba-tiba dia teringatkan kolam renang. Urm macam bes juga kalau jadikan berenang sebagai hobi tapi aku xpandai berenang. Lalu Mat jun pun mula mencari jurulatih renang. Semasa berlatih, bermacam-macam arahan perlu dipatuhi sehingga mat jun penat dan tertekan. Akhirnya Mat Jun rasa terkongkong dan buat keputusan untuk batal niat jadikan renang sebagai hobi.

Mat jun terfikir untuk jadikan main gitar sebagai hobi tapi mat jun xberbakat. Maka mat jun pun mencari jurulatih untuk mengajar dia main gitar. Mat jun telah berdaftar masuk kelas. Bermacam-macam perkara mat jun perlu belajar dan bermacam-macam latihan perlu dilakukan dalam kelas tersebut. Dah la kena bayar lepas tu ada ujian pula. Akhirnya mat jun pun rasa terkongkong lagi dan buat keputusan untuk batal niat jadikan main gitar sebagai hobi.

Mat Jun tiba-tiba terfikir untuk jadikan membaca buku sebagai hobi. Mat jun terus meluru ke kedai buku dan membeli banyak buku. Maklum la nak jadikan hobi kan, kena beli banyak2 buku baru dikira hobi. Mat jun bawa balik buku dan mula membaca dan membaca. Akhirnya mat jun bosan dan rasa terkongkong perlu habiskan banyak buku. Mat jun pun buat keputusan untuk batalkan niat menjadikan membaca sebagai hobi.

Mat jun terfikir untuk jadikan memasak sebagai hobinya. Mat jun terus mencari kelas-kelas memasak. Mat jun pun mula pergi ke kelas memasak dan belajar memasak. Chef yang mengajar memberi pelbagai arahan dalam kelas. Mat jun cuba bersabar dan bersabar kerana nak ada juga hobi untuk hilangkan bosannya. Tapi akhirnya  mat jun rasa terkongkong lagi lalu buat keputusan untuk batalkan niat menjadikan memasak sebagai hobi.

Mat jun pun putus asa untuk mencari hobi lagi. Mat jun berjalan terhoyong hayang kerana hampa hidupnya begitu membosankan. Dia terjumpa dengan mamat. Lalu meluah pengalamannya dalam mencari hobi. Mamat pun mendengar dengan baik. Mamat pun berkata ‘kalau macam ni caranya memang xda satu jenis hobi pun akan lekat kat kau ni mat jun. Semua perkara kau jadikan alasan rasa terkongkong. Bila kita nak satu perkara maka jangan cari alasan untuk membatalkan niat kita itu’

Mat jun pun balik rumah berfikir dan berfikir. Akhirnya mat jun tekad nak jadikan main badminton sebagai hobi. Mat jun mula mendaftar diri dalam kelas badminton. Kali ini mat jun xnak putus asa lagi. Mat jun patuh kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh jurulatihnya. Akhirnya mat jun jadi seorang pemain badminton yang cekap. Mat jun pun menjadikan main badminton sebagai hobinya. Mat jun pun mula gembira kerana masa terluangnya dapat diisi dengan hobinya iaitu bermain badminton. Mat jun dah berjaya, anda bila lagi? Ha ha ha…

Ps: Jangan jadikan perintah Allah dan laranganNya sebagai rasa untuk terkongkong. Jika ada orang menasihati kita untuk perkara baik jangan merungut dan cakap orang itu mengongkong kita. Belajar-belajar masukkan sifat taat dalam diri kita. Mat Jun dah berjaya jadikan badminton sebagai hobinya apabila taat pada jurulatihnya. Di akhirat semua orang nak berjaya dapat redha Allah. Jadi kita jangan rasa terkongkong untuk buat sesuatu yang Allah suka. Jika Allah larang kita buat sesuatu perkara, jangan kita cari alasan untuk buat juga dan cakap ‘saya rasa terkongkong’. Tapi katakan pada diri kita ‘ini perintah Allah, saya perlu taat’.

8 Comments:

fuad ansari said...

Just keep in mind, dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.. enough said.. (",)

Tanpa Nama said...

ye tuan aji, insya Allah bermanfaat ni ;-)

Norsha said...

salam wafi,
lepas ni kalu mat jun bosan main badminton, ajak dia tulis blog pulak, mungkin dia tak bosan hehehe....btw, manusia rasa terkongkong kerana mereka tidak merasai nikmat mengerjakan perintah Allah, andai nikmat itu dapat dirasai, penat cammana pun kita tetap akan buat...

Norsha said...

wafi, manusia rasa terkongkong kerana tiada rasa nikmat untuk melakukan perintah Allah, jika nikmat dapat dirasai, InsyaAllah kita tidak rasa jemu atau terkongkong...
(err...lepas ni, kalau mat jun tu rasa jemu main badminton, ajak dia tulis blog pulak, mungkin dia tak jemu)

fRaMe+LenSeS said...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum join contest Aku Ingin Berubah dengan Nadh nak?

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

dianaHani said...

erm terasa kena batang hidung sendiri..terima kasih tolong ingatkan..niat di hati selalu ada.,untuk hijrah..dari apa yg tak baik..jd baik. moga Tuhan permudahkan segalanya.

Wafi said...

norsha: benar2... satu orang yang xkan faham nikmat orang yang suka makan pedas kalau dia xsuka makan pedas. Allah telah tetap setiap manusia hanya akan berjaya dalam agama, jadi kita memang kena masukkan agama dalam kehidupan kita walau dalam apa keadaan sekalipun.

frame: sama-sama.

dianaHani: oh! moga2 dapat ambil iktibar, entri ini ditulis buat penulis sendiri yang kadang ada perasaan terkongkong... 'dunia penjara bagi orang mukmin'.. peace.. :)

Anak Wak Mail said...

insaf2x..saya tak ada rasa terkongkong..tapi rasa malas tu ada..hehe..hinanya saya ni..