Isnin, 17 Januari 2011

Maafkan anak ini abah....Ohhh

Abah ialah gelaran yang dipanggil aku kepada seorang ayah/father/daddy/papa/dad atau apa-apa la korang panggil.. tapi aku panggil abah... korang masih ada abah? abah korang masih sihat?apa korang buat ngan abah korang? pernah korang lawan cakap abah korang? Pernah korang durhaka? Atau aku dan korang hanya berlagak seperti anak soleh tapi rupa-rupanya anak durhaka? Oh sangat rugilah jika aku dan korang jika tidak menggunakan masa yang anda untuk bersama dengan abah korang... kenapa abah ja? kenapa aku xbuat entri untuk mak sekali.. ya memang aku lebih fokuskan abah untuk entri ni kerana sebab2 tertentu yang korang x perlu tahu aku rasa.. wakakakekekeke(gelak popeye sikit).

Jika korang anak lelaki, sudahkah korang bantu abah n mak korang dimana dia perlukan bantuan? sudahkah anda menjadi anak soleh? sudahkah anda berusaha menuntut ilmu dunia dan yang penting ilmu ugama untuk diri anda sendiri? apa kaitan tuntut ilmu ugama dengan abah n mak? ya memang sangat berkaitan bro2 and sista2 forever sekalian... jika kita tidak menuntut ilmu ugama dengan cukupnya, kita akan ada peluang menjadi anak durhaka.. mengapa aku cakap macam tu... cuba tengok sekeliling korang, ramai anak2 lelaki yang bila dah besar, abah dan mak dah tua, masing2 sibuk dengan mencari rezeki sampai kena hantar abah dan  mak korang yang tua ke rumah orang tua... ada yang malas nak amik tahu kerana mereka konon sibuk menjaga keluarga mereka, menjaga isteri kat rumah kono suami mithali sampai terlupa mereka masih ada abah dan mak... oh tidak!!!!

Dan ada juga anak2 lelaki yang suka merendek(err apa istilah standard tah, ermm melepak kot) dengan awekz2, mengurat aweks sana mengurat aweks sini... berkapel sana berkapel sini.. sampai lupa yang diorang ada abah dan mak kat rumah... dan mereka juga tidak sedar yang satu hari nanti mereka juga mungkin jadi abah kepada anak mereka.. OH!!! Apa perasaan bila kita jadi abah nanti dapat anak perempuan yang suka merendek berkapel,berzina, buat maksiat dengan lelaki kebanggaan diorang? Adakah kita sudah kembali ke zaman jahiliyah dimana orang risau dapat anak perempuan sampai kena bunuh anak perempuan takot nanti diorang besar dah ada badan lentik cun melecun diorang pergi merendek dengan lelaki kebanggaan negara atau hero negara? Oh sedar-sedarlah aku dan lelaki sekalian, dunia ini bulat... hari ini kita merendek ,berkapel ,buat maksiat, zina,dengan anak perempuan orang, esok-esok kita jadi abah bagaimana bro2? janganlah diamalkan  ayat 'relak lu bro muda g, lepak2 dulu, nanti tua2 kita taubat la p masjid' korang atau 'lek lu sap kok lu'(ringkasan kepada relak dulu bro hisap rokok dulu).. komfem kah korang akan hidup sampai tua... Tengok2 esok korang keluar buat maksiat, korang mati katak eksiden.... dan kalau tua pon korang komfem kah korang sihat walafiat nak bertaubat???? wuaaa nauzubillah...

Jadi ,lelaki2 sekalian termasuk aku, cuba2lah jadi anak yang soleh.... jadi anak yang baik kepada abah dan mak... berbakti kepada mereka selagi mereka hidup dan selagi kita hidup... Hari ni kita jadi anak soleh, esok2 Allah kurniakan kita anak2 soleh/solehah... Kita mati  masuk kubur, ada orang doa... Kita sakit nak mampos, diorang sanggup jaga... Ingatan kita xkuat kita cakap ulang2 diorang boleh sabar dengan kita... Kita sunyi diorang bawa kita g jalan2... Kita muntah hijau diorang sanggup bersihkan... Kita berak xboleh nak basuh diorang sanggup basuhkan.... Kita tersalah cakap sebab dah lupa2 diorang sanggup tegur dengan lemah lembut... Itulah anak soleh bro2 n sista2 sekalian.. doakan aku dan diri korang jadi anak soleh/solehah... amin...

Dan bila kita lelaki xganggu anak2 perempuan orang.. InsyAllah nanti kita dikurniakan isteri yang solehah... dari isteri solehah ini dan kita yang berusaha jadi anak soleh dulu, maka insyAllah lahirlah anak2 soleh/solehah ni.... Dan hepi go lucky lah kita masa masuk kubur nanti... insyAllah diorang tolong doakan... amin.... Moga dirahmati Allah.....

Okeh jika korang anak perempuan kepada abah dan mak korang pulak!!!! Ni agak bahaya... ERRR.... Jika korang anak perempuan kepada abah dan mak korang..... abah korang yang penat g kerja tu.... kena tanggung dosa mak korang n korang2 sekali... bayangkan jika korang duk merendek2, berkapel, buat maksiat, zina, mencuri,menyamun, xtutup aurat ikut alquran,mengumpat,meludah merata2... oh xkasihan kah korang dengan abah korang... dahlah dia penat mencari rezeki untuk keluarga, kena tanggung dosa isteri dan anak2 perempuan diorang... Golongan2 abah ni akan tanggung dosa anak perempuannya(jika xda usaha untuk nasihat dari kecik) sampai la dia kahwin dengan  mana2 lelaki... n bila dah kahwin, dosa2 yang ditanggung oleh abah korang tadi transfer la kat bakal2 suami korang... adeh! dari abah ke suami... x kasihan kah korang2 kepada golongan2 abah ni... Isk3x...(tersedu2 sikit)

Kepada yang freehair, setiap helai rambut tu akan dihitung oleh Allah kelak dan akan diseksa api neraka... bayangkan jika korang tunjuk lengan korang, nak kira macam mana? setiap bulu roma korang? dan jika golongan yang pakai tudung tapi pakai baju ketat2 sendat2 nampak bontot ke kiri dan ke kanan... ni pon dikira tidak menutup aurat... Oh... kasihanilah golongan2 abah2 ni.... Mungkin ada yang berkata, 'ni fesyen zaman sekarang abah, tutup aurat juga pa'...dan jika abah ni xtahu dan kurang mendengar ceramah atau kurang mencari garis petunjuk yang betol, maka dia akan menangggunglah dosa anak ini yang nak ikut fesyen tu... Jadi berbalik kepada lelaki balik.. tuntutlah ilmu bro2 sekalian... belajar ugama dan amalkan supaya nanti kahwin kita xjadi lelaki dayus, membiarkan anak bini kita buat dosa dan kita yang kena tanggung.. sebab kita jahil dan belagak macam kita pandai xmahu dengar ceramah, bila ditegur kita cari pulak kesalahan orang yang menegur.. dan kita selalu amalkan prinsip 'relak lu bro, muda lagi, tua2 nanti kita taubat la pi masjid' atau 'lek lu sap kok lu'... oh plis jangan berlagak muda... esok2 mungkin hari kematian kita bro2 n sista2 sekalian... ohhhhh!! masuk kubur sorang2, anak bini korang teman kejap ja tolong baca talkin dengan tok imam kat kubur korang... pastu balik lama2 diorang hepi balik, n kalau xcukup ilmu korang bagi kat diorang, diorang jadi lagi terok, dan terseksalah kita golongan2 abah ni dalam kubur... nauzubillah... doakan aku dan korang agar dapat tuntut ilmu dengan baik... agar tidak menanggung dikemudian hari... ohhh!!!

Aku bukanlah anak yang baik atau manusia hebat... Doakan aku agar aku berubah dan menjadi anak yang baik... agar aku akan terus bersemangat waja menuntut ilmu ugama dan ilmu dunia untuk cari rezeki..... Maafkan aku abah... tidak berniat aku berbuat sedemikian kepadamu... aku hanya berharap yang terbaik buatmu abah... oh!!!!Mesti korang blur2 pa jadah aku kena minta maaf ngan abah aku... x perlu lah aku cakap kat sini... wakakakeke(gelak popeye lagi) Minta maaflah dengan abah n mak korang dikesempatan yang ada.... berubahlah jadi baik dikesempatan yang ada... belajar lah ilmu ugama dikesempatan yang ada.... banyak kemudahan sekarang ni.. boleh tanya ustaz dilaman web.. masjid2 pon banyak.. ringan2kan diri untuk pergi masjid dengar ceramah... ringankan diri untuk solat berjemaah bagi yang lelaki... yang perempuan, ringan2kan diri untuk solat di awal waktu... ringankan diri agar menutup aurat dengan sempurna.... Oh semoga aku tergolong dalam golongan hamba Allah yang patuh,anak soleh yang baik, suami mithali yang romantik, abah yang berilmu yang berani menegur anak bini dan ahli kubur yang dirahmati Allah... dan seterusnya diampunkan dari seksa api neraka.... amin.................

Khamis, 13 Januari 2011

Jangan ambil dadah buruk, ambillah dadah baik....

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Boleh dikatakan semua ubat yang digunakan doktor hari ini ialah dadah... Dan ini adalah dadah yang 'baik'... Bagi aku, penggunaan dadah untuk tujuan baik(mengubati penyakit) dan pada kadar yang ditetapkan... sebagai contohnya ubat batuk yang diminum ketika korang terkena sakit batuk, dan diminum dengan harapan Allah membuat kita pulih dari batuk disebabkan kita minum ubat batuk pada kadar yang ditetapkan dan pada waktu yang betul(iaitu tengah sakit batuk laa)

TAPI.. aku pernah dengar yang ubat batuk ini dijadikan oleh sesetengah penagih dadah yang xdapat dadah dan menjadikan ubat batuk sebagai ganti.. Jadi ini adalah salah.. menggunakan perkara yang baik tadi untuk tujuan salah, dengan harapan Allah memberikan perasaan 'high' disebabkan dia minum ubat batuk pada kadar berlebihan dan pada waktu yang salah(xda sakit batuk pon.. tapi sakit xleh 'high') bermacam2 jenis lagi dadah yang telah disalahgunakan di dalam dunia oleh penagih dadah... konon dengan harapan jiwa menjadi lebih tenang (dapat 'high')... dan apabila dah mula 'high' akan jadi gian... Bila gian kita akan ambil lagi dan lagi dan lagi... sehinggalah merbahayakan kesihatan kita.. Jadi disini apa yang aku ingin ingatkan diri aku ialah jangan ambil 'dadah' yang membawa keburukan kepada diri sendiri... apa2 sahaja didunia yang xbaik yang boleh membuatkan aku gian dan ingin mengulangi kesilapan itu berulang-ulang kali... ok berhenti sekejap...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tersebutlah cerita , hujung minggu yang lepas aku telah menghadiri satu majlis jamuan makan malam tahunan syarikat aku.. kejadian itu berlaku pada hari sabtu lepas... bila disebut mengenai jamuan mestilah ada tema.. jadi tema untuk tahun ini ilah tema 70an.. Jadi beberapa hari sebelumnya aku dan sepupu aku terus berkejar ke pasaraya yang terdekat untuk membeli dan belah baju untuk dipakai... jadi sudah selesai satu hal... jadi petang sabtu selepas asar kami pun terus bergegas ke hotel berkenaan... khabarnya kena hadir awal sebab perlu daftar cabutan bertuah... setelah sampai di hotel berkenaan dan setelah parking kereta.. kami pun terus meluru masuk ke dewan makan yang telah disediakan... wow! bermacam2 gelagat manusia berpakaian.. sebelum ni amoi2 muda dan tua hanya memakai t-shirt company ke tempat kerja.. tapi hari ini sudah berpakaian seksi2...adeh... yang melayu nya pon tidak kurangnya juga berpakaian... adeh..

Permulaan majlis itu seperti majlis yang formal.. aku yang agak kekok tidak pernah makan di hotel terus menunggu dengan penuh sabar kerana perutku sudah lapar... Seperti biasa majlis dimulakan dengan ucapan dari pengurus2 syarikat... seterusnya diteruskan dengan majlis makan2... sambil kami menjamu selera, tiba2 mulalah majlis lain... diatas pentas, seorang penyanyi cina perempuan sudah mula menghiburkan semua orang dengan lagu2nya... ok ni macam ok ja lagi... tapi tengah didendagn kn lagu ni... oh da magrib kulihat jam aku... aku lihat gelagat melayu masih terpaku di tempat duduk mereka... lantas aku terus mengajak orang yang semeja dengan aku untuk pergi solat... selepas itu kami masuk semula ke dewan makan... keadaan seperti tenang yang diteruskan dengan hiburan2 di atas pentas... diteruskan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.... dan tiba2 pelayan2 hotel mula menghidang minuman 'harimau' kepada semua orang... semua meja dipelawa... oh kami orang islam x minum bro minuman 'harimau'... bermula dari minum harimau ni lah, majlis makan malam sudah tidak tenang lagi.. tambahan lagi, diatas pentas sudah disaji dengan tarian2 ala2 wonder girl... adeh... suasana jadi serabut... kebanyakan orang sudah naik 'high' dek minuman 'harimau' itu... adeh.. begini rupanya makan malam syarikat ku... begini rupanya makan malam di hotel... ohh.. bermulalah bermacam2 adegan.. ada yang tiba2 nak bergaduh sesama sendiri.. ada muntah2... ada yang dah tertidur kat mana2... ohh...

tiba2 ada seorang cina berkata kepada seorang rakan sekerjaku melayu Islam, 'eh kamu kena minum sikit maa.. baru tenang sikit, kenapa kamu xleh minum?' rakan ku dengan bangga terus sound mamat cina ni.. 'cuba tengok orang minum apa jadi, xleh kawal dirikan?' mamat cina ni jawab 'ala boleh ja pon kawal diri....' rakanku menjawab 'tu kalau boleh kawal, kalau xboleh kawal apa jadi?' terus mama cina ni terdiam... adeh... sudah jelas lagi bersuluh minuman arak itu memabukkan... dan bila minum sememangnya xleh kawal diri.. jadi mengapa masih minum? Allah lebih mengetahui apa yang baik apa yang haram...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi dapat kita lihat karenah hidup manusia, tidak pernah bersetuju penuh dengan hukum Allah... berbalik kepada dadah... bagi aku perkara yang tidak baik dan membolehkan kita gian atau berulang kali buat adalah salah... seperi arak sememangnya salah... jadi xperlulah dinafikan... salah satu lagi perkara ialah merokok.. kita tahu merokok tidak mendatangkan apa2 kebaikan, yang lapar tidak akan kenyang, yang sakit x akan baik jika menghisap rokok... jadi mengapa kita membazirkan wang untuk ini? ini juga seperti dadah... terpaksa berulang kali buat walaupun tahu perkara itu tidak mendatangkan faedah...

banyak lagi perkara lain yang gian, misalnya berbuat maksiat, berzina dan lain2 lagi... bila sebut pasal zina, aku selalu terbayangkan isu kapel... kerana aku rasa zaman sekarang, zina tidak perlu lagi pergi mencari pelacur dan membayar pelacur itu... dari kapel, start dengan janji manis, lepas tu berpegang tangan, lepas tu pegang tu, lepas tu pegang ni... lepas tu cium sini cium sana,lepas tu bersentuhan kemaluan, lepas tu kemaluan masuk dalam kemaluan... lepas tu perut bunting... lepas tu buang bayi dalam tong sampah...  adeh.. ini pon merupakan satu dadah dalam masyarakat kita.. memasukkan cara hidup orang kafir dalam kehidupan kita... tidak pernah ada sejarah Islam ada istilah kapel ini.... hanya perkahwinan sahajalah cara percintaan yang diredhai Allah...

Jika benar pon ingin berkahwin, mengapa perlu bercinta dahulu? jika benar kita suka sama suka, berkahwinlah... kerana itu lebih baik... bagi aku perkahwinan adalah proses bercinta, berkenalan, dan memperbaiki kelemahan setiap individu... lagipun dengan berkahwin hubungan diredhai Allah, maka akan lebih bahagia rumahtangga... jika berkapel dulu sebelom kahwin, bila berkahwin jika xdiredhai Allah, bermulalah bermacam2 masalah... selalo bergaduh2... kenapa xromantik lagi macam sebelum kahwin dan bermacam2 lagi.. jadi untuk elak perkara yang xdiredhai Allah berlaku, lebih baik kita berkahwin saja dari berkapel..

Antara perkara lain yang boleh dikaitkan dengan dadah ialah game, sport, hiburan... perkara2 sebegini juga boleh jadi dadah yang tidak baik jika tidak dikawal dengan baik.. sebagai contoh game, ya aku suka bermain game juga.. memang tidak dinafikan aku juga pernah terjerut dengan dadah game ni... sampai terlalai habis tanggungjawabku kepada Allah... moga2 Allah mengampunkan dosaku untuk itu... cuba bayangkan jika kita bermain game seperti counter strike, dota yang perlu bermain beramai2... dan kita mula bermain game berdekatan dengan waktu azan... dan apa bila azan berkumandang apa yang aku dan korang semua buat? terus bermain? atau berhenti pergi sembahyang berjemaah(untuk lelaki) ?

Dizaman nabi dahulu dan zaman para sahabat.. jika dengar sahaja azan, mereke terketar-ketar tangan, takut kepada Allah.. melepaskan apa yang ada di tangan mereka, tengah berniaga kah tengah memasak kah... terus berjalan menuju ke masjid2 untuk solat berjemaah(sekali lagi diulang, lelaki sahaja yang dituntut, perempuan lebih baik solat dirumah)... inilah dadah yang terbaik... rasa cinta, takut, patuh kepada Allah secara 100%.... mengamalkan sunnah2 nabi, mematuhi semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya... mengambil berat tentang amaran2 Allah dalam al-qur'an... meneliti kisah2 nabi didalam al-quran... meneliti dan mengambil iktibar dari kisah2 umat yang diazab dizaman nabi2 sebelum Muhammad SAW... nabi SAW sepanjang umurnya bersedih dan risau keadaaan umat-Nya setelah dia pergi.... tetapi tidakkah kita sekurang-kurangnya risau tentang nasib kita sendiri????

Ahad, 9 Januari 2011

Ia pasti akan datang!!!

Entri kali ini ditulis kerana aku tiba-tiba telah menyelami sejarah hidup aku... Kerana aku sudah semakin tua... kadang-kadang terkenang sejarah hidup yang telah berlalu.. dan bagaimana hatiku semakin hari semakin ditenggalami dengan duniawi dan semakin hitam dan kotor... Dengan harapan aku teruskan hidup agar dapat bersihkan hatiku sejernih air sungai(air sungai dulu-dulu la).. Pernah x masa sekolah rendah dulu ada pengalaman yang kita x pernah lupa... Semua orang mesti ada kisah hidup dia yang susah untuk dilupai... Pernah x cikgu korang tanya... Murid-murid sekalian.. nanti dah besar nak jadi apa? Oh semua murid-murid terus menjawab.. seorang demi seorang menjawab... dan tiba giliran aku... dengan bangganya(adeh kecil2 da riak  ps:tolong ajar diri berfikir sebelum cakap... jangan ada riak ketika bercakap.. riak adalah syirik kecil.. mati dalam keadaan ni... oh... waAllualam) aku menjawab saya nak jadi askar cikgu.. nak berkhidmat untuk negara.... ohh.. sungguh patriotik diriku pada ketika itu.. Padahal baru 2 3 hari sebelum tu aku dengar pasal cerita leftenan Adnan... wahaha... Masa kecil2 kita lebih dipengaruhi dengan apa yang kita lihat.. Sebenarnya aku rasa semua orang memilih cita-cita berdasarkan pengaruh kawan2 atau kerjaya yang banyak duit atau skor dalam sesetengah subjek....

Masa sekolah rendah aku sangat suka menonton televisyen... terutama sekali cerita cina yang ada adegan kungfu... wahaha... sebut pasal televisyen pulak... televisyen juga memain peranan dalam menentukan cita-cita atau apa yang ingin kita jadi... sebenarnya televisyen adalah pengaruh besar... aku rasa gaya atau fesyen pemakaian hari ini pon banyak terpengaruh dari apa yang mereka lihat di televisyen.. Dan sebut pasal tv ni... time kecil2 dulu akan ada cerita kartun atau iklan.. cerita kartun atau iklan ni pula selalunya ikut kepada gadget2 atau permainan2 yang terkini.. contohnya ketika aku di sekolah rendah.. ada banyak iklan tentang digimon.. aku pun ketika itu ingin juga memiliki sebuah digimon.. seolah2 terasa cool bila ada sebuah digimon... tapi aku tidak ada duit yang cukup untuk memilik sebuah digimon itu... ohh.. aku hanya mampu berkongsi bermain kepunyaan orang sahaja.. hoho...

Semakin membesar aku... sehingga masuk ke sekolah menengah... aku lihat sepupu2 sudah mendapatkan kebenaran ibubapa mereka untuk menunggang motosikal...aku pon teringin juga untuk menunggang motosikal walaupun kami diketika itu belum cukup umur.. bak kata orang tua2.. kaki pon xsampai lagi nak tunggang motosikal..wahaha... tetapi itu lah keadaannya... dan tiba2 seorang teman aku menasihati aku.. jangan risau wafi... nanti dah sampai masanya, pasti boleh tunggang juga motosikal tu.. Malah mungkin dapat memiliki motosikal sendiri.. Ia pasti akan datang jika ad rezeki kita... :) ayat ini telah aku guna sehingga kini.. Sejak kecil, aku selalu membandingkan kehidupan aku dengan orang lain.. Segala2nya aku rasa seperti tidak cukup... Oh kecil2 lagi sudah tidak bersyukur.. Kadang2 aku rasa aku seperti asyik dibuli.. Maklumlah anak yang last2 kan... padahal dalam keadaan aku tidak bersyukur itu, sudah banyak nikmat yang tuhan kurniakan kepadaku... Oh sangat kotor hatiku...

Disekolah menengah juga aku melihat ramai kawan2 ku sudah ada teman gf or bf... Tiba2 terdetik rasa sunyi didalam hati aku.. Teringin juga untuk memiliki teman... Oh siapa la xnak kawin kan... Dalam kes ni pon... Sepatutnya.. kita mengamalkan prinsipini , Ia pasti akan datang jika ada jodoh.. Tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan... Jadi dalam setiap aspek dalam kehidupan kita ini... sememangnya benar bahawa rezeki, jodoh dan maut sudah ditetapkan bagi semua manusia... Cuba kita kenang kembali.. bermacam2 cita-cita kita masa kecil2 tapi apa yang kita jadi pada hari ini? Dan berapa banyak barang2 yang kita inginkan semasa kita kecil sudah kita mampu beli dengan sendiri.... Semua yang kita terkejar2 pasti akan datang  jika ia memang rezeki kita...

Begitulah juga dengan jodoh, setiap manusia telah ditetapkan jodoh  masing2... Dalam Islam hubungan antara lelaki dan perempuan yang diiktiraf hanyalah perkahwinan... Memang ada perkenalan sebelum perkahwinan.. tapi perkenalan tu yang aku pernah dengarlah.. perlu ada seorang yang boleh dipercayai menjadi orang tengah... tok imam or tok kadi.. lepas tu pihak lelaki  perlu memaklumkan kepada orang tengah ni untuk menanyakan kepada si perempuan samada sudi atau tidak... dan selepas dah ok kenal sikit2... sepatutnya proses seterusnya adalah perkahwinan... tapi zaman sekarang kita sudah meninggalkan agama dalam hal ini.. aku dan kamu semua merasa diri hebat... mengambil tindakan sendiri.. dengan bercinta terlebih dahulu... sudah tentu bila cinta berputik... macam2 risiko mungkin berlaku.. lihatlah akhbar pada hari ini.. boleh dikatakan setiap hari ada bayi2 terbuang.. jika tidak terjadi sampai bayi terbuang pon.. cuba kita fikir? adakah Allah redha dengan perhubungan kita? Berpegang tangan di khalayak ramai? duduk berdekatan... menambah risiko untuk nafsu shahwat membuak2.. ditambah pula dengan syaitan yang suka tokok tambahnya.. ohh dimana maruah kita sebagai orang Islam hari ini... jodoh ada tiga...1. Pertama ialah jodoh dari syaitan, dua pasangan bercinta.. berpegang tangan... bermesra dan akhirnya berzina lalu meraka berkahwin... 2. Jodoh dari jin, apabila lelaki atau perempuan menggunakan ilmu hitam untuk memiliki seseorang yang disukainya. 3. jodoh dari Allah, apabila seorang pemuda berjumpa dengan seorang perempuan, dipinangnya dengan cara baik dan terus berkahwin.

Begitulah kiranya kehidupan kita... sememangnya hanya berpusing dengan 3 perkara sahaja, iaitu rezeki, jodoh dan akhirnya maut... kalau difikirkan untuk apa kita belajar? untuk bekerja bukan? untuk apa kita bekerja? untuk mencari rezeki bukan? untuk apa kita berkahwin? untuk ada teman bukan? dan untuk apa kita hidup? untuk mati bukan? untuk kembali kepada Allah... dan dihitung amalan kita.. " Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberi makan kepada-Ku" (Az-Zariyat ayat 56-57). Aku pernah dengar pepatah, carilah rezeki seperti kamu ingin hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah seperti kamu ingin mati keesokan harinya... Tapi orang sekarang termasuk aku sekali lebih berpegang kepada ayat yang pertama... bekerja bersungguh2 tapi terlupa nak gunakan ayat kedua... Bila ada mengenai hukum Allah atau perintah Allah maka patuhilah... kerana ayat pertama mengatakan 'seperti ingin hidup 1000tahun lagi'  jadi bersabarlah kita dalam meneruskan kehidupan biar pun satu dunia membenci kita kerana mengikut perintah Allah dan RasulNya... ada 1000tahun lagi kan nak hidup... jadi bersabarlah dalam bertaqwa pada Allah..

Setiap perkara yang Allah telah tetapkan pasti ia akan datang kepada kita... tidak kira sesiapa pun cuba menghalangnya... Jika ditakdirkan sesuatu menjadi rezeki kita.. maka ia akan tetap menjadi rezeki kita.. Jika ditakdirkan seseorang itu menjadi jodoh kita, maka ia tetap akan menjadi jodoh kita.. jika ditakdirkan kita mati pada sekian hari, maka tetap kita akan mati pada sekian hari... Jadi dalam melalui setiap perkara yang pasti akan datang ini... patuhilah dan terima semua perintah Allah dan jauhilah setiap larangNya.. supaya mati kelak kita ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. membawa hati sejenih air sungai seketika dahulu... Jangan dijual agama dengan harga dunia yang murah..“Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah at-Taubat :9) 

Janganlah terlalu risau akan rezeki atau jodoh kita.. tapi risaulah amalan kita yang akan dibawa sesudah mati kita... entri ini bukanlah bermaksud jangan usaha untuk cari rezeki, tapi berusahala kita semua.. tapi jangan ditinggalkan perintah Allah dan jauhilah semua larangan-Nya.. kerana tidak ada yang lebih berharga daripada mendapat keredhaan Allah dan mendapat pengampunan dari neraka Allah.. amin.... :)

Rabu, 5 Januari 2011

Piramid

Bila sebut tentang piramid, mestilah piramid berbentuk piramid kan? wahaha... sejak kecil aku memang teringin nak bersiar-siar melihat  piramid ni dengan mata kepala aku sendiri... mungkin dari pengaruh tv yg slalo aku tengok piramid2... tapi hajat ni x tercapai jugak sampai sekarang.. lagipun kalau kita ada duit perlulah kita utamakan yang wajib dulu iaitu menunaikan haji dan umrah.. baru la boleh nak bersiar-siar ke mana pon kan...

Ok, kita berbalik kepada piramid.. Untuk apa piramid diciptakan sebenarnya ya? dari apa yang aku pernah dengar, piramid ni dibina untuk makam firaun... Yes... Memang betol... hasil dari kajian aku di internet memang piramid dibina untuk makam firaun... Piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM). Ni aku celop dari wikipedia... wahaha... huiyo makan firaun pon dicipta sedashat tu kan... kita arini mati kena tanam dalam tanah ja pon...

Aku juga pernah dengar yang piramid ni freemason lah apa lah.... aku pon xberapa faham sangat ng freemason ni... Jadi aku malas nak ulas pasal ni... takot nanti salah fakta.... Tapi apa yang penting ialah piramid adalah piramid... dibina khas untuk makan firaun... dimana dalam al-quran diceritakan firaun ni adalah pemimpin yang mengaku dirinya tuhan... mana tidaknya.. Allah telah beri kesihatan tubuh badan padanya... sakit xpernah sekali pon dalam hidupnya... umur panjang nak mampos... Orang dah mati tah berapa keturunan... dia xmampos2 lagi... dari apa yang aku pernah dengar la.. Tapi satu hari pawang firaun telah mendapat sign yang satu hari nanti akan ada seorang budak lelaki lahir dan aku akan merosakkan status firaun sebagai tuhan dan membawa ajaran baru... dari apa yang aku tahu... budak laki ni ialah nabi Musa as..

Jadi, dengan kekuasan firaun di ketika itu, dia dengan hebatnya telah melancarkan Ops-budak lleaki... wahaha..  dia dengan kejamnya telah mengerahkan bala tenteranya untuk membunuh semua budak lelaki yang lahir pada ketika itu.. tidak ada seorang pon tertinggal... tapi dengan izin Allah... nabi Musa yang lahir ketika itu... Allah telah mengilhamkan kepada ibunya agar menghanyutkan anak dia ke sungai... tiba-tiba anak lelaki ini dijumpai oleh puteri firaun... dan dibawa kepada ibunya iaitu isteri firaun... Allah telah mengilhamkan rasa sayang kepada isterei firaun terhadap bayi itu iaitu Musa as... Firaun yang tahu mengenai keadaan itu terus mengarahkan untuk membunuhnya.. tapi dek kerana isterinya begitu sayang firaun telah membatalkan niatnya..

Nama Musa yang telah diberikan kepada bayi itu oleh keluarga Fir’aun, bererti air dan pohon (Mu=air , Sa=pohon) sesuai dengan tempat ditemukannya peti bayi itu. Didatangkanlah kemudian ke istana beberapa ibu untuk menjadi ibu susuan Musa. Akan tetapi setiap ibu yang mencoba dan memberi air susunya ditolak oleh bayi yang enggan menyusu. Dalam keadaan isteri Fir’aun lagi bingung memikirkan bayi pungutnya yang enggan menyusu dari sekian banyak ibu yang didatangkan ke istana, datanglah kakak Musa menawarkan seorang ibu lain yang mungkin diterima oleh bayi itu.

Yukabad, isteri Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya’qub  iaitu ibu kandung nabi Musa akhirnya dibawa oleh kakak Musa itu.... Akhirnya Musa pon menyusu dengan ibu kandungnya sendiri... dia akhirnya pulang kerumahnya sendiri... seteleh selesai menyusu, Musa dibawa pulang ke istana kembali... Akhirnya dia dibesarkan dalam istana.. dibesarkan dengan kemewahan.. dipakai kan pakaian seperti firaun... hingga dia menjadi terkenal.

Akhirnya, bila Musa as telah besar... Musa sememangnya telah ditakdirkan Allah menjadi nabi Allah... Berdakwah kepada firaun dan umat pada ketika itu... Pada ketika itu kaum yahudi ditindas oleh firaun dan menjadi hamba2 abdi... Dan sudah tentu, apabila Musa mula berdakwah, firaun telah sedar akan kesilapannya tidak membunuh Musa semasa dia kecil dahulu..  Lalu melancarkan peperangan terhadap Musa... Peperangan tu aku x tahu macam mana.. Tapi digambarkan dalam Al-qur'an, yang nabi Allah Musa telah diberikan tongkat yang boleh bertukar menjadi ular... Pada zaman firaun memang femes bab2 sihir2 ni... So nabi Musa pon telah berlawan dengan ahli2 sihir firaun... dan sememangnya Musa as telah menang dengan ahli2 sihir ni sampai ahli2 sihir ni pon ingin tunduk kepada Allah.

Selepas tu digambarkan lagi yang firaun telah membawa bala tenteranya mengejar Musa dan kaum yahudi yang dibawa lari oleh Musa dari firaun yang kejam. Melalui laut, dimana Allah telah membuka jalan dilaut untuk Musa dan kaumnya berlari... macam mana Allah buka jalan ni? WaAllaualam... tapi ada orang telah mengkaji bahawa laut yang nabi Musa lalui ini ialah laut yang berada di Teluk Aqaba di Nuwaybi. Kedalamannya mencapai 1500 meter, 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Jadi begitulah kehebatan Allah... Allahuakbar!!

Dan Al-qur'an telah membuktikan cerita ini wujud di waktu zaman jahiliyah arab, diman orang dimasa itu sudah tidak tahu tentang sejarah ini.. Bolehkah kita mengatakan Al-quran adalah ciptaan Muhammad SAW semata2? rujuk sikit....... "Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."(Surah Yunus ayat 90-92)

Dapat kita lihat hari ini bahawa mayat firaun telah ditemui... seperti mana dalam Al-Qur'an... dan hari ini kita masih boleh lihat mayat firaun ini yang dipanggil pharaoh masih lagi wujud... dan mayat2 firaun ini telah diawet.. dan ada yang disemadikan di dalam piramid2 ini.... piramid adalah salah satu binaan yang dikatakan hebat.. kalau x salah 7wonder... 7 binaan yang terhebat... Jadi cuba kita renungkan tuan2 dan puan2... Even makan firaun iaitu piramid pon dikatakan binaan terhebat... bagaimana istana firaun pula ya? rumah2 pembesar di zaman firaun? ke mana perginya? Di sini Allah telah tinggalkan makam firaun supaya kita berfikir... Semua yang lain telah lenyap dek azab Allah tapi ditinggalkan hanya makam firaun untuk kita berfikir... Betapa Maha Besar Allah yang boleh menurunkan azabnya bila2 sahaja... Jadi, xperlulah kita berbangga dengan salah satu 7 binaan keajaiban dunia ini...  Sehebat mana pon teknologi kita pada hari ini... Kita tidak akan mampu berlawan dengan yang Maha Besar.. Tuhan Sekalian Alam...

ps: marilah aku dan korang semua kembali kepada Allah dengan sepenuh hati.... kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW... Dajjal sekali pon telah berkata sesiapa yang ikut Muhammad akan terselamat(rujuk cerita sahabat nabi yang terjumpa Dajjal di sebuah pulau)

Jumaat, 22 Oktober 2010

LIFE is like a cup of coffee, either u enjoy the coffee or u struggling yourself to get an expensive cup to drink a coffee..

Selasa, 29 Jun 2010

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)




Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Khamis, 3 Jun 2010

Mana Tuhan Kamu??

Assalamualaikum... Kt bwh ni ada cita pasai ni.. sgt panjang.. rajin baca la.. tp aku buat konklusi cita ni bagi pendek sikit.. so klu malas baca la konklusi aku ini... :)

Part1
 ......Tahun 837- Di sebuah kota Amoria,Romawi seorang muslimah berpakaian sopan sedang berjalan di sebuah pasar untuk membeli barang untuk tuannya(kira dia ni hamba pada orang Roman la). Tiba2 seorang pekedai dan rakannya menghampiri muslimah ini dan menangkap tangannya dan menolak muslimah ini ke dinding. Mereka membuka tudungnya dan pakaiannya. Sambil bertanya, Mana tuhan kamu? Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu? “Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!”Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?!”  Dalam hinaan beramai2 itu ada mata sedang memerhatikan mereka. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.