Isnin, 7 Mac 2011

Orang Tamak Selalu Untung??

Selalu didengari pepatah orang tamak selalu rugi.. kenapa manusia tamak? Kenapa manusia inginkan harta banyak? Kenapa manusia ingin benar jadi orang kenamaan? Kenapa manusa mengosongkan rumah Allah? Kenapa manusia xikut perintah Allah? Kenapa dan mengapa? Sekali lagi salah aku lah itu!!

Pernah dengar nabi Isa as? Satu masa dahulu ada seorang manusia ni nama dia x diketahui lalu aku pun panggil dia mamat lagi… sori mamat pinjam nama weh… mamat ni pergi berjumpa dengan nabi Isa as.. Dia ingin benar mendampingi nabi Isa as agar dia boleh belajar dari nabi Isa as apa2 sahaja dari nabi Isa as.. Dan mamat berjanji akan terus mendampingi nabi Isa as walau dalam apa keadaan sekaliipun..

Jadi nabi Isa as pun membenarkan mamat ni ikut dia.. Lalu mereka pun berjalanlah… biasalah nabi2 ni kerja mereka berjalan merata2 ingin menyebarkan ugama Allah.. Ketika perjalanan itu nabi Isa as ada membawa bekalan roti sebanyak 2 biji roti..

Lalu tiba lah di satu perhentian.. mereka berhenti dan berehat.. Ketika nabi Isa as hilang dari pandangan mamat, mamat pun makan roti ni sebiji.. Lalu tinggallah sebiji lagi roti ni.. Lepas berehat mereka pun teruskan perjalanan lagi… Berjalan punya berjalan nabi Isa as tersedar rotinya hilang sebiji lalu tanya la dia kepada mamat mana hilang rotinya itu..

Mamat yang x mahu mengaku salah mencuri roti lalu menjawab dia x tahu pasal roti tu.. Nabi Isa as dah tahu mamat ni curi roti, tapi saja baginda ingin mamat ni ngaku sendiri.. tapi dah mamat xnak ngaku, jadi dia pun relak la..

Tiba di satu kawasan, nabi Isa as nampak seekor rusa.. Lalu nabi Isa as memanggil rusa tu datang kepadanya, lalu disembelih rusa dan dimakan bersama mamat.. panggil brader, bukan kena buru atau ikat okeh… Lepas abes makan tinggal tulang semua, lalu nabi Isa as memanggil rusa itu dan rusa itu pun dihidupkan kembali dengan izin Allah..

Mamat lihat semua ni tapi masih x ngaku kesalahannya mencuri roti.. Tiba di satu sungai nabi Isa dan mamat dengan relaknya berjalan atas air.. Jalan brader! Atas air! Bukan berenang… Tapi mamat masih lagi kool xnak ngaku kesalahannya..

Lalu nabi Isa as pun amik 3 biji batu… dibacakan doa lalu batu tu bertukar kepada emas… Nabi Isa as pun berkata kepada mamat… Ok sekarang ada 3 biji emas… satu untuk aku, satu untuk kau dan satu lagi untuk orang yang curi roti aku..

Mendengar perkara ni mamat terus mengaku… Nabi Isa as pun kata, oklah amik la ketiga2 biji emas ni.. mendengar perkara ini mamat pun amik dan terus tinggal nabi Isa as.. walhal dia dah berjanji ingin mendampingi nabi Isa as..

Mamat pun terus berjalan… untung gila mamat.. tamak tapi untung.. Dalam perjalanan dia terjumpa dengan 3 orang perompak… 3 orang ni merompak 3 biji emas dia dan membunuhnya…

Lalu 3 biji emas tadi pun dibahagi… dapat la seorang sebiji emas… Mereka bertiga berjalan2 dan tiba satu perhentian.. Mereka berasa lapar..setelah berbincang, seorang disuruh beli makanan.. jadi seorang ni pun pergilah beli makanan..

Bila tinggal 2 orang berdua, mereka berbincang.. nanti bila membe kita pulang apa kata kita bunuh dia.. kita pasti boleh amik bahagian dia nanti.. mereka berdua pun bersetuju…

Yang pergi beli makanan pun terfikir perkara sama.. jika dia bunuh 2 orang pasti dapat bolot emas sorang2… lalu dia pun meracun makanan tersebut..

Apabila pembeli makanan pulang, mereka berdua telah membunuh dia.. sebelum meneruskan perjalanan mereka memakan makanan yang dibeli… Lalu matilah kedua2 orang itu.. maka emas tu pun xjadi milik siapa2…

Begitulah nasib orang yang tamak… dunia selalu memperdayakan kita.. jika kita selalu memperdayakan orang, sebenarnya kita sedang memberi peluang untuk dunia memperdayakan kita kembali.. oh.. jadi jangan tamak! Ambillah sekadar yang patut di dunia ini.. dan beramal soleh lah aku dan korang semua…

25 Comments:

Bijen M. said...

Tamak akhirat boleh dak?
He he he.

Wafi said...

boleh brader! kalau baca kisah sahabat2, nampak sangat mereka terkejar2 akhirat... dan dunia datang bergolek2 kepada mereka.. dan dengan dunia itu pun mereka gunakan untuk akhirat juga.. berbahagialah mereka.. aku? isk isk... masih cinta dunia..

amiramukri said...

masing-masing tamak . akhirnya takde siapa yang untung :)

Menusuk Hati said...

kadang2 tamak ni best gak..jgn bagi can org bang,jgn bagi can org2 yg lambat utk masuk saf pertama,jgn bagi can org lain menderma lebih banyak dpd kita..hehe..tamak mcm ni ok x?

Wafi said...

amiramukri: yup2, abis xda orang pun dapat..

menusuk hati: tamak cmtu mmg sgt bgus.. kerana akhirat idup selama2nya...

: husna : said...

alhamdulillah...cerita yg bagus..
xpasal2 mamat jadi femes kat sini.
tu la balasan org yang tamak keduniaan, kat dunia Allah dah bg hukuman, akhirat apetah lagi...

Norsha said...

oh, good story, jalan cerita selamba tapi mendalam sungguh makna...apapun i like perenggan akhir tu ...dunia selalu memperdaya kita....ambillah sekadar yg patut didunia ini...(insyaallah, cuba amal yg ini)

Wafi said...

husna: haha... sian mamat... asyik nama dia ja kuar... di akhirat x terbayang bagaimana hukuman Allah..

Norsha: insyaallah, moga aku juga dapat amal.. :)

totoromalas said...

wokeh... insaf doh ni. almaklumlah ada unsur2 tamak dlm diri. woowoo...

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

assalamualaikum... follow awak balik... :)

naisse said...

good story, wafi. byk pngajaran neh. terus menulis.
and mksih salu lalu blog husna.eheh

My Life My World said...

Assalamualaikum Wafi, pertama kali sampai sini selepas ditinggalkan jejak di Blog saya. Terima kasih sudi hadir.

Terima kasih sebab share cerita yang sangat menarik ini. Blog yang tak akan saya lepaskan selepas ini. Banyak pengajarannya di sini.

si para para said...

kalau tamak kaut duit rakyat macam mana tu bro..

Wafi said...

totoro: sapa yang x tamak idup kt dunia... adeh.. sebab tu aku dan korang haruslah jaga agama...

MYself:tq~

Husna:insyAllah aku akan terus menulis.. selagi ada internet.. selagi aku waras.. selagi ada idea.. selagi aku masih bernyawa.. wakaka..

MyLife:waalaikumsalam.. tq2.. moga2ada pengajaran..

si para: walau sebesar zarah perbuatan kita bro, pasti akan dihitung... sebab tu orang yang tinggi kfahaman ugama kalau boleh xnak jadi pemimpin... banyak nk jwb nti brader..

Putri Zara Sofea said...

syukur atas segala nikmat pemberiaan tuhan.

manusia memang tak pernah tak tamak. Dalam sesuatu hal, kadang2 kita rasa kita nak lebih dr org lain. contoh bila belajar. Dapat ilmu baru, dapat teknik baru..diam je. Taknak share dengan yg lain. Putri kadng2 ada jugak buat mcm tu. Tp, bukan dengan semua. Cuma dengan org yg kedekut dgn putri. Huhu. Tak baik kan ??

Wafi said...

alhamdulillah... xpyh kita tengok jauh.. tengok masyarakat melayu cukup la... pandai buat kuih sedap.. jual untung2... bila ada orang niat baik nak berniaga juga tnya.. pasti xkan dibagitau.. bukankah ilmu itu milik Allah? bukankan rezeki telah Allah tetapkan?

Qaseh Dalia said...

ooo qaseh baru tahu cerita ni padan muka ..tamak lagi semua tak dpt huhu ... so jgn tamak2 ..

Unknown said...

Tamak pun ada Pro & Cons...Tamak urusan dunia rugi di akhirat tp tamak urusan akhirat = dunia + akhirat untung..insya'allah!!!

Wafi said...

qaseh: wuu sian kat emas tu.. xda orang amik dia.. moral: jangan tamak!

marya: yup.. tamak akhirat dan perlu istiqamah.. doa agar tuhan teruskan kita tamak akhirat..

Che Cha said...

GlameR la mamat ni kan. =D

Dunia hanyalah hiasan yang memperdayakan manusia-manusia yang cetek ilmunya.

Dunia sepatutnya dimanipulasikan oleh kita untuk dijadikan sebagai alat untuk mencapai kejayaan di jalan Allah. =D

makin kaya,makin byk zakat n sedekah. hehe.

Wafi said...

Auz: benar tuan Auz, tapi kalau x makin kaya pun kena keluar zakat juga kalau cukup syaratnya, dan kena belajar2 sedekah juga.. :)

Annisa said...

macam mana dengan kisah ni..

seorang anak ada laptop, tapi ayah dia belikan.. satu hari tu, ayah tu marah marah. mungkin ada masalah. ayah dia minta balik laptop.. anak yang tengah buat kerja terkejut. semua kerja dalam tu dipindah ke hard disk. Masa mula mula tu, anak tu rasa sedih.fikir ayah ni jahat. kenapa perlu amik dan ungkit pemberian? ayah jualkan laptop tu ke? selepas beberapa hari.. anak tu pi CC buat assignment tapi tak dapat siapkan bila mamat CC cakap comp diorang tak leh detect hard disc =.=' kecewa kecewa. tapi dia redha, laptop tu mungkin bukan rezeki aku.

Satu hari, anak tu teringin beli pc. dia ingin guna duit sendiri. dia angkut semua pc yang berat berat tu masuk dalam bilik. the next day, si anak hantar pc yang dibeli ke kedai sebab ada setting tak okay. Balik je rumah, ibu beri balik laptop yang pernah di guna anak tu..ibu cakap, laptop tu ada je kat rumah. ayah bagi balik. mungkin kasihankan anak dok ulang alik. anak tu menangis kegembiraan.

hm, anak tu tak tau nak guna mana satu.. pc or laptop.. ^_^ cuma tu mungkin salah satu cara Allah uji anak tu sabar ke tak..

orang tamak perlu belajar untuk sabar. rezeki ada di mana mana. asalkan ada usaha.

orang tamak selalu untung. untung tengah jalan. hujung jalan, sad ending.

Wafi said...

wuaa.. nisa ni banyak cerita rupanya.. bagus2... tamak memang xpernah berjaya.. kalau berjaya pun, mungkin zahir saja nampak berjaya, hati x tenang..

Annisa said...

hahahahahahahahahahhaha..

hahahahahahahahahahhaha..

ye, orang stop lah ni ^_^ tak cte lagi ;) peace..

Wafi said...

lar cerita ja la... perkongsian itu bagus..