Dik, belajar mana cara ambil wuduk? (xkan nak jawab belajar masa sekolah dulu kan,maka aku pun jawab…) Err.. salah kah pokcik cara saya berwuduk? Kalau salah tolong betulkan.
(aku jarang ambil wuduk sebegini, cuma dekat masjid tu ada satu paip air ni terlalu rendah posisi menyebabkan cara aku ambil wuduk tu salah)
Maka pokcik ni pun menerangkan gaya air mesti mengalir ke bawah. Air mesti mengalir ke bawah dan xboleh sapu air ke atas.
(bayangkan seorang pemuda dan paip air yang lebih rendah dari lutut sambil meletak tangan berdekatan paip dan jari menunjuk kearah tanah sambil air mengalir ke bawah dan pemuda menyapu air dari jari ke siku.)
Tq pokcik!
Bukan aku nak bincangkan hal ambil wuduk tu, kerana aku masih jahil bab-bab hukum hakam dan ini bukan blog agama bincang hukum hakam. Aku masih belajar-belajar tapi aku nak bincangkan budaya manusia yang xsuka ditegur. Perasan betul, perasan hebat, perasan ilmu dah penuh di dada. Jika ada perasaan ni maka aku dan korang kena istigfar banyak-banyak. Bila ada orang tegur kita maka jangan perasan betul dan cakap terima kasih dengan muka senyum kool. Ikhlas atau x itu soal hati, cewah! Kalau bab hukum hakam lepas korang kena tegur pergi la cari guru-guru agama dan bertanya untuk dapat penjelasan lebih lanjut. Berbeza ilmu yang dapat disebabkan kita kena tegur dari kita pergi menuntut ilmu tu dengan berjumpa dengan guru-guru agama. Berjumpa secara nyata, muka ke muka hati ke hati. Ha ha ha.
Bagaimana pula nak tegur?
Bila kita nampak orang buat salah dalam hukum hakam atau apa-apa hal maka kita perlu cari cara yang paling berhikmah untuk tegur dia. Jangan ditegur dalam keadaan yang akan memalukan orang tersebut. Contohnya ada satu orang buat salah secara terbuka dan semua orang nampak lepas tu kita pergi tegur pun secara terbuka dan semua orang dengar. Ini cara yang memang xberhikmah. Habis tu apa kaedah bro?
Kaedahnya ialah kita perlu tenangkan jiwa kita terlebih dulu. Jangan ada perasaan marah ketika nak tegur,istigfar sebanyak mungkin sebelum korang cari jalan untuk tegur dengan paling berhikmah.Jangan tegur di khalayak ramai dan susun ayat yang terbaik agar xterluka hati yang ditegur. Bayangkan orang yang korang nak tegur tu ialah diri korang sendiri dan apa ayat yang korang paling suka jika orang nak tegur korang.
Kalau orang lebih tua dari kita?
Kalau orang lebih tua dari kita maka lebih baiknya kita jangan tegur. Habis tu nak biarkan ja bro? Bukan biarkan tapi agak sukar nak tegur orang yang lebih tua dari kita ni. Jadi langkah pertama ialah doakan dia. Jangan tegur ketika dia buat salah. Biar keadaan macam kool seketika pastu korang pergi sembang-sembang bagi dia kool pastu pandai-pandai korang selitkan teguran dalam sembang kool korang tu.
Macam kisah hasan dan husin cucu nabi tu. Ada seorang tua ada kesilapan semasa berwuduk. Hasan dan husin ingin menegur tapi xberapa sesuai dengan umur mereka. Maka hasan dan husin pergi duduk sebelah pokcik ni dan buat2 bergaduh pasal wuduk. Hasan dan husin pun menyoal pokcik tu. Pokcik ni yang ragu-ragu terus berjumpa nabi dan masalah pun selesai. Kool kan?
Kesimpulannya dalam hidup sentiasalah membuka dada(baca:bersifat terbuka) dan bersedia menerima teguran dari sesiapa pun xkisah orang lebih muda atau tua dari kita. Jika melibatkan hukum hakam xperlu gaduh-gaduh dengan orang yang ditegur, kita pergi rujuk ustaz dan perbetulkan apa yang salah. Jika ditegur tentang kesilapan dalam hidup kita maka terima dengan senyuman manis dan perbetulkan apa yang patut. Bila nak tegur orang perlulah berhati-hati sebelum kita menegur. Risau jika disebabkan teguran kita orang tersebut lebih jauh dari agama. Aku masih belajar-belajar nak sampaikan teguran atau pendapat secara berhikmah dan belajar menerima teguran dengan senyuman terima kasih. Doakan aku.
ps: kalau kena tegur jangan lari xpergi masjid pula lepas tu. Sebelum mulakan hari kita, niat dalam hati aku ingin belajar ya Allah, ajar aku ya Allah. Maka insyaallah korang akan lebih kool bila ditegur.