Jumaat, 22 Oktober 2010

LIFE is like a cup of coffee, either u enjoy the coffee or u struggling yourself to get an expensive cup to drink a coffee..

video

Selasa, 29 Jun 2010

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)




Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Khamis, 3 Jun 2010

Mana Tuhan Kamu??

Assalamualaikum... Kt bwh ni ada cita pasai ni.. sgt panjang.. rajin baca la.. tp aku buat konklusi cita ni bagi pendek sikit.. so klu malas baca la konklusi aku ini... :)

Part1
 ......Tahun 837- Di sebuah kota Amoria,Romawi seorang muslimah berpakaian sopan sedang berjalan di sebuah pasar untuk membeli barang untuk tuannya(kira dia ni hamba pada orang Roman la). Tiba2 seorang pekedai dan rakannya menghampiri muslimah ini dan menangkap tangannya dan menolak muslimah ini ke dinding. Mereka membuka tudungnya dan pakaiannya. Sambil bertanya, Mana tuhan kamu? Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu? “Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!”Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?!”  Dalam hinaan beramai2 itu ada mata sedang memerhatikan mereka. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.

Ahad, 23 Mei 2010

Bacaan Surah Sebelum Tidur

Diriwayatkan dari Aisyah : setiap kali Rasulullah Saw hendak tidur (malam hari) Nabi Saw menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bagian tubuhnya. dimulai dari kepala, wajah, dan bagian depan tubuhnya. Nabi Saw melakukannya tiga kali.

Sabtu, 22 Mei 2010

sepotong hadis

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sore hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.


Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”

Jumaat, 21 Mei 2010

12 GOLONGAN

Firman Allah SWT dalam surah al-Naba ayat 18 " Iaitu hari ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.

Diriwayatkan bahawa ayat ini [ernah ditanya oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya "Ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?" Maka Rasulullah menangis sebelum menjawab soalan. Sabda baginda.. : Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan masuk NERAKA dan 1 golongan sahaja akan masuk SYURGA.

Isnin, 17 Mei 2010

Dihina, tapi masih memaafkan orang yang menghinanya...

          Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w.

           Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

Rabu, 12 Mei 2010

Mari lihat proses kejadian ayam dari telur.. SubhanaAllah


Rabu, 5 Mei 2010

Siapa idola anda? Adakah anda kenal idola anda?

Assalamualaikum...

Hari ni nk wafi nk tanya sikit... Siapa idola anda? Adakah anda betul2 kenal idola anda...


Bagi wafi kita sebagai orang Islam perlulah memilih idola yang sesuai...Dan idola yang paling sesuai bg orang Islam tidak lain melainkan manusia teragung... nabi Muhammad SAW..So arini wafi nak share sikit psl biodata nabi Muhammad SAW

BIODATA RASULULLAH  S.A.W.
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571
. Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
. Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

Isnin, 3 Mei 2010

Mari segerakan solat Subuh.....

Assalamualaikum
 Mari kawan2 jgnlah kita melewatkan solat subuh... sebelum tidur kita niat untuk bangun awal untuk solat subuh.. InsyaAllah kita akan bangun...


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”

Huraian
i) Solat fardhu wajib dilaksanakan dalam waktunya. Ia tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa jua keadaan sekali pun kerana meninggalkan solat termasuk dalam dosa-dosa besar sehinggakan dalam keadaan sakit yang tenat (teruk) sekali pun di mana jika hanya mata sahaja yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan juga iaitu dengan menggunakan isyarat mata..

Ahad, 2 Mei 2010

mari baca Al-quran... mulakan dengan sehelai setiap hari...


A Beautiful Hadith 
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Jumaat, 30 April 2010

Menipu & Ditipu

Erm kdg2 kita suka main tipu org untuk tujuan main2 kan? Jadi mari kita baca sedikit hadis mengenai tipu menipu ni.... Semua orang Islam tahu yang menipu ni dosa besar... tapi kdg2 kita suka main2 tipu hanya utk tujuan bergurau...

...sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis, "Celakalah orang yang berbicara,padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang tertawa,celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar al-Asqola)

sumber:iluvislam.com

kisah seorang manusia yg sayangkan umatnya..

Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah Mengingatkan kita dalam Kematian

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Aku ingin belajar menulis.. Menulis tentang pengalaman diriku.. Tentang apa yang aku lihat.. Tentang apa yang aku dengar.. Tentang apa yang cakap.. Tentang apa yang aku fikirkan... Jika ada salah silap sila-sila tegur di ruang komen atau email..