Isnin, 28 Februari 2011

Surat Cinta atau Kotak Cinta??

Pernah korang bercinta?? Xpernah? Ha ha ha.. relak2.. satu hari nanti korang yang xpernah bercinta akan temui cinta korang bila dah kahwin.. Aku?? Xperlu cerita pasal aku… Aku cuba didik diri aku jadi pemalu.. wakakaka…

Pernah tengok orang baca surat cinta? Erm zaman moden ni mesti dah xda surat cinta letak bedak semua tu lagi.. Pernah tengok orang bercinta baca sms dari boifren/girlfren/laki/bini diorang? Haa mesti pernah korang nampak kan? Kan3x?

Pernah nampak diorang tersengeh2 tapi bila ditegur dan akan terus kaver2? Wakaka.. xpernah juga? Adeh bagus betul la korang ni.. dah xpernah bercinta, tengok orang bercinta pon xpernah.. memang korang bagus… tahniah! Korang mesti lelaki dan perempuan terakhir beriman di atas muka bumi ni..

Pernah tengok orang tengok kotak cinta? Apa itu kotak cinta? Kotak cinta ialah kotak yang korang boleh tengok manusia bercinta dalam tu.. Apakah itu? Oh sudah tentu TV!! Dimana pelakon2 melakonkan cerita cinta ala2 romantik.. menyuntik jiwa romantik bagi penontonnya.. hingga terlahir bayi2 luar nikah.. Hoyeah!! Orang kafir sudah berjaya memijak kita…Lalu bila orang amal Islam, bernikah sebelum bercinta dianggap pelik!! Menuduh Islam menolak romantic!! Menuduh Islam itu kolot.. Pernah tengok orang nangis tengok cerita cinta? Oh!! Touching brader tengok cita tu… kah kah kah…

Bila tengok cerita cinta mesti korang pon nak bercinta.. Semua manusia akan mudah terkesan dengan apa yang dilihat.. Jika korang jalan2 tengok orang makan eskrim Cornetto, mesti korang pon akan teringin nak makan eskrim cornetto jugak kan… Cornetto, share your love~

Manusia memang2 mudah terkesan jiwanya.. Mudah mengikut.. Mudah untuk cuba sesuatu yang baru..

Jika kita kaji sejarah Nabi SAW kita dapat lihat bagaimana Allah pelihara nabi sebelum jadi Nabi lagi.. Bilamana baginda nak berjalan pergi ke majlis keramaian, Allah telah tidurkan baginda.. Mengapa?? Ya kerana manusia mudah terkesan.. Jadi Allah telah pelihara hati nabi SAW agar x terkesan langsung dengan keadaan jahiliyah di ketika itu.. Mengapa nabi SAW suka ber’uzlah(mengasingkan diri) lepak2 kat gua hirak?? X lain dan x bukan kerana Allah ingin menjaga manusia agung ini agar x terkesan dengan keaddan jahiliyah itu sebelum dilantik menjadi rasul mulia yang akan menyebarkan agamaNya..

Mengapa nabi suka lepak(iktikaf) kat masjid walaupun isteri baginda ramai dan walaupun baginda dah jadi nabi? X lain dan x bukan juga… baginda nak ajar umatNya agar buat benda sama.. supaya xterkesan dengan dunia.. supaya hati yang dah banyak terkesan dengan dunia.. dah banyak tengok TV cerita cinta dan tengok orang buka aurat dapat dibersihkan… Bila hati kurang terkesan dengan dunia, maka amal ibadah dapat dilaksanakan dengan ikhlas.. bila amal ibadah dijaga, maka akhlak akan jadi baik.. bila akhlak jadi baik, hak manusia terhadap manusia akan ditunaikan.. Dosa2 pon akan ditinggalkan.. Jika korang seorang laki ada bini.. bila akhlak mulia, korang akan tolong bini korang memasak.. tolong dia kemas rumas.. korang akan basuh baju sendiri.. korang xkan belagak macam firaun dalam rumah….

Pernah baca surat cinta dari Allah? Mesti korang pernah baca punya.. Masa kecil2 mesti mak bapa korang hantar korang pergi mengaji qur’an kan3x? Tapi bila korang dah besar berapa kali korang baca surat cinta dari Allah dalam satu hari?? Ce try banding.. berapa kali? Berapa helai korang baca sehari? Korang korban x duit ringgit korang sikit untuk beli alquran terjemahan?? Ada x? Ada x? bila da beli ada korang baca x? Ini dari Allah!! Bukan dari boifren/girlfren/laki/bini korang.. dari Allah!! Yang cipta boifren/girlfren/laki/bini korang!!

Berapa lama korang tengok kotak cinta @ TV berbanding korang baca quran?? Berapa lama? Cerita yang korang tengok dekat TV ciptaan manusia.. tapi quran adalah dari Allah!! Dan Allah xpernah tipu dalam janjiNya.. Dan cerita2 dalam quran adalah benar!! Tidak ada yang salah.. dan dalam setiap cerita ni ada pengajaran yang patut diambil..

Bacalah quran.. sebelum korang dibacakan quran masa sakaratul-maut korang.. Banyak kebaikan dan fadhilat jika korang baca dan usaha untuk fahami ayat2 quran.. jika korang boleh hafal ayat quran lagi bagus.. tapi pastikan tajwid korang betul.. sila rujuk ustaz berkenaan.. Mak bapa korang pon akan dapat ganjaran di akhirat jika korang baca quran…

Khamis, 24 Februari 2011

Ada apa dengan bismillah?

Bismillahirrahmanirrahim,permulaan surat nabi kepada pemimpin Kisra atau Khosrau II (Penguasa Parsi)…. Isi surat:
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung. Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada seruan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh umat manusia, supaya aku memberi amaran kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang yang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi. "

Inilah satu-satu pemimpin yang mengoyak surat nabi dihadapan utusan nabi SAW… oh… sungguh berani… Lalu beberapa ketika, kerajaan Persia/Parsi telah jatuh… kerana adik kepada penguasa Parsi ini telah membunuhnya dan mengoyak2 badannya untuk merampas takhta… Sungguh janji Allah dan RasulNya benar…

Satu kisah mengenai bismillah..

Tersebutlah kisah sepasang suami isteri tinggal di sebuah rumah.. Nama mereka Pak Seman dan Mak Minah.. Mak Minah seorang yang sangat baik.. Setiap perkara yang dilakukan akan dimulakan dengan bismillah.. Buka peti ais bismillah, pegang bekas ikan baca bismillah, angkat bekas ikan bismillah, basuh ikan bismillah.. boleh dikatakan semua yang dibuat mesti dimulakan dengan bismillah.. setiap perkara kecil sekalipun.. kecuali dalam tandas la.. xleh sebut nama Allah dalam tandas daa..

Lalu Pak Seman tah kenapa sangat rimas dengan keadaan ini.. Bila Mak Minah bancuh the.. Letak cawan bismillah.. duduk sebelah Pak Seman bismillah.. minum pon bismillah.. segala2nya bismillah..

Setiap hari memang xtahu berapa kali Mak Minah baca bismillah.. Pak Seman bertambah2 rimas.. ‘Sikit-sikit bismillah’..

Lalu Pak Seman merancang satu perancangan konon2 nak bagi Mak Minah stop baca bismillah..

Pak Seman memberi duit rm50 kepada Mak Minah lalu menyuruh Mak Minah simpan.. Dan Pak Seman cakap bila dia nak nanti dia akan minta balik..

Lalu Mak Minah pergi ke laci almari.. Ambil kunci di tempat sangkut kunci bismillah.. Buka kunci laci almari bismillah.. Buka laci almari bismillah.. Letak duit bismillah.. Tutup laci almari bismillah.. Kunci laci almari bismillah.. Letak balik kunci bismillah..

Setelah beberapa hari, Pak Seman meneruskan perancangan.. Dia telah membuka laci almari tersebut dan mengambil duit rm50 tersebut lalu membuang ke dalam telaga..

Lalu Pak Seman meminta kembali duit dari Mak Minah.. Mak Minah melihat keadaan laci almari seperti biasa.. diulangi..

Mak Minah pergi ke laci almari.. Ambil kunci di tempat sangkut kunci bismillah.. Buka kunci laci almari bismillah.. Buka laci almari bismillah.. Jeng3x.. duit masih ada dalam laci tu.. Diambil Mak Minah bismillah.. diberi pada Pak Seman bismillah..

Terkejut beruk Pak Seman.. diambil duit itu lalu sujud Pak Seman minta ampun kat tuhan.. Oh!!

(nama watak Pak Seman dan Mak Minah hanyalah direka.. kerana memang orang yang cerita ni xbagitau nama pun)

Bacalah bismillah sebelum berbuat apa… Cuma jangan baca bismillah sebelum melepaskan hajat sudah… ha ha ha… kerana kita dalam tandas ketika itu..

Jumaat, 18 Februari 2011

Macam Kenal??

Aku masuk ke sebuah rumah… Malam ni ramai orang kat rumah ni… terdengar aku makhluk Allah sedang bercakap terjerit2 dengan penuh semangat… Oh sedang bercerita rupanya mamat kat depan tu.. Lalu aku duduk……

(Ceritanya berbunyi….. lebih kurang)

Waktu saya bawa jemaah pergi umrah, saya teringat… pada satu pagi saya ajak jemaah.. ‘jom siapa nak ikut saya pergi panjat bukit’… golongan tua memberi pelbagai alasan’ erk sakit lutut, erk sakit dada, erk sakit jantung’ tapi golongan muda berkata ‘jom ustaz kami nak ikut’…

Sampai di bukit(jabal nur), ustaz menyuruh anak2 muda ni beli air… lalu anak muda dengan perasaan cool berkata ‘alarh ustaz mudah ja panjat bukit ni xpayah beli air pon ok’… tapi ustaz ni terus meyakinkan diorang.. ‘beli nanti menyesal’… lalu mereka pon beli 2 botol air mineral kecil… anak2 muda ni pon dengan laju mendaki sehingga mereka potong saya… sampai kt perhentian pertama diorang cakap ‘ustaz, take five!!’..

Di perhentian pertama mereka berhenti ni abis 2 botol diorang minum… kami daki lagi… sampai perhentian kedua kami berhenti lagi.. kali ni dah xda air.. tercungap2 anak2 muda ini… ‘ustaz, take ten!!’… (kedengaran orang ramai tergelak mendengar ustaz ni bercerita) sambil kami berehat, ada seorang tua sedang mendaki dengan menggunakan tongkat… dengan relak dia daki perlahan2 memotong kumpulan kami yang sedang berehat… lalu saya kata ‘anak2 muda, orang tua tu dah potong kita’.. anak2 muda menjawab ‘jom kita potong balik…’

Kami pon berjaya memotong orang tua tu… tapi sampai di perhentian ketiga… kami berhenti rehat… tiba2 orang tua tadi terus memotong dengan relak(macam cerita arnab dan kura2.. hahaha) Lalu saya cakap ‘jom orang muda, kita potong balik’… anak2 muda menjawab ‘ biar la kat dia ustaz, kami dah xlarat, nanti abis rehat kita sambung balik’…

Saya pon letih tapi sangat irihati dengna orang tua ni lalu memanggil beliau…

Ustaz:Saya bertanya berapa umur kamu(versi bahasa arab)??
Tua: ce try teka…
Ustaz: 50?
Tua: La(tidak)
Ustaz:  60
Tua:  La(tidak)
Ustaz:  (saya dah panas…) lalu bertanya berapa umur kamu?
Tua: 70.. berapa umur kamu?
Ustaz: 40
Tua: dulu ada seorang anak muda umur macam kamu daki bukit ni… tapi tahukah kamu ada orang umur lebih 15 tahun tua dari anak muda ini daki bukit ni 2 kali sehari?

Itulah Khadijah isteri nabi SAW…. Menghantar bekalan makanan kepada baginda SAW..

Terus ustaz ni menangis dan anak2 muda ni setelah ustaz tu translate kat diorang pun menangis dan bertekad nak terus sambung daki jabal nur untuk sampai ke gua hirak…

(setakat tu sahaja aku tulis.. panjang lagi ceramah ustaz ni… tapi aku amik ni ja sempena maulidur rasul… erk.. sebenarnya setiap hari nabi perlu disambut… perlu dicontohi… bukan hari kelahirannya sahaja.. )

Isk isk isk… betapa tinggi nilai pengorbanan,usaha nabi dan orang2 terdahulu… tapi kita hari ni memandang ringan usaha ini… oh tidak…. Kenapa air mata aku x mengalir dengar cerita ni?? Mana rasa sayang nabi??

Bilal ra bila nabi wafat, beliau xboleh nak laungkan azan lagi… sebab bila nak sebut azan ‘Ash-hadu anna Muhammada rro sulu llah’ dia xboleh nak sebut.. sebab nanti dia sebak dan menangis… isk isk… lalu bilal berhenti azan…

Setelah lama bilal tinggal madinah, satu hari bilal pulang ke madinah… kalau xsalah zaman saidina umar sebagai khalifah… Umar minta bilal azan sekali… dah lama xazan kan… lalu bilal naik atas kaabah dan azan… (bilal bertekad nak abehkan juga azan kali ni) bila sampai ‘Ash-hadu anna Muhammada rro sulu llah’ … kali ni bilal berjaya abehkan…

Seluruh madinah menangis mendengar laungan ini…. Umar tertunduk diam kat maqam ibrahim… abeh azan bilal Tanya umar kenapa begitu.. Umar jawab ‘aku rindu memori kita bersama nabi’ Ohhh.. menangis satu madinah bro2 dan sista2 sekalian…

Masa keluar dari rumah tu… aku jumpa ustaz tu… ustaz cakap kat aku ‘macam kenal.. orang sini ka?’ erkk aku cakap ‘xla bukan orang sini’… ha ha ha… tapi aku rasa ustaz macam pernah ceramah kat sekolah aku dulu… hurm.. tapi aku xingat nama dia… jadi aku x sebut la dia pernah ceramah dah kat sekolah aku… nanti dia tanya nama apa aku terkedu pula xtahu nama... ha ha ha…

Rabu, 16 Februari 2011

Logik dan Sains Syirik?

(Amaran Keras: sesiapa yang xmahu jadi gila jangan baca entri ni… kah kah kah)

Teori Darwin mengatakan manusia terjadi apabila evolusi monyet yang semakin bertamadun dan akhirnya menjadi manusia…. Dah tu monyet2 sekarang akan evolusi jadi apa? Alien? Wakakakaka….

Teori Isaac Newton telah membuktikan bahawa epal akan jatuh ke bumi jika terjatuh dari dahannya.. Dah tu kalau epal jatuh ke langit amacam? Boleh terima?

Adik beradik Wright membuktikan bahawa manusia boleh terbang? Melawan teori gravity Isaac Newton…. Ya memang ada penerangan tentang bagaimana kapal terbang boleh terbang dan teori Isaac Newton tidak ditolak..

Albert Einstein telah membuktikan dari zarah kecil boleh berpecah menjadi letupan besar yang menghasilkan tenaga yang kuat… bom atom…

Teori fizik mengatakan api terhasil bila ada oksigen dan api bersifat panas….

Teori binaan, setinggi mana bangunan, setinggi itu jugalah perlu ditanam ceracak,kayu, konkrit atau sebagainya untuk kestabilan…

Teori kapal laut yang besar, perlu dibina mempunyai daya apungan yang sama dengan dengan air laut supaya boleh terapung….

Teori makan, makan banyak jadi gemuk…. Tapi ada ja aku tengok makan banyak masih kurus….

Teori banyak makan telur nanti banyak kentut… wakakaka

Teori… teori…. Teori… teori……. Logik dan sains…. Semua adalah sains… dibuktikan oleh saintis2 ternama… dibuktikan oleh eksperimen2….

Kenapa aku kata syirik???

(ini cuma pendapat aku berdasarkan pendengaran, pembacaan dan sedikit pengalaman… jika salah sila tegur daku yang hina ini… isk isk)

Jika api panas dan boleh terluka… bagaimana nabi Ibrahim terselamat dari bakaran api?
Jika mengikut teori graviti ialah semua benda akan jatuh ke bumi, bagaimana Nabi SAW dapat membelah bulan tanpa bulan boleh jatuh ke bumi dan menhempap bumi mengikut teori halaju graviti?

Bagaimana 313 orang Islam berperang dengan lebih 1000 orang semasa perang badar tentera Islam boleh menang? Logikkah? sedangkan ada riwayat menyebut ada sahabat hanya memegang pelepah kurma... logikkah?

Bolehkah kita kata makanan dapat memberi rasa kenyang? Jika Allah takdirkan semua makanan yang kita makan jadi tahi?? Bagaimana? Logikkah?

Logikkah bilamana orang yang menjaga solahnya akan dipermudahkan rezeki?

Cuba korang pergi kedai makan waktu pukul 1 lebih masa makan tengahari.. Apa korang nampak? Orang sedang berpusu-pusu ke kedai makan sedang azan zohor berkumandang… Jadi kalau peniaga ni berhenti berniaga dan pergi bersolah? Apa yang dipermudahkan rezekinya?

Orang yang jaga solah juga akan ditarik azab kubur, kubur akan jadi luas bak mata memandang? Logikkah? Kubur yang dikorek oleh manusia hanya beberapa hasta menjadi luas mata memandang?

Jadi bolehkah kita berpegang kepada logik dan sains??

Manusia sekarang sedang berbondong-bondong belajar ilmu sains nak jadi jurutera, doktor, saintis dan sebagainya untuk mencari rezeki… Bila ramai golongan ini ekonomi negara meningkat… seolah-olah golongan ini sedang membantu negara..

Baiklah kita buka cerita sejarah… masa zaman firaun dan nabi Musa…. Manusia berbondong-bondong belajar sihir… kerana jika belajar sihir boleh berkhidmat untuk firaun dan dapat kemewahan(cari rezeki)…. Xsama kah dengan golongan zaman sekarang??

Iya benar… kita memang hidup di dunia yang maju teknologinya… tetapi adalah menjadi salah(pendapat aku yang hina) jika kita bergantung harap pada logik dan sains….. dan adalah menjadi salah bergantung pada sihir2 di zaman firaun... adalah menjadi salah bergantung harap pada berhala2 di zaman jahiliyyah..

Kerana APA?

Kerana logik dan sains dicipta oleh Allah… Dia berhak mengubahnya pada bila-bila masa…

Jika korang pernah baca cerita Dajjal yang akan datang…. Di waktu kedatangan Dajjal, waktu tu air laut akan kering, air sungai akan kering, air hujan ditahan di langit… makanan habis…. Jadi bagaimana jika kita sangat berpegang kepada logik dan sains?

Contoh jika kita percaya air boleh menghilangkan dahaga… Maka komfem kita akan ikut Dajjal..Nauzubillah… Kenapa? Kerana Dajjal akan diberi kuasa oleh Allah dan salah satunya boleh menurunkan hujan dimana tempat yang dia pergi… Dia akan pergi rumah ke rumah menyampaikan risalahnya… Pergi rumah ke rumah menawarkan tawaran2 lumayan... Hidup mewah... Perempuan2 cantik.. Makanan dan minuman bertimbun-timbun... Adeh.. x tercapai akal bagaimana nak tahan dengan fitnah Dajjal ini.....

Jadi kiranya aku dan korang semua tidak pupuk iman dari sekarang, bahawa segala-galanya terjadi hanya dengan izin Allah… Makanan akan jadikan kenyang hanya dengan izin Allah.. Air hilangkan dahaga hanya dengan izin Allah… Kapal terbang boleh terbang hanya dengan izin Allah… Kereta boleh berjalan hanya dengan izin Allah… dan segala-galanya hanya dengan izin Allah.. Maka takut iman kita di tahap bahaya atau xda langsung… adeh… dan jika kita xhidup di zaman dajjal sekali pun kita tetap akan singgah di kubur wahai bro2 dan sista2 sekalian… bukankah iman dan amal menjadi pengukur hidup selepas mati??bukankah mati itu pasti??

ps: salam maulidur rasul... moga2 sunnah nabi dapat diamalkan... apa guna sambut maulidur rasul jika tiada azam untuk amal sunnah nabi...

pss: terdengar ceramah politik semalam disebuah rumah Allah... kutuk parti XXX... mengumpat di rumah Allah? satu ja persoalan aku... logikkah kerajaan Islam akan naik dikala masjid kosong?? buka mata luas2 lihatlah negara Islam di seluruh dunia... semua mempunyai konsep politik yang sama di negara kita... Apa yang terjadi??? Bukankah huru hara.... isk isk... Sekali lagi... ni salah aku....

Selasa, 8 Februari 2011

Ekstremis?? Isu Mesir??

Ekstremis adalah satu kefahaman atau perbuatan yang melampau2 dan dianggap sebagai buruk oleh manusia... Ekstremis kah agama Islam? Ekstremis kah agama yang diturunkan oleh Allah SWT? Ekstremis kah kefahaman dalam Islam? Ekstremis kah belajar ugama? Ekstremis kah amal ugama? Ekstremis kah selalu ingat mati? Ekstremis kah jika risau tentang umat Islam yang dah lama runtuh? Ekstremis kah? Ekstremis kah? atau kita nak tunggu negara kita berperang angkat senjata sesama sendiri baru kita mengangap ugama kita tidak ekstremis?

1. ekstremis kah nabi?
ekstremis kah nabi?? manusia yang dilahirkan di sebuah negara di padang pasir, di sebuah tempat di mana tidak ada lagi tamadun... perempuan dipandang hina.. perempuan sebagai pelacur adalah biasa... isteri curang adalah standard... suami keluar berzina adalah standard... majlis lalai seperti tarian dan persembahan adalah standard.. anak perempuan yang lahir dibunuh kerana takut nanti bila besar jadi pelacur.. bawa kehinaan kepada keluarga...

ekstremis kah nabi yang tiba2 dapat wahyu dari Allah dan berdakwah di negeri jahiliyah ini?

xjahiliyiah kah umat sekarang ini? x ekstremis manusia zaman sekarang? x ekstermis kah hiburan melampau2?  x ekstremis kah mendekati zina? x ekstremis kah lelaki2 yang hanya duduk di rumah makan kenyang2, menonton TV,memuaskan nafsu di celah kangkang isteri, tapi dikala azan berkumandang x mahu hadirkan diri ke masjid?

(bukankah solah berjemaah itu fardhu kifayah mengikut mazhab syafie? fardhu kifayah, orang lain buat kita xpayah.. nanti kat akhirat apa perasaan kita bila Allah kata 'orang lain masuk syurga, engkau xpayah'... pasti tersungkur sujud menangis air mata darah ketika itu..ohhh)

x ekstremis kah wanita2 yang x tutup aurat dengan sempurna dengan harapan mengikut fesyen? x ekstremis kah make-up ketika keluar rumah sedangkan dia akan akan kelihatan cantik kerana syaitan akan hinggap di tempat yang di 'make up' itu?

2. ekstremis kah para sahabat?
ekstremis kah para sahabat yang ikut semua sunnah nabi? ekstremis kah mereka yang x tinggal satu pun sunnah nabi? ekstremis mereka meniru bulat2 apa yang nabi buat? ekstremis kah mereka? ekstremis kah mereka sehinggakan Allah telah janjikan syurga bagi mereka? ekstremis kah sehingga berkat mereka ikut sunnah nabi SAW mereka telah berjaya menguasai dunia?

ekstremis kah mereka berdakwah ikut cara nabi SAW? ekstremis kah mereka sehingga manusia berbondong2 masuk Islam?

xekstremis kah manusia2 yang beragama Islam hari ini? xekstremis kah bila dipanggil untuk seruan dakwah tapi menolak dengan pelbagai alasan(oh aku terasa...)? xekstremis kah bila kita xmahu simpan janggut konon x hensem seperti pelakon2 di barat? xekstremis kah bila kita mengharap kepada makhluk sedangkan nabi mengajar kita agar hanya mengharap kepada Allah?

3. ekstremis kah salahuddin al-ayubi?
ekstremis kah tokoh ini? ekstremis kah bila negara2 Islam telah berpecah belah tokoh ini ingin menyatukannya kembali? ekstremis kah tokoh ini bila dia menangis ke seluruh pelusuk negeri berdakwah agar orang kembali mengamalkan sunnah nabi? ekstremis kah tokoh ini? ekstremis kah tokoh ini sehingga berjaya menakluk palestin kembali dari tentera salib?

4. ekstremis kah para pendakwah?
ekstremis golongan ini yang cuba menghidupkan kembali sunnah2 nabi? ekstremis kah mereka ketika orang sibuk mengejar wang ringgit mereka mengorbankan sedikit masa untuk kerja nabi ini? ekstremis kah golongan ini jika ingin menghidupkan masjid yang x dimakmurkan lagi? ekstremis dizaman kegemilangan Islam dimana masjid adalah 24jam? x ekstremis kah dizaman ini kedai makan dibuka 24 jam? x ekstremis kah melepak di kedai2 makan ini malam2(oh banyak sungguh aku terasa)?

Isu Mesir

ekstremis kah golongang yang menentang pemimpin? ekstremis kah peminpin yang dikatakan pro-barat?

siapa pemimpin ini? dia dilahirkan terus sebagai presiden? bukankah dia dilahirkan sebagai rakyat biasa? bukankah dia juga rakyat? jadi salah siapa semua ini????

tentulah SALAH AKU!!! Aku tinggalkan sunnah nabi dan antara sunnah nabi ialah dakwah cara nabi.. Aku tidak berdakwah dari golongan2 rakyat jelata ini.. yang mana rakyat jelata ini satu hari akan jadi pemimpin.. dimana jika dia tidak dididik dengan dasar takut kepada Allah... maka perkara ini adalah biasa... dan ketidakadilan sememangnya biasa..

kerana apa??? kerana aku tidak menunaikan hak aku kepada Allah dan Rasul-Nya... jadi hura-hara adalah perkara biasa...

setahu aku nabi tidak pernah mengajar sahabat2 mencaci satu sama lain... 'orang Islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain maka kekafiran itu akan datang kepadanya kembali'

setahu aku nabi xpernah mencaci orang kafir? habis tu yang nabi perang tu apa? nabi berperang apabila sinar dakwah sudah sampai ke negeri itu... dan penduduk itu menolak dakwah nabi... dan perang berlaku sesudah dakwah sudah sampai dan berlaku banyak ketidakadilan... sudahkah kita berdakwah? layakkah kita menghina orang kafir??

layakkah kita mencaci pemimpin(walaupun dia sememangnya terang2 salah)? sedangkan kita belum memenuhi hak kita kepada Allah dan Rasul-Nya...  bukankah Allah telah berfirman.. "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"  Sudahkah kita membantu ugama Allah?? bagaimana kita nak ubah pemimpin sedangkan diri kita dengan Allah pon belum diusahakan.. kalau kata nak tunggu kita sempurna memang xkan sempurna lah kan.. tapi sudahkah kita mula usahakan memenuhi hak2 Allah dan Rasul-Nya...

Kalau hak2 terhadap Allah dan Rasul-nya belum diusahakan... Jadi, perkara2 huru-hara seperti di Mesir adalah standard... Malaysia? kalau jadi kat Malaysia pon adalah standard... kerana aku percaya janji Allah dan Rasul-Nya adalah benar.. 'sesiapa yang tolak sunnahku maka dia bukan dari golongan ku'... 'solah berjemaah adalah sunnahku, sesiapa yang tolak sunnahku maka dia akan sesat'... 'Aku telah tinggalkan kamu Al-Quran dan Sunnahku, maka jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat'... 'Sesiapa yang menghidupkan satu sunnahku di zaman fasyak dan munkar, maka Allah akan menganjarkannya 100 pahala mati syahid'... 'Beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah sesiapa yang tidak melihatku tapi berpegang kepada sunnahku'(ungkapan 'beruntung' ni tiga kali, masa zaman sahabat nabi cuma cakap sekali) 'sepagi dan sepetang di jalan Allah maka lebih baik dari dunia dan seisi alam'... 'debu yang melekat di tubuh orang yang keluar di jalan Allah maka diharamkan api neraka baginya'

ekstremis kah jika percaya kepada semua ini? orang kata bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian... tapi sekarang dah lain... kita ingin bersenang2 dahulu di dunia dan berharap dapat bersenang2 di akhirat??? sedangkan di dunia ingin dapat wang ringgit kita perlu usaha keras.. ini kan syurga Allah..

sahabat2 nabi telah berkorban... sudahkah aku? para pendakwah telah berusaha dan membuat pengorbanan yang kecil jika nak dibandingkan dengan sahabat2.. sudahkah aku? isteri2 nabi, isteri2 sahabat, dan wanita yang percaya dengan keredhaan Allah telah berkorban? sudahkah korang? mereka telah berkorban x ikut fesyen dan tutup aurat seperti garis panduan mengikut al-quran dan hadis... mereka telah berkorban jaga maruah diri dan setia kepada suami atau ayah mereka... mereka telah berkorban membenarkan suami atau ayah mereka keluar di jalan Allah...  semua mereka telah redha kepada Allah.. dan Allah redha kepada mereka... dijanjikan syurga... JANJI ALLAH BENAR!!!! mereka dibantu di medan perang, diturunkan bala tentera malaikat untuk bantu tentera Islam.. diturunkan malaikat2 menjaga dan membawa rahmat di rumah2 mereka... rumah2 Allah makmur dan penuh dengan manusia... manusia keluar masuk ke rumah Allah seperti mana manusia keluar masuk kedai mamak 24 jam hari ini...

MAKA EKSTREMIS KAH SEMUA INI??? EKSTREMIS KAH JALAN ALLAH?? EKSTREMIS KAH MENCARI KEREDHAAN ALLAH???

Aku mengaku aku masih lemah dan masih banyak sunnah nabi yang aku belum amalkan.. tapi aku berdoa dan berazam agar aku dapat aku amalkan kesemuanya.. dan usaha aku tidak berjaya jika aku dijemput oleh Allah pulang, maka ingin aku didik anak cucuku agar mengamalkannya.. jika usaha para pendakwah ini xberjaya hari ini, aku percaya satu hari nanti berkat usaha mereka ini, pasti Islam akan bangkit semula.. sepertimana di Taif.. dakwah nabi xberjaya pada hari itu.. tapi ada ulama mengatakan ramai pendakwah yang datang ke Asia adalah dari anak cucu Taif ini.. jika nabi doakan kehancuran kepada mereka pada hari itu mungkin kita masih sembah pokok pada hari ini..

ps: aku suka hadis ini... doakan aku agar aku dapat amalkan dan sampaikan..

"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan jalan-jalan menuju hidayah dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah
kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah,maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu sesat." -Riwayat Muslim-

Selasa, 1 Februari 2011

Ferrari atau Proton Saga?

Bila sebut Ferrari, aku rasa semua orang tahu apa itu ferrari.. biskut kah? gula-gula kah? kah kah kah.... aku rasa semua orang tahu... semua yang pernah tengok tv mesti pernah tengok formula 1 dan sebagainya... Jadi ferrari mungkin perkara biasa... Ferrari ni, bro2 n sista2 sekalian, ada menghasilkan kereta sport yang mampu dimiliki oleh sesiapa yang mampu memilikinya, bukan Michael Schumacher ja bole pandu... cumanya harganya mencecah jutaan bro2 dan sista2 sekalian.. kenapa harganya mahal?? Jadi aku pernah la menonton satu video.. bagaimana kereta sport ferrari ini dipasang.. kalau xsalah aku, boleh dikatakan semua part dalam ferrari ini adalah hand-made(wahaha macam biskut lak) iaitu dipasang dengan tangan.. dan semua barang yang digunakan adalah berkualiti tinggi... Oh patut la harganya mahal... adeh... kalau korang mampu beli la yo... boleh aku tumpang membonceng.. wakakaka

Proton Saga pula aku rasa semua orang juga tahu.. sebuah kereta keluaran kebanggaan negara kita... ada orang cakap body macam tin milo, ada orang cakap itu, ada orang cakap ini... macam2 orang cakap... jadi aku xkisah apa orang cakap.. tapi harganya murah la berapa kali ganda dari ferrari... dan proton saga ni kebanyakan part dipasang menggunakan mesin bro2 n sista sekalian... jadi boleh la bos proton kaya, kerana boleh hasilkan banyak2 sekaligus sebab guna mesin... wahaha... murah2 pon kita kena gak kerja banting tulang nak bayar proton saga..

Kalau la orang bagi korang pilihan 2 jenis kereta ni mana yang korang pilih? kalau orang ni bagi free la kan kat korang... korang jawab la sendiri... wahhaha

Di suatu zaman yang aku xtahu bila tarikhnya... ada sebuah kaum yang menderhaka pada Allah... sangat jauh dari ajaran agama... hidup sangat tidak terurus... lalu datang lah seorang nabi yang xdak kereta ferrari...wahaha.. datang memberi peringatan... tapi peringatan nya ditolak bulat2.. dihina dan sebagainya... di tengah2 orang ramai itu hanya beberapa orang yang mendengar peringatannya... akhirnya setelah 900 lebih nabi ini berdakwah.. nabi ni pun dah putus asa... lalu diangkat tangan ke langit mendoakan agar diturunkan bala.. Allah Maha Penyayang... dia suruh nabi ini menanm pokok dahulu(bagi time lagi bro untuk dakwah) untuk digunakan pokok untuk membina kapal...

akhirnya bala turun, hujan turun x berhenti2.. hingga banjir yang paling dasyat berlaku sampai puncak tertinggi pun tenggelam... nabi ini diselamatkan Allah di dalam kapal itu bersama2 pengikutnya dan binatang2 yang dibawa masuk berpasang2....

Setelah semua selesai, nabi ini diperintahkan Allah untuk membina sebuah pasu... ada riwayat kata sampai beratus2 tahun nabi ini bina pasu... akhirnya bila hampir siap, Allah menyuruh nabi ini memecahkan pasu tu.. Nah! hancur hati nabi ini dek akibat perintah itu... Allah buat begini sebagai perumpaan.. 'nabi ini dihantar ke dunia untuk berdakwah, bukan untuk berdoa agar umat dia dihancurkan' Manusia telah dicipta oleh 'tangan' Allah sendiri... Jadi Nabi ini sangat menyesal dan memohon keampunan dan diminta tarik balik bala bencana itu... Sudah tentu xboleh bro... Manusia sangat istimewa seperti ferrari(hanyalah perumpamaan) dicipta dengan 'tangan' Allah sendiri... betapa mulia kita disisi Allah... Oh...

Di zaman ini... sedang enak kita hidup di atas bumi Allah... kita telah dihidupkan di zaman umat nabi Muhammad SAW.... 'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.'  (Ali Imran ayat 110)

'Kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala yang salah'... bahagian ini menunjukkan jika kita ingin jadi umat yang baik, kita perlu laksanakan tanggungjawab ini... Salah satu cara ialah sunnah nabi yang terbesar iaitu dakwah dengan cara nabi SAW... sesudah nabi sudah tiada lagi nabi.. dan salah satu hasrat nabi ialah, bayi yang terakhir lahir di atas muka bumi ini juga akan mengucap bro2 n sista2 sekalian... jadi tanggungjwab ini jatuh pada siapa bro2 n sista2 sekalian????

Di akhir zaman ini, banyak perkara baik akan difitnah dan dituduh dengan bermacam2 tuduhan sehingga perkara baik itu menjadi buruk... golongan pendakwah/tabligh dan sebagainya telah mendapat banyak tohmahan, difitnah dan sebagainya.. jadi aku yang telah didedahkan dengan konsep dakwah ini sejak sekolah berasa agak marah apabila mendengar tuduhan2 ini walaupun aku jarang bergiat... oh.. sabar2.. jangan marah... jadi pada hujung minggu lepas, setelah sekian lama aku jauh dari golongan pendakwah kerana aku selalu mengelak dek kerana hati aku yang kotor dan mungkin iman yang sangat2 rendah, aku telah join satu jemaah yang datang ke surau dekat rumah aku.. aku nak buktikan pada diri aku sendiri yang fitnah2 itu semua dusta belaka...

antara fitnah yang aku dengar di telinga aku sendiri

1.busuk,xmandi,xcukur bulu,pengotor dan sebagainya
 ternyata fitnah adalah tipu semata2... setelah 2 hari lebih bersama mereka.. aku rasa mereka lebih wangi dari aku... wahaha... dan ketua jemaah selalu mengingatkan agar jemaahnya mandi... ketua jemaah juga berkata, ulamak ada berpesan, bila keluar berdakwah bawa sekurang2nya 3 set pakaian... bila 1set sudah dipakai maka basuhlah.. pakai yang lain pula... jadi tuduhan ini ternyata salah.. surau di rumah aku dijaga dengan teliti dan bersih... penduduk tempatan dihormati dan dilayan dengan baik..

2.sesat??
sesatkah duduk beriktikaf di dalam masjid, memperbanyak bacaan quran, memperbanyakkan zikir,menghidupkan masjid dengan bacaan hadis, menghidupkan masjid dengan halaqah quran.. sesatkah? pergi ziarah pintu ke pintu ajak pergi ke masjid dan cerita tentang hal akhirat? sesatkah? aku xfaham apa yang sesat... sungguh banyak jemaah yang nabi arahkan keluar semasa zaman nabi... dan sampai nabi wafat, xpernah nabi kata 'stop'... ada satu jemaah yang diperintah nabi keluar ke China.. dan setelah sekian lama di China, sahabat ni pon balik..  masa tu nabi dah wafat.. jadi sahabat ni tanya pada amirul mukiminin ketika itu, Abu Bakar, ada apa2 perintah nabi suruh dia balik ke madinah? xda jawapanya bro2 dan sista2 sekalian.. ternyata jemaah dakwah ni xboleh stop... sampai kiamat... sampai hasrat nabi tercapai iaitu bayi terakhir yang lahir pun akan memeluk Islam... Lagipun masjid2 semakin kosong.. dengan ada usaha ini, insyAllah masjid akan lebih meriah...

3.tinggal anak bini sampai bini curang??
oh dalam dakwah ni ada tertib nya wahai bro2 dan sista2 sekalian... ketua jemaah bercerita kepada aku.. ada sorang mamat ni nak keluar 40hari tapi xcukup duit.. tertib dakwah.. jika ingin keluar.. jika keluar dengan bawa duit 400, maka perlu ditinggal duit sebanyak itu juga atau lebih mengikut keperluan... akhirnya kawasan di masjid mamat ni bermesyuarat... sungguh ramai yang sokong mamat ni dan tolong keluarga dia masa dia keluar... lepas dia pulang.. makanan di rumah berlebih-lebihan... ho yeah!!

satu lagi ilmu yang aku dapat ialah 'masturat' kalau xsalah ejaan aku... ialah jemaah yang keluar bersama isteri.. yang ni kalau xsalah aku untuk biasakan si isteri.. supaya dia faham dan ditiup roh keimanan... dan satu lagi kalau nak keluar jemaah ni, masa xkeluar tu hidupkan lah rumah dengan bacaan hadis, agar si isteri dititup roh keimanan.. so bila laki keluar, xdak lak gundah gulana... wahahaha

4.tolak dunia?
adakah mereka tolak dunia? aku tengok diorang makan ja pon... aku tengok diorang ada kenderaan ja pon... dan mereka masih lagi manusia... wahaha.. so bab tolak dunia ni memang xleh diterima... kalau tolak benda yang sia2 memang iya. sebagai orang Islam memang kita patut tinggalkan perkara2 yang sia2 ni...

5.perasaan alim atau ilmu tinggi?
seorang jemaah yang keluar telah dimarahi oleh seorang ustaz yang berkaliber.. yang mamat jemaah ni nak ajak la dia bersembang kearah akhirat... lalu terus diberi ayat alquran dan dikatakan 'aku sudah tahu apa yang ko nak cakap, so ko xyah cakap'.. huiyo ganas tol ustaz ni... adeh... tapi jemaah ni dengan tertib dakwah menjawab dengan lemah lembut... 'ya orang macam ni lah kami perlukan, kami masih jahil dan memerlukan orang berilmu tinggi...'
 
mari rujuk hadis,
Daripada Hazrat Anas ra, beliau meriwayatkan bahawa kami berkata, 'wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan2 yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?  Maka baginda SAW berkata, 'Bukan begitu, serulah kepada amalan2 yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya'

Kesimpulannya, dakwah adalah penting.... xperlu tunggu diri jadi ustaz baru boleh berdakwah.... berdakwah dengan cara nabi.. kerana nabi kata 'xda kurun yang lebih baik dari kurun ini'.. Jadi xmahu kah kita amik contoh dari kurun yang terbaik? kolotkah cara nabi? kekasih Allah... nama Nabi SAW tertulis di syurga di bawah nama Allah... kolotkah cara nabi? kolotkah simpan janggut konon xhensem macam brad pit? kolotkah pergi pintu ke pintu hati ke hati diterajang disepak dihina? nabi dibaling batu di Taif cool ja darah membasahi jubah dia...menangis bertanya apa salah diri baginda sehingga dakwahnya xberjaya.. bukan merungut atau terima fitnah manusia.... semoga hatiku terbuka luas untuk jalan dakwah ini... meskipun orang akan anggap aku pelik atau kolot.. aku xmahu nanti kat akhirat nabi xmahu tengok muka aku sebab tolak sunnah dia.. nauzubillah... T.T Bersyukurlah kerana kita ibarat ferrari... oh...