Pernah korang bercinta?? Xpernah? Ha ha ha.. relak2.. satu hari nanti korang yang xpernah bercinta akan temui cinta korang bila dah kahwin.. Aku?? Xperlu cerita pasal aku… Aku cuba didik diri aku jadi pemalu.. wakakaka…
Pernah tengok orang baca surat cinta? Erm zaman moden ni mesti dah xda surat cinta letak bedak semua tu lagi.. Pernah tengok orang bercinta baca sms dari boifren/girlfren/laki/bini diorang? Haa mesti pernah korang nampak kan? Kan3x?
Pernah nampak diorang tersengeh2 tapi bila ditegur dan akan terus kaver2? Wakaka.. xpernah juga? Adeh bagus betul la korang ni.. dah xpernah bercinta, tengok orang bercinta pon xpernah.. memang korang bagus… tahniah! Korang mesti lelaki dan perempuan terakhir beriman di atas muka bumi ni..
Pernah tengok orang tengok kotak cinta? Apa itu kotak cinta? Kotak cinta ialah kotak yang korang boleh tengok manusia bercinta dalam tu.. Apakah itu? Oh sudah tentu TV!! Dimana pelakon2 melakonkan cerita cinta ala2 romantik.. menyuntik jiwa romantik bagi penontonnya.. hingga terlahir bayi2 luar nikah.. Hoyeah!! Orang kafir sudah berjaya memijak kita…Lalu bila orang amal Islam, bernikah sebelum bercinta dianggap pelik!! Menuduh Islam menolak romantic!! Menuduh Islam itu kolot.. Pernah tengok orang nangis tengok cerita cinta? Oh!! Touching brader tengok cita tu… kah kah kah…
Bila tengok cerita cinta mesti korang pon nak bercinta.. Semua manusia akan mudah terkesan dengan apa yang dilihat.. Jika korang jalan2 tengok orang makan eskrim Cornetto, mesti korang pon akan teringin nak makan eskrim cornetto jugak kan… Cornetto, share your love~
Manusia memang2 mudah terkesan jiwanya.. Mudah mengikut.. Mudah untuk cuba sesuatu yang baru..
Jika kita kaji sejarah Nabi SAW kita dapat lihat bagaimana Allah pelihara nabi sebelum jadi Nabi lagi.. Bilamana baginda nak berjalan pergi ke majlis keramaian, Allah telah tidurkan baginda.. Mengapa?? Ya kerana manusia mudah terkesan.. Jadi Allah telah pelihara hati nabi SAW agar x terkesan langsung dengan keadaan jahiliyah di ketika itu.. Mengapa nabi SAW suka ber’uzlah(mengasingkan diri) lepak2 kat gua hirak?? X lain dan x bukan kerana Allah ingin menjaga manusia agung ini agar x terkesan dengan keaddan jahiliyah itu sebelum dilantik menjadi rasul mulia yang akan menyebarkan agamaNya..
Mengapa nabi suka lepak(iktikaf) kat masjid walaupun isteri baginda ramai dan walaupun baginda dah jadi nabi? X lain dan x bukan juga… baginda nak ajar umatNya agar buat benda sama.. supaya xterkesan dengan dunia.. supaya hati yang dah banyak terkesan dengan dunia.. dah banyak tengok TV cerita cinta dan tengok orang buka aurat dapat dibersihkan… Bila hati kurang terkesan dengan dunia, maka amal ibadah dapat dilaksanakan dengan ikhlas.. bila amal ibadah dijaga, maka akhlak akan jadi baik.. bila akhlak jadi baik, hak manusia terhadap manusia akan ditunaikan.. Dosa2 pon akan ditinggalkan.. Jika korang seorang laki ada bini.. bila akhlak mulia, korang akan tolong bini korang memasak.. tolong dia kemas rumas.. korang akan basuh baju sendiri.. korang xkan belagak macam firaun dalam rumah….
Pernah baca surat cinta dari Allah? Mesti korang pernah baca punya.. Masa kecil2 mesti mak bapa korang hantar korang pergi mengaji qur’an kan3x? Tapi bila korang dah besar berapa kali korang baca surat cinta dari Allah dalam satu hari?? Ce try banding.. berapa kali? Berapa helai korang baca sehari? Korang korban x duit ringgit korang sikit untuk beli alquran terjemahan?? Ada x? Ada x? bila da beli ada korang baca x? Ini dari Allah!! Bukan dari boifren/girlfren/laki/bini korang.. dari Allah!! Yang cipta boifren/girlfren/laki/bini korang!!
Berapa lama korang tengok kotak cinta @ TV berbanding korang baca quran?? Berapa lama? Cerita yang korang tengok dekat TV ciptaan manusia.. tapi quran adalah dari Allah!! Dan Allah xpernah tipu dalam janjiNya.. Dan cerita2 dalam quran adalah benar!! Tidak ada yang salah.. dan dalam setiap cerita ni ada pengajaran yang patut diambil..
Bacalah quran.. sebelum korang dibacakan quran masa sakaratul-maut korang.. Banyak kebaikan dan fadhilat jika korang baca dan usaha untuk fahami ayat2 quran.. jika korang boleh hafal ayat quran lagi bagus.. tapi pastikan tajwid korang betul.. sila rujuk ustaz berkenaan.. Mak bapa korang pon akan dapat ganjaran di akhirat jika korang baca quran…
22 Comments:
huhu sedang bercinta ngeee... baca jugak al-quran :)
qaseh: baca jangan xbaca.. banyakkan membaca quran lebih dari baca sms cinta.. ha ha ha
sedang berusaha untuk baca Al-Quran setiap kali lepas solat heee ~
amira: teruskan usaha.. istiqamah...
trimas atas informasi yang diberikan..teruskan ya..saya dah follo awak punya blog..jangan lupa letak shoutbox erk..senang nak bertegur sapa nanti. Wassalam
inani:trimas sebab follow... aku mmg jenis xletak shoutbox.. apa2 boleh shout ja kt comment atau email.. hehe..
tajuk dh menyesaspek aku dh..
memang mashuk la....
menyesaspek? apakah itu.. apa2 pon.. tq..
Gua nak pergi belajar bercinta bulan April ni.
bijen: lu g belajar baik2.. jangan nakal2.. ha ha
insyaAllah :)
salam kenal...
gua simpan lagi surat cinta dulu2 ha3
waalaikumsalam... wow republik masih simpan surat cinta..
mmmm.....
sedang berusaha memperbaiki diri.. :)
tetamu: nnnnnnn
liyana: bagos2 teruskan... istiqamah.. :)
betul tu..bagus blog ni.izinkan aku langgang blog ni sepenuh masa.
si para para: silakan si para para.... :)
nnti da sampai masa, aku nk bagi surat cinta. haha. seronokla bersurat2 ni aku rasa. dari emel, sms tu cam x kick je.
surat cinta untuk sapa? ntah. belum tahu. =D
Auz: wuu.. nanti dah kahwin bagi surat cinta kat suami mu.. letak bawah bantal.. hahaha
kecik kecik dulu ada surat cinta, takut ayah tengok.. simpan bawah almari. bila bersih bersih bilik..terjumpa balik.. tapi kelakar gila time tu ^_^ jangan biarkan al-Quran berhabuk..
baru semalam jumpa al-Quran siap lengkap dengan tajwid dan terjemahan untuk setiap ayat.. makin senang untuk memahami al-Quran sekrang ni tapi perlu belajar dari guru guru gak..
setiap ayat ada makna ^_^
oh.. kecik2 da bercinta.. hahaha..
btol2x.. cari2 la ustazah2 suruh diorang ajar... kadang2 kita xtahu betol ka x bacaan kita.. terjemahan alquran pun kadanag2 begitu mendalam, perlu rujuk pada yang pakar..
Post a Comment