Jumaat, 4 Mac 2011

X boleh jadi Kaya?

(ceramah yang didengar dalam gaya lentok ala berzikir tapi mulut xberbunyi)

Tersebutlah kisah seorang yang bernama Mamat Bill Gate(sori pinjam nama jap bro)… Dia begitu ingin menjadi kaya… Kaya dan kaya dan kaya.. Lalu Bill Gate pon berjumpa dengan sorang namanya Hazrat Khidir…

Dia Tanya,’wahai hazrat khidir, aku ingin jadi kaya, boleh tolong doakan untuk aku’…

Hazrat Khidir bertanya,’kamu ingin jadi kaya yang bagaimana?’

Mamat,’ Yang kaya la, yang kaya2 tu’…

Hazrat Khidir,’Ia la kaya, tapi kaya yang bagaimana tu?....

Mamat,’Erm xtahulah la plak, tapi nak jadi kaya la…’

Hazrat Khidir,’Erm disebabkan kamu xtahu bagaimana kaya yang kamu hajatkan,maka kamu pergi ke sebuah kampung dan kamu jumpa semua orang kampung dan kamu cari orang yang paling kaya sekali.. bila kamu dah jumpa dan kamu tahu bagaimana kaya yang kamu nak jadi maka datanglah jumpa aku balik’

Lalu Mamat Bill Gate pon berjalan dengan riang rianya pergi ke kampong tersebut(lalalalala...)…

Dijumpai orang kampung pertama,’wahai sifulan, kamukah orang kaya di kampong ini?’

Orang kaya,’ err ada lagi yang lagi kaya, carilah orang lain’

Dijumpai orang kampung seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya(xtahulah berapa orang seterusnya)

Tapi akhirnya dia jumpa seorang paling kaya(OPK-Orang paling kaya… hehe)

OPK,’Apa hajat bro mai sini?’

Mamat,’ Aku ingin berjumpa dengan orang paling kaya dan lihat bagaimana kehidupanmu.. kerana aku ingin tahu bagaimana orang kaya hidup dan aku ingin jadi seperti kamu’

OPK,’Jangan jadi seperti aku!!’

Mamat,’ kenapa bro? ce try cerita’

OPK,’begini ceritanya bro’

Aku sangat kaya dan aku kahwin dengan perempuan yang sangat kaya.Kami sama2 kaya dan kami kaya.Kami punyai rumah yang sangat besar dan kami kaya..Kami punyai bermacam2 kekayaan dan kami sangat bahagia dan kaya…

Tapi satu hari isteriku mendapat satu penyakit dan doctor kata isteriku akan mati.. Lalu aku pon menjaga isteriku dan xsempat menguruskan kekayaanku lagi.. Aku sedikit tersedar kekayaanku xdapat beli kesihataan isteriku..

Aku terus menjaga isteriku… Isteri berkata padaku,’Abe tipu, abe xsayang kat aye.. nanti aye mati abe kawin lain, yer dok? yer dok?’

Aku menjawab,’ tidak aye, abe xkan kawen lain, sumpah x tipu’

Isteriku menjawab,’tipu tipu tipu’

Lalu demi membuktikan cinta sejati aku, aku lantas mengambil pisau dan memotong asset paling berharga sebagai orang lelaki didunia ini.. oh… habis kemaluanku…

Lalu isteriku percaya.. Aku terus menjaga isteriku…

Tanpa diduga penyakit isteriku semakin sembuh dan sembuh.. sampai dia jadi sihat sempurna… tapi apakan daya, aku telah memotong asset aku… dan tahukah kamu kekayaanku xdapat beli semula semua itu.. dan tahukah kamu anak2 yang ada dalam rumah ini ialah anak luar nikah antara isteriku dengan pekerja2 ku dalam rumah ku yang megah berdiri ini.. dan demi kekayaanku ini aku xdapat ulang kembali masa yang lalu…

Nasihat aku kepada mu,’ jangan jadi kaya, dan jangan pernah berdoa atau terdetik sedikit pun untuk jadi kaya, tapi berdoalah pada tuhan agar kau dikurniakan sifat qanaah(berasa cukup dengan apa yang ada… sikit cukup, banyak pon cukup)… kerana dengan sifat ini kamu xkan ditipu oleh dunia… kerana dunia akan membunuhmu jika kamu tunduk padanya… dunia yang penuh tipudaya ini akan memakan dirimu  jika kamu tunduk kepadanya, ingat!! jangan kamu jadi sepertiku!! Jangan pernah terdetik!!’

Lalu Mamat balik dan cerita kepada Hazrat Khidir dan dia pon menyuruh berdoa agar dia mempunyai sifat qanaah… TAMAT..

Begitulah keadaannya bro2 dan sista2 sekalian… kita perlu kawal diri dan jangan biar dunia mengawal kita… oh! Dari kita berdoa untuk jadi kaya,tambah duit kita,tambah downline MLM,tambah pelanggan mai kedai kita,tukar kereta buruk kepada kereta besar, atau besarkan rumah kita, atau besarkan isteri kita… aku rasa lebih baik kita berdoa agar Allah redha kepada kita dan iman kita bertambah2.. berdoalah juga agar Allah bagi kekuatan kepada kita untuk khusyuk dalam solat… Allah dan janji dalam Al-quran(sila rujuk surah Al-mukminun) ciri2 orang mukmin yang berjaya… dan syarat pertama untuk berjaya adalah BERIMAN!!! Dan syarat kedua ialah KHUSYUK DALAM SOLAT!!

Dan jangan buat perkara SIA-SIA… Jangan tulis blog yang xbawa manfaat(erk aku terasa…)

Jadi bro2 dan sista2 sekalian.. marilah kita sama2 tukar cara berdoa kita… hari ini aku solat pon macam2 teringat… macam2 idea2 bijak time solat… macam2 jenis makhluk nak datang hinggap kat pipi lah kat telinga lah… Jadi lebih baik kiranya kita doa agar Allah kurniakn kekhusyukan Solat dan moga2 kita jadi orang beriman…

Solat Tiang Ugama!! Solat mencegah Kemungkaran!! Solat adalah perkara pertama akan dihisab!! Jika solat hancur maka rugilah aku dan korang semua hidup didunia yang sementara ini.. oh!

14 Comments:

miss dila said...

entry yg baik..gudie job

Bijen M. said...

Ya Allah.
Bagilah kami semua di sini dapat hakikat solat khusyuk dan khuduk.
Amin.

amirah said...

Berdoa untuk jadi qanaah. Perkara baru untuk hari ni.

Thanks for sharing.

fRaMe+LenSeS said...

cerita yang baik. lawak tapi isi dia dalam menusuk kekalbu. maceh share sedara.. ;)

Salam ziarah dari nadh.
Assalamualaikum

Norsha said...

eh...cerita betul ke cite tipu2 ni...btw nak juga kaya, kaya jiwa, kaya kasih sayang, kaya iman, kaya amal....

Wafi said...

miss dila: tq2

Bijen: amin2.. moga2..

amirah: yup2 mari berdoa agar dikurniakan sifat qanaah

frame+L: waalaikumsalam.. ambillah yang baik

Norsha: ada salah ka? cerita ni diceritakan oleh seorang pakistan.. yang nama bill gate tu nama samaran ja sebab dia xsebut nama apa atau aku xdengar nama dia apa.. ades..

si para para said...

aduhh nape pulak dia pergi potong aset tu....ngilu..ngilu...


betul tu bro.. nak kaya..nak kete besar..benda tu semua pun perlu jugak.tapi kita kena utamankan yang lebih perlu dulu kan.. kan..kan..hehe

Wafi said...

menusuk hati: tq follow... :)

si para para: yup2 ugama diutamakan,insyAllah dunia akan datang bergolek2 berpusing2 dengan gaya santai kepada kita...

Qaseh Dalia said...

beznye ..hurmmm xmo lah jadi kaya harta tapi xde keberkatan cukuplah besederhana :) tp bahagia dunia n akhirat !

Wafi said...

qaseh:cukuplah bersederhana, janji dapat taat perintah Allah dengan sempurna... cukuplah Allah dah gambarkan qarun yang sangat kaya akhirnya terbenam dalam bumi..

Che Cha said...

ops alamak terasa laaa! haha. blog aku x berilmiah langsung. suka2 je menulis. =p

camne ni..tiap kali aku terpandang mazda 3 sport or sonata yf, hati terdetik nk kereta tu. alamak2. =D

tq post ni~ hehe

Wafi said...

Auz: biasa la.. kita manusia biasa.. tapi kena belajar2 la supaya hidup bersederhana.. jangan dikejar sangat kekayaan... tapi kalau dah rezeki jadi kaya.. maka gunakanlah kekayaan untuk ugama..

paranoid android said...

nk jadi kaya tp xnk potong aset huhuhuhuhuhuhuhu

Wafi said...

jadi kaya xsalah.. tapi berdoalah agar dengan rezeki yang dikurniakanNya akan kita gunakan untuk kebaikan akhirat.. bila ada untuk kebaikan akhirat, maka insyaAllah akan bawa kebaikan di dunia juga.