Selasa, 15 Mac 2011

Hari Kiamat hampir tiba?

Mat : mak, mak, Allah tu siapa?

Mak : Allah tu tuhan kita nak, xda tuhan selain Dia.. Allah Maha Besar

Mat :oooo, mak, mak, malaikat selalu tengok kita kan mak? Ustaz cakap malaikat catat setiap amal kita buat? Kan kan?

Mak : Iya anakku.. jadi mat sentul, anak mak jangan buat benda2 xbaik taw.. jangan mencuri, jangan sakitkan hati orang, bermurah hati, yang penting sekali jangan tinggal solat taw… mat sentul jadi apa pun besar nanti jangan tinggal solat taw.. sebab solat tu tiang ugama..

Mat : baik mak.. mak, mak hari kiamat tu apa mak?

Mak : Hari kiamat nanti nak, Allah akan gulungkan dunia ni dan semua akan hancur..

Mat : macam mak gulung karpet tu ka?

Mak : bukan anakku, hari ini sangat dasyat, mak yang mengandung akan tergugur kandungannya, suami akan tinggalkan isterinya, anak xkenal ibu bapanya, semua akan berlari konon nak selamatkan diri.. tapi hari ini anakku, xdak sesiapa pun akan terselamat..

Mat :ooo rumah kita yang dibuat dari batu ni pun akan hancur la mak? Mat tengok macam kukuh ja mak, tengok ni mat try tolak(mat pun menolak dinding dengan tangannya dengan bersungguh-sungguh)..

Mak : Mat, Allah Maha Besar, Dia telah cipta dunia ni, maka Dia berhak untuk hancurkannya kembali.. Mat tengok kereta ciptaan manusia.. manusia cipta kan? Tapi tengok kat jepun tu.. 5 tahun sekali diorang akan hapuskan kereta.. Itu baru manusia nak.. Ini Allah anakku, yang ciptakan seluruh alam ini.. xda walau sebesar zarah pun yang bukan dalam kawalanNya.

Mat : wuaaa… jadi memang kita kena ikut la ey apa Allah suruh?

Mak : Iya anakku.. Jadilah manusia soleh, contohilah junjungan besar nabi SAW yang Allah telah utuskan untuk jadi contoh panduan.. Taat semua perintah Allah dan tinggal segala laranganNya insyAllah kamu berjaya dunia akhirat anakku..

Mat : Baik Mak… :)

”Apabila berlaku hari kiamat itu,Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,”(Al-Waqiah:1-6)

Xkisah la bro2 dan sista2 sekalian bila akan jadi hari kiamat.. Ada satu kisah tentang sahabat yang suka bertanya tentang hari kiamat kepada Nabi SAW, lalu nabi SAW memarahi sahabat ini.. Kerana nabi suruh kita risaukan tentang amal diri kita terlebih dahulu.. Xkisah la bila pun hari kiamat, tapi hari ini mari kita nilai diri kita.. sudah berapa banyak kita amal..

Kita pernah dengar tanda2 hari kiamat, antaranya masjid2 menjadi kosong, masjid dibina dengan harga mahal dan dibanggakan tapi bila tiba azan tiada manusia lelaki yang hadir… Kita dengar tapi kita tetap menjadikan diri kita statistik pengurangan jumlah orang di masjid.. Jadi apa kejadah kita kisah bila hari kiamat.. Kita baca email forward.. baca blog.. baca di mukabuku tentang tanda hari kiamat tapi masih menjadikan diri statistik pengurangan jumlah orang di masjid..

Kita baca email forward,baca blog,baca di mukabuku, di akhir zaman manusia berpakaian tapi telanjang.. tapi masih dressing macam bukan orang Islam.. konon ikut arus pemodenan.. konon ikut fesyen.. zaman nabi xda fesyen2 ni brader.. semua pakai ikut pakaian isteri2 nabi.. semua berpakaian ikut sabdaan2 baginda..

Jadi bila jadi tsunami dan sebagainya itu semua adalah petunjuk, petanda, supaya nampak real.. bukan lagi email forward, blog atau di mukabuku.. tetapi nyata dan jelas, Allah menggerakkan sedikit air lautNya dan menhentam bangunan2 di Negara yang terkenal dengan teknologi tinggi dalam binaan menahan gempa bumi..

Berhenti! Berhenti kaji teori2 bila hari kiamat semua tu.. TAPI MULAKAN! Mulakan beramal sepertimana hadis2 baginda SAW.. xmampu amal semua.. perlu berdoa minta Allah bagi kekuatan untuk amal.. Xperlu ikut arus pemodenan.. Zaman nabi SAW adalah zaman paling moden.. Akhlak mereka begitu moden.. Tahap redha kepada Allah mereka begitu tinggi.. Sehingga seluruh makhluk tunduk kepada manusia2 yang hidup ketika itu yang beramal sepertimana Nabi SAW ajarkan.. Kerana Allah telah redha kepada mereka dan mereka benar2 telah menjadi khalifah di atas muka bumi ini.. Sehinggakan ada kisah di zaman Umar ra. Berlaku sedikit gempa bumi, lalu Umar hentak kakinya terus berhenti gempa bumi itu.. Ini kerana iman mereka begitu dasyat.. Tahap berserah diri kepada Allah mereka begitu tinggi brader.. Semuanya hanyalah kerana iman dan amal mereka begitu mirip dengan nabi SAW

Kesimpulannya, marilah kita kembali beramal sepertimana nabi SAW ajarkan kepada kita.. Mari kita mengamalkan dasar pandang ke belakang.. Mengkaji bagaimana Allah telah mengangkat umat Islam ketika itu.. Jangan hanya tinggal kajian.. Tapi dari kajian itu mulalah beramal…

19 Comments:

Jujurara said...

kadang2 manusia tak sedar lagik dunia daa usang sangat.daa tua.tinggal tunggu masa jerk.

dan kekadang saya pun lalai jugak dengan arus dunia nie.

Norsha said...

memang benar wafi, hidup ini sementara tapi kita usahakan dunia seolah-olah kita akan hidup sampai bila-bila. Kita lupa suatu masa kita akan pergi selama-lamanya, sbb itu setiap hari kita kena buat usaha agama, usaha atas iman supaya kita tak lupa kerana kita manusia pelupa sebenarnya

si para para said...

oh aku rasa macam aku ni salah sorang dari mereka...
hmmm tahu, tapi tak buat.
harap belum terlewat untuk aku...

Wafi said...

pwincess: aku pun selalu lalai..

norsha: benar, perlu usaha atas iman, klu laki asyik duk uma ja maka lupalah pada mati..

para2: moga2.. selagi ada waktu.. mari sama2 taubat dan banyakkan amal.. yang penting istiqamah.. :)

Jey said...

benarr..istaqamah tu penting..
tp senangnya berbicara, susahnya nak praktik >>ciss syaitan<<

p/s: err..kalo background ni cerah sket,sedap sket membaca..hehe.jgn mara :)

gomokpendek said...

thanks sbb tegur ak utk ak kemari.. huhuhu... entry2 yg sgt menarik kat sini.. oh ya, kamu mesti comel waktu kecil nih!

.: Si BungaKopi : . said...

betul, asyik kaji bila hari kiamat, amalnya xsetat jugak.

Anna said...

Setuju dgn bungakopi. Pulak tu siap bagi date kiamat sekian2..Baguslah sgt tuh.. Padahal dalam AlQuran dah bagi tanda2 dan clue2 nya...terpulang pada manusia nak memikir dan bersedia dgn amalan. Tp tak jugak menyedarkan hampir kebanyakkan org. Maklumlah, manusia mmg salu lupa dan alpa...mari kita sama2 ingat mengingati akan segala yg Allah beri tu....

Unknown said...

nice...kiamat semakin menghampiri kita....

Wafi said...

Hafzan: betol, mudah cakap tapi susah nak amal.. jadi berdoalah banyak agar Allah permudah.. macam dalam seruan azan bila sampai 'marilah solat' 'marilah menuju keyaan', kita mesti jawab'Lahaulawala quwataillabillah'-Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah

gomokpendek:haha xdala.. sebab aku pendek pastu kecik2 gemuk kena la panggil ngan gelaran namamu..

Bungakopi: yup2.. baik kita amal apa yang kita tahu.. rugi nanti nyesal xda guna di akhirat..

Anna: sungguh banyak nikmat Allah.. nak kira berapa biji nasi kita makan pun sudah xda upaya.. cuba bayangkan dari kecil sampai sekarang berapa biji nasi Allah anugerah kepada kita.. alhamdulillah.. sangat sikit kita bersyukur

Menaip: ambillah pengajaran dan mula beramal..

Anak Wak Mail said...

sama-samalh kita buat amal ibadat untuk menempuhi hari kiamat..=)

Bijen M. said...

Orang dok kejar-kejar hari kiamat.
Padahal esok lusa belum tentu hidup lagi.

: husna : said...

setuju dengan pendapat bijen.M.
kita dup kejar kiamat, padahal mati lagi dekat. yg penting gandakan amalan.

*note utk diri sendiri.=.=" thanks 4 sharing

Wafi said...

Wak Mail: amin2...

Bijen: btol3x.. sekejap lagi pun boleh jadi mayat..

husna:stuju jugak la ngan bijen.. ha ha

AkuMuzikFilem said...

terima kasih untuk perkongsian nasihat yang tidak skema

Wafi said...

muzik:sama2 brader!

Annisa said...

Tengah buat kajian tengang bunuh diri dengan pengambilan ubat tertentu secara berlebihan =.=" senangnya diorang cari jalan penyelesaian :')

macam mana nak ingatkan diorang Allah tu dekat dengan diorang..

dan mempersoalkan semula masalah setiap masa tapi tak berusaha nak selesaikan.. =.=" dunia.. dunia..

Wafi said...

sebab tu kita perlu sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah.. bila ada kebesaran Allah dalam hati nescaya segala-gala jadi mudah.. boleh baca entri ni kalau rajin.. :)

http://sejernihairsungai.blogspot.com/2011/03/mengapa-perlu-cakap-i-love-you.html

Tanpa Nama said...

fatihah wasilah