Angin sayu sepoi2 meniup dahiku… di suatu pagi indah di sebuah bilik berhawa dingin… apa khabar saudara-saudari yang tinggal di Negara yang bersuhu bawah 17° celcius? Bersyukur kita hidup di Negara yang beriklim sederhana.. Moga2 kita hidup juga bersederhana… Hari ini aku ingin bawa korang semua masuk ke mesin masa aku.. mari kita jejak ke 1400++ tahun lepas.. Di mana seorang manusia mulia telah lahir pada tahun gajah..
Bayangkan korang berada di tahun ini, tentera bergajah abrahah telah datang ingin meruntuhkan kaabah… dan korang lihat Allah Maha Mulia telah menghantar burung yang kecil2 membawa batu sijjin yang kecil dari neraka di paruh mereka.. Dan ini membuktikan konsep Logik itu syirik? sekali lagi dibuktikan.. bayangkan batu dari api neraka diapit di paruh burung2 ini tapi burung ini tidak terbakar.. sebaliknya bila terkena tentera bergajah, mereka terbakar seperti daun yang dimakan ulat.. Cuba bayangkan jika korang geng dengan tentera bergajah.. Oh!
Di ketika nabi Adam turun ke dunia, nabi Adam telah memohon agar Allah menurunkan sedikit api neraka untuk digunakan sebagai bahan bakar di dunia ini… Dan nabi Adam telah meminta api neraka sebesar kurma.. Tapi Allah x memberikan kepadanya kerana jika api neraka diturunkan sebesar buah kurma nescaya akan kiamat dunia ini.. Hatta separuh kurma atau saiz biji kurma pun xboleh.. Maka Allah telah memberikan api neraka sebesar biji sawi.. dan sebesar biji sawi ni pun perlu dicelup dalam 70 lautan.. bayangkan lautan di bumi ni digandakan sebanyak 70 lautan dan api sekecil ini perlu dicelup dalam 70 lautan itu.. Jika tidak dicelup dan diturunkan juga didunia ini maka hujan tidak akan turun, tumbuhan xkan boleh hidup… erk! Dan dengan api ini lah kita gunakan sehingga hari ini.. petroleum, larva gunung berapi, api, gas asli dan sebagainya..
Siapa Nabi Muhammad SAW? Dan nabi Muhammad SAW itu adalah sebaik-baik manusia yang pernah hidup di atas muka bumi.. sungguh bertuah dibumi mana nabi telah berjalan.. dan dikatakan jika setiap langkah nabi ditumbuhkan rumput, maka sudah pasti seluruh kota mekah sudah ditumbuhi rumput.. tidak ada yang tertinggal dari langkah nabi… Dan begitu jugalah yang dipraktikkan oleh para sahabat.. mereka telah meninggalkan kampung halaman dan mereka bergerak ke seluruh dunia dengan harapan, moga2 dengan usaha mereka Allah akan memberi hidayah ke seluruh alam.. Ya! Mereka telah berjaya brader.. di zaman Hazrat Umar ra, 2/3 dunia telah berada di bawah kekuasaan Islam.. Semua manusia tunduk kepada Allah seperti mana ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW..
Tapi hari ini dalam sejarah… setelah beriban tahun ditinggalkan nabi SAW, setelah beratus2 tahun baru merdeka dari penjajah, kita yang bergelar Negara ala2 Islam cuba bangun di sebalik kemunduran… dan kita mendakwa ‘kita perlu kreatif’?
Setelah berpuluh-puluh tahun semua Negara ala2 Islam merdeka, adakah kita berjaya menguasai dunia sepertidi zaman sahabat dan tabiin? Adakah cara kreatif kita berjaya? Adakah berdakwah ikut cara kreatif kita berjaya? Adakah dengan berdakwah dalam televisyen, blog, dan sebagainya kita berjaya? Adakah dengan buat ceramah politik mengumpat, fitnah parti lawan kita berjaya? Adakah dengan menjadikan diri sebagai statistik mengosongkan rumah Allah kita telah berjaya? Adakah dengan buat program treasure hunt bercampur dengan muslim muslimah kita berjaya? Adakah dengan mengatakan sunnah nabi tidak relevan kita berjaya?
Tidak! Kita tidak pernah berjaya! Ada rumah besar, kereta besar, bini besar, anak ramai xbermaksud kita berjaya.. Ada ilmu tinggi tapi x disampaikan bagaimana nabi sampaikan xda gunanya.. Ada ilmu tinggi tapi seminggu sekali hadir ke masjid xda gunanya.. LEBIH BAIK ADA ILMU SEDIKIT TAPI KORANG AMAL!!
Tapi ni xbermaksud tuntut ilmu itu salah.. tuntut ilmu sangat digalakkan.. dan bila ilmu ugama baru dituntut, maka lebih baik aku dan korang amal dan sampaikan kepada yang lain… diorang xnak buat, lantak diorang! Kita xleh paksa orang.. sampaikan dengan cara paling baik tanpa sakitkan hati orang… dan sekali lagi, kalau diorang xnak buat, lantak diorang! (aii marah nampak penulis.. haha.. xbaik cakap camni..sepatutnya aku sedih bila orang xnak buat)
Xsalah kalau nak tambah idea2 kreatif korang… tapi semua cara nabi harus dilakukan dulu dengan bersungguh2 dan istiqamah.. Kita dakwa kita ahli sunnah waljamaah.. tapi bila ajak ke arah cara nabi.. mereka kata 'kita perlu kreatif, mungkin orang dah bosan dengan cara tu'... nice brader! your word is seems nice but prophet word is from Allah.. Imam Malik rah. Menulis: “Orang yang terkemudian daripada umat ini sekali-kali tidak akan dapat diislahkan (diperbaiki) kecuali dengan cara yang sama yang telah digunakan untuk mengislahkan orang pada zaman permulaannya”
Kalau dulu orang arab jahiliyah bunuh anak perempuan nak selesai masalah sosial.. hari ni banyak badan pencegah maksiat tapi makin ramai orang buang anak x kira lelaki atau perempuan.. Dan anak2 ini dibuang dalam tong sampah, mangkuk tandas atau klinik2 anak haram.. oh dah ada klinik anak haram... isk2.. Hari ini ugama telah sempurna tapi maksiat sangat dasyat.. Dan berkesankah cara kreatif sebelum diutamakan cara nabi SAW?
14 Comments:
terima kasih ats perkongsian
*tersenyum*
apa itu kreatif? Apa itu cara nabi? Apa beza antara keduanya? Apa keduanya tak mampu seiring?
mohon tunjuk jalan,,
rizal: sama2
Mutiara: kalau rajin boleh baca entri ni http://sejernihairsungai.blogspot.com/2011/02/ferrari-atau-proton-saga.html
cara nabi yang dimaksudkan ialah cara nabi sampaikan ugama... dengan berjumpa manusia secara live, muka ke muka, hati ke hati.. dan latih diri dengan sifat akhlak mulia,suka membantu orang da sebagainya...
cara kreatif dimaksudkan ialah cara sekarang ni, berdakwah melalui email, tv...
xsalah bagi pendapat saya jika dibuat, TAPI cara nabi perlu dilakukan dahulu... kerana cara ini telah terbukti oleh pendokong sunnah nabi iaitu para sahabat.. :)
kita dah di tunjukkan cara dan jalan yang baik..tapi kenapa nak cari jalan lain lagi..tu la masalahnya..
islam itu sesuai untuk semua dan untuk sepanjang zaman...
sekarang dah macam zaman jahiliah moden buang2 anak
salam :) alhamdulillah,trm kasih saudara. alamak bini besar buek teman sonyum .. lamo tak sonyum ..
insya'allah :) yang terbaik dari allah , teruskan menulis saudara, dan smg terus mj jaya .
assalamualaikum :)
qaseh: sungguh jahiliyah zaman ni.. semakin hampir pada penghujung
senyum: waalaikumsalam, insyAllah selagi ada ilmu yg ingin ditulis selagi ada nyawa...
"Hari ini ugama telah sempurna tapi maksiat sangat dasyat"
Islam syumul. It is, and always is..
Tak tahu nak cakap apa pasal maksiat. Balik m'sia hati remuk sangat.....
Macam pakcik tu cakap, sebab orang hari ni pikir logik.
Maka jauh dari sumber hidayat.
Mereka bikin masjid cantik-cantik.
Mereka buat aktiviti yang nampak best-best.
Mereka buat sekolah agama.
Tapi buat bukan atas dasar takwa.
Maka semua tu tak memberi kesan kepada orang.
Tak sikit pun menambah keimanan.
Hanya pada zahirnya saja nampak Islam.
Nice
Nur: Benar... ada satu kisah nabi saw sudah bersaksi depan semua sahabat.. yang ugama mulai hari ini sudah sempurna.. maka perlu kamu sampaikan kepada sesiapa yang tiada di sini.. lalu bertebaranlah para sahabat ke seluruh dunia... :)
Bijen: oh.. sedih.. masjid dibina berharga jutaan ringgit.. zaman nabi, masjid bina dengan batang pokok kurma dan pelepah kurma ja.. tapi semua manusia lelaki Islam hadir ketika azan dikumandangkan.. hari ni masjid berjuta2 harga, tapi hanya seminggu sekali n dua kali setahun ja penuh.. :(
ibnu: Moga Allah bagi petunjuk n hidayah kepada saya dan semua pembaca agar kembali ke zaman nabi.. T.T
tapi sekarang orang buat maksiat, tak dapat hukuman yang tak sepatutnya.. boleh terlepas macam tu je..
nisa: hal ini berlaku, bila manusia tinggal sunnah nabi SAW, dan wujudkan perkara2 baru... maka biasa la manusia terpesong..
Menangis dlm tv menangis show. Agama menjadi bahan jual beli,kluar tv,kluar paper. Sirah nabi ditinggalkan, alternative dicipta dgn alasan menarik golongan muda,dgn alasan sbgai medium dakwah,alternative logic akal yg ditunjukkan oleh qarin dan hantu laut. Ustaz2 jadi celebrity, masing2 ego tinggi,masing2 mahu jadi jaguh agama. Islam hanya dilidah, jadilah ia Islam falsafah.
Dibuat pula himpunan sejuta umat,buat pula solat hajat di stadium,buat pula forum perdana. Semakin jauh dari sunnah sittah. Mufti2 pula dgn sombong mengatakan mengundi itu wajib,sesat lg menyesatkan.
Manusia skarang bljar agama kerana hendak menjadi ustaz,jadi kadi,mufti dll,sedangkan belajar agama itu kerana mahu mendekatkan diri kepada Rabb,mendapatkan hubbullah hubburrasul.
Belajar agama mengikut cara kafirun,pergi ke sekolah,bukan lg mengikut sunnah sirah,belajar secara talaqqi. Tambah parah apabila belajar agama dgn yahudi dan kafirun di eropah/amerika.
Dgn sombong ada segelintir besar pak2 self=proclaim "ulama" mengata mazhab itu hanya sesuai dizaman lalu,org terkemudian mengata org terdahulu. Hadith dhaif ditolak,tetapi dgn sombong mengaku ahli hadith. Lebih parah dicampur aduk pula mazhab2 mengikut nafsu. Ujub dan riak.
Igtlah bahwa azab Allah sgt berat, 'walillazi na kafaru birabbihim azabu jahannama wa bi'sal masiir'
Igtlah "kafaru" ini ditujukan utk org Islam yg kufur,yg tidak mengerjakan al-quran dan sunnah. Quran itu sendiri utk org Islam. Tingkatkan amalan dari Islam menjadi Muslim, dan kemudian Mukminin. Islam sahaja tidak selamat.
Jaga wudhu itu sgt besar,tp malangnya kita tidak tahu kehebatannya. Al-quran dibaca,tp hanya dilidah. Igtlah bahwa setiap ayat al-quran itu ada 7 hijab. Malangnya ayat alquran dijadikan alasan utk menghalalkan perbuatan kufur.
Manusia skarang dgn sombong mengaku ulama,mengaku jaguh agama. Parti2 politik yg sesat lagi menyesatkan dijadikan alasan utk menegakkan Islam, walhal ia adalah sistem dajjal dan yahudi. Jgnlah kita palitkan diri kita dgn dajjal.
Riba itu haram,malangnya "jaguh2" islam seboleh2 mencari jalan menghalalkannya. Maka diciptalah Bank2 Islam yg katanya halal dan mengikut syariat. Sedarkah kita bahwa ia semuanya mainan qarin, sedarkah kita Bank2 itu tujuan mereka masih berniaga. Malangnya pak2 "ulama" menggunakan hadith dan ayat al-quran menghalalkannya.
Al-quran dipertandingkan, bahkan kluar pula program2 tv yg katanya ke Islaman. Sesat lagi menyesatkan. Berserban jubah,tp hati kotor. Manusia sekarang mendengar ceramah sahaja sudah merasa amalan itu cukup. Golongan tabligh pula semakin jauh dari inipati tabligh,jauh sesat. Hanya pandai bercakap, tetapi tiada amalan. Selawat dan zikir jauh sekali.
Igtlah bahwa azab Allah itu sgt pedih. Igtlah apabila masjid tidak lagi di imarahkan,akan pasti dtg azab Allah seperti di yg kita saksikan di Palestin. Sentiasa berharap kepada "fiddunia hasanah, fil akhirati hasanah", sentiasa bermohon ditunjukkan "siratul mustaqim", dijauhkan dari golongan maun,lumazah dan takathur.
Post a Comment