(Amaran Keras: sesiapa yang xmahu jadi gila jangan baca entri ni… kah kah kah)
Teori Darwin mengatakan manusia terjadi apabila evolusi monyet yang semakin bertamadun dan akhirnya menjadi manusia…. Dah tu monyet2 sekarang akan evolusi jadi apa? Alien? Wakakakaka….
Teori Isaac Newton telah membuktikan bahawa epal akan jatuh ke bumi jika terjatuh dari dahannya.. Dah tu kalau epal jatuh ke langit amacam? Boleh terima?
Adik beradik Wright membuktikan bahawa manusia boleh terbang? Melawan teori gravity Isaac Newton…. Ya memang ada penerangan tentang bagaimana kapal terbang boleh terbang dan teori Isaac Newton tidak ditolak..
Albert Einstein telah membuktikan dari zarah kecil boleh berpecah menjadi letupan besar yang menghasilkan tenaga yang kuat… bom atom…
Teori fizik mengatakan api terhasil bila ada oksigen dan api bersifat panas….
Teori binaan, setinggi mana bangunan, setinggi itu jugalah perlu ditanam ceracak,kayu, konkrit atau sebagainya untuk kestabilan…
Teori kapal laut yang besar, perlu dibina mempunyai daya apungan yang sama dengan dengan air laut supaya boleh terapung….
Teori makan, makan banyak jadi gemuk…. Tapi ada ja aku tengok makan banyak masih kurus….
Teori banyak makan telur nanti banyak kentut… wakakaka
Teori… teori…. Teori… teori……. Logik dan sains…. Semua adalah sains… dibuktikan oleh saintis2 ternama… dibuktikan oleh eksperimen2….
Kenapa aku kata syirik???
(ini cuma pendapat aku berdasarkan pendengaran, pembacaan dan sedikit pengalaman… jika salah sila tegur daku yang hina ini… isk isk)
Jika api panas dan boleh terluka… bagaimana nabi Ibrahim terselamat dari bakaran api?
Jika mengikut teori graviti ialah semua benda akan jatuh ke bumi, bagaimana Nabi SAW dapat membelah bulan tanpa bulan boleh jatuh ke bumi dan menhempap bumi mengikut teori halaju graviti?
Bagaimana 313 orang Islam berperang dengan lebih 1000 orang semasa perang badar tentera Islam boleh menang? Logikkah? sedangkan ada riwayat menyebut ada sahabat hanya memegang pelepah kurma... logikkah?
Bolehkah kita kata makanan dapat memberi rasa kenyang? Jika Allah takdirkan semua makanan yang kita makan jadi tahi?? Bagaimana? Logikkah?
Logikkah bilamana orang yang menjaga solahnya akan dipermudahkan rezeki?
Cuba korang pergi kedai makan waktu pukul 1 lebih masa makan tengahari.. Apa korang nampak? Orang sedang berpusu-pusu ke kedai makan sedang azan zohor berkumandang… Jadi kalau peniaga ni berhenti berniaga dan pergi bersolah? Apa yang dipermudahkan rezekinya?
Orang yang jaga solah juga akan ditarik azab kubur, kubur akan jadi luas bak mata memandang? Logikkah? Kubur yang dikorek oleh manusia hanya beberapa hasta menjadi luas mata memandang?
Jadi bolehkah kita berpegang kepada logik dan sains??
Manusia sekarang sedang berbondong-bondong belajar ilmu sains nak jadi jurutera, doktor, saintis dan sebagainya untuk mencari rezeki… Bila ramai golongan ini ekonomi negara meningkat… seolah-olah golongan ini sedang membantu negara..
Baiklah kita buka cerita sejarah… masa zaman firaun dan nabi Musa…. Manusia berbondong-bondong belajar sihir… kerana jika belajar sihir boleh berkhidmat untuk firaun dan dapat kemewahan(cari rezeki)…. Xsama kah dengan golongan zaman sekarang??
Iya benar… kita memang hidup di dunia yang maju teknologinya… tetapi adalah menjadi salah(pendapat aku yang hina) jika kita bergantung harap pada logik dan sains….. dan adalah menjadi salah bergantung pada sihir2 di zaman firaun... adalah menjadi salah bergantung harap pada berhala2 di zaman jahiliyyah..
Kerana APA?
Kerana logik dan sains dicipta oleh Allah… Dia berhak mengubahnya pada bila-bila masa…
Jika korang pernah baca cerita Dajjal yang akan datang…. Di waktu kedatangan Dajjal, waktu tu air laut akan kering, air sungai akan kering, air hujan ditahan di langit… makanan habis…. Jadi bagaimana jika kita sangat berpegang kepada logik dan sains?
Contoh jika kita percaya air boleh menghilangkan dahaga… Maka komfem kita akan ikut Dajjal..Nauzubillah… Kenapa? Kerana Dajjal akan diberi kuasa oleh Allah dan salah satunya boleh menurunkan hujan dimana tempat yang dia pergi… Dia akan pergi rumah ke rumah menyampaikan risalahnya… Pergi rumah ke rumah menawarkan tawaran2 lumayan... Hidup mewah... Perempuan2 cantik.. Makanan dan minuman bertimbun-timbun... Adeh.. x tercapai akal bagaimana nak tahan dengan fitnah Dajjal ini.....
Jadi kiranya aku dan korang semua tidak pupuk iman dari sekarang, bahawa segala-galanya terjadi hanya dengan izin Allah… Makanan akan jadikan kenyang hanya dengan izin Allah.. Air hilangkan dahaga hanya dengan izin Allah… Kapal terbang boleh terbang hanya dengan izin Allah… Kereta boleh berjalan hanya dengan izin Allah… dan segala-galanya hanya dengan izin Allah.. Maka takut iman kita di tahap bahaya atau xda langsung… adeh… dan jika kita xhidup di zaman dajjal sekali pun kita tetap akan singgah di kubur wahai bro2 dan sista2 sekalian… bukankah iman dan amal menjadi pengukur hidup selepas mati??bukankah mati itu pasti??
ps: salam maulidur rasul... moga2 sunnah nabi dapat diamalkan... apa guna sambut maulidur rasul jika tiada azam untuk amal sunnah nabi...
pss: terdengar ceramah politik semalam disebuah rumah Allah... kutuk parti XXX... mengumpat di rumah Allah? satu ja persoalan aku... logikkah kerajaan Islam akan naik dikala masjid kosong?? buka mata luas2 lihatlah negara Islam di seluruh dunia... semua mempunyai konsep politik yang sama di negara kita... Apa yang terjadi??? Bukankah huru hara.... isk isk... Sekali lagi... ni salah aku....
12 Comments:
Gua punyalah makan banyak.
Tapi badan gua tak naik-naik juga pun.
Hmm.
Allah SWT punya kuasa juga.
benar bijan... semua dalam kuasa-Nya.. :) aku hari ni telah tersasar dari landasan-Nya... isk isk
bijen~ sma la mcm sy..da try mcm2 kaedah tp stil krus..khendak Allah..hrus bsyukur dgn sglanya kan..
o ya..mohon izin nk share post ni kat fb..
sila2...
kereta yang dipandu 100km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu 40km/j, jika kereta tersebut bertentangan arah..hehe..
ha ha ha... anak wak mail... itu lawak logik tu... :)
banyak rahsia..
Sedih juga membaca orang orang yang menghentam logik dan sains dengan cara yang tidak betul. Jawapan jawapan saya: Jika api panas dan boleh terluka... Berhenti di situ! Cuba buat kajian sendiri, letak tangan atas api. Yang Nabi Ibrahim itu adalah suatu keajaiban, namun perkara ini tidak berlaku setiap hari. Nabi SAW memotong bulan, tidak pernah saya dengar dan kalau betul, ia adalah keajaiban. Mengenai peperangan badar, itu pun sukar untuk dijawab kerana kita tak tahu, mungkin Allah tolong atau mungkin askar kuat. Makanan dapat memberi rasa kenyang, tak caya cuba makan. Kalau kita ditakdirkan makan tahi, kemudian begitulah. Tiada apa pun, kerana kita sudah ditakdirkan, maka ianya semula jadi bagi kita. Mengenai murah rezeki, bukannya dari segi wang sahaja, banyak caranya seseorang itu boleh dimurahkan rezeki. Tentang azab kubur, benda ghaib, maka tak boleh mengaplikasikan sains dan logik. Air boleh menghilangkan dahaga, tak caya puasa sehari pastu sediakan sirap ais. Lepas dah buka minum puas-puas. Tak hilang tak tahulah. Tolonglah jangan menghentam logik dan sains menggunakan contoh-contoh yang tidak baik. Saya seorang Muslim dan saya pun sedar perkara ini. Saya agak sedih melihat perkara-perkara ini berleluasa. Logik dan sains bukanlah sempurna malah mereka mempunyai kesalahan yang besar, tapi tolonglah gunakan hujah-hujah yang kukuh.
minta maaf tanpanama, saya cakap berdasarkan apa saya dengar dari ulama tauhid... bukan saya menghukum logik dan sains, saya cuma ceritakan balik apa ulama huraikan, dari apa saya faham... segala2 jadi hanya dengan izin Allah.. tu ja maksud saya.. logik dan sains pun dicipta oleh Allah.. arap teliti artikel saya baik2..
Eh, eh, tidak perlu minta maaf Wafi. Saya cuma mengkritik hujahan-hujahan anda yang anda telah nyatakan sebelum anda bertanya apakah patut kita berpegang kepada logik dan sains. Itu sahaja :) Memanglah segalanya terjadi dan dicipta oleh Allah, itu tidak ternafi. Tetapi logik dan sains amatlah penting.
Apa yg saudara tulis ada benar dan ada yg kurang benar..pertama sekali sebagai seorg muslim kita wajib percaya semua perkara adalah datang dari Allah SWT..segala ilmu itu sumbernya dari Allah SWT..sebenarnya ilmu sains itu sendiri dh terkandung didalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW..sebagai contoh Rasulullah SAW bersabda "Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang"..hadis ini sebenarnya berkenaan ilmu dietetik yg merupakan cabang ilmu sains moden dimana pakar dietetik mencadangkan untuk kekal sihat kita perlu mkn dengan kerap namun dgn jumlah yg sedikit yg mana jika difikirkan sama spt apa yg Rasulullah SAW ajar kita..ilmu sains moden hari ini sebenarnya tidak sama 100% dengan apa yg terkandung dalam Al-Quran dan ajaran rasul kerana ianya telah ditokok tambah dengan teori-teori yg mengarut dari yahudi yg bertujuan memesongkan umat Islam spt teori evolusi Darwin..oleh sbb itu, perlunya kita belajar dan faham ilmu agama (akidah Islam) terlebih dahulu sblm mendalami ilmu sains moden kerana tanpa asas agama yg kukuh kita akan dipesongkan dgn sebahagian teori sains yg mengarut..namun jika kita belajar sains moden dan dipandukan dengan Al-Quran dan hadis nescaya kita akan lebih beriman dengan kebesaran Allah SWT..perlu diingat ilmu sains moden itu penuh dengan teori..teori itu bermaksud jangkaan..oleh sbb itu kita dpt tgk ada masa teori itu btul dan kdg2 salah kerana teori itu hanyalah jangkaan manusia semata kerana sesuatu perkara itu hanya terjadi dengan izin Allah SWT..x salah belajar ilmu sains moden selagi ianya dipandukan akidah yg kukuh..jika tidak kita pasti akan mudah terpesong..saya merupakan seorg saintis dan Alhamdulillah sains telah menjadikan saya lebih dekat pada Allah SWT kerana sebahagian perkara yg kononnya ditemui oleh saintis2 yahudi sebenarnya telah dinyatakan lebih awal didalam Al Quran atau hadis..ilmu logik pula hanyalah bersandarkan pada ilmu manusia semata mata yg mana amatlah terhad dan sedikit berbanding dengan ilmu Allah SWT..spt saya nyatakan kita x boleh percaya atau bergantung 100% pada ilmu logik mahupun sains kerana perlu diingat tiada yg mustahil bagi Allah SWT..sekian, wallahuaklam..
Post a Comment