Khamis, 31 Mac 2011

Ada apa dengan supermarket?

Di suatu ketika, aku yang telah kalah ‘sparing’ dengan hang jebat kerana berebutkan puteri gunung ledang telah hampa… Lalu Jebat berkata pada aku ‘woi pergi menuntut ilmu dulu sebelum kita ‘sparing’ lagi ha ha ha (gelak besar si jebat…damn u!)’

Lalu aku telah berkelana untuk menuntut ilmu. Aku tiba di sebuah kampong. Lalala~ Aku memekik,‘Wahai penduduk kampung, aku dengar dekat sini ada tuan guru hebat, jadi aku datang ingin menuntut ilmu’ Lalu penduduk kampung telah beritahu aku yang tuan guru sedang bertapa di gunung jerai.

Aku terus berkelana ingin berjumpa tuan guru di gunung jerai, sambil2 menyanyi..

“Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...”

Setiba aku di sana, aku telah mencari-cari dimana tuan guru. Oh rupanya tuan guru tengah lepak tidur ja pun kat dalam satu sudut gua. 3 minit 30 saat aku tunggu, ‘ceh, hebatkah mamat ni asyik tidur ja kerjanya.. (berkata aku dalam hati)’

Dia bangun lalu memberi salam dan memperkenalkan dirinya,’koh koh (batuk kering) nama saya merong, nama anak muda siapa dan apa tujuan datang ke sini?’ aku lalu menjawab salam dan berkata ‘nama saya Tuah tuan guru, dan saya datang nak menuntut ilmu’

Merong: untuk apa kamu nak belajar ilmu
Aku: saya nak tuntut bela tuan guru, aweks saya puteri gunung ledang dirampas oleh   kawan saya jebat..
Merong: (koh koh batuk lagi) kalau begitu kamu balik lah..
Aku: kenapa tuan guru?
Merong: kerana niat kamu xbaik..
Aku: ajarkan lah saya, mana tahu jika niat saya boleh berubah..
Merong: (Setelah ditenung mata aku dengan mata terbeliak) baiklah, kamu terpilih, tapi kamu cuma perlu bertapa bersama aku beberapa bulan, lepas ni kamu perlu pergi menuntut dengan guru yang lebih handal.
Aku: baik guruku (muka gembira ala-ala upin dan ipin dapat ayam goreng.. kahkah)

Setelah 3 bulan bertapa, guruku melepaskan aku pergi dan berkata ‘pergilah lah cari guru yang lebih handal’ aku bertanya ‘siapa dia tuan guru?’

“Dia ialah manusia. Terjunlah ke dalam masyarakat manusia dan sampaikan ilmu kamu.. belajarlah dari mereka, kerana manusia sangat istimewa. Mereka dijadikan oleh ‘tangan Allah,  jika mereka memarahi kamu, maka bersabarlah. Sampaikan kepada mereka yang masjid ialah tempat yang paling disukai Allah iaitu taman-taman syurga dan pasar ialah tempat yang paling dibenci Allah. Ingat pesan aku, jika berada di masjid maka panjangkan masamu di masjid,  tapi jika di pasar, maka pendekkan masamu di pasar. Kerana hati manusia mudah terkesan ikut keadaan’

“Baik tuan guru”

Aku pun terus berkelana….

Terjumpa dengan seorang budak di sebuah masjid. Sedang asyik aku menggosok gigiku dengan kayu sugi budak ni bertanya ‘apa itu abang?’ aku menjawab ‘kayu sugi dik’. Dia tanya lagi ‘boleh putihkan gigi ke brader?’. Aku jawab,‘insyaallah adik jika guna niat untuk amal sunnah nabi’. Dia tanya lagi ‘beli ka abang?’. Aku jawab lagi ‘abang cabut sendiri dik, tapi sekarang dah ada jual adik, ce try pergi tengok kat kedai-kedai jual barang haji’. dia cakap ‘ooooo’..

Terjumpa dengan seorang budak lagi, aku menyampaikan ‘tahukah adik masjid ialah taman-taman syurga?’ dia jawab ‘wuaaa biar betol abang, nak pergilah camni’. ‘(Dalam hatiku) ohh di zaman ni kanak-kanak xtahu pasal fakta ni rupanya, patut besar-besar jadi samseng,penzina,mat rempit, minah rempit, pembuang bayi,pelepak pasaraya,perebut jadi artis dan sebagainya’

Aku pun terus berkelana…

Tiba-tiba seorang mamat menunggang kuda beroda dua berhenti padaku dan bertanya ‘brader ada mayat ka kat sini(dia nak perli aku yang berpakaian serba putih, hadiah dari guru merong). Aku lantas tersenyum dan mengajak ke taman syurga tapi dia menolak dengan alasan ada hal iaitu perlu mengurus kerajaan sebesar kerajaan sulaiman… oh!

Aku pun terus berkelana…

Tiba di sebuah bangunan gergasi. Wuaa besar bangunan. Aku yang agak kuno dan ketinggalan zaman xtahu yang ini dipanggil supermarket  atau dalam kata lain ‘pasar moden’. Lalu ku baca doa masuk pasar… xtahu? Biar pakcik gugel tolong ajarkan.

Aku ingin membeli sabun mandi. Tiba di tempat sabun lalu datang promoter yang berpakaian xcukup kain. sian dia. Sejuk woo dalam supermarket, tapi x cukup kain nak tutup badannya. ‘awak pakai sabun apa? Ce try pakai sabun ni, komfem badan awak wangi, putih gebu, comel, halus macam kulit I’

Aku mengulang kata-katanya dalam hati dan sampai ayat ‘komfem badan awak….’
Wuaa patutlah guruku Merong cakap Allah xsuka pasar. Manusia kurang sebut nama Dia. Dan mengagungkan selain Dia di pasar. membesar-besarkan produk yang ingin dijual. Aku terus sound dalam hati ‘kalau ya pun nak promote ce try sebut insyallah badan awak wangi blabla’. Lalu aku dengan muka bosan ala-ala xda nafsu menjawab 'xpalah cik, saya dah biasa pakai sabun ni. Risau saya pakai sabun macam cik nanti saya punya baju terkoyak xcukup kain macam cik' (kahkahah)

Teringat aku pada satu kisah yang dicerita oleh guru Merong. Pada suatu ketika nabi Musa as telah sakit perut. Dia telah angkat tangan ke langit dan berdoa agar Allah sembuhkan. Allah telah perintah nabi Musa as untuk ambil sehelai daun dan makan. Dan nabi Musa  as telah sembuh. Setelah sekian lama, dia sakit perut lagi dan terus ambil daun tu dan makan. Lalu sakit perutnya bertambah teruk. Lalu ditanya kepada Allah ‘kenapa kali ni aku makan tidak sembuh?’ Allah telah menjawab yang dulu nabi Musa minta kepadaNya, dan dengan izin Allah daun itu telah menyembuhkan sakit perut tapi kali ni Musa yakin daun dapat sembuhkan dia, maka Allah telah tunjuk padanya yang sebenarnya yang menyembuhkan ialah Allah.

Aku pun terus berkelana..

Aku telah berjumpa dengan Jebat semula. Lalu Jebat ajak aku bertarung semula. Tiba-tiba terdengar azan. Lalu aku berkata, ‘udah-udah  lah Jebat, jum kita pergi solat berjemaah kat masjid. Dari kecil kita jauh dari rumah Allah, aku dah xlarat nak gaduh pasal puteri gunung ledang tu. Kalau ada jodoh mu dengannya, maka kahwin lah.' Jebat pun terkedu malu. Lalu dipeluknya aku sambil menangis.

ps:  Jangan lepak kat supermarket lama-lama. Rancang bila nak beli barang. Masuk supermarket baca doa, beli lepas tu terus berambus. Di samping orang suka besarkan selain Allah di pasar, kat pasar juga sangat ramai wanita yang xcukup duit nak beli kain secukupnya tapi boleh beli barang makeup,pelik2. Solat berjemaah lah wahai lelaki sekalian, sebelum bini or aweks korang suruh orang untuk hantar korang untuk disolat berjemaah di masjid. (baca:solat jenazah)lalalala~

Isnin, 28 Mac 2011

Apa itu Harapan?

Ehem.. ehem.. pernah korang hilang sesuatu dan rasa sangat sedih dan menyalahkan seluruh dunia atas kehilangan sesuatu itu? Pernah korang rasa terkilan bila seseorang yang korang sayang, aweks, bini, balaks, suami korang dirampas orang? Pernah korang rasa macam korang hilang segala-galanya sampai korang rasa xda harapan lagi? Pernah x? pernah x?

Mari aku bawa korang duduk dalam mesin masa yang aku cipta.. sila pakai tali pinggang ketat2 dan duduk ketat2 kerana mesin masa aku xdak insurans… wakakakeke…

Di suatu ketika, di satu zaman.. jeng jeng jeng….

Ada sorang manusia berjalan2 nak menunaikan umrah… dan pada ketika ini umrah cara jahiliyah.. dia telah berjalan dan berjalan…. Seketika dia telah melalui satu bandar yang bernama Madinah al-munawarah…

Manusia ni telah terserempak dengan sekelompok manusia yang datang mengajaknya menerima ugama mereka… tapi telah berlaku pertelingkahan.. dan akhirnya brader ni kena tangkap sebab dia telah kalah ‘sparing’…

Dia telah diikat di satu tempat yang dipanggil masjid nabawi…

Dan datang seorang manusia yang mulia, Nabi SAW.. baginda telah bertanya, tahukah kamu siapa orang yang kamu tangkap ini? Sahabat yang tidak tahu menjawab mereka tidak tahu… Nabi saw berkata.. ini ialah raja Bahrain, sumamah..

Baginda telah bertanya 3 soalan kepada sumamah..
1. Apa pendapat kamu tentang aku?
2. Apa pendapat kamu tentang agama yang aku bawa?
3. Apa pendapat kamu tentang negeri Madinah?

Jawab Sumamah
1. Dalam banyak2 manusia, kamulah paling aku benci
2. Dalam banyak2 agama, agama kamulah paling aku benci
3. Dalam banyak2 negeri, negeri kamulah paling aku benci

Nabi tersenyum dan terus melakukan aktiviti dalam masjid seperti biasa..

Suasana masjid yang wujud, ada majlis membesarkan Allah, ada orang mengajar ilmu, ada orang membaca al-quran, ada orang yang bertugas khidmat.. menyediakan makanan…

Dan Sumamah telah diberi makan dari makanan yang terbaik.. madu yang terbaik.. susu kambing dari kambing nabi Saw sendiri..

Bila hari kedua nabi bertanya 3 soalan yang sama lagi.. dan Sumamah tetap menjawab jawapan sama..

Bila hari ketiga nabi bertanya 3 soalan sama lagi.. dan Sumamah tetap menjawab jawapan yang sama..

Lalu nabi mengarahkan para sahabat agar melepaskan beliau.. Lalu beliau keluar dari masjid nabawi.. tiba-tiba hatinya berasa kelainan..setelah berjalan jauh dari masjid nabawi hatinya menjadi tidak selesa.. dia berkata pada dirinya ‘ini bukan sumamah yang dulu’

Dia telah berjalan masuk ke dalam masjid nabawi semula dan tiba di pintu masjid nabawi, sumamah telah angkat tangannya dikala nabi Saw tengah mengadakan majlis dan mengucap 2 kalimah syahadah di hadapan semua orang..

Ok jum naik balik mesin masa dan balik ke masa kita.. Lihat bagaimana manusia terkesan dengan suasana masjid nabawi yang nabi wujudkan.. Agama yang nabi bawa adalah agama yang syumul.. agama yang lengkap… mengharap hanya pada Allah.. Inilah harapan yang sebenarnya..

Hari ini bila kita ada masalah, kita mencari penyelesaian lain.. Tapi x sedarkah kita, siapa yang kurniakan masalah itu kepada kita? Dan siapa yang ada penyelesaiannya?

Agama yang nabi bawa adalah agama harapan… Hari ini kita cuba sebarkan agama bukan dengan harapan… contoh aku bagi.. ada bapa soleh bawa anak pergi masjid dengan harapan hati anak akan terlekat pada masjid.. lepas tu anak bising-bising.. lepas tu tok imam, tok siak buat pengumuman ‘err jangan bawa anak-anak kalau anak buat bising dan main-main dalam masjid’

Adeh! Hampeh.. bapa dia baru nak ajar anak dia datang masjid.. biarlah anak dia buat bising… Salah siapa kita xkhusyuk? Salah siapa? Sahabat nabi SAW akan berpesan kepada anaknya, jangan buat bising atau main sebelum ayah masuk dalam solat.. bila dah solat, ayahnya seolah-olah xdengar lagi jika anak dia buat bising.. kita yang salah sebab kita xlatih diri dan berdoa pada Allah agar dikurniakan khusyuk dalam solat..

Contoh lagi aku bagi.. satu hari, nabi Saw mengimami solat Asar.. sahabat2 nabi pelik kenapa nabi sujud begitu lama.. tahu kenapa? Cucu nabi hasan tengah panjat di belakang nabi.. nabi tidak tergamak nak tolak cucunya untuk bangun dari sujud.. tengok! Ada nabi hukum cucu dia jangan datang masjid?

Agama nabi bawa bukan untuk menghukum manusia.. tapi mengajak manusia dengan kasih sayang ke arah Allah.. bukan dengan kekerasan dan paksaan.. Tapi memberi harapan kepada manusia.. Hari ini jika ada anak muda baru nak belajar pergi masjid.. anak muda pakailah seluar jeans compang camping.. lalu ada orang yang perasaaan alim tegur dengan cara kekerasan.. lalu anak muda ni xdatang lagi masjid takut kena tegur.. lalu anak muda ini jauh dari masjid.. sepatutnya orang yang lebih alim dan berilmu perlu sambut anak muda ini.. layan dengan baik… puji dengan cerita kelebihan2 solat berjemaah.. dan bila dah makin rapat, maka tegurlah dengan hikmah.. maka insyaallah anak muda ni akan terlekat dengan masjid..

Kesimpulannya.. bila kita rasa kita macam xda harapan lagi.. maka carilah Allah.. Allah Maha Penyayang.. Dia beri kita ujian kerana Dia sayang kepada kita.. Dia beri kita peluang untuk membuat pilihan dalam hidup… Jika kita pilih jalan-jalanNya.. Insyallah, harapan akan menyinar semula dalam hidup kita.. Dan bila sudah tenang, maka terus berpegang pada jalan-jalanNya supaya bila diuji lagi kita akan sedia menerimanya… :)

Isnin, 21 Mac 2011

Mengapa Perlu cakap I Love You?

Di suatu sudut pantai, kelihatan cahaya matahari semakin menghilang, warna kelihatan kemerah-merahan… kelihatan kelibat dua kekasih hati sedang duduk berdua.. barangkali baru berkahwin.. duduk menatapi matahari yang semakin terbenam di ufuk barat.. romantik la brader.. kan omputeh ajar kita camtu.. bawa kekasih hati duduk di tepi pantai, tengok matahari terbenam..

Sedang asyik mereka diulik mimpi2 indah berdua di tepi pantai, tiba-tiba si perempuan yang bernama Minah bertanya kepada balaks suami yang bernama Mat sentul.. ‘abangku sayang, hari ini abang xcakap lagi I Love You kat ayang, dah xsayang la tu, kan3? baru kahwin 2 3 hari da xcakap dah..” Mat sentul pun jawab ‘eh tadi abang da cakap, xdengar eh? Hahahaha (gelak terbahak-bahak)’

Minah pun buat muka sedih sambil berkata ‘tipu la abang ni, xmau kawan la’… Mat Sentul pun cuba memujuk Minah… dengan kata-kata romantik yang tidak dapat digambarkan kerana penulis mungkin x romantik.. (wahahaha)

Tiba-tiba kedengaran suatu suara memanggil dari arah berdekatan..

Minah: Eh abang xnak pergi solat? Dah azan tu..

Sentul: err, relak dulu tunggu matahari terbenam dulu, nanti kita solat la.. baru azan kan..

Minah: jadi abang xnak pergi solat berjemaah la..

Sentul: alar solat jemaah kan fardhu kifayah, orang lain buat kita xpayah la..

Minah: wow! Berani abang cakap camtu kan.. ayah minah cakap, solat berjemaah sangat dituntut, bila seseorang lelaki terdengar azan tapi x hadirkan diri maka solatnya x sempurna.. lagi satu..

azan ni adalah satu dakwah yang sempurna, iaitu mengajak lelaki sejati datang ke rumah Allah untuk solat berjemaah.. masa Nabi SAW terima perintah solat, nabi telah memanggil semua ahli syura bermesyuarat.. bagaimana nak seru umat Islam lelaki datang solat.. dan setelah bermesyuarat dua kali lebih kurang, banyak cadangan yang diberikan sahabat, ada seorang sahabat nabi SAW telah mencadangkan untuk azan.. Nabi Saw pun telah terima cadangan tersebut..

(Mat Sentul mendengar sambil meleleh air liur)

dan tugas telah diberikan kepada bilal ra.. sampai hari ini pun ada sesetengah orang memanggil tukang azan sebagai bilal.. di zaman sahabat semua orang Islam lelaki akan solat berjemaah bila azan dilaungkan.. xda seorang pun akan tertinggal.. di zaman sahabat, masjid nabawi xda lampu, mentol dan sebagainya.. diriwayatkan ketika subuh dan isyak akan ada orang munafik menyelinap balik rumah… dan ada satu hadis lebih kurang mafhumnya, ‘solat subuh dan isyak amat sukar bagi orang2 munafik’

tengok! Zaman sahabat orang x pergi solat berjemaah dipanggil munafik.. hari ni bila orang x pergi solat jemaah dijawab ‘er solat jemaah kan fardhu kifayah,’

(Mat sentul telan air liur kerana terasa)

Hari ini orang Islam x takut pada Allah dan susah nak taat perintah Allah sebagaimana yang ditunjuk oleh junjungan nabi SAW… tahu x sebab apa? Sebab orang Islam kurang cakap ‘I Love You Allah’..

Sebagaimana ayang seorang manusia pun nak selalu dengar orang tersayang cakap ‘I Love You' kat ayang.. Ini kan Allah yang berhak dicintai, yang berhak disembahi, yang Maha Suci.. Yang Maha Mulia… yang menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala yang ada diantaranya adalah dalam kekuasaan Allah.. Jika dikumpulkan semua makhluk Allah dan semua yang dalam isi dunia ni untuk gugurkan sehelai daun, tapi jika Allah x izinkan, maka komfem xkan gugur.. Hari ini dalam satu hari berapa kali kita sebut2 kebesaran Allah? Jika dibanding dengan cerita2 mengumpat kawan, isu dunia… berapa lama kita sebut kebesaran Allah?

Sudahlah, malas ayang nak hurai panjang2, pergi cepat solat jemaah, ayang nak balik solat kat rumah… zzzzz.......

Selasa, 15 Mac 2011

Hari Kiamat hampir tiba?

Mat : mak, mak, Allah tu siapa?

Mak : Allah tu tuhan kita nak, xda tuhan selain Dia.. Allah Maha Besar

Mat :oooo, mak, mak, malaikat selalu tengok kita kan mak? Ustaz cakap malaikat catat setiap amal kita buat? Kan kan?

Mak : Iya anakku.. jadi mat sentul, anak mak jangan buat benda2 xbaik taw.. jangan mencuri, jangan sakitkan hati orang, bermurah hati, yang penting sekali jangan tinggal solat taw… mat sentul jadi apa pun besar nanti jangan tinggal solat taw.. sebab solat tu tiang ugama..

Mat : baik mak.. mak, mak hari kiamat tu apa mak?

Mak : Hari kiamat nanti nak, Allah akan gulungkan dunia ni dan semua akan hancur..

Mat : macam mak gulung karpet tu ka?

Mak : bukan anakku, hari ini sangat dasyat, mak yang mengandung akan tergugur kandungannya, suami akan tinggalkan isterinya, anak xkenal ibu bapanya, semua akan berlari konon nak selamatkan diri.. tapi hari ini anakku, xdak sesiapa pun akan terselamat..

Mat :ooo rumah kita yang dibuat dari batu ni pun akan hancur la mak? Mat tengok macam kukuh ja mak, tengok ni mat try tolak(mat pun menolak dinding dengan tangannya dengan bersungguh-sungguh)..

Mak : Mat, Allah Maha Besar, Dia telah cipta dunia ni, maka Dia berhak untuk hancurkannya kembali.. Mat tengok kereta ciptaan manusia.. manusia cipta kan? Tapi tengok kat jepun tu.. 5 tahun sekali diorang akan hapuskan kereta.. Itu baru manusia nak.. Ini Allah anakku, yang ciptakan seluruh alam ini.. xda walau sebesar zarah pun yang bukan dalam kawalanNya.

Mat : wuaaa… jadi memang kita kena ikut la ey apa Allah suruh?

Mak : Iya anakku.. Jadilah manusia soleh, contohilah junjungan besar nabi SAW yang Allah telah utuskan untuk jadi contoh panduan.. Taat semua perintah Allah dan tinggal segala laranganNya insyAllah kamu berjaya dunia akhirat anakku..

Mat : Baik Mak… :)

”Apabila berlaku hari kiamat itu,Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,”(Al-Waqiah:1-6)

Xkisah la bro2 dan sista2 sekalian bila akan jadi hari kiamat.. Ada satu kisah tentang sahabat yang suka bertanya tentang hari kiamat kepada Nabi SAW, lalu nabi SAW memarahi sahabat ini.. Kerana nabi suruh kita risaukan tentang amal diri kita terlebih dahulu.. Xkisah la bila pun hari kiamat, tapi hari ini mari kita nilai diri kita.. sudah berapa banyak kita amal..

Kita pernah dengar tanda2 hari kiamat, antaranya masjid2 menjadi kosong, masjid dibina dengan harga mahal dan dibanggakan tapi bila tiba azan tiada manusia lelaki yang hadir… Kita dengar tapi kita tetap menjadikan diri kita statistik pengurangan jumlah orang di masjid.. Jadi apa kejadah kita kisah bila hari kiamat.. Kita baca email forward.. baca blog.. baca di mukabuku tentang tanda hari kiamat tapi masih menjadikan diri statistik pengurangan jumlah orang di masjid..

Kita baca email forward,baca blog,baca di mukabuku, di akhir zaman manusia berpakaian tapi telanjang.. tapi masih dressing macam bukan orang Islam.. konon ikut arus pemodenan.. konon ikut fesyen.. zaman nabi xda fesyen2 ni brader.. semua pakai ikut pakaian isteri2 nabi.. semua berpakaian ikut sabdaan2 baginda..

Jadi bila jadi tsunami dan sebagainya itu semua adalah petunjuk, petanda, supaya nampak real.. bukan lagi email forward, blog atau di mukabuku.. tetapi nyata dan jelas, Allah menggerakkan sedikit air lautNya dan menhentam bangunan2 di Negara yang terkenal dengan teknologi tinggi dalam binaan menahan gempa bumi..

Berhenti! Berhenti kaji teori2 bila hari kiamat semua tu.. TAPI MULAKAN! Mulakan beramal sepertimana hadis2 baginda SAW.. xmampu amal semua.. perlu berdoa minta Allah bagi kekuatan untuk amal.. Xperlu ikut arus pemodenan.. Zaman nabi SAW adalah zaman paling moden.. Akhlak mereka begitu moden.. Tahap redha kepada Allah mereka begitu tinggi.. Sehingga seluruh makhluk tunduk kepada manusia2 yang hidup ketika itu yang beramal sepertimana Nabi SAW ajarkan.. Kerana Allah telah redha kepada mereka dan mereka benar2 telah menjadi khalifah di atas muka bumi ini.. Sehinggakan ada kisah di zaman Umar ra. Berlaku sedikit gempa bumi, lalu Umar hentak kakinya terus berhenti gempa bumi itu.. Ini kerana iman mereka begitu dasyat.. Tahap berserah diri kepada Allah mereka begitu tinggi brader.. Semuanya hanyalah kerana iman dan amal mereka begitu mirip dengan nabi SAW

Kesimpulannya, marilah kita kembali beramal sepertimana nabi SAW ajarkan kepada kita.. Mari kita mengamalkan dasar pandang ke belakang.. Mengkaji bagaimana Allah telah mengangkat umat Islam ketika itu.. Jangan hanya tinggal kajian.. Tapi dari kajian itu mulalah beramal…

Jumaat, 11 Mac 2011

Kita perlu kreatif?

Angin sayu sepoi2 meniup dahiku… di suatu pagi indah di sebuah bilik berhawa dingin… apa khabar saudara-saudari yang tinggal di Negara yang bersuhu bawah 17° celcius? Bersyukur kita hidup di Negara yang beriklim sederhana.. Moga2 kita hidup juga bersederhana… Hari ini aku ingin bawa korang semua masuk ke mesin masa aku.. mari kita jejak ke 1400++ tahun lepas.. Di mana seorang manusia mulia telah lahir pada tahun gajah..

Bayangkan korang berada di tahun ini, tentera bergajah abrahah telah datang ingin meruntuhkan kaabah… dan korang lihat Allah Maha Mulia telah menghantar burung yang kecil2 membawa batu sijjin yang kecil dari neraka di paruh mereka.. Dan ini membuktikan konsep Logik itu syirik? sekali lagi dibuktikan.. bayangkan batu dari api neraka diapit di paruh burung2 ini tapi burung ini tidak terbakar.. sebaliknya bila terkena tentera bergajah, mereka terbakar seperti daun yang dimakan ulat.. Cuba bayangkan jika korang geng dengan tentera bergajah.. Oh!

Di ketika nabi Adam turun ke dunia, nabi Adam telah memohon agar Allah menurunkan sedikit api neraka untuk digunakan sebagai bahan bakar di dunia ini… Dan nabi Adam telah meminta api neraka sebesar kurma.. Tapi Allah x memberikan kepadanya kerana jika api neraka diturunkan sebesar buah kurma nescaya akan kiamat dunia ini.. Hatta separuh kurma atau saiz biji kurma pun xboleh.. Maka Allah telah memberikan api neraka sebesar biji sawi.. dan sebesar biji sawi ni pun perlu dicelup dalam 70 lautan.. bayangkan lautan di bumi ni digandakan sebanyak 70 lautan dan api sekecil ini perlu dicelup dalam 70 lautan itu.. Jika tidak dicelup dan diturunkan juga didunia ini maka hujan tidak akan turun, tumbuhan xkan boleh hidup… erk! Dan dengan api ini lah kita gunakan sehingga hari ini.. petroleum, larva gunung berapi, api, gas asli dan sebagainya..

Siapa Nabi Muhammad SAW? Dan nabi Muhammad SAW itu adalah sebaik-baik manusia yang pernah hidup di atas muka bumi.. sungguh bertuah dibumi mana nabi telah berjalan.. dan dikatakan jika setiap langkah nabi ditumbuhkan rumput, maka sudah pasti seluruh kota mekah sudah ditumbuhi rumput.. tidak ada yang tertinggal dari langkah nabi… Dan begitu jugalah yang dipraktikkan oleh para sahabat.. mereka telah meninggalkan kampung halaman dan mereka bergerak ke seluruh dunia dengan harapan, moga2 dengan usaha mereka Allah akan memberi hidayah ke seluruh alam.. Ya! Mereka telah berjaya brader.. di zaman Hazrat Umar ra, 2/3 dunia telah berada di bawah kekuasaan Islam.. Semua manusia tunduk kepada Allah seperti mana ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW..

Tapi hari ini dalam sejarah… setelah beriban tahun ditinggalkan nabi SAW, setelah beratus2 tahun baru merdeka dari penjajah, kita yang bergelar Negara ala2 Islam cuba bangun di sebalik kemunduran… dan kita mendakwa ‘kita perlu kreatif’?

Setelah berpuluh-puluh tahun semua Negara ala2 Islam merdeka, adakah kita berjaya menguasai dunia sepertidi zaman sahabat dan tabiin? Adakah cara kreatif kita berjaya? Adakah berdakwah ikut cara kreatif kita berjaya? Adakah dengan berdakwah dalam televisyen, blog, dan sebagainya kita berjaya? Adakah dengan buat ceramah politik mengumpat, fitnah parti lawan kita berjaya? Adakah dengan menjadikan diri sebagai statistik mengosongkan rumah Allah kita telah berjaya? Adakah dengan buat program treasure hunt bercampur dengan muslim muslimah kita berjaya? Adakah dengan mengatakan sunnah nabi tidak relevan kita berjaya?

Tidak! Kita tidak pernah berjaya! Ada rumah besar, kereta besar, bini besar, anak ramai xbermaksud kita berjaya.. Ada ilmu tinggi tapi x disampaikan bagaimana nabi sampaikan xda gunanya.. Ada ilmu tinggi tapi seminggu sekali hadir ke masjid xda gunanya.. LEBIH BAIK ADA ILMU SEDIKIT TAPI KORANG AMAL!!

Tapi ni xbermaksud tuntut ilmu itu salah.. tuntut ilmu sangat digalakkan.. dan bila ilmu ugama baru dituntut, maka lebih baik aku dan korang amal dan sampaikan kepada yang lain… diorang xnak buat, lantak diorang! Kita xleh paksa orang.. sampaikan dengan cara paling baik tanpa sakitkan hati orang… dan sekali lagi, kalau diorang xnak buat, lantak diorang! (aii marah nampak penulis.. haha.. xbaik cakap camni..sepatutnya aku sedih bila orang xnak buat)

Xsalah kalau nak tambah idea2 kreatif korang… tapi semua cara nabi harus dilakukan dulu dengan bersungguh2 dan istiqamah.. Kita dakwa kita ahli sunnah waljamaah.. tapi bila ajak ke arah cara nabi.. mereka kata 'kita perlu kreatif, mungkin orang dah bosan dengan cara tu'... nice brader! your word is seems nice but prophet word is from Allah.. Imam Malik rah. Menulis: “Orang yang terkemudian daripada umat ini sekali-kali tidak akan dapat diislahkan (diperbaiki) kecuali dengan cara yang sama yang telah digunakan untuk mengislahkan orang pada zaman permulaannya”

Kalau dulu orang arab jahiliyah bunuh anak perempuan nak selesai masalah sosial.. hari ni banyak badan pencegah maksiat tapi makin ramai orang buang anak x kira lelaki atau perempuan.. Dan anak2 ini dibuang dalam tong sampah, mangkuk tandas atau klinik2 anak haram.. oh dah ada klinik anak haram... isk2.. Hari ini ugama telah sempurna tapi maksiat sangat dasyat.. Dan berkesankah cara kreatif sebelum diutamakan cara nabi SAW?

Isnin, 7 Mac 2011

Orang Tamak Selalu Untung??

Selalu didengari pepatah orang tamak selalu rugi.. kenapa manusia tamak? Kenapa manusia inginkan harta banyak? Kenapa manusia ingin benar jadi orang kenamaan? Kenapa manusa mengosongkan rumah Allah? Kenapa manusia xikut perintah Allah? Kenapa dan mengapa? Sekali lagi salah aku lah itu!!

Pernah dengar nabi Isa as? Satu masa dahulu ada seorang manusia ni nama dia x diketahui lalu aku pun panggil dia mamat lagi… sori mamat pinjam nama weh… mamat ni pergi berjumpa dengan nabi Isa as.. Dia ingin benar mendampingi nabi Isa as agar dia boleh belajar dari nabi Isa as apa2 sahaja dari nabi Isa as.. Dan mamat berjanji akan terus mendampingi nabi Isa as walau dalam apa keadaan sekaliipun..

Jadi nabi Isa as pun membenarkan mamat ni ikut dia.. Lalu mereka pun berjalanlah… biasalah nabi2 ni kerja mereka berjalan merata2 ingin menyebarkan ugama Allah.. Ketika perjalanan itu nabi Isa as ada membawa bekalan roti sebanyak 2 biji roti..

Lalu tiba lah di satu perhentian.. mereka berhenti dan berehat.. Ketika nabi Isa as hilang dari pandangan mamat, mamat pun makan roti ni sebiji.. Lalu tinggallah sebiji lagi roti ni.. Lepas berehat mereka pun teruskan perjalanan lagi… Berjalan punya berjalan nabi Isa as tersedar rotinya hilang sebiji lalu tanya la dia kepada mamat mana hilang rotinya itu..

Mamat yang x mahu mengaku salah mencuri roti lalu menjawab dia x tahu pasal roti tu.. Nabi Isa as dah tahu mamat ni curi roti, tapi saja baginda ingin mamat ni ngaku sendiri.. tapi dah mamat xnak ngaku, jadi dia pun relak la..

Tiba di satu kawasan, nabi Isa as nampak seekor rusa.. Lalu nabi Isa as memanggil rusa tu datang kepadanya, lalu disembelih rusa dan dimakan bersama mamat.. panggil brader, bukan kena buru atau ikat okeh… Lepas abes makan tinggal tulang semua, lalu nabi Isa as memanggil rusa itu dan rusa itu pun dihidupkan kembali dengan izin Allah..

Mamat lihat semua ni tapi masih x ngaku kesalahannya mencuri roti.. Tiba di satu sungai nabi Isa dan mamat dengan relaknya berjalan atas air.. Jalan brader! Atas air! Bukan berenang… Tapi mamat masih lagi kool xnak ngaku kesalahannya..

Lalu nabi Isa as pun amik 3 biji batu… dibacakan doa lalu batu tu bertukar kepada emas… Nabi Isa as pun berkata kepada mamat… Ok sekarang ada 3 biji emas… satu untuk aku, satu untuk kau dan satu lagi untuk orang yang curi roti aku..

Mendengar perkara ni mamat terus mengaku… Nabi Isa as pun kata, oklah amik la ketiga2 biji emas ni.. mendengar perkara ini mamat pun amik dan terus tinggal nabi Isa as.. walhal dia dah berjanji ingin mendampingi nabi Isa as..

Mamat pun terus berjalan… untung gila mamat.. tamak tapi untung.. Dalam perjalanan dia terjumpa dengan 3 orang perompak… 3 orang ni merompak 3 biji emas dia dan membunuhnya…

Lalu 3 biji emas tadi pun dibahagi… dapat la seorang sebiji emas… Mereka bertiga berjalan2 dan tiba satu perhentian.. Mereka berasa lapar..setelah berbincang, seorang disuruh beli makanan.. jadi seorang ni pun pergilah beli makanan..

Bila tinggal 2 orang berdua, mereka berbincang.. nanti bila membe kita pulang apa kata kita bunuh dia.. kita pasti boleh amik bahagian dia nanti.. mereka berdua pun bersetuju…

Yang pergi beli makanan pun terfikir perkara sama.. jika dia bunuh 2 orang pasti dapat bolot emas sorang2… lalu dia pun meracun makanan tersebut..

Apabila pembeli makanan pulang, mereka berdua telah membunuh dia.. sebelum meneruskan perjalanan mereka memakan makanan yang dibeli… Lalu matilah kedua2 orang itu.. maka emas tu pun xjadi milik siapa2…

Begitulah nasib orang yang tamak… dunia selalu memperdayakan kita.. jika kita selalu memperdayakan orang, sebenarnya kita sedang memberi peluang untuk dunia memperdayakan kita kembali.. oh.. jadi jangan tamak! Ambillah sekadar yang patut di dunia ini.. dan beramal soleh lah aku dan korang semua…

Jumaat, 4 Mac 2011

X boleh jadi Kaya?

(ceramah yang didengar dalam gaya lentok ala berzikir tapi mulut xberbunyi)

Tersebutlah kisah seorang yang bernama Mamat Bill Gate(sori pinjam nama jap bro)… Dia begitu ingin menjadi kaya… Kaya dan kaya dan kaya.. Lalu Bill Gate pon berjumpa dengan sorang namanya Hazrat Khidir…

Dia Tanya,’wahai hazrat khidir, aku ingin jadi kaya, boleh tolong doakan untuk aku’…

Hazrat Khidir bertanya,’kamu ingin jadi kaya yang bagaimana?’

Mamat,’ Yang kaya la, yang kaya2 tu’…

Hazrat Khidir,’Ia la kaya, tapi kaya yang bagaimana tu?....

Mamat,’Erm xtahulah la plak, tapi nak jadi kaya la…’

Hazrat Khidir,’Erm disebabkan kamu xtahu bagaimana kaya yang kamu hajatkan,maka kamu pergi ke sebuah kampung dan kamu jumpa semua orang kampung dan kamu cari orang yang paling kaya sekali.. bila kamu dah jumpa dan kamu tahu bagaimana kaya yang kamu nak jadi maka datanglah jumpa aku balik’

Lalu Mamat Bill Gate pon berjalan dengan riang rianya pergi ke kampong tersebut(lalalalala...)…

Dijumpai orang kampung pertama,’wahai sifulan, kamukah orang kaya di kampong ini?’

Orang kaya,’ err ada lagi yang lagi kaya, carilah orang lain’

Dijumpai orang kampung seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya(xtahulah berapa orang seterusnya)

Tapi akhirnya dia jumpa seorang paling kaya(OPK-Orang paling kaya… hehe)

OPK,’Apa hajat bro mai sini?’

Mamat,’ Aku ingin berjumpa dengan orang paling kaya dan lihat bagaimana kehidupanmu.. kerana aku ingin tahu bagaimana orang kaya hidup dan aku ingin jadi seperti kamu’

OPK,’Jangan jadi seperti aku!!’

Mamat,’ kenapa bro? ce try cerita’

OPK,’begini ceritanya bro’

Aku sangat kaya dan aku kahwin dengan perempuan yang sangat kaya.Kami sama2 kaya dan kami kaya.Kami punyai rumah yang sangat besar dan kami kaya..Kami punyai bermacam2 kekayaan dan kami sangat bahagia dan kaya…

Tapi satu hari isteriku mendapat satu penyakit dan doctor kata isteriku akan mati.. Lalu aku pon menjaga isteriku dan xsempat menguruskan kekayaanku lagi.. Aku sedikit tersedar kekayaanku xdapat beli kesihataan isteriku..

Aku terus menjaga isteriku… Isteri berkata padaku,’Abe tipu, abe xsayang kat aye.. nanti aye mati abe kawin lain, yer dok? yer dok?’

Aku menjawab,’ tidak aye, abe xkan kawen lain, sumpah x tipu’

Isteriku menjawab,’tipu tipu tipu’

Lalu demi membuktikan cinta sejati aku, aku lantas mengambil pisau dan memotong asset paling berharga sebagai orang lelaki didunia ini.. oh… habis kemaluanku…

Lalu isteriku percaya.. Aku terus menjaga isteriku…

Tanpa diduga penyakit isteriku semakin sembuh dan sembuh.. sampai dia jadi sihat sempurna… tapi apakan daya, aku telah memotong asset aku… dan tahukah kamu kekayaanku xdapat beli semula semua itu.. dan tahukah kamu anak2 yang ada dalam rumah ini ialah anak luar nikah antara isteriku dengan pekerja2 ku dalam rumah ku yang megah berdiri ini.. dan demi kekayaanku ini aku xdapat ulang kembali masa yang lalu…

Nasihat aku kepada mu,’ jangan jadi kaya, dan jangan pernah berdoa atau terdetik sedikit pun untuk jadi kaya, tapi berdoalah pada tuhan agar kau dikurniakan sifat qanaah(berasa cukup dengan apa yang ada… sikit cukup, banyak pon cukup)… kerana dengan sifat ini kamu xkan ditipu oleh dunia… kerana dunia akan membunuhmu jika kamu tunduk padanya… dunia yang penuh tipudaya ini akan memakan dirimu  jika kamu tunduk kepadanya, ingat!! jangan kamu jadi sepertiku!! Jangan pernah terdetik!!’

Lalu Mamat balik dan cerita kepada Hazrat Khidir dan dia pon menyuruh berdoa agar dia mempunyai sifat qanaah… TAMAT..

Begitulah keadaannya bro2 dan sista2 sekalian… kita perlu kawal diri dan jangan biar dunia mengawal kita… oh! Dari kita berdoa untuk jadi kaya,tambah duit kita,tambah downline MLM,tambah pelanggan mai kedai kita,tukar kereta buruk kepada kereta besar, atau besarkan rumah kita, atau besarkan isteri kita… aku rasa lebih baik kita berdoa agar Allah redha kepada kita dan iman kita bertambah2.. berdoalah juga agar Allah bagi kekuatan kepada kita untuk khusyuk dalam solat… Allah dan janji dalam Al-quran(sila rujuk surah Al-mukminun) ciri2 orang mukmin yang berjaya… dan syarat pertama untuk berjaya adalah BERIMAN!!! Dan syarat kedua ialah KHUSYUK DALAM SOLAT!!

Dan jangan buat perkara SIA-SIA… Jangan tulis blog yang xbawa manfaat(erk aku terasa…)

Jadi bro2 dan sista2 sekalian.. marilah kita sama2 tukar cara berdoa kita… hari ini aku solat pon macam2 teringat… macam2 idea2 bijak time solat… macam2 jenis makhluk nak datang hinggap kat pipi lah kat telinga lah… Jadi lebih baik kiranya kita doa agar Allah kurniakn kekhusyukan Solat dan moga2 kita jadi orang beriman…

Solat Tiang Ugama!! Solat mencegah Kemungkaran!! Solat adalah perkara pertama akan dihisab!! Jika solat hancur maka rugilah aku dan korang semua hidup didunia yang sementara ini.. oh!