Di suatu ketika, aku yang telah kalah ‘sparing’ dengan hang jebat kerana berebutkan puteri gunung ledang telah hampa… Lalu Jebat berkata pada aku ‘woi pergi menuntut ilmu dulu sebelum kita ‘sparing’ lagi ha ha ha (gelak besar si jebat…damn u!)’
Lalu aku telah berkelana untuk menuntut ilmu. Aku tiba di sebuah kampong. Lalala~ Aku memekik,‘Wahai penduduk kampung, aku dengar dekat sini ada tuan guru hebat, jadi aku datang ingin menuntut ilmu’ Lalu penduduk kampung telah beritahu aku yang tuan guru sedang bertapa di gunung jerai.
Aku terus berkelana ingin berjumpa tuan guru di gunung jerai, sambil2 menyanyi..
“Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...”
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...”
Setiba aku di sana, aku telah mencari-cari dimana tuan guru. Oh rupanya tuan guru tengah lepak tidur ja pun kat dalam satu sudut gua. 3 minit 30 saat aku tunggu, ‘ceh, hebatkah mamat ni asyik tidur ja kerjanya.. (berkata aku dalam hati)’
Dia bangun lalu memberi salam dan memperkenalkan dirinya,’koh koh (batuk kering) nama saya merong, nama anak muda siapa dan apa tujuan datang ke sini?’ aku lalu menjawab salam dan berkata ‘nama saya Tuah tuan guru, dan saya datang nak menuntut ilmu’
Merong: untuk apa kamu nak belajar ilmu
Aku: saya nak tuntut bela tuan guru, aweks saya puteri gunung ledang dirampas oleh kawan saya jebat..
Merong: (koh koh batuk lagi) kalau begitu kamu balik lah..
Aku: kenapa tuan guru?
Merong: kerana niat kamu xbaik..
Aku: ajarkan lah saya, mana tahu jika niat saya boleh berubah..
Merong: (Setelah ditenung mata aku dengan mata terbeliak) baiklah, kamu terpilih, tapi kamu cuma perlu bertapa bersama aku beberapa bulan, lepas ni kamu perlu pergi menuntut dengan guru yang lebih handal.
Aku: baik guruku (muka gembira ala-ala upin dan ipin dapat ayam goreng.. kahkah)
Setelah 3 bulan bertapa, guruku melepaskan aku pergi dan berkata ‘pergilah lah cari guru yang lebih handal’ aku bertanya ‘siapa dia tuan guru?’
“Dia ialah manusia. Terjunlah ke dalam masyarakat manusia dan sampaikan ilmu kamu.. belajarlah dari mereka, kerana manusia sangat istimewa. Mereka dijadikan oleh ‘tangan Allah’, jika mereka memarahi kamu, maka bersabarlah. Sampaikan kepada mereka yang masjid ialah tempat yang paling disukai Allah iaitu taman-taman syurga dan pasar ialah tempat yang paling dibenci Allah. Ingat pesan aku, jika berada di masjid maka panjangkan masamu di masjid, tapi jika di pasar, maka pendekkan masamu di pasar. Kerana hati manusia mudah terkesan ikut keadaan’
“Baik tuan guru”
Aku pun terus berkelana….
Terjumpa dengan seorang budak di sebuah masjid. Sedang asyik aku menggosok gigiku dengan kayu sugi budak ni bertanya ‘apa itu abang?’ aku menjawab ‘kayu sugi dik’. Dia tanya lagi ‘boleh putihkan gigi ke brader?’. Aku jawab,‘insyaallah adik jika guna niat untuk amal sunnah nabi’. Dia tanya lagi ‘beli ka abang?’. Aku jawab lagi ‘abang cabut sendiri dik, tapi sekarang dah ada jual adik, ce try pergi tengok kat kedai-kedai jual barang haji’. dia cakap ‘ooooo’..
Terjumpa dengan seorang budak lagi, aku menyampaikan ‘tahukah adik masjid ialah taman-taman syurga?’ dia jawab ‘wuaaa biar betol abang, nak pergilah camni’. ‘(Dalam hatiku) ohh di zaman ni kanak-kanak xtahu pasal fakta ni rupanya, patut besar-besar jadi samseng,penzina,mat rempit, minah rempit, pembuang bayi,pelepak pasaraya,perebut jadi artis dan sebagainya’
Aku pun terus berkelana…
Tiba-tiba seorang mamat menunggang kuda beroda dua berhenti padaku dan bertanya ‘brader ada mayat ka kat sini(dia nak perli aku yang berpakaian serba putih, hadiah dari guru merong). Aku lantas tersenyum dan mengajak ke taman syurga tapi dia menolak dengan alasan ada hal iaitu perlu mengurus kerajaan sebesar kerajaan sulaiman… oh!
Aku pun terus berkelana…
Tiba di sebuah bangunan gergasi. Wuaa besar bangunan. Aku yang agak kuno dan ketinggalan zaman xtahu yang ini dipanggil supermarket atau dalam kata lain ‘pasar moden’. Lalu ku baca doa masuk pasar… xtahu? Biar pakcik gugel tolong ajarkan.
Aku ingin membeli sabun mandi. Tiba di tempat sabun lalu datang promoter yang berpakaian xcukup kain. sian dia. Sejuk woo dalam supermarket, tapi x cukup kain nak tutup badannya. ‘awak pakai sabun apa? Ce try pakai sabun ni, komfem badan awak wangi, putih gebu, comel, halus macam kulit I’
Aku mengulang kata-katanya dalam hati dan sampai ayat ‘komfem badan awak….’
Wuaa patutlah guruku Merong cakap Allah xsuka pasar. Manusia kurang sebut nama Dia. Dan mengagungkan selain Dia di pasar. membesar-besarkan produk yang ingin dijual. Aku terus sound dalam hati ‘kalau ya pun nak promote ce try sebut insyallah badan awak wangi blabla’. Lalu aku dengan muka bosan ala-ala xda nafsu menjawab 'xpalah cik, saya dah biasa pakai sabun ni. Risau saya pakai sabun macam cik nanti saya punya baju terkoyak xcukup kain macam cik' (kahkahah)
Teringat aku pada satu kisah yang dicerita oleh guru Merong. Pada suatu ketika nabi Musa as telah sakit perut. Dia telah angkat tangan ke langit dan berdoa agar Allah sembuhkan. Allah telah perintah nabi Musa as untuk ambil sehelai daun dan makan. Dan nabi Musa as telah sembuh. Setelah sekian lama, dia sakit perut lagi dan terus ambil daun tu dan makan. Lalu sakit perutnya bertambah teruk. Lalu ditanya kepada Allah ‘kenapa kali ni aku makan tidak sembuh?’ Allah telah menjawab yang dulu nabi Musa minta kepadaNya, dan dengan izin Allah daun itu telah menyembuhkan sakit perut tapi kali ni Musa yakin daun dapat sembuhkan dia, maka Allah telah tunjuk padanya yang sebenarnya yang menyembuhkan ialah Allah.
Aku pun terus berkelana..
Aku telah berjumpa dengan Jebat semula. Lalu Jebat ajak aku bertarung semula. Tiba-tiba terdengar azan. Lalu aku berkata, ‘udah-udah lah Jebat, jum kita pergi solat berjemaah kat masjid. Dari kecil kita jauh dari rumah Allah, aku dah xlarat nak gaduh pasal puteri gunung ledang tu. Kalau ada jodoh mu dengannya, maka kahwin lah.' Jebat pun terkedu malu. Lalu dipeluknya aku sambil menangis.
ps: Jangan lepak kat supermarket lama-lama. Rancang bila nak beli barang. Masuk supermarket baca doa, beli lepas tu terus berambus. Di samping orang suka besarkan selain Allah di pasar, kat pasar juga sangat ramai wanita yang xcukup duit nak beli kain secukupnya tapi boleh beli barang makeup,pelik2. Solat berjemaah lah wahai lelaki sekalian, sebelum bini or aweks korang suruh orang untuk hantar korang untuk disolat berjemaah di masjid. (baca:solat jenazah)lalalala~
26 Comments:
salam wafi,
adooi...mmg lawak cite wafi ni tapi penuh sindiran, hilang ngantuk akak dibuatnya bila baca time tghari cenggini
mmg betul, rmi org suka pg s/mrket dr pg masjid,tak tahu nk habaqlh zaman la ni
btw, moga2 dpt jumpa puteri gunung ledang yang lain, jgn putus asa ye
Assalamualaikum..
kat supermaket ada macam-macammmm...lagi besar dia lagi macam2 adaaa.. dan lagi macam2 godaan kita kena hadapi. jadi mcm ne nak kuat untuk hadapi godaan tersebut? amalkan lah sunnah Nabi saw ketika masuk pasar..amal2!
Assalamualaikum tuan Wafi,
sgt sinikal gitu..Hakikatnya, betul sgt2 lah tu..Manusia selalu alpa..
Salam Wafi- fisrt nak cakap time kasih banyak2 sebab follow blog saya dulu..kalau tak, saya tak tau ada blog bagus mcm ni..banyak info, banyak cerita teladan..tahniah..teruskan berkarya seperti sekarang..
Salam..
Entry yang sangat best dan bermanfaat..sangat suke..!!
wahh. kena kurangkan pegi pasaraya ni. nak pegi shopping mall pulak lah. hehehe. gurau.
supermarket oke wat..brgantung kpd niat org la. kalo dtg sane nk usya aweks memg salah.
oh ye. selamat bertapa cr puteri
Insyaallah...
Fikir guna iman....
(",)
sungguh jauh perjalanan hamba..
sungguh banyak manfaat yang di terima..
teruskan menulis sahabat..suka baca..cerita santai lawak..kadang kadang macam tak logik. tapi penuh hikmah dan pengajaran.
woowooo... terasa weh. doh le orang ni suka g lepak2 kat mines T_T
haah,betul2.
hr tu gi lawatan sambil belajar ke KL,
siang2 gi tempat lawwatan (bukan zoo)
malam2 komfem gi shopping mall.
tapi nafsu kata suka,haih.
=)
gelak sambil baca. penuh sarkastik. tapi penuh ilmu juga. tahniah. :)
Ijmer, kau tak pergi zoo ke?
Rugilah kau.
Wafi, apa 3 bulan je?
Suruh tok guru tambah lagi sebulan.
waalaikumsalam kepada semua yang bagi salam
norsha:ha ha.. moga ada iktibar
menusuk: yup2 nafsu memang xsuka kepada kebaikan.. macam2 ja idea dia bagi alasan untuk kita..
ummu:insyaallah3x...
Has: sama-sama.. :)
atie: tq2..
nadia: niat untuk apa tu?
baitil:benar2.. guna nafsu memang abis la kita..
totoro:siapa xsuka lepak supermarket? semua ada nafsu brader.. we are the same... tapi kalau nafsu boleh berjayakah kita?
ibnu:biasa bro... mari kita cuba belajar bagi perkara yang nafsu suka ni jadi xbiasa...
bijen: hoho... 3bulan ni tempoh hidup ja...
salam..
patut laa kalo pegi supermarket dgn ayah aku die suro cepat2 beli barang pastu balik..huhu
n, ragam orang bila kita nak berubah ke arah kebaikan mmg banyak n pelik2, kan..xpa2 Allah pandang usaha kita menyeru manusia ke jalanNya..
(lucu pat upin ipin tu)
(",)
shu: btol2... bak kata sorang mamat german... nak bawa orang kapir masuk islam mudah... nak bawa orang Islam jadi baik datang masjid lebih susah... oh!
ukhti: btol3x (baca:cara upin dan ipin)
olahan yg bagus,,
wpun memula td nmpk cam klaka,
tp isinya penuh,,
kalau xpaham2 jgk tatau la..
thanx. =)
wahaha. suka gaya penulisan ko...
asal ko mcm kembar bijen ek?? dh la gaya blog lu pn mcm bijen
konpius2
cantek: moga2 orang faham...
budak: ha ha ha.. bkn kembar da.. tapi saudara.. saudara seagama.. :) blog aku biasa2 ja.. blog bijen ngetop...
bila nk masuk market perut kena full..kalau tak ikut si penghasut supaya boros.
salam..
entri yang kreatif. lawak dalam serius di samping memberi peringatan. =)
panjang ceritanya tapi penuh penghayatan.nice job and post!
These few days asyik masuk tempat yang memang sangat ramai manusia..
Supermarket, mini market, hospital..
Kalau ada pintu suka hati Doraemon kan best. Masuk cepat, ambil/ beli/ buat apa yang perlu, keluar cepat..
Hurm...
Assalamualaikum,
satu lagi..pergi supermarket,mesti kuat pendirian. beli apa yang perlu. tak perlu terpengaruh nak try semua benda ^_^
moga masjid dipenuhi dengan kasih sayang umat Islam pada Allah S.W.T.
Nurul:btol2x.. nanti macam2 nak dibelinya kalau perut kosong..
zaza: :)
nadira:tq sista
nur:wuaa idea menarik.. betol jugak... mungkin lepas ni bole g cari doraemon...
nisa:waalaikumsalam, betol2.. lebih baik rancang dari rumah lagi nak beli apa2...
Post a Comment