Selasa, 1 Februari 2011

Ferrari atau Proton Saga?

Bila sebut Ferrari, aku rasa semua orang tahu apa itu ferrari.. biskut kah? gula-gula kah? kah kah kah.... aku rasa semua orang tahu... semua yang pernah tengok tv mesti pernah tengok formula 1 dan sebagainya... Jadi ferrari mungkin perkara biasa... Ferrari ni, bro2 n sista2 sekalian, ada menghasilkan kereta sport yang mampu dimiliki oleh sesiapa yang mampu memilikinya, bukan Michael Schumacher ja bole pandu... cumanya harganya mencecah jutaan bro2 dan sista2 sekalian.. kenapa harganya mahal?? Jadi aku pernah la menonton satu video.. bagaimana kereta sport ferrari ini dipasang.. kalau xsalah aku, boleh dikatakan semua part dalam ferrari ini adalah hand-made(wahaha macam biskut lak) iaitu dipasang dengan tangan.. dan semua barang yang digunakan adalah berkualiti tinggi... Oh patut la harganya mahal... adeh... kalau korang mampu beli la yo... boleh aku tumpang membonceng.. wakakaka

Proton Saga pula aku rasa semua orang juga tahu.. sebuah kereta keluaran kebanggaan negara kita... ada orang cakap body macam tin milo, ada orang cakap itu, ada orang cakap ini... macam2 orang cakap... jadi aku xkisah apa orang cakap.. tapi harganya murah la berapa kali ganda dari ferrari... dan proton saga ni kebanyakan part dipasang menggunakan mesin bro2 n sista sekalian... jadi boleh la bos proton kaya, kerana boleh hasilkan banyak2 sekaligus sebab guna mesin... wahaha... murah2 pon kita kena gak kerja banting tulang nak bayar proton saga..

Kalau la orang bagi korang pilihan 2 jenis kereta ni mana yang korang pilih? kalau orang ni bagi free la kan kat korang... korang jawab la sendiri... wahhaha

Di suatu zaman yang aku xtahu bila tarikhnya... ada sebuah kaum yang menderhaka pada Allah... sangat jauh dari ajaran agama... hidup sangat tidak terurus... lalu datang lah seorang nabi yang xdak kereta ferrari...wahaha.. datang memberi peringatan... tapi peringatan nya ditolak bulat2.. dihina dan sebagainya... di tengah2 orang ramai itu hanya beberapa orang yang mendengar peringatannya... akhirnya setelah 900 lebih nabi ini berdakwah.. nabi ni pun dah putus asa... lalu diangkat tangan ke langit mendoakan agar diturunkan bala.. Allah Maha Penyayang... dia suruh nabi ini menanm pokok dahulu(bagi time lagi bro untuk dakwah) untuk digunakan pokok untuk membina kapal...

akhirnya bala turun, hujan turun x berhenti2.. hingga banjir yang paling dasyat berlaku sampai puncak tertinggi pun tenggelam... nabi ini diselamatkan Allah di dalam kapal itu bersama2 pengikutnya dan binatang2 yang dibawa masuk berpasang2....

Setelah semua selesai, nabi ini diperintahkan Allah untuk membina sebuah pasu... ada riwayat kata sampai beratus2 tahun nabi ini bina pasu... akhirnya bila hampir siap, Allah menyuruh nabi ini memecahkan pasu tu.. Nah! hancur hati nabi ini dek akibat perintah itu... Allah buat begini sebagai perumpaan.. 'nabi ini dihantar ke dunia untuk berdakwah, bukan untuk berdoa agar umat dia dihancurkan' Manusia telah dicipta oleh 'tangan' Allah sendiri... Jadi Nabi ini sangat menyesal dan memohon keampunan dan diminta tarik balik bala bencana itu... Sudah tentu xboleh bro... Manusia sangat istimewa seperti ferrari(hanyalah perumpamaan) dicipta dengan 'tangan' Allah sendiri... betapa mulia kita disisi Allah... Oh...

Di zaman ini... sedang enak kita hidup di atas bumi Allah... kita telah dihidupkan di zaman umat nabi Muhammad SAW.... 'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.'  (Ali Imran ayat 110)

'Kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala yang salah'... bahagian ini menunjukkan jika kita ingin jadi umat yang baik, kita perlu laksanakan tanggungjawab ini... Salah satu cara ialah sunnah nabi yang terbesar iaitu dakwah dengan cara nabi SAW... sesudah nabi sudah tiada lagi nabi.. dan salah satu hasrat nabi ialah, bayi yang terakhir lahir di atas muka bumi ini juga akan mengucap bro2 n sista2 sekalian... jadi tanggungjwab ini jatuh pada siapa bro2 n sista2 sekalian????

Di akhir zaman ini, banyak perkara baik akan difitnah dan dituduh dengan bermacam2 tuduhan sehingga perkara baik itu menjadi buruk... golongan pendakwah/tabligh dan sebagainya telah mendapat banyak tohmahan, difitnah dan sebagainya.. jadi aku yang telah didedahkan dengan konsep dakwah ini sejak sekolah berasa agak marah apabila mendengar tuduhan2 ini walaupun aku jarang bergiat... oh.. sabar2.. jangan marah... jadi pada hujung minggu lepas, setelah sekian lama aku jauh dari golongan pendakwah kerana aku selalu mengelak dek kerana hati aku yang kotor dan mungkin iman yang sangat2 rendah, aku telah join satu jemaah yang datang ke surau dekat rumah aku.. aku nak buktikan pada diri aku sendiri yang fitnah2 itu semua dusta belaka...

antara fitnah yang aku dengar di telinga aku sendiri

1.busuk,xmandi,xcukur bulu,pengotor dan sebagainya
 ternyata fitnah adalah tipu semata2... setelah 2 hari lebih bersama mereka.. aku rasa mereka lebih wangi dari aku... wahaha... dan ketua jemaah selalu mengingatkan agar jemaahnya mandi... ketua jemaah juga berkata, ulamak ada berpesan, bila keluar berdakwah bawa sekurang2nya 3 set pakaian... bila 1set sudah dipakai maka basuhlah.. pakai yang lain pula... jadi tuduhan ini ternyata salah.. surau di rumah aku dijaga dengan teliti dan bersih... penduduk tempatan dihormati dan dilayan dengan baik..

2.sesat??
sesatkah duduk beriktikaf di dalam masjid, memperbanyak bacaan quran, memperbanyakkan zikir,menghidupkan masjid dengan bacaan hadis, menghidupkan masjid dengan halaqah quran.. sesatkah? pergi ziarah pintu ke pintu ajak pergi ke masjid dan cerita tentang hal akhirat? sesatkah? aku xfaham apa yang sesat... sungguh banyak jemaah yang nabi arahkan keluar semasa zaman nabi... dan sampai nabi wafat, xpernah nabi kata 'stop'... ada satu jemaah yang diperintah nabi keluar ke China.. dan setelah sekian lama di China, sahabat ni pon balik..  masa tu nabi dah wafat.. jadi sahabat ni tanya pada amirul mukiminin ketika itu, Abu Bakar, ada apa2 perintah nabi suruh dia balik ke madinah? xda jawapanya bro2 dan sista2 sekalian.. ternyata jemaah dakwah ni xboleh stop... sampai kiamat... sampai hasrat nabi tercapai iaitu bayi terakhir yang lahir pun akan memeluk Islam... Lagipun masjid2 semakin kosong.. dengan ada usaha ini, insyAllah masjid akan lebih meriah...

3.tinggal anak bini sampai bini curang??
oh dalam dakwah ni ada tertib nya wahai bro2 dan sista2 sekalian... ketua jemaah bercerita kepada aku.. ada sorang mamat ni nak keluar 40hari tapi xcukup duit.. tertib dakwah.. jika ingin keluar.. jika keluar dengan bawa duit 400, maka perlu ditinggal duit sebanyak itu juga atau lebih mengikut keperluan... akhirnya kawasan di masjid mamat ni bermesyuarat... sungguh ramai yang sokong mamat ni dan tolong keluarga dia masa dia keluar... lepas dia pulang.. makanan di rumah berlebih-lebihan... ho yeah!!

satu lagi ilmu yang aku dapat ialah 'masturat' kalau xsalah ejaan aku... ialah jemaah yang keluar bersama isteri.. yang ni kalau xsalah aku untuk biasakan si isteri.. supaya dia faham dan ditiup roh keimanan... dan satu lagi kalau nak keluar jemaah ni, masa xkeluar tu hidupkan lah rumah dengan bacaan hadis, agar si isteri dititup roh keimanan.. so bila laki keluar, xdak lak gundah gulana... wahahaha

4.tolak dunia?
adakah mereka tolak dunia? aku tengok diorang makan ja pon... aku tengok diorang ada kenderaan ja pon... dan mereka masih lagi manusia... wahaha.. so bab tolak dunia ni memang xleh diterima... kalau tolak benda yang sia2 memang iya. sebagai orang Islam memang kita patut tinggalkan perkara2 yang sia2 ni...

5.perasaan alim atau ilmu tinggi?
seorang jemaah yang keluar telah dimarahi oleh seorang ustaz yang berkaliber.. yang mamat jemaah ni nak ajak la dia bersembang kearah akhirat... lalu terus diberi ayat alquran dan dikatakan 'aku sudah tahu apa yang ko nak cakap, so ko xyah cakap'.. huiyo ganas tol ustaz ni... adeh... tapi jemaah ni dengan tertib dakwah menjawab dengan lemah lembut... 'ya orang macam ni lah kami perlukan, kami masih jahil dan memerlukan orang berilmu tinggi...'
 
mari rujuk hadis,
Daripada Hazrat Anas ra, beliau meriwayatkan bahawa kami berkata, 'wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan2 yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?  Maka baginda SAW berkata, 'Bukan begitu, serulah kepada amalan2 yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya'

Kesimpulannya, dakwah adalah penting.... xperlu tunggu diri jadi ustaz baru boleh berdakwah.... berdakwah dengan cara nabi.. kerana nabi kata 'xda kurun yang lebih baik dari kurun ini'.. Jadi xmahu kah kita amik contoh dari kurun yang terbaik? kolotkah cara nabi? kekasih Allah... nama Nabi SAW tertulis di syurga di bawah nama Allah... kolotkah cara nabi? kolotkah simpan janggut konon xhensem macam brad pit? kolotkah pergi pintu ke pintu hati ke hati diterajang disepak dihina? nabi dibaling batu di Taif cool ja darah membasahi jubah dia...menangis bertanya apa salah diri baginda sehingga dakwahnya xberjaya.. bukan merungut atau terima fitnah manusia.... semoga hatiku terbuka luas untuk jalan dakwah ini... meskipun orang akan anggap aku pelik atau kolot.. aku xmahu nanti kat akhirat nabi xmahu tengok muka aku sebab tolak sunnah dia.. nauzubillah... T.T Bersyukurlah kerana kita ibarat ferrari... oh...

3 Comments:

Bijen M. said...

Bilalah gua nak dapat keluar masturat ni.
Ha ha ha ha.

Norsha said...

salam tn wafi,
mmg byk umpat keji d lempar oleh org luar trhdp jemaah dakwah ni. Bukan saja umpat keji tapi caci maki juga..
one day, my hubby and the gang buat gaz kt satu halqah, smpi satu rmh, sorng pakcik sound "la ni, org tk buat dah benda2 ni sume, org pg jadi doktor, engineneer, bla..bla. Awak ni tak keja ke?"
Jawab slh sorang dlm jemaah tu dgn lembut, "keja pakcik, saya doktor kt htaa" terdiamlah pakcik tu seketika, moga2 dia dpt hidayat...
byk lagi kesah2 menarik yg blh dikongsi ttg kerja2 agama ni...
oh ya, ujian pun byk juga dlm buat keja2 agama ni trutama bg org yg dh kawin, doa2lh supaya Allah tk singkirkn kita...

Wafi said...

tidak ada yang dpt menjaga kita dalam usaha ini kecuali Allah.. jadi berdoalah agar terus dipilih Allah dan jangan tinggal amal2..