Jumaat, 18 Februari 2011

Macam Kenal??

Aku masuk ke sebuah rumah… Malam ni ramai orang kat rumah ni… terdengar aku makhluk Allah sedang bercakap terjerit2 dengan penuh semangat… Oh sedang bercerita rupanya mamat kat depan tu.. Lalu aku duduk……

(Ceritanya berbunyi….. lebih kurang)

Waktu saya bawa jemaah pergi umrah, saya teringat… pada satu pagi saya ajak jemaah.. ‘jom siapa nak ikut saya pergi panjat bukit’… golongan tua memberi pelbagai alasan’ erk sakit lutut, erk sakit dada, erk sakit jantung’ tapi golongan muda berkata ‘jom ustaz kami nak ikut’…

Sampai di bukit(jabal nur), ustaz menyuruh anak2 muda ni beli air… lalu anak muda dengan perasaan cool berkata ‘alarh ustaz mudah ja panjat bukit ni xpayah beli air pon ok’… tapi ustaz ni terus meyakinkan diorang.. ‘beli nanti menyesal’… lalu mereka pon beli 2 botol air mineral kecil… anak2 muda ni pon dengan laju mendaki sehingga mereka potong saya… sampai kt perhentian pertama diorang cakap ‘ustaz, take five!!’..

Di perhentian pertama mereka berhenti ni abis 2 botol diorang minum… kami daki lagi… sampai perhentian kedua kami berhenti lagi.. kali ni dah xda air.. tercungap2 anak2 muda ini… ‘ustaz, take ten!!’… (kedengaran orang ramai tergelak mendengar ustaz ni bercerita) sambil kami berehat, ada seorang tua sedang mendaki dengan menggunakan tongkat… dengan relak dia daki perlahan2 memotong kumpulan kami yang sedang berehat… lalu saya kata ‘anak2 muda, orang tua tu dah potong kita’.. anak2 muda menjawab ‘jom kita potong balik…’

Kami pon berjaya memotong orang tua tu… tapi sampai di perhentian ketiga… kami berhenti rehat… tiba2 orang tua tadi terus memotong dengan relak(macam cerita arnab dan kura2.. hahaha) Lalu saya cakap ‘jom orang muda, kita potong balik’… anak2 muda menjawab ‘ biar la kat dia ustaz, kami dah xlarat, nanti abis rehat kita sambung balik’…

Saya pon letih tapi sangat irihati dengna orang tua ni lalu memanggil beliau…

Ustaz:Saya bertanya berapa umur kamu(versi bahasa arab)??
Tua: ce try teka…
Ustaz: 50?
Tua: La(tidak)
Ustaz:  60
Tua:  La(tidak)
Ustaz:  (saya dah panas…) lalu bertanya berapa umur kamu?
Tua: 70.. berapa umur kamu?
Ustaz: 40
Tua: dulu ada seorang anak muda umur macam kamu daki bukit ni… tapi tahukah kamu ada orang umur lebih 15 tahun tua dari anak muda ini daki bukit ni 2 kali sehari?

Itulah Khadijah isteri nabi SAW…. Menghantar bekalan makanan kepada baginda SAW..

Terus ustaz ni menangis dan anak2 muda ni setelah ustaz tu translate kat diorang pun menangis dan bertekad nak terus sambung daki jabal nur untuk sampai ke gua hirak…

(setakat tu sahaja aku tulis.. panjang lagi ceramah ustaz ni… tapi aku amik ni ja sempena maulidur rasul… erk.. sebenarnya setiap hari nabi perlu disambut… perlu dicontohi… bukan hari kelahirannya sahaja.. )

Isk isk isk… betapa tinggi nilai pengorbanan,usaha nabi dan orang2 terdahulu… tapi kita hari ni memandang ringan usaha ini… oh tidak…. Kenapa air mata aku x mengalir dengar cerita ni?? Mana rasa sayang nabi??

Bilal ra bila nabi wafat, beliau xboleh nak laungkan azan lagi… sebab bila nak sebut azan ‘Ash-hadu anna Muhammada rro sulu llah’ dia xboleh nak sebut.. sebab nanti dia sebak dan menangis… isk isk… lalu bilal berhenti azan…

Setelah lama bilal tinggal madinah, satu hari bilal pulang ke madinah… kalau xsalah zaman saidina umar sebagai khalifah… Umar minta bilal azan sekali… dah lama xazan kan… lalu bilal naik atas kaabah dan azan… (bilal bertekad nak abehkan juga azan kali ni) bila sampai ‘Ash-hadu anna Muhammada rro sulu llah’ … kali ni bilal berjaya abehkan…

Seluruh madinah menangis mendengar laungan ini…. Umar tertunduk diam kat maqam ibrahim… abeh azan bilal Tanya umar kenapa begitu.. Umar jawab ‘aku rindu memori kita bersama nabi’ Ohhh.. menangis satu madinah bro2 dan sista2 sekalian…

Masa keluar dari rumah tu… aku jumpa ustaz tu… ustaz cakap kat aku ‘macam kenal.. orang sini ka?’ erkk aku cakap ‘xla bukan orang sini’… ha ha ha… tapi aku rasa ustaz macam pernah ceramah kat sekolah aku dulu… hurm.. tapi aku xingat nama dia… jadi aku x sebut la dia pernah ceramah dah kat sekolah aku… nanti dia tanya nama apa aku terkedu pula xtahu nama... ha ha ha…

11 Comments:

Bijen M. said...

Mak aii.
Ni buat gua nak pi haji di usia muda ni.

Wafi said...

lu balik ipb nanti kumpul duit tuk pi haji lak... ha ha ha...

MissDila said...

tu la kita umat akhir zaman..kta Islam tp amalkan cra hdup bkn Islam...

ukhti,mardhiah said...

(",)

Yunalia said...

oh itukah bukit yg didaki khadijah,
proses pentarbiyahan yg baik oleh ustaz.
Mungkin ada signifikannya juga kenapa rutin Umat di Malaysia utk berarak stp kali maulid Nabi.

Yakah?

arizWanmerahs said...

susah juga nak daki bukit ni rupanyaa.. inilah pengorbanan rasul, tapi apa pula pengorbanan aku....?

Wafi said...

bab sambut maulidur rasul ni... aku ada dengar... sejak 600tahun lepas baru diadakan sambutan maulidur rasul ni... dan sejak 600tahun lepas jugak banyak empayar2 Islam jatuh... ni maksudnya orang da mula tinggal sunnah nabi lebih 600tahun lepas..

Qaseh Dalia said...

tq komen bernas kat blog dalia..hehe dalia pilih komen terbaik ...
n byk giler ilmu2 yg dalia tak tahu kat sini..tq so much wafi

Wafi said...

sama-sama... moga2 apa yang baik jadikan panduan.. yang xbaik jangan ikut...

Qawiem Khairi said...

assalamualaikum,
hambo singgah melawat tuan hambo,
moga Allah kasih (",)

Wafi said...

waalaikumsalam... sila2 singgah... :)