Ekstremis adalah satu kefahaman atau perbuatan yang melampau2 dan dianggap sebagai buruk oleh manusia... Ekstremis kah agama Islam? Ekstremis kah agama yang diturunkan oleh Allah SWT? Ekstremis kah kefahaman dalam Islam? Ekstremis kah belajar ugama? Ekstremis kah amal ugama? Ekstremis kah selalu ingat mati? Ekstremis kah jika risau tentang umat Islam yang dah lama runtuh? Ekstremis kah? Ekstremis kah? atau kita nak tunggu negara kita berperang angkat senjata sesama sendiri baru kita mengangap ugama kita tidak ekstremis?
1. ekstremis kah nabi?
ekstremis kah nabi?? manusia yang dilahirkan di sebuah negara di padang pasir, di sebuah tempat di mana tidak ada lagi tamadun... perempuan dipandang hina.. perempuan sebagai pelacur adalah biasa... isteri curang adalah standard... suami keluar berzina adalah standard... majlis lalai seperti tarian dan persembahan adalah standard.. anak perempuan yang lahir dibunuh kerana takut nanti bila besar jadi pelacur.. bawa kehinaan kepada keluarga...
ekstremis kah nabi yang tiba2 dapat wahyu dari Allah dan berdakwah di negeri jahiliyah ini?
xjahiliyiah kah umat sekarang ini? x ekstremis manusia zaman sekarang? x ekstermis kah hiburan melampau2? x ekstremis kah mendekati zina? x ekstremis kah lelaki2 yang hanya duduk di rumah makan kenyang2, menonton TV,memuaskan nafsu di celah kangkang isteri, tapi dikala azan berkumandang x mahu hadirkan diri ke masjid?
(bukankah solah berjemaah itu fardhu kifayah mengikut mazhab syafie? fardhu kifayah, orang lain buat kita xpayah.. nanti kat akhirat apa perasaan kita bila Allah kata 'orang lain masuk syurga, engkau xpayah'... pasti tersungkur sujud menangis air mata darah ketika itu..ohhh)
x ekstremis kah wanita2 yang x tutup aurat dengan sempurna dengan harapan mengikut fesyen? x ekstremis kah make-up ketika keluar rumah sedangkan dia akan akan kelihatan cantik kerana syaitan akan hinggap di tempat yang di 'make up' itu?
2. ekstremis kah para sahabat?
ekstremis kah para sahabat yang ikut semua sunnah nabi? ekstremis kah mereka yang x tinggal satu pun sunnah nabi? ekstremis mereka meniru bulat2 apa yang nabi buat? ekstremis kah mereka? ekstremis kah mereka sehinggakan Allah telah janjikan syurga bagi mereka? ekstremis kah sehingga berkat mereka ikut sunnah nabi SAW mereka telah berjaya menguasai dunia?
ekstremis kah mereka berdakwah ikut cara nabi SAW? ekstremis kah mereka sehingga manusia berbondong2 masuk Islam?
xekstremis kah manusia2 yang beragama Islam hari ini? xekstremis kah bila dipanggil untuk seruan dakwah tapi menolak dengan pelbagai alasan(oh aku terasa...)? xekstremis kah bila kita xmahu simpan janggut konon x hensem seperti pelakon2 di barat? xekstremis kah bila kita mengharap kepada makhluk sedangkan nabi mengajar kita agar hanya mengharap kepada Allah?
3. ekstremis kah salahuddin al-ayubi?
ekstremis kah tokoh ini? ekstremis kah bila negara2 Islam telah berpecah belah tokoh ini ingin menyatukannya kembali? ekstremis kah tokoh ini bila dia menangis ke seluruh pelusuk negeri berdakwah agar orang kembali mengamalkan sunnah nabi? ekstremis kah tokoh ini? ekstremis kah tokoh ini sehingga berjaya menakluk palestin kembali dari tentera salib?
4. ekstremis kah para pendakwah?
ekstremis golongan ini yang cuba menghidupkan kembali sunnah2 nabi? ekstremis kah mereka ketika orang sibuk mengejar wang ringgit mereka mengorbankan sedikit masa untuk kerja nabi ini? ekstremis kah golongan ini jika ingin menghidupkan masjid yang x dimakmurkan lagi? ekstremis dizaman kegemilangan Islam dimana masjid adalah 24jam? x ekstremis kah dizaman ini kedai makan dibuka 24 jam? x ekstremis kah melepak di kedai2 makan ini malam2(oh banyak sungguh aku terasa)?
Isu Mesir
ekstremis kah golongang yang menentang pemimpin? ekstremis kah peminpin yang dikatakan pro-barat?
siapa pemimpin ini? dia dilahirkan terus sebagai presiden? bukankah dia dilahirkan sebagai rakyat biasa? bukankah dia juga rakyat? jadi salah siapa semua ini????
tentulah SALAH AKU!!! Aku tinggalkan sunnah nabi dan antara sunnah nabi ialah dakwah cara nabi.. Aku tidak berdakwah dari golongan2 rakyat jelata ini.. yang mana rakyat jelata ini satu hari akan jadi pemimpin.. dimana jika dia tidak dididik dengan dasar takut kepada Allah... maka perkara ini adalah biasa... dan ketidakadilan sememangnya biasa..
kerana apa??? kerana aku tidak menunaikan hak aku kepada Allah dan Rasul-Nya... jadi hura-hara adalah perkara biasa...
setahu aku nabi tidak pernah mengajar sahabat2 mencaci satu sama lain... 'orang Islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain maka kekafiran itu akan datang kepadanya kembali'
setahu aku nabi xpernah mencaci orang kafir? habis tu yang nabi perang tu apa? nabi berperang apabila sinar dakwah sudah sampai ke negeri itu... dan penduduk itu menolak dakwah nabi... dan perang berlaku sesudah dakwah sudah sampai dan berlaku banyak ketidakadilan... sudahkah kita berdakwah? layakkah kita menghina orang kafir??
layakkah kita mencaci pemimpin(walaupun dia sememangnya terang2 salah)? sedangkan kita belum memenuhi hak kita kepada Allah dan Rasul-Nya... bukankah Allah telah berfirman.. "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya" Sudahkah kita membantu ugama Allah?? bagaimana kita nak ubah pemimpin sedangkan diri kita dengan Allah pon belum diusahakan.. kalau kata nak tunggu kita sempurna memang xkan sempurna lah kan.. tapi sudahkah kita mula usahakan memenuhi hak2 Allah dan Rasul-Nya...
Kalau hak2 terhadap Allah dan Rasul-nya belum diusahakan... Jadi, perkara2 huru-hara seperti di Mesir adalah standard... Malaysia? kalau jadi kat Malaysia pon adalah standard... kerana aku percaya janji Allah dan Rasul-Nya adalah benar.. 'sesiapa yang tolak sunnahku maka dia bukan dari golongan ku'... 'solah berjemaah adalah sunnahku, sesiapa yang tolak sunnahku maka dia akan sesat'... 'Aku telah tinggalkan kamu Al-Quran dan Sunnahku, maka jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat'... 'Sesiapa yang menghidupkan satu sunnahku di zaman fasyak dan munkar, maka Allah akan menganjarkannya 100 pahala mati syahid'... 'Beruntunglah, beruntunglah, beruntunglah sesiapa yang tidak melihatku tapi berpegang kepada sunnahku'(ungkapan 'beruntung' ni tiga kali, masa zaman sahabat nabi cuma cakap sekali) 'sepagi dan sepetang di jalan Allah maka lebih baik dari dunia dan seisi alam'... 'debu yang melekat di tubuh orang yang keluar di jalan Allah maka diharamkan api neraka baginya'
ekstremis kah jika percaya kepada semua ini? orang kata bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian... tapi sekarang dah lain... kita ingin bersenang2 dahulu di dunia dan berharap dapat bersenang2 di akhirat??? sedangkan di dunia ingin dapat wang ringgit kita perlu usaha keras.. ini kan syurga Allah..
sahabat2 nabi telah berkorban... sudahkah aku? para pendakwah telah berusaha dan membuat pengorbanan yang kecil jika nak dibandingkan dengan sahabat2.. sudahkah aku? isteri2 nabi, isteri2 sahabat, dan wanita yang percaya dengan keredhaan Allah telah berkorban? sudahkah korang? mereka telah berkorban x ikut fesyen dan tutup aurat seperti garis panduan mengikut al-quran dan hadis... mereka telah berkorban jaga maruah diri dan setia kepada suami atau ayah mereka... mereka telah berkorban membenarkan suami atau ayah mereka keluar di jalan Allah... semua mereka telah redha kepada Allah.. dan Allah redha kepada mereka... dijanjikan syurga... JANJI ALLAH BENAR!!!! mereka dibantu di medan perang, diturunkan bala tentera malaikat untuk bantu tentera Islam.. diturunkan malaikat2 menjaga dan membawa rahmat di rumah2 mereka... rumah2 Allah makmur dan penuh dengan manusia... manusia keluar masuk ke rumah Allah seperti mana manusia keluar masuk kedai mamak 24 jam hari ini...
MAKA EKSTREMIS KAH SEMUA INI??? EKSTREMIS KAH JALAN ALLAH?? EKSTREMIS KAH MENCARI KEREDHAAN ALLAH???
Aku mengaku aku masih lemah dan masih banyak sunnah nabi yang aku belum amalkan.. tapi aku berdoa dan berazam agar aku dapat aku amalkan kesemuanya.. dan usaha aku tidak berjaya jika aku dijemput oleh Allah pulang, maka ingin aku didik anak cucuku agar mengamalkannya.. jika usaha para pendakwah ini xberjaya hari ini, aku percaya satu hari nanti berkat usaha mereka ini, pasti Islam akan bangkit semula.. sepertimana di Taif.. dakwah nabi xberjaya pada hari itu.. tapi ada ulama mengatakan ramai pendakwah yang datang ke Asia adalah dari anak cucu Taif ini.. jika nabi doakan kehancuran kepada mereka pada hari itu mungkin kita masih sembah pokok pada hari ini..
ps: aku suka hadis ini... doakan aku agar aku dapat amalkan dan sampaikan..
"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan jalan-jalan menuju hidayah dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah
kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah,maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu sesat." -Riwayat Muslim-
1 Comment:
Fadhilat solat Hadith no ...
Argh!
Lupa.
Kau duduk mana sekarang?
Post a Comment