Sedang aku memasang nat pada mesin masa aku, tiba-tiba dia menjadi aktif. Aku cuba menyahaktifkan tapi xberjaya. Aku masuk ke dalamnya, tiba-tiba mesin masa aku terbang dengan kelajuan yang xdapat dibayangkan. Aku agak terkejut, mesin masa boleh terbang? Aku telah mendarat di sebuah Negara di tepi sungai yang jernih, oh sejernih air sungai.
Mesin masa aku kelihatan mengeluarkan asap. Tiba-tiba ada seorang mamat german yang berpakaian jubah datang kepadaku dan bersuara ‘assalamualaikum, who are you brader and where you come from?’ ‘waalaikumsalam, err I’m from Malaysia brader, my name is ahmad’ tiba-tiba mamat ni peluk aku dan berkata ‘we are brothers, we are muslim, we are so valuable because we are muslim, can you spent a little time for a story?’
Aku sedikit tergamam, dan berkata ‘ohh sure can’. Lalu mamat ni memulakan ceritanya.
(aku translate la dalam bahasa melayu okeh dan ditulis dengan gaya air sungai yang jernih mengalir!)
Dulu brader, sekitar 50 tahun yang lalu hanya ada 2 buah masjid di german, dan jarak antara dua masjid ni bro lebih kurang 700km.. dan jumlah orang Islam sangat sedikit pada ketika ini, cuma orang-orang luar kebanyakannya Islam.
Pada ketika itu juga brader, ada la geng2 mamat yang berpakaian jubah macam aku ni datang ke bumi german, dan tahukah brader time diorang datang ni bumi german tengah musim sejuk salji. Diorang telah datang untuk jumpa orang Islam dengan harapan orang Islam dapat hidupkan masjid di situ. Bila mereka tiba di masjid pertama mereka telah buat apa yang patut. Selepas itu mereka terus berjalan ke masjid yang kedua yang jaraknya 700km tadi, berjalan dalam salji. Setiba di masjid kedua mereka telah dihalau brader oleh orang islam sendiri, ‘kami xperlukan kamu disini, pergi balik ke tempat asal kamu’
Kesian diorang brader. tapi diorang tetap meneruskan apa diorang buat walaupun xdapat tinggal di masjid itu. Walaupun sangat jarang-jarang terjumpa orang Islam.
Hari ini brader, masjid di german sudah ada beratus-ratus dan sudah banyak masjid yang hidup 5 waktu solat. Alhamdullillah..
Aku ni baru peluk Islam beberapa tahun yang lepas, dan pada permulaan aku peluk Islam, aku bertanya pada muslim, ‘xda rehat ke brader? Solat 5 waktu ni tiap-tiap hari. Xda ka satu hari rest ka?’ dan dijawab ‘xda rehat2 brader, dah masuk Islam kena la buat’
Tapi setelah 3 bulan aku peluk Islam. Bapa aku bertanya pada aku ‘bolehkah ko teruskan hidup macam ni kena solat 5 waktu?’ aku menjawab ‘3 bulan lepas aku juga ada persoalan sebegini, tapi hari ini, aku berasa sangat pelik kenapa orang boleh hidup tanpa solat setiap hari? Kali pertama aku sujud aku rasa seperti beban berkilo-kilo di bahu aku telah hilang..’
Brader,
Satu hari aku telah pergi ke sebuah kampung brader. Di kampung ni ada sebuah masjid. Di sebelah masjid ni ada kedai kopi orang turki. Aku telah berjumpa dengan pengerusi masjid itu. Aku telah bertanya asal usul masjid ni.
Dia pun bercerita..
Kami orang Turki telah datang di kampung ni dan kami xtahu apa nak dibuat. Masa tu masjid ni xwujud lagi. Kami berasa bosan dan xtahu nak buat apa jadi kami telah bina bar dan pub. Dulu kedai-kedai kopi ni semuanya adalah pub dan bar.
Tapi satu hari ada geng2 berjubah ni berjalan kaki di depan bar mereka. Geng2 berjubah ni pun ternampak mereka. Lalu geng2 berjubah ni pun bagi salam dan bertanya ‘u muslim?’ kami pun jawab ‘yea we muslim’ (bersaksikan arak di hadapan kami)..
Geng2 berjubah ni pun cakap lagi ‘muslim one kalimah , lailahaillah muhammadurasulullah’ dan mereka tinggalkan pesanan ‘namas (sambil tunjuk isyarat 5 jari mewakili 5 waktu, namas dalam bahasa turki ialah solat, dalam bahasa urdu juga sama)’ geng2 berjubah ni pun berlalu pergi kerana mereka tidak pandai bercakap turki.
Aku adalah salah seorang dari orang yang minum arak sekali disitu telah berbincang. Erm betul juga, kita orang Turki Islam, kita perlu solat, kita perlu ada masjid. Lalu semua pun bersetuju. Di ketika itu juga mereka telah keluarkan sumbangan duit mereka bersaksikan arak di hadapan mereka.
Dan akhirnya mereka telah bina masjid, semua bar dan pub ditukar kepada kedai kopi.
Jika ditanya kepada anak muda hari ini bagaimana masjid ni ditubuhkan, mereka sudah tidak tahu asal usulnya.
(dengan muka terpegun aku mendengar dengan baik)
Jadi brader, sekarang dah ramai orang Islam dekat german. Islam sedang tersebar ke seluruh bumi eropah hasil dari gerakan jemaah yang bergerak ke seluruh dunia brader. Hidayah milik Allah. Allah boleh beri hidayah dengan macam2 perkara. Dari kisah aku berjumpa dengan pengerusi masjid ni, jemaah yang datang ke situ hanya bercakap beberapa patah perkataan, tapi Allah telah turunkan hidayah kepada mereka…
(dengan muka terpegun aku mendengar dengan baik)
Tiba-tiba mesin masa aku kembali berfungsi. Setelah habis dia bercerita, aku pun meminta diri untuk pulang setelah adegan peluk memeluk berlaku. Aku pun duduk di mesin masa aku dan telah berjaya pulang ke rumahku dengan selamatnya… alhamdulillah..
10 Comments:
Alhamdulillah, Islam adalah agama yg benar....
solat 5 waktu je, tp ramai yg abaikan. bukan dopopatjam kna solat pon,, masih jgk pentingkan hal duniawi.
*sy xsempurna pon, kdg ada jgk tlajak.. sama2 la kita hijrah,, ;)
Semoga bila tuan dah selamat sampai kat umah..tuan x terus lupakan pengorbanan yang di lakukan oleh geng-geng berjubah tuu..
Tuan kena buat dan ikut apa yang telah geng2 tersebut buat. InsyaAllah, baru agama akan terpelihara dan hidayah Allah swt turut di nikmati oleh orang-orang yang akan tuan jumpa kelak ketika melakukan ronda2 harian, mingguan, bulanan, tahunan dan seumur hidup. InsyaAllah.
Tiba-tiba terfikir, alangkah bagusnya kalau suatu hari nanti dipilih Allah utk ke German...moga2
tercapai impian
Jzkk bro.. azam g jerman n semua orang dapt tmbah korban keluar negara jauh
ayuni: ya agama Islam agama yang benar!
cantek: saya lagi2 x sempurna.. mari sama2 behijrah
umu: amin... moga dikekalkan Allah..
norsha:amin ya Allah
menusuk: wuaa bahaya tu.. riak benda yang xnampak.. timakasih bro ingatkan.. :)
zamir: insyallah... azam2x...
^_^ selamat kembali.
best citer ni. pengalaman bro ke?
pinjam time machine tu. hehe. nak gi lepuk diri aku yang malas solat dulu
muzik: xleh g pinjam.. nanti orang salah guna... hehehe
bila hidayah itu datang dari Allah
Post a Comment