Jumaat, 15 April 2011

Bagaimana nak skor exam?

Terminator diutus dari masa depan untuk pertahankan John Connor demi mengelak hari kiamat..(konon2 john connor ni penyelamat dunia lah sebab tu kena pertahankan dia)

Superman diutus ke planet bumi sebab planet dia dah meletup dengan harapan dia boleh jadi penyelamat di bumi dan bumi xkan dapat nasib yang sama..

Dean dan Sam Winchester(supernatural) dilatih oleh ayah mereka untuk bunuh hantu demi mengelak hari kiamat…

Ironman cipta sut nya untuk lepaskan diri dari musuh..

Spiderman telah guna kebolehannya bergayut di bangunan untuk mencegah kemungkaran..

Transformer autobot dihantar ke bumi untuk menghalang decpticon mengambil alih bumi..

Harry Potter diutus ke dunia magik untuk belajar magik dan guna magik untuk cegah kemungkaran juga..

Ultraman diutus ke bumi untuk ‘sparing’ dengan raksasa..

Pelajar dihantar ke sekolah atau universiti untuk?

Seorang pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti perlu tawar diri mereka dengan mengisi borang kemasukan ke universiti. Apabila mereka sudah berada di universiti mereka perlu belajar dan belajar. Bila pensyarah tanya adakah kamu faham apa yang saya ajar? Maka semua pelajar yang muka dalam kebengongan x berapa nak faham sebenarnya telah jawab , faham!! Disebabkan pensyarah-pensyarah di universiti itu bijak dan tidak terkesan langsung dengan jawapan pelajar yang x ikhlas itu lalu mereka telah buat ujian untuk untuk mengetahui betul kah pelajar mereka faham.

Dalam dewan ujian pelajar-pelajar akan ada beberapa pilihan.

1. Langgar peraturan dalam dewan ujian seperti meniru, bawa toyol, buat bising, hisap rokok atau bawa nasi lemak makan dalam dewan ujian.
  • Golongan ini selalunya akan dihalau keluar dari dewan dan gagal dalam ujian

2. Tidur dalam dewan ujian kerana xtahu nak jawap gapo.

  • Golongan ini akan dikejut oleh pengawas peperiksaan tapi mereka akan terus tidur jika mereka memang tidur sebab xnak jawab

3.Buat lawak bodoh seperti menyalin balik soalan atau melukis kartun di kertas soalan atau tulis surat rayuan kepada pensyarah.
  • Golongan ni selalu memang x skor dan mungkin akan dikutuk pensyarah didalam kelas walau x diumum namanya..

4. Jawab sedaya upaya sebanyak mana yang telah difahami 
  • Golongan ni selalunya berjaya.Ada yang berjaya skor tinggi atau skor sederhana.

Jadi bagaimana nak skor exam? (cewah macam lah aku ni budak pandai)

Jadilah golongan yang ke-4, belajar sungguh-sungguh dan insyallah korang boleh skor exam. Tapi bagaimana nak jadi golongan ke-4 ini? Perlulah korang semua patuh semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kelas jangan ponteng(walaupun ada orang ponteng tapi skor juga exam).Pensyarah tengah ajar, korang dengar dengan penuh tumpuan. Balik bilik korang ulangkaji. Balik bilik korang buat latihan. Dan sentiasa muhasabah apa yang korang dah belajar dan cuba faham yang mana xfaham.

Ok stop bab ni…

Manusia diutuskan Allah ke dunia untuk apa?

Allah telah jadikan kita sebaik-baik kejadian. Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu.Dari tiada kepada ada. Di alam roh Allah telah Tanya ‘Siapa Rabb kamu?’ Maka kita pun jawab ‘kamu Lah Rabb kami’. Dan kita telah tawar diri kita untuk jadi khalifah sedangkan bukit-bukau, laut dan semua makhluk Allah xsanggup pikul tanggungjawab khalifah ini. Disebabkan Allah Maha Bijaksana maka Allah telah hantar kita ke dunia untuk diuji.

Dalam ‘dewan ujian’ manusia diberi beberapa pilihan.

1.     Xterima agama Allah(golongan kapir), orang kapir terus jadi kapir sebab orang Islam xberdakwah,xmahu usaha ubah akhlak jadi mulia, hati dibiarkan ‘sakit’ xmahu pergi ‘hospital’ bila diseru ke ‘hospital’ 5 kali sehari.
  • Golongan ni boleh diumpamakan macam pelajar yang langgar peraturan dalam dewan ujian maka kemungkinan untuk dihumban ke neraka adalah tinggi (sian orang kapir brader, kita hari ini xkesian langsung kat orang kapir bahkan berebut-rebut harta dunia, tanah dan sebagainya)

2.   Terima agama Allah(golongan Islam) tapi langgar semua peraturan yang Allah tetapkan. Relak ja buat maksiat xkisah dosa pahala semua. Buat sesuatu perkara tanpa taqwa(setiap perkara nak dibuat fikir takutkan Allah). Lengah-lengah solat kool ja. Pakai tudung xcukup kain pun masih rasa kool.
  •  Golongan ni boleh diumpamakan pelajar yang tidur dalam dewan ujian, tapi akan selalu Allah beri peringatan tapi kalau buat bodoh juga, sama macam pelajar yang tidur balik.Kemungkinan untuk masuk neraka juga tinggi jika dia tidak sahut peringatan dari Allah. Peringatan mungkin melalui kawan,adik, abang, nenek, makcik atau siapa-siapa sahaja.
3.     Terima agama Allah(golongan Islam) amal agama  tapi ikut cara hidup orang kapir. Xrasa bersalah langsung ikut cara hidup orang kapir. Makan xikut sunnah nabi. Makan atas meja. (kajian menunjukkan makan ditempat tinggi dan badan lurus macam kat atas meja mengundang pelbagai penyakit dan mengikut sejarah meja diperkenalkan oleh penjajah portugis di Melaka, insyallah satu hari nanti bila aku beli meja makan, aku nak label ‘untuk orang sakit yang xleh duduk makan cara sunnah sahaja’). Hidup nak bermewah, hias rumah bagi cantik sampai sayang nak tinggal rumah pergi solat berjemaah atau keluar belajar dakwah. Sunnah nabi dianggap kolot. Dah la xmampu buat pastu mengumpat, kutuk, keji orang yang boleh amal.

  • Golongan ni ni boleh diumpamakan pelajar yang suka buat lawak bodoh seperti salin balik soalan atau lukis kartun dekat kertas soalan, Allah dah ajar cara hidup yang terbaik melalui Nabi SAW, tapi pandai-pandai buat cara hidup sendiri dan mendakwa ‘eh sama lah jugak, kita buat amal baik juga kan’. Golongan ni memang susah nak ditegur sebab mereka selalu perasan betul. Perasan betul adalah sifat bahaya. Doa-doa supaya Allah hindar  dari sifat ni. Sentiasa sedia menerima teguran walau dalam keadaan kasar atau berhikmah. Aku cuba belajar-belajar tegur secara berhikmah di alam nyata dan belajar-belajar terima teguran dengan senyuman.

4.    Terima agama Allah(golongan Islam) amal agama Allah dan cuba sedaya upaya untuk masukkan agama dalam kehidupan. Belajar-belajar amal sunnah nabi. Belajar-belajar amal doa harian. Belajar-belajar solatberjemaah di masjid untuk lelaki. Belajar-belajar tutup aurat dengan sempurna untuk perempuan( arghh laki pun sama, zaman sekarang ramai yang jenis pakai seluar pendek nampak lutut)

  • Golongan ni boleh diumpamakan pelajar yang berusaha untuk jawab juga ujian, ada yang skor tinggi ada yang skor rendah, tapi paling kurang xgagal. Kalau kita xdapat amal semua, paling kurang kita mati dalam usaha untuk beramal dan ada niat untuk amal semuanya.
Kesimpulannya bro2 dan sista2 sekalian, marilah kita sama-sama doa agar Allah permudah kita untuk amal agama dan bawa agama dalam kehidupan dan mulalah beramal. Bak kata seorang pujangga ‘usahalah amal agama sehingga kita xkan pandang dunia, dan dunia akan pandang kita’. Betul juga mamat ni cakap, hari ini kita yang pandang dunia. Kita kejar dunia dalam keadaan dunia xpandang kita. Oleh sebab ni usaha nak cari rezeki jadi susah. Timbul perasaan tamak, hilang sifat qanaah. Berlumba-lumba menimbunkan harta sampai terlupa nak amal agama.

Ps: Tengah aku makan bersama anak saudara aku yang perempuan, comel lagi aktif sampai banyak bekas lebam, ha ha. Ada la udang dalam hidangan. Dia cakap ‘buka jap’. Aku pun yang belajar-belajar sayang budak kecil macam nabi ajar pun kupas la. Dah habis aku kupas tiba-tiba dia cakap ‘eii malu, pakcik buka baju dia’ kahkah xboleh tahan bila budak kecil boleh cakap camtu. Aku tersedar ‘hurm dengan budak-budak pun Allah boleh bagi teguran’ JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA!! Eii malu xtutup aurat. ha ha ha

10 Comments:

Egg Head said...

nice entry....usaha atas iman dan amal ikut cara Rasulullah....

ejulz said...

usaha dan doa.. insyaallah berjaya.. :)

Jangan lupa terjah n komen k.. :) "CPK blogspot.."

damiahani said...

comel la anak saudara perempuan yang comel lg aktif tu :)kecik2 dah faham maksud 'malu'. hurm..

Norsha said...

emm...bagus juga tips dlm dewan peksa tu, blh akak kongsi dgn anak murid akak nanti

Wafi said...

egghead: benar. sama2 kita doa..

ejulz: insyaallah insyaallah insyaallah

damiahani: aikk... hoho.. betul2.. moga dapat semua perempuan dapat terapkan sifat tu.. :)

norsha: sila2 cikgu... :)

intan.maisarah said...

usaha.
tawakal
rajin

Annisa said...

baca doa time buka kaertas exam tu paling best kot ^_^ kelakar je anak saudara tu..

Wafi said...

intan: hurm.. lagi bes.. doa.. usaha.. doa.. tawakal.. doa... jangan putus asa...

nisa: ha ha memang kelakar...

si para para said...

terbaik bro.

Wafi said...

si para: :)