Rabu, 20 April 2011

Perempuan, tanggungjawab siapa?

(sambungan kisah Tuah bersama Jebat…..)

Sedang aku lepak dengan Jebat tepi pantai menyaksikan keindahan pantai, keindahan ombak laut beransur-ansur. Aku pun mengeluarkan sedikit kata-kata.Hebat kan Allah. Dalam laut xtahu ada berapa jenis spesis ikan. Tapi tiap hari pergi market nak beli ikan mesti ada ikan. Sebagai contoh ikan kembung, tiap-tiap hari ada orang jual ikan kembung. Xhabis-habis kah ikan ni kat laut? Xda pula nampak ada orang pergi bagi makanan kat ikan-ikan ni, alar macam orang yang pelihara ikan dalam akuarium tu, kena beli makanan ikan, letak alat oksigen bla bla. Tapi di laut setiap hari nelayan-nelayan angkat bertan-tan ikan tapi xpernah habis. Bila masa ikan-ikan ni diberi makan? Bila masa mereka mengawan? Hebat Allah! Menciptakan semua dan mampu pelihara semua itu. Kita manusia hari ini cipta kereta tapi xmampu pun nak jaga kereta, lama-lama mesti rosak, berkarat dan sebagainya.

Betul tu Tuah. Perkara sebegini kita jarang fikir kan. Bila kita lapar terus kita pergi kedai Pak Mat lepak dan makan. Xpernah pula kita terfikir lauk pauk yang dimasak oleh Pak Mat tu datang dari mana. Segala-galanya dari Allah. Udah la pergi makan, tangan xnak basuh dan kumur-kumur sebelum makan. Doa tengok makanan xbaca. Doa makan pun xbaca, terus melantak ja kita ni. Dah kenyang makan komen pula makanan xsedap. Doa lepas makan xnak baca. Hurm sungguh xbersyukur kita ni. Nikmat tuhan mana yang kita belum dustakan? Semua kita dustakan. Moga Allah ampun dosa-dosa kita yang lalu dan sentiasa pelihara kita agar dapat istiqamah buat amal dan tinggal perkara yang dilarang.

Tiba-tiba ada kumpulan perempuan berjalan depan kami. Ada yang pakai tudung tapi kain lebih-lebih kat atas tapi xlebih ke bawah(apa jenis fesyenkah ini?), ada yang pakai tudung tutup rambut sahaja, ada yang pakai tudung nampak leher, ada yang pakai tudung nampak dada, ada yang pakai tudung tapi pakaian ketat, ada yang pakai tudung ada bulu2 ayam(erk), ada yang xpakai tudung terus.Segera Jebat menundukkan pandangan(bagus Jebat ni) Urm Tuah, bagaimana kita nak tegur orang perempuan xtutup aurat dengan sempurna.

Urm susah gak tu. Bila kita cuba tegur perempuan sebegini, kita sendiri akan terdedah kepada dosa. Dosa melihat aurat bukan muhrim. Dan mungkin syaitan berjaya perdaya kita, dari niat nak tegur menjadi ‘gugur’. Tapi setahu aku la Jebat, lepas menuntut dengan guru Merong. Lelaki akan dipertanggungjawabkan kepada 4 perempuan.

1.ibu
2.saudara perempuan
3.isteri
4.anak perempuan

Jadi kalau bukan dalam list ni rasanya xperlu kot kita sibuk-sibuk. Kalau betul kita nak tegur maka kita perlu jumpa orang tanggungjawab terhadap perempuan-perempuan ini. Bapa mereka, suami mereka, abang mereka, anak mereka dan kita ajak golongan ni pergi masjid solat berjemaah. Insyaallah kita boleh slow talk dengan diorang dan doa agar kumpulan lelaki ini diberi kefahaman agar dapat sampaikan kepada perempuan-perempuan itu. Setuju dok?

Guru merong juga cakap, sebelum berkahwin kita ni bagai kuda yang sedang kuat berlari ke suatu destinasi. Lepas kita kahwin umpama kita letak pedati(alar kereta kuda tu) kat belakang kita. Bila kita dapat anak-anak maka kita umpama letak barang-barang dalam pedati tu. Jika kita tidak latih diri kita untuk jadi kuat sebelum kahwin, maka selepas kahwin mungkin kelajuan kuda berlari akan menjadi perlahan. Dan bila perlahan, lambat la kita sampai ke destinasi kita.

Mana destinasi kita Tuah?

Iman dan yakin yang betul pada Allah. Tidak ada selain kebesaran Allah dalam hati kita. Bila kita berjaya taat perintah Allah ikut cara nabi Muhammad Saw ajarkan, walau dalam keadaan apa sekalipun dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Jika kita mati dalam keadaan ini insyaallah kita dah berjaya sampai ke destinasi itu tanpa tertinggal pedati atau barang-barang bersama-sama kita. Berbahagialah kita jika kita berjaya sampai ke situ.

Eh Tuah, dah nak maghrib ni, jom kita segera ke rumah Allah.

Jom brader!

12 Comments:

Egg Head said...

salam....kenapa 15 syaaban baru nak mengembara.....kan kita cuti sem nie 4 bulan.......nie la masanya.....apa2 pun saya doakan tuan...semoga dapat keluar....ameen

Wafi said...

wslam.. aku lain sikit, aku cuti 2 bulan sajo... kalau cuti 4 bulan sgt la seronok... malangnya aku cuti 2bulan sajo..

Ayuni said...

ader yg tahu tp buat x tahu....

Norsha said...

salam wafi,
moga2, mana2 perempuan yg x pakai tudung akan pakai juga satu ari nti, yg tutup sikit2 tu akn tutup penuh juga satu hari nti, yg pakai tudung labuh akn pakai purdah satu hari nanti...masa tu harap2 sume lelaki x perlu lagi tundukkan pandangan

err...ada jugakan org lelaki yg dah kawin bkn bertambah kelajuan kudanya , terus tk bergerakpun ada gak, doa2lah jgn jadi cam tu ye

Unknown said...

dugaan duniawi...

Dulu, Bila disebut lelaki,Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,Kini bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.
Dulu, Bila seorang wanita teraniaya,Sepasukan kuda putih membela........

siapa yang salah..tinggal tanda tanya

fuad ansari said...

Kuda.. Kuda.. Tu la sape suruh letak pedati kalau x larat...

Ternyata amanah itu berat, tetapi manusia masih berebut2 mahu memikulnya..T_T

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Wafi..
Kalau golongan perempuan yang dipertanggungjawabkan ke atas seorang perempuan pulak??

budak kecik said...

jujurnya, sometimes aurat ak krg trjaga...

tp ak selalu cuba utk prbaikinya. insyaAllah

Wafi said...

ayuni: urm

norsha:amin...

hujan:??

fuad:huhu.. tu la.. nak wat gena... kuda perlu cari juga pedati tu..

pqa:ohh.. betol juga tu.. nanti kalau sempat boleh tulis

budak:moga2 diberi kekuatan..

Annisa said...

Allah sayang wanita :)

couverv said...

“Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

heh, betul nih.Maha Adil sungguh Allah. Assalam.

Wafi said...

nisa: Allah Maha Penyayang

couverv: sungguh teratur ciptaanNya