(seperti biasa entri aku bosan.. aku sorang ja suka baca… tapi kalau ada aweks-aweks yang suka baca boleh email aku.. aku nak masuk minang… ha ha ha)
Setiap hari matahari akan berteriak, wahai manusia, gunakanlah masa yang kamu ada untuk kebaikan akhirat kamu kerana masa yang kamu ada akan berlalu. Setiap pagi malaikat akan datang dan berkata bangunlah wahai manusia dan padamkanlah api yang sedang kamu nyalakan. Bersaksikan semua kejadian Allah kita telah menderhaka pada Allah. Tanah, air, besi, udara, cahaya, api, makanan, komputer, semut, kucing dan sebagainya. Semuanya dalam kawalan Allah. Mereka akan menjadi saksi betapa derhaka manusia kepada Allah pada hari akhirat.
Bila manusia berkerut dahi memikirkan 1 masalah keduniaan dan dia tidak mencari pertolongan dengan meminta pada Allah, maka Allah akan tambahkan lebih banyak masalah dunia.
Bila manusia berkerut dahi memikirkan bagaimana nasib dirinya, keluarganya,semua manusia di hari akhirat, maka Allah akan hulurkan bermacam-macam bantuan sehingga masalah-masalah di dunia pun kebanyakannya akan selesai.
Manusia hari ini bertungkus lumus untuk selesaikan masalah yang Allah dah tetapkan iaitu rezeki. Allah telah tetapkan rezeki, tapi kita berusaha seolah-olah bukan Allah yang memberi rezeki, “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132).
Manusia habiskan banyak masa untuk perkara ini sampai tinggal hanya baki-baki masa saja untuk digunakan untuk selesai masalah yang lebih besar iaitu nasib di akhirat. Manusia lebih selesa melewatkan solat kerana urusan kerja. Manusia lebih selesa buat maksiat dari bersabar menunggu jodohnya. Manusia lebih selesa duduk di tempat hiburan dan pasaraya dari duduk dalam masjid atau di rumah untuk beribadah.
Dan memang benar katamu ya Rasulullah, umat akhir zaman akan dilanda penyakit al-wahn. Cintakan dunia dan takutkan mati. Kata-kata pujangga berkata ‘jika manusia mati kerana lapar maka laparnya akan berakhir, tapi jika manusia mati tanpa iman yang betul maka laparnya dan siksanya akan ditanggung selama-lamanya’
Kerana ayat inilah nabi saw dan para sahabat menolak segala kesenangan dunia. Nabi telah menolak tawaran Allah yang ingin menukar gunung Uhud kepada emas untuk Nabi (eh bukan ada ahli politik mendakwa kita perlu kemajuan untuk majukan agama) Nabi sendiri telah berdoa agar dia miskin. Nabi sendiri sanggup berlapar sehari dan diberi sedikit makanan sehari. Nabi dan para sahabat pernah berlapar di jalan Allah hingga terpaksa makan daun dan kayu. Mereka tahan rasa rindu dan sayang kepada isteri dan keluarga untuk menyempurnakan amanat nabi Saw. Bak kata isteri-isteri para sahabat nabi ‘biar rumah kami sunyi dan kosong, moga agama akan bersinar di seluruh dunia’
Dan bagaimana dengan keadaan serba kurang ini, agama tersebar ke seluruh dunia? Bagaimana dengan keadaan sebegini, mereka begitu bersemangat di medan perang bagai ibu kehilangan anak? Kenapa mereka tidak berusaha membina rumah-rumah yang cantik seperti kita? Kenapa mereka tidak luangkan banyak masa untuk keluarga seperti kita? Apa jenis kehidupan yang kita sedang hidup di zaman ini? Adakah ini kehidupan beragama yang diajarkan nabi SAW? Atau kita telah termakan fitnah dunia yang menjurus kepada fitnah Dajjal?
Dan mengapa dengan keadaan hidup mereka yang serba kekurangan nabi Saw telah berkata ‘tidak ada kurun sebelum ini atau selepas ini yang lebih baik dari kurun aku’?? Dan mengapa Dajjal sendiri telah berkata ‘ikutlah Muhammad nescaya kamu berjaya’??
Jika kita mendakwa hidup di zaman serba canggih dan mewah ini tanpa bawa agama lebih baik dari zaman nabi SAW, maka kita telah mendustakan kata-kata nabi kita sendiri. Maka dimana tempat kita di akhirat jika kita mendustakan rasul kita sendiri.. mengapa kita tidak ‘dengar dan taat’? Adakah kita sama saja dengan orang-orang yahudi? Mereka ‘dengar dan mereka ingkar’.
Bagaimana golongan para sahabat ini begitu teguh iman mereka? Sehingga nyawa mereka sanggup dipertaruhkan. Sehingga mereka sanggup tekan nafsu tinggal isteri dan anak-anak untuk sampaikan agama. Ada sahabat yang ditahan oleh tentera Rom disiksa sehingga hampir mati dan disuruh tinggalkan agama,tiba-tiba dia telah menangis.Tentera Rom menyangka dia telah putus asa. Tapi dia berkata ‘aku menangis kerana aku ada satu nyawa sahaja, jika aku ada 100 nyawa, nescaya 100 nyawa aku sanggup gadaikan untuk agama.’
Di mana mereka belajar? Di University Oxford kah? Atau di University Harvard? Atau di Universiti Al-Azhar? Atau Universiti Medic? Atau di University Engineering? Atau Di University Lawyer?
TIDAK!!
Mereka belajar di masjid nabawi!!
Mereka selalu ada di masjid, mereka habiskan banyak masa mereka di masjid. Mereka banyak guna masa mereka dalam majlis-majlis membesarkan Allah.. Mereka banyak berada dalam majlis ilmu. Mereka solat berjemaah. Mereka pakai pakaian seperti nabi SAW. Cara hidup mereka dari tidur sehingga mereka tidur kembali adalah seperti nabi ajarkan. Mereka banyak solat sunat. Mereka banyak wujudkan halaqah quran. Mereka banyak khidmat kepada orang sampai orang kafir masuk masjid pun mereka layan macam raja. Dan masjid nabawi hidup 24 jam. Sentiasa ada orang keluar masuk. Disediakan tempat khas untuk orang miskin tinggal dinamakan suffah. Dan mereka berdakwah kepada manusia. mereka terjun ke dalam kelompok manusia tanpa rasa gentar.
Dan dari sinilah lahirnya ramai penghafaz2 hadis seperti Abu Hurairah ra. Lahir pemimpin-pemimpin seperti Bilal ra. Bilal xda PHD atau degree tapi setelah kewafatan nabi Saw beliau telah dilantik menjadi gabenor di Syria, negeri dimana wanita-wanita cantik kacukan barat dan timur(euww). Lahir pendakwah-pendakwah yang pergi ke seluruh dunia. Lahir panglima perang yang hebat seperti Khalid ibn Walid. Lahir hafiz-hafiz quran. Lahir Umar ra yang mana 2/3 dunia berada di bawah kekuasaannya..
Semuanya kerana Allah telah redha kepada mereka. Mereka telah faham agama dan redha kepada Allah. Percayalah, jika korang dan aku berusaha untuk faham agama dan hanya niat untuk mencari keredhaan Allah nescaya agama akan bersinar kembali. Jika kita dapat redha Allah, maka Allah akan bentangkan dunia pada kita. Iman adalah seperti roket yang terbang ke langit. Semakin tinggi kita terbang semakin kecil dunia kita nampak. Bila dunia sudah nampak kecil di sisi orang Islam, maka pasti agama akan bersinar kembali ke seluruh dunia. Kerana agama sudah lengkap. Cuma aku yang masih belum melengkapkan diri aku dengan agama.
Hari ini manusia bersusah payah, buat eksperimen puluhan tahun hanya untuk cipta roket untuk naik ke angkasa ke bulan atau ke planet marikh. Tapi Nabi SAW telah bersusah payah untuk bawa semua manusia jauh lebih tinggi, lebih tinggi dari bulan, lebih tinggi dari planet Pluto,melangkaui bintang-bintang di langit, melangkaui langit ke tujuh dan masuk ke syurga Allah SAW. Maka benarlah kata-kata nabi yang kurun baginda adalah kurun terbaik. Kerana usaha baginda yang begitu tinggi. Hasrat baginda yang begitu agung.. Menyelamatkan manusia dari api neraka. Allah telah berfirman lebih kurang maksud ‘Aku jadikan neraka bukan untuk kamu, tapi kamu sendiri yang menempah nama untuk masuk ke dalamnya’..
Apa kaitan masjid dengan hasrat nabi Saw?
Masjid ialah kilang pembinaan modal insan terbaik. Perkara ini telah dibuktikan di zaman nabi SAW dimana zaman yang terbaik sepanjang zaman. Jadi seharusnya kita di zaman ini menghidupkan masjid dan menghidupkan kembali amalan-amalan yang dibuat oleh ‘masjid contoh sepanjang zaman di zaman contoh’ iaitu’ masjid nabawi ketika zaman nabi Saw dan para sahabat’.
Antara amal di masjid nabawi di zaman Rasulullah,
1.taklim taklum
Ada majlis mengajar ilmu agama
2.dakwah
Ada jemaah sahabat yang keluar berdakwah. Nabi juga pernah turut serta bersama jemaah yang keluar..
3.halaqah quran
Adanya halaqah quran dalam masjid
4.khidmat
Hasil pembinaan modal insan ini lah wujud suasana agama yang begitu meriah, sampai kota madinah dan masjid nabawi yang xda lampu pun digelar madinah al-munawarah(bercahaya-cahaya) kerana suasana agama dan amal mereka yang Allah telah redha. Sampai orang kapir yang betul-betul anti agama pun akhirnya terima agama. Sebagai contoh Hindon yang mamah hati saidina hamzah akhirnya terima Islam. Apabila disoal bagaimana boleh peluk Islam sedangkan dulu bukan main anti lagi.. Lalu dia menjawab ‘aku xdapat buat apa-apa,agama telah datang kepadaku’.
Tapi hari ini, masjid didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan(cewah), tapi orang kapir semakin jauh dari agama Islam. Sebelum tengok orang kapir, tengok orang Islam.. Makin bertambahkah ahli jemaah yang datang berjemaah 5 waktu sehari? Adakah masjid hidup 24 jam? Atau orang hanya datang masjid bila ustaz pelawok yang terkenal datang beri ceramah lawok kat masjid? Pejam mata, layan feel sikit, tanya diri sendiri, layakkah aku masuk syurga?
Ps: sila abaikan bab meminang tu, aku gurau ja.. ha ha ha
Pss: sila jangan isi borang untuk berhenti dari universiti korang, teruskan apa korang buat. Cuma belajar-belajar luang lebih masa di masjid untuk lelaki dan belajar-belajar berada di rumah buat perempuan. Kira koranglah manusia beriman terakhir di akhir zaman ni kalau korang usaha untuk amal ni. amin..
19 Comments:
nice entry :)
saya baca sampai habis..seronok dan betul lah tu..
betul, masjid adalah terbaik....
sememangnya zaman nabi dulu masjid lah yg mnjadi pusat utk segala aktiviti..contoh aktiviti ekonomi..msjd bukn hanya tmpat utk solat dan utk dgr ceramah semata-mata...btw..1 peringatn yg bgus.. =)
benar tuan,dakwah sungguh-sungguh,study sungguh-sungguh...
Salam..
Banyak kata2 yang menarik dan menginsafkan dalam entri ni..
Dunia sering saja menipu daya dan kelihatan cantik.. Sungguh aku sering kali dilekakan dengan dunia..
Terima kasih kerana mengingatkan aku kepada hakikat kehidupan yang sebenar..
JazakAllahu Khoiron Kathiro..
Bestnya entry ni. Insyaallah usaha utk amal
insafnya baca entry ni...tq wafi
...cintakan dunia dan takut mati...
(Ya Allah, jauhkanlah dari kami)
best entry nie. banyak kata2 yg xpenah jumpa. tq yaaa wafi. :)
tak bosan eh,hehe
jazakallahukhair
athiera: :)
chinta: tq2x..
ayuni:benar, masjid tempat yang tenang
dila:moga2 kita dpt wujudkan kembali suasana camni..
e.head: yup belajar sambil dakwah
fuad: mari sama-sama ingatkan tentang hakikat hidup
ankayh: moga2.. amin..
norsha: amin ya Allah
ima:sama2..
ibnu: hehe.. :)
erm..speechless..
smg kita memperoleh kesejahteraan hidup di dunia n akhirat. Amin.
^_^
The most significant part is the part about sustenance.. Rezeki..
Dah tahu indeed, stated as such, tapi there are times, susah sangat nak yakin 100% ly..
Semoga Allah always, always tolong bentuk hati ni.
Amin...
Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput saudara untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan saudara.Sekian,Terima Kasih.
cantekk: speechless jugak, amin..
nisa: ^_^
pqa: yup2, selalu kena tipu ngan syaitan... ya Allah kau lindungi kami dari tipu daya syaitan...
pendang: wslm, insyaallah nanti aku bertandang ke blog mu...
amin....
selawat dan salam buatmu kekasih Allah...
salam...
betul tu,masjid tempat didikan terbaik, sampai yahudi pun cakap, mereka tak takut kat umat Islam, selagi jumlah org yg solat subuh berjemaah di masjid sama dgn jumlah org dtg solat Jumaat...
tapi syg bila zaman sekarang manusia berlumba lumba bina masjid n hias mcm2, tapi tak berlumba lumba untuk mengimarahkan masjid~~
baguih2...thanx!~~
si para:amin ya Allah
shu: bak kata sorang foreigner 'the beauty of mosque is not by its beautiful carpet or design, the beauty of mosque is by how many people come for solah'
Post a Comment