Ehem.. ehem.. pernah korang hilang sesuatu dan rasa sangat sedih dan menyalahkan seluruh dunia atas kehilangan sesuatu itu? Pernah korang rasa terkilan bila seseorang yang korang sayang, aweks, bini, balaks, suami korang dirampas orang? Pernah korang rasa macam korang hilang segala-galanya sampai korang rasa xda harapan lagi? Pernah x? pernah x?
Mari aku bawa korang duduk dalam mesin masa yang aku cipta.. sila pakai tali pinggang ketat2 dan duduk ketat2 kerana mesin masa aku xdak insurans… wakakakeke…
Di suatu ketika, di satu zaman.. jeng jeng jeng….
Ada sorang manusia berjalan2 nak menunaikan umrah… dan pada ketika ini umrah cara jahiliyah.. dia telah berjalan dan berjalan…. Seketika dia telah melalui satu bandar yang bernama Madinah al-munawarah…
Manusia ni telah terserempak dengan sekelompok manusia yang datang mengajaknya menerima ugama mereka… tapi telah berlaku pertelingkahan.. dan akhirnya brader ni kena tangkap sebab dia telah kalah ‘sparing’…
Dia telah diikat di satu tempat yang dipanggil masjid nabawi…
Dan datang seorang manusia yang mulia, Nabi SAW.. baginda telah bertanya, tahukah kamu siapa orang yang kamu tangkap ini? Sahabat yang tidak tahu menjawab mereka tidak tahu… Nabi saw berkata.. ini ialah raja Bahrain, sumamah..
Baginda telah bertanya 3 soalan kepada sumamah..
1. Apa pendapat kamu tentang aku?
2. Apa pendapat kamu tentang agama yang aku bawa?
3. Apa pendapat kamu tentang negeri Madinah?
Jawab Sumamah
1. Dalam banyak2 manusia, kamulah paling aku benci
2. Dalam banyak2 agama, agama kamulah paling aku benci
3. Dalam banyak2 negeri, negeri kamulah paling aku benci
Nabi tersenyum dan terus melakukan aktiviti dalam masjid seperti biasa..
Suasana masjid yang wujud, ada majlis membesarkan Allah, ada orang mengajar ilmu, ada orang membaca al-quran, ada orang yang bertugas khidmat.. menyediakan makanan…
Dan Sumamah telah diberi makan dari makanan yang terbaik.. madu yang terbaik.. susu kambing dari kambing nabi Saw sendiri..
Bila hari kedua nabi bertanya 3 soalan yang sama lagi.. dan Sumamah tetap menjawab jawapan sama..
Bila hari ketiga nabi bertanya 3 soalan sama lagi.. dan Sumamah tetap menjawab jawapan yang sama..
Lalu nabi mengarahkan para sahabat agar melepaskan beliau.. Lalu beliau keluar dari masjid nabawi.. tiba-tiba hatinya berasa kelainan..setelah berjalan jauh dari masjid nabawi hatinya menjadi tidak selesa.. dia berkata pada dirinya ‘ini bukan sumamah yang dulu’
Dia telah berjalan masuk ke dalam masjid nabawi semula dan tiba di pintu masjid nabawi, sumamah telah angkat tangannya dikala nabi Saw tengah mengadakan majlis dan mengucap 2 kalimah syahadah di hadapan semua orang..
Ok jum naik balik mesin masa dan balik ke masa kita.. Lihat bagaimana manusia terkesan dengan suasana masjid nabawi yang nabi wujudkan.. Agama yang nabi bawa adalah agama yang syumul.. agama yang lengkap… mengharap hanya pada Allah.. Inilah harapan yang sebenarnya..
Hari ini bila kita ada masalah, kita mencari penyelesaian lain.. Tapi x sedarkah kita, siapa yang kurniakan masalah itu kepada kita? Dan siapa yang ada penyelesaiannya?
Agama yang nabi bawa adalah agama harapan… Hari ini kita cuba sebarkan agama bukan dengan harapan… contoh aku bagi.. ada bapa soleh bawa anak pergi masjid dengan harapan hati anak akan terlekat pada masjid.. lepas tu anak bising-bising.. lepas tu tok imam, tok siak buat pengumuman ‘err jangan bawa anak-anak kalau anak buat bising dan main-main dalam masjid’
Adeh! Hampeh.. bapa dia baru nak ajar anak dia datang masjid.. biarlah anak dia buat bising… Salah siapa kita xkhusyuk? Salah siapa? Sahabat nabi SAW akan berpesan kepada anaknya, jangan buat bising atau main sebelum ayah masuk dalam solat.. bila dah solat, ayahnya seolah-olah xdengar lagi jika anak dia buat bising.. kita yang salah sebab kita xlatih diri dan berdoa pada Allah agar dikurniakan khusyuk dalam solat..
Contoh lagi aku bagi.. satu hari, nabi Saw mengimami solat Asar.. sahabat2 nabi pelik kenapa nabi sujud begitu lama.. tahu kenapa? Cucu nabi hasan tengah panjat di belakang nabi.. nabi tidak tergamak nak tolak cucunya untuk bangun dari sujud.. tengok! Ada nabi hukum cucu dia jangan datang masjid?
Agama nabi bawa bukan untuk menghukum manusia.. tapi mengajak manusia dengan kasih sayang ke arah Allah.. bukan dengan kekerasan dan paksaan.. Tapi memberi harapan kepada manusia.. Hari ini jika ada anak muda baru nak belajar pergi masjid.. anak muda pakailah seluar jeans compang camping.. lalu ada orang yang perasaaan alim tegur dengan cara kekerasan.. lalu anak muda ni xdatang lagi masjid takut kena tegur.. lalu anak muda ini jauh dari masjid.. sepatutnya orang yang lebih alim dan berilmu perlu sambut anak muda ini.. layan dengan baik… puji dengan cerita kelebihan2 solat berjemaah.. dan bila dah makin rapat, maka tegurlah dengan hikmah.. maka insyaallah anak muda ni akan terlekat dengan masjid..
Kesimpulannya.. bila kita rasa kita macam xda harapan lagi.. maka carilah Allah.. Allah Maha Penyayang.. Dia beri kita ujian kerana Dia sayang kepada kita.. Dia beri kita peluang untuk membuat pilihan dalam hidup… Jika kita pilih jalan-jalanNya.. Insyallah, harapan akan menyinar semula dalam hidup kita.. Dan bila sudah tenang, maka terus berpegang pada jalan-jalanNya supaya bila diuji lagi kita akan sedia menerimanya… :)
18 Comments:
setuju! lebih2 lagi ble mase terawih...siap ckp lagi bdk2 sila duduk kat luar...erm x salah kalo die owg nak duk dalam...at least die owg blh tngok cara owg solat ^_^
suka bace entry ni...
nampak sangat orang kita dah jauh menyimpang dari apa yang nabi kita ajar .
=)
Islam memang indah. Allah. Bersyukur aku dilahirkan dalam Islam. :')
terbaikkk.. :D
sungguh mulianya akhlak junjungan kita... :)
good entry...selalu rasa dh xde harapan tntng sesuatu perkara @ masalah...tp sinar tetap kn muncul akhirnya....kita hanya perlu kembali padaNya...mohon keredhaanNya...
3 hari brader, 3 hari.
Gua pernah hilang bini.
Tapi gua lek-lek kool je.
Pastu jumpa balik.
Bini gua pergi bahagian barang basah dekat supermarket rupanya.
fiza: mmg xslh pun bawa budak2 datang masjid... masyarakat kita yang salah faham..
wany: yup2.. kita suka amalan nenek moyang kita tanpa kaji apa nabi buat ka tidak..
menusuk: budak2 brader2, memang hyperaktif.. kalau x hyperaktif xnama nya budak2.. hehe
penchenta: syukur2.. perlu lebih banyak lagi bersyukur
Haidar: :)
whyj:salawat dan salam ke atas nabi SAw
rose: benar... dari Dia datang ujian, maka dari Dia juga akan datang penyelesaian
bijen: kekeke... sesat la bini lu.. len kali usha baik2 sket bini lu.. jgn smpi dia sesat x blk uma sudah..
benar,benar,benar wafi
carilah Allah...carilah Allah
moga anak2 muda la ni tak mencari selain Allah bila diri ditimpa masalah
sukanya tgk kalau anak muda jln kaki pg masjid zaman la ni, susah nk cari sbb lebih ramai anak muda pg konsert dgn rela hati dr dtg masjid hari2
gua kureng dengan budak2 buas yang wat bising di masjid. imam tu tegur bersebab. tapi takpela, pandangan masing2
norsha: moga2 lebih ramai anak muda akan mula sedar akan kepentingan agama...
muzik: terpulang pada pendapat masing2... :)
Allah yg bagi kekusutan dan Allah juga bagi harapan ... tapi kita tidak tahu bila emosi berada dalam diri .. jalannya mudah kembali padaNYA tapi lebih suka buat benda terburu2 ..
qaseh: Allah menguasai segala-galanya.. diberi ujian, supaya kita belajar..
contohi baginda...
hidayah milik Allah, kita tak berhak pun nak marah2 or halang2 orang dtg masjid~~
well, reminds me of kakak usrah aku dulu cakap first time dia nak approach aku, dia fikir 1001 cara nak buat, tapi dia try n tak give up, walaupun bnyk2 kali, sebab mula2 dulu respon aku memang hambar..but now alhamdulillah okayy.really thanx to her :)
btw nice blog! selama ni baca tapi x berani komen. keep it up! :)
para-para: insyaallah, mari kita sama2 usahakan untuk contohi baginda...
shu: benar, benar shu.. hidayah milik Allah.. xberani komen? haha komen ja.. aku orang biasa2 yang nak belajar2 taat perintah Allah.. bukan ustaz atau ulamak... jadi blog ni cuma blog biasa2... silakan komen...
teringat kisah salah seorang jemaah buang angin ketika solat ^_^ tidak mengaibkan untuk bertanya sesiapa..nabi Muhammad s.a.w menyuruh semua jemaah mengambil semula Wudhu..
haha, teringat lagi satu kisah bila tengah dok study dalam kelas tuisyen..salah sorang kawan ter buang angin. Cikgu tanya sape buang angin, cepat keluar..tiba tiba, sorang budak lelaki mengaku dan keluar.. =.="
ish. ni cte buang angin je.. ^_^ saje kongsi.
ye, Islam agama harapan. Ramai berputus asa sebelum jumpa jawapan.
nisa: tq2x.. perkongsian menarik... haha asyik2 buang angin...
Post a Comment