Di suatu sudut pantai, kelihatan cahaya matahari semakin menghilang, warna kelihatan kemerah-merahan… kelihatan kelibat dua kekasih hati sedang duduk berdua.. barangkali baru berkahwin.. duduk menatapi matahari yang semakin terbenam di ufuk barat.. romantik la brader.. kan omputeh ajar kita camtu.. bawa kekasih hati duduk di tepi pantai, tengok matahari terbenam..
Sedang asyik mereka diulik mimpi2 indah berdua di tepi pantai, tiba-tiba si perempuan yang bernama Minah bertanya kepada balaks suami yang bernama Mat sentul.. ‘abangku sayang, hari ini abang xcakap lagi I Love You kat ayang, dah xsayang la tu, kan3? baru kahwin 2 3 hari da xcakap dah..” Mat sentul pun jawab ‘eh tadi abang da cakap, xdengar eh? Hahahaha (gelak terbahak-bahak)’
Minah pun buat muka sedih sambil berkata ‘tipu la abang ni, xmau kawan la’… Mat Sentul pun cuba memujuk Minah… dengan kata-kata romantik yang tidak dapat digambarkan kerana penulis mungkin x romantik.. (wahahaha)
Tiba-tiba kedengaran suatu suara memanggil dari arah berdekatan..
Minah: Eh abang xnak pergi solat? Dah azan tu..
Sentul: err, relak dulu tunggu matahari terbenam dulu, nanti kita solat la.. baru azan kan..
Minah: jadi abang xnak pergi solat berjemaah la..
Sentul: alar solat jemaah kan fardhu kifayah, orang lain buat kita xpayah la..
Minah: wow! Berani abang cakap camtu kan.. ayah minah cakap, solat berjemaah sangat dituntut, bila seseorang lelaki terdengar azan tapi x hadirkan diri maka solatnya x sempurna.. lagi satu..
azan ni adalah satu dakwah yang sempurna, iaitu mengajak lelaki sejati datang ke rumah Allah untuk solat berjemaah.. masa Nabi SAW terima perintah solat, nabi telah memanggil semua ahli syura bermesyuarat.. bagaimana nak seru umat Islam lelaki datang solat.. dan setelah bermesyuarat dua kali lebih kurang, banyak cadangan yang diberikan sahabat, ada seorang sahabat nabi SAW telah mencadangkan untuk azan.. Nabi Saw pun telah terima cadangan tersebut..
(Mat Sentul mendengar sambil meleleh air liur)
dan tugas telah diberikan kepada bilal ra.. sampai hari ini pun ada sesetengah orang memanggil tukang azan sebagai bilal.. di zaman sahabat semua orang Islam lelaki akan solat berjemaah bila azan dilaungkan.. xda seorang pun akan tertinggal.. di zaman sahabat, masjid nabawi xda lampu, mentol dan sebagainya.. diriwayatkan ketika subuh dan isyak akan ada orang munafik menyelinap balik rumah… dan ada satu hadis lebih kurang mafhumnya, ‘solat subuh dan isyak amat sukar bagi orang2 munafik’
tengok! Zaman sahabat orang x pergi solat berjemaah dipanggil munafik.. hari ni bila orang x pergi solat jemaah dijawab ‘er solat jemaah kan fardhu kifayah,’
(Mat sentul telan air liur kerana terasa)
Hari ini orang Islam x takut pada Allah dan susah nak taat perintah Allah sebagaimana yang ditunjuk oleh junjungan nabi SAW… tahu x sebab apa? Sebab orang Islam kurang cakap ‘I Love You Allah’..
Sebagaimana ayang seorang manusia pun nak selalu dengar orang tersayang cakap ‘I Love You' kat ayang.. Ini kan Allah yang berhak dicintai, yang berhak disembahi, yang Maha Suci.. Yang Maha Mulia… yang menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala yang ada diantaranya adalah dalam kekuasaan Allah.. Jika dikumpulkan semua makhluk Allah dan semua yang dalam isi dunia ni untuk gugurkan sehelai daun, tapi jika Allah x izinkan, maka komfem xkan gugur.. Hari ini dalam satu hari berapa kali kita sebut2 kebesaran Allah? Jika dibanding dengan cerita2 mengumpat kawan, isu dunia… berapa lama kita sebut kebesaran Allah?
Sudahlah, malas ayang nak hurai panjang2, pergi cepat solat jemaah, ayang nak balik solat kat rumah… zzzzz.......
25 Comments:
Setuju sgt2. 'I LOve You' kat aweks2, boyfriends je. Bila dah kahwin, hilang kemanisan. Allah Maha Penyayang, kita yg xsygkn Allah.
Kasih manusia hilang berganti,
Kasih Allah hilang,merana diri.
=)
Thank You untuk Post ni En.Wafi.
setuju2. berkasih2an ngan manusia suka sgt. kalu dgn allah tu liat sungguh
hihihi,menarik2..jazakallahukhair...
Zaman Nabi SAW dulu, orang munafik pun solat berjemaah.
Zaman sekarang?
Err...
Hari tu ada sorang hamba Allah ni bagi statement nak versus orang nasihat suruh pergi solat dekat masjid.. He said maksud masjid tu "tempat azan diazankan lepas tu ada jemaah". So kalau dia azan dekat rumah & ajak orang lain jemaah sama2 kira dah memasjidkan rumah tu.
Hurm...
rizal:kalau kita sayang manusia kerana Allah.. nescaya sayang itu berkekalan... semua kita buat perlu belajar2 niat kerana Allah.. :)
Auz: Kasih Allah forever2..
totoro:yup.. nak sebut kebesaran Allah pun rasa malu.. ades.. aku la tu..
ibnu: :) jazakallah kerana sudi membaca..
Nur: err.. kes camni xtaw nak hurai.. seperti mempermainkan ugama kalau jawapan macam ni.. hurm.. xpernah pula dengar nabi SAW buat azan kat rumah ni..
To love someone is nothing
To be loved by someone is something
To be loved by someone you love is exciting, but....
to be loved by ALLAH is everything!
norsha: wow.. tq2.. pinjam ayat kak norsha... ayat sempoi.. nice2.. :)
salam..
best kata2 Norsha tu..
** folo ur blog..
terbaiklah Minah!
i LOVE ALLAH..:)
i love Allah .. bukan sekadar dimulut tapi perbuatan ~ mms sng untuk nyatakan i love u ayang .. dan susah bila nak say i love Allah sbb ada benda larangan Allah yg salu buat .. so same2 buat apa yg disuruh n tgglkan apa yg di larang ..~
bagus klu dapat perempuan macam nih..
rindu: tq2...
cikjari: minah kool
meera: moga2 rasa kasih pada Allah tersemat dalam hati kita dan perbuatan kita
qaseh: mari sama2 bertindak
kotak: huhu..
salam semua sekali,
teringin benar nk ada sifat ysemcam tu...isterinya tegas dlm soal agama,xmghrap kpimpinan suami saja...
saling melgkapi...rasanya baru dpt sama trbg jauh dlm usaha agma
manis entrynya(",)
cerita yg menarik..:)
bgus cite ni..mmg ada btol pn..zmn skrg x mcm dulu lg..bila terasa sedih baru memohon sesuatu..hrp2 kita semua sentiasa ingtkn Allah dlm apa jua keadaan..insyAllah
waaahhh. gler halus cara penyampaian. tapi makan dalam beb! heeee~ :)
pengolahan cerita yang menarik..
tapi kenapa ayang tu nak balik solat kat rumah..meh la sekali berjemaah,hehe
ukhti:waalaikumsalam.. yup2.. moga2ramai muslimah akan bersifat macam tu..
fantasi:moga2 ada pengajaran..
EZ: moga2 kita semua akan sentiasa meminta kepadaNya
ima: hoho... :)
para2:
ni sebabnya.. :)
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik masjid bagi para wanita ialah di dalam rumahnya.” (HR Ahmad).
Dari Aisyah r.a., katanya: “Sekiranya Rasulullah s.a.w. menyaksikan dari para wanita apa yang kita lihat sekarang ini, tentulah baginda menegah mereka pergi ke masjid sebagaimana bani Israil telah menegah wanita-wanitanya.” (HR Bukhari dan Muslim)
lari dari realiti cerita gadis dengan kekasih zaman sekarang. dalam cerita ni, gadis itu tak hanyut, malah dengan sarkastiknya menyindir si lelaki. hehe
muzik: hehe... moga2 ramai perempuan berubah dan realiti menjadi seperti cerita aku...
Post a Comment