Rabu, 6 April 2011

Ada Aku Kisah?

Assalamualaikum semua(bajet ada orang baca blog aku.. ha ha) dan Salam 1Umat. X kira anda Melayu, Cina, India, Kadazan,  Arab, Germany, Ireland dan sebagainya, semua anda ialah Umat Nabi SAW.Cuma bezanya ada yang dah peluk Islam dan ada yang belum.Yang dah dapat Islam ada yang beriman dan ada yang belum.

Apa khabar korang semua? Apa khabar pokcik-pokcik yang selalu pergi masjid? Bertuah sungguh pokcik-pokcik yang selalu pergi masjid, sebab masih ramai yang xsedar diri dah tua masih melepak di kedai kopi sambil membuat ketupat. Semua orang disalahkan, diorang yang lepak kat kedai kopi ni saja yang betul.

Apa khabar mokcik-mokcik yang kerja opis? Sudahkan mokcik-mokcik tunai perintah Allah? Menjaga diri dan maruah mokcik-mokcik hanya untuk suami? Atau mokcik-mokcik sedang sibuk bergosip dengan suami-suami orang tanpa rasa sedikit berdosa, atau xsedar diri yang malaikat maut datang ziarah 70 kali sehari?

Apa khabar anak-anak muda lelaki yang sedang lepak di supermarket? Sudahkah korang tunai perintah Allah? Solat berjemaah 5 waktu sehari? Baca Al-quran khatam sekurang-kurang 2kali setahun? Atau korang sedang sibuk mengurat anak dara orang? Dan x sedar diri satu hari nanti korang juga akan jadi bapa? Atau xsedar yang tengah duk ngurat anak dara orang korang boleh mati  dalam keadaan bersiul tengah korang ngurat tu?

Apa khabar anak-anak muda perempuan sekalian? Sudahkah korang tunai perintah Allah? Solat di awal waktu? Sudahkah korang tutup aurat seperti yang diajar oleh nabi Saw? Atau korang tengah sibuk membeli belah barang2 perhiasan, tudung lilit2 (konon2 style abis), barang2 makeup (tahukah makeup membuat syaitan sangat suka?) atau sedang buat rambut nak jadi macam artis?

Semoga korang semua sihat dan masih diberi masa sebelum disolatkan secara berjemaah dan duk depan imam pula tu, oh! Moga-moga kita semua akan diberi petunjuk dan hidayah agar cepat2 berubah dan terus istiqamah sampai mati, dalam kita nak berubah bermacam-macam ujian akan datang, ni semua biasa brader! Syaitan, jin dan manusia(yang nak jadi syaitan) memang akan hasut dan pujuk kita dengan macam-macam kata-kata sampai kita balik kepada keadaan asal atau lebih teruk lagi.

Sebagai contohnya la, sebuah kisah, Luqman al-Hakim pergi berkelana dengan anaknya. Diorang bawa barang-barang dan seekor keldai.Luqman bagi anak dia yang tunggang keldai dan barang-barang pun diletak sekali kat atas keldai. Tiba-tiba terjumpa dengan seorang manusia. Manusia ni tegur,‘Ada ka patut anak yang naik keldai, bagi la ayah mu yang tua ni naik keldai’

Lalu Luqman pun tukar… Dia pula naik keldai bersama barang-barang.. lalu mereka pun terus berkelana… tiba-tiba jumpa pula seorang manusia lagi… Mamat ni pulak tegur ‘apakejadah, hang dah la berat, dengan barang-barang lagi, kesian la kat keldai tu brader!’

Lalu Luqman tukar lagi… dia dan anak dia berjalan kaki dan barang pun dibawa dengan tangan… Keldai ni jalan dengan kool… diorang pun terus berkelana… Jumpa pula seorang mamat lagi tegur ‘mak aii, bodoh nya korang, ada keldai xmau nak tunggang, duk jalan pulak, baik bagi kat aku’..

Lalu Luqman pun tukar lagi. Dia, anak dia, barang semua naik keldai. Jumpa pula sorang lagi mamat tegur ‘wuaaa, ni kena report kat WWF ni, penyeksaan kepada binatang ni’

Tengok brader!! Bila kita buat baik mesti orang kata macam-macam. Luqman cuba terima teguran orang dan cuba ubah.Tapi setiap kali ubah mesti ada yang salah juga. Manusia memang ada ja yang xpuas hati bro2 dan sista2 sekalian.

Bila kita dah berubah dan kita faham itu satu tuntutan agama yang Allah dah tetapkan, bila ada orang tegur kita senyum ja brader dan sambil kata dalam hati ada aku kisah apa mu kato? Janji aku tunai perintah Allah. Kalau korang kuat lagi korang boleh tazkirah terus orang yang tegur tu.. tapi dengan cara baik la.. jangan niat nak bagi sakit hati dia pula. Kalau niat kita nak bagi sakit hati dia maka teguran tu adalah dari syaitan, kerana kita menegur dalam keadaan marah. Kalau rasa cam panas2 tu lebih baik kita diam ja, takut kita pun jadi sama macam dia, tegur nak bagi sakit hati orang.

Kesimpulan, nak berubah jadi baik jangan kisah apa orang kata. Betulkan niat kita dalam hati ikhlas hanya kerana Allah, dan berdoa agar Allah jaga kita agar boleh istiqamah sampai mati. Banyak-banyak baca quran, solat sunat dan yang penting sekali perkara-perkara wajib seperti solat 5 waktu tepat pada waktu untuk wanita dan berjemaah di masjid untuk lelaki. Sekian. ~istigfar, tasbih kifarah…

ps: sorang pokcik cakap kat aku, hari ini manusia menggunakan kebanyakan masa yang diberi untuk usaha bersungguh-sungguh untuk perkara yang akan hancur (dunia akan kiamat, manusia akan mati dimakan ulat, kereta mahal boleh diangkut tsunami, rumah besar boleh runtuh kalau gempa bumi) dan menggunakan baki-baki masa untuk perkara yang kekal(akhirat... hidup selama-lamanya)...

10 Comments:

noname said...

aku kisah dgn setiap teguran dalam post ko ni. haha
good job bro !

نور توفيقة ادريس said...

Assalam..

Wafi.. If related to animal matters, report to WWF.. i.e World Wildlife Fund..

WHO is a medical association, i.e World Health Organization.

Saya kisah every little thing awak tulis, as much as it's beneficial.. Alhamdulillah:)

Wafi said...

fi: :)

pqa:tq2x... dah ubah... tersilap info da...

ubaidulah said...

entri yang hebat.

AkuMuzikFilem said...

pesan pakcik yang bawah tu.. sentap.. sangat betul

Norsha said...

kisah jugak...kadang2...tulah hati tak kuat
btw, pesan akhir tu mmg menyentuh hati
bersusahpayah untuk dunia yg tak pasti, hingga terlupa hidup yg abadi...Ya Allah, ampuni kami!

Tanpa Nama said...

hmmm (diam)

*tkena la tu
*aku!

time kasih, mengingatkan.

Unknown said...

Terima kasih wafi kerana mengingatkan....

Annisa said...

suka pesanan dalam cerita Luqman tu ^_^

Ingin jumpa Malaikat Maut satu hari nanti.

Wafi said...

zikry: entri biasa2 saja..

muzik: yup ayat dy memang sentap.. ni aku quote antara nasihat dy ja.. banyak lagi nasihat dy.. memang tersentap gak aku dengar.. hehe

Norsha: benar, hati xkuat.. selalu kena tipu ngan syaitan.. isk isk

cantek: opss.. ur wc

marya: sama-sama

nisa: btol2.. jangan kisahh sangat apa orang kata kalau betul kita buat tu perkara baik..