Selasa, 26 April 2011

Kenapa x sayang?

Kalau orang kita sayang buat sesuatu tapi x memenuhi citarasa kita, tapi orang tu cakap ‘saya ada sebab’, maka lebih baik kita fikirkan kenapa dia buat begitu. Sebagai contoh, seorang bapa pesan anak dia jangan mandi kat sungai tu. Tapi anak dia tetap berkeras nak mandi juga.Ditakdirkan anak dia mati kena makan buaya. Kadang-kadang ada perkara kita buat tapi kita x beritahu sebab apa kita buat, tapi kita tahu perkara itu terbaik untuk orang yang kita sayang.

Teringat satu ketika di dalam sebuah kereta, masa aku masih kecil. Dalam kereta aku duduk di belakang dan aku suka duduk di tengah dan aku suka berdiri. Abah aku selalu berpesan, dudukla wafi nanti jatuh. Tapi sebab aku rendah masa tu dan aku terlampau excited nak tengok ada apa di depan maka aku pun berdiri juga dengan degil. Satu ketika abah aku brek dan aku terhumban ke depan dan abah aku lantas mengeluarkan sikunya. Lalu termakanlah aku siku abah aku. Ha ha ha.. Masa tu aku ingat abah aku x sayang aku. Tapi bila dah besar teringat balik kisah tu maka aku faham, kadang-kadang orang buat sesuatu yang nampak macam kasar tapi sebenarnya dia sayang kat kita.

Begitu juga kisah seorang lelaki. Satu hari tengah dia tengah main dengan dua cucu dia. Anak perempuan lelaki tersebut iaitu ibu kepada dua cucu lelaki itu pun ada di tempat kejadian. Lelaki ini begitu sayang kan anak perempuan dia sampai dia cakap perempuan ni sebahagian dari dia. Jika lelaki ni keluar jauh-jauh bila dia pulang dia akan singgah solat dua rakaat di masjid dan terus pergi ke rumah anak perempuan dia ni dan akan cium dahi anak perempuan dia sebelum ke tempat lain. Kalau anak perempuan dia begitu sayang, begitu juga lah cucu dia.

Tiba-tiba ada seorang lelaki hensem ketuk pintu dan bagi salam. Lelaki ni pun jawab salam. Rupanya ada seorang mamat hensem datang rumah mereka. Lelaki hensem ni kira antara orang yang  hensem di kawasan tu.Lantas lelaki di dalam rumah menyuruh anak perempuannya masuk dalam tabir.(Perempuan xboleh dilihat oleh lelaki bukan muhrim tanpa hijab.. zaman sekarang? Bukan tanpa hijab, berjurai2 rambut pun duk sembang dengan suami jiran)

Lelaki hensem ni pun bertanya, ni kah cucu kamu?

Ya inilah cucu aku.

Ooo patut la, kamu nampak begitu sayangkan mereka. Aku datang nak khabarkan beberapa berita. Ada berita baik dan ada berita buruk. Kamu nak dengar yang mana dahulu?

Khabarkan kepadaku berita buruk dulu agar aku dapat berdoa pada Allah tentang berita buruk itu.

Maka lelaki hensem ni pun khabarkan yang seorang dari cucu dia akan kena racun dan seorang akan kena pancung kepala. Maka mengalirlah air mata lelaki ni menahan kesedihan. Anak perempuan dia di belakang tabir begitu tertanya-tanya apa yang berlaku hingga xtahan duduk di belakang tabir. Lelaki hensem ni xboleh tengok lelaki ni menangis terus pergi tanpa beritahu berita baik. Sesudah lelaki hensem ni pergi, terus perempuan ni berlari kepada lelaki ni dan bertanya apa berita yang disampaikan.

Maka diberitahulah kepada anak perempuannya perkhabaran itu. Anak perempuannya pun menangis dan berkata ‘berdoalah ayah supaya Allah tarik perkara itu dari berlaku’
(lelaki ini ada satu doa, doa ni bila dipohon pasti akan dikabulkan)

Menahan sebak lalu ayah dia menjawab ‘doa aku hanya untuk ummatku’

Sekali lalu dari kisah ni kita dapat buat kesimpulan seperti dia tidak sayang pada cucunya. Tapi dia lebih faham akan keadaan di akhirat kelak. Dua cucu dia sudah tentu dapat kesudahan baik. Tapi ummat ini belum tentu semua boleh masuk syurga. Disebabkan pentingkan kehidupan akhirat maka lelaki ini menahan kesedihan hidup di dunia demi kesejahteraan ummat dia.

Ps: Seorang pokcik cakap kat aku. Satu hari nanti bila wafi dah kahwin dan ada rezeki bila wafi ada anak. Akan ada satu masa anak tu akan pandai berjalan dan bila wafi balik dari mana-mana dia akan berlari-lari kearah wafi sambil memanggil2 wafi. Sebagaimana anak wafi berlari kearah wafi begitu juga Allah nak wafi berkali-kali ganda lebih lagi berlari kearahNya. Sesungguhnya harta, diri, isteri, anak adalah cubaan. Di akhirat jua tempat bersatu keluarga. Agama perlu dipegang seperti gigitnya kita pada sesuatu dengan gigi geraham.

18 Comments:

Norsha said...

wafi,
kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya, moga selama-lamanya kasih sayangNya menaungi kita....

Semoga wafi juga akan berjumpa dgn bidadari yg dapat membantu menguatkan wafi dlm usaha agama ini....amin

Menusuk Hati said...

asslamualaikum bro!aku sebenarnya tak smpai hati nak bg tahu khabar bruk tu pada pakcik tu..Hm..sampai sekarang aku tak jumpa lg pakcik tu.Hik!

Anak Wak Mail said...

salam,,
saya pernah ada perasaan yang ayah saya tak sayang saya..padahal sebenarnya dia marah sebab dia risaukan saya..saya betul2 xmengerti masa tu..=)

si para para said...

sayangnya dia kepada kita..tapi kita......

~PENCHENTA~ said...

Salam. Betul lah. Macam mak aku. Bagi aku belajar jauh2, makan meggi hari2. Sebenarnya nak bagitaw aku, nanti kawin, kena pandai masak, makan meggi hari2 tak sedap. Hihi. :P

Kalau mak aku baik, Allah lagi baik. :)

Unknown said...

Salam ziarah,menarik artikel yang saudara tulis,saya menjemput saudara untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa saudara dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

damirahHani said...

may Allah bless u & your family..

fuad ansari said...

Benar tuan.. Benar apa yang dikata...

Sebagaimana Allah larang manusia untuk mendekati zina.. Tapi manusia tetap berkeras.. Akhirnya, zina menjadi sebati dengan manusia menyebabkan manusia jauh dari agama.. Akhirnya, keseronokan yang sekejap di dunia menjadi asbab kepada azab yang berpanjangan di akhirat..

Allah swt kasih kepada hambaNYa..
dan Allah mengetahui akan keadaan hambaNya..

Wafi said...

norsha: benar2.. amin... oh bidadari syurgaku.. hehe

menusuk: ha ha.. cari la pakcik tu

wakmail: biasa bro.. kadang-kadang kita xfaham.. tapi bila kita faham baru kita taw betapa sayang orang tu pada kita..

para2: oh oh sayang dia begitu dasyat..

penchenta: sayang Allah lebih 70 kali dari seorang ibu sayang pada anak..

damirah: :) amin..

fuad: benar bro.. Allah Maha Hebat.. Allah Maha penyayang..

MyHeart said...

semua yang berlaku ada hikmahnya...hikmah itu pasti adalah kebaikan diluar jangkaan kita kan. Menarik artikel ini. keep it up.

Ismi Ijmi said...

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Wafi said...

myheart: benar, pasti ada hikmah.. semua dariNya

ibnu: kasih kasih sayang... :)

Annisa said...

Assalamualaikum,

ha ha ha (gelak macam wafi)

nisa amik masa faham perenggan ketiga, baris ke dua.. then baru faham. curious lah dengan berita baik dari lelaki hensem tu ^_^"
moga mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Amin.

couverv said...

hah, nice la .Ni kisah nabi ker ? sajer nak share something harap boleh komen .Apa apalah.
http://couverv.blogspot.com/2011/03/hina-dosa-dan-kesalahan-orang-lain.html

Wafi said...

nisa: waalaikumsalam.. aku pun curious gak ngan berita baik tu.. sebab kisah ni aku dengar takat berita buruk tu ja.. amin

couverv: aah.. kisah nabi saw..

cik Anggur said...

tiba2 tingat mak marah haha dulu kecik salu geram bila kena marah skrg nie dh paham dh

Wafi said...

cik anggur: kecik2 keja nak seronok ja.. ha ha

kentang said...

sangat menarik. terima kasih atas pengkongsian.