Eh dah lama aku tak update blog. Ha ha ha. Setiap orang ada
kesibukan masing-masing. Ada yang sibuk dengan pelajarannya. Ada yang sibuk dengan
perniagaannya. Ada yang sibuk dengan kajiannya. Ada yang sibuk dengan
bercintanya. Ada yang sibuk dengan politiknya. Sebaik-baik sibuk adalah sibuk
dalam agama dan urusan untuk majukan agama. Yer dok? Dunia kan sementara. 1
hari di akhirat seribu tahun di dunia. Ditakdirkah Allah jika hidup 100 tahun
maksudnya di akhirat cuma 2.4 jam saja nilai kehidupan dunia yang kita
terkejar-kejar. Aku sibuk dengan apa? Disebabkan aku sibuk dengan urusan
duniawi maka tak sempat nak update blog. Oh! Blog urusan apa?
Sedar x sedar dah bulan 7 dah. Baru rasa sambut new year
kelmarin. Sekejap ja kan. Dunia kan sementara, akhirat selamanya. Semenjak aku
berkawan dengan pokcik-pokcik dan abe-abe hensem yang banyak ajar aku nilai kehidupan
dunia, aku mula tersedar, rupanya banyak masa telah berlalu dengan sia-sia. Di
hari akhirat akan ada soalan-soalan killer dan antara soalan itu ialah dimana
masa muda dihabiskan? Di mana umurmu dihabiskan? Oh! Bagaimana nak jawab soalan
ini? Mari kita renung sama-sama.
Sejak kita dalam perut ibu kita, bagaimana kita dijadikan
dari setetes air mani, kemudian lahir sebesar lengan, kemudian membesar sebesar
ibu kita. Oh berapa banyak nikmat yang Allah telah dianugerah pada kita? Berapa
banyak kita bersyukur? Berapa banyak perintah Allah kita telah laksanakan?
Berapa banyak larangan Allah yang kita dah terlanggar atau sengaja langgar. Oh!
Dan sedarkah kita nikmat yang paling besar sekali ialah nikmat agama.
Ditakdirkan Allah satu manusia lahir dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan
kafir. Apa akan jadi pada orang kafir ini? Bila masuk dalam alam barzakh tidak akan
ada soalan lagi bagi sikafir ini, lantas dilemparkan 99 ekor ular yang mana
bisanya jika satu percikan saja dilepaskan ke dunia nescaya xkan ada hidupan
akan hidup. Dan salah siapa orang kafir ini mati dalam keadaan kafir?
Kita sibuk asyik nak tuntut hak itu, hak ini sampai terlupa
kita perlu jaga diri kita. Perbetulkan diri kita dan perlu ajak orang terdekat
sama-sama perbetulkan diri. Akhlak dan amalan orang Islam x betul, bagaimana orang kafir
nak tertarik kepada Islam? Orang Islam pun sibuk nak buat apa yang orang kafir
buat. Sibuk kejar dunia sampai agama tinggal tunggang langgang. Sibuk nak
tegakkan keadilan sedangkan nilai agama terus luntur. Bagaimana keadilan nak
ditegakkan jika xdapat bantuan dari Allah? Kita sibuk dengan hal itu dan ini,
siapa nak sukakan Allah? Siapa nak berlumba-lumba cari keredhaan Allah? Nak
tinggal pada ustaz-ustaz sahaja? Adakah orang macam aku yang bukan ustaz xkan masuk
kubur?
Satu orang Islam bila masuk dalam kubur maka akan ada satu
soalan iaitu ‘siapa saudaramu?’. Bagaimana nak jawab yang saudara kita Islam?
sedangkan didunia xpernah kita mengingatkan saudara kita tentang pentingnya agama.
Dunia masih wujud
kerana masih ada orang Islam. Apa yang terjadi didunia adalah kerana
amalan-amalan orang Islam. Jika disingkapkan sejarah, di zaman sahabat, amalan
mereka betul, maka Allah tundukkan dunia pada mereka. Kenapa? Kerana amal
mereka betul dan mereka berlumba-lumba mencari keredhaan Allah. Mereka bersegera
pada rahmat Allah. Mereka tidak berlumba-lumba membina dunia. Sehingga ketika
rom dan parsi jatuh, harta ghanimah melimpah-limpah masuk ke bumi makkah
madinah. Diceritakan satu hari seorang sahabat berjalan untuk solat subuh dan
tersepak satu benda keras. Bila balik dari solat, dia tersepak benda yang sama.
Rupa-rupanya benda keras itu ialah takhta raja rom yang bertatah emas permata.
Kenapa jadi sedemikian? Kerana amal mereka betul. Mereka telah berjaya buang
cinta dunia dan masukkan kebesaran Allah dalam hati mereka.
Di zaman ini sememang
orang akan cakap ‘xmungkin kita akan dapat contohi sahabat2 nabi’. Adakah kita
nak putus asa dan xmahu langsung belajar-belajar mencontohi mereka? Tidak sama sekali! Selagi dunia xkiamat maka
kita perlu usaha untuk contohi mereka-mereka yang telah berjaya. Iaitu golongan
muhajirin dan ansar, golongan sahabat-sahabat nabi.
Atas berkat doa semua orang yang mendoakan aku, maka insyaallah aku akan berangkat untuk pergi mengembara. Mengembara untuk belajar-belajar bagaimana nak masukkan agama dalam kehidupan sebelum aku pergi bertemu dengan tuhan sekalian alam untuk teruskan kehidupan sebenar iaitu kehidupan akhirat. Terima kasih buat mereka yang mendoakan aku. Moga semua diberi kefahaman agama. Maaf dipinta jika ada entri yang menyakitkan sesiapa. Sungguh itu kesilapan aku yang masih jahil. Oh!
Terimalah...
(ikut rentak lagu hujan.. lol hampeh ada lagu pula)
Chorus
Bila aku sudah tiada, simpan semua entriku,
ambil kebaikan saja.
Dunia hanya sementara,
bila kita mati nanti kita kan kekal abadi.
-------------
Pagi itu subuh seperti biasa, tidur yang lena wajib
dikorbankan.
Ambil wuduk, segera bersolat, bukalah hatimu segera berdoa.
Siapa yang sangka, bila tiba masa kita untuk pergi
selamanya.
Memang xleh duga, kerna kematian itu tiada tetapan tarikhnya.
-------------
Chorus
-------------
Gelak tawa sila kurangkanlah, sebelum kita xboleh ketawa
Alangkah indahnya jika kita mati dalam iman betul.
Siapa yang sangka, bila tiba masa kita untuk pergi
selamanya.
Memang xleh duga, kerna kematian itu tiada tetapan tarikhnya.
------------
Chorus...
Ps: belajarlah amal agama yang sempurna, sebelum tiada masa
lagi untuk kita berubah. Esok lusa mungkin hari kematian kita. Dunia sementara,
akhirat selamanya.Siapa nak pergi mengembara juga bolehlah pergi perhimpunan. Ops! Perhimpunan ni dibuat tiap-tiap minggu di masjid berkenaan untuk sesiapa yang sudi belajar-belajar untuk mengembara(lelaki saja okeh, perempuan kena suruh suami korang pergi mengembara dulu). Nak tahu lebih lanjut? belajar-belajar la solat berjemaah di masjid 5 waktu, Insyaallah dibukakan jalan. "Sesiapa yang berhasrat untuk menemui Allah sebagai orang Islam maka hendaklah dia memelihara solah-solah fardhu di tempat azan dilaungkan. Allah SWT telah mensyariatkan untuk nabi kamu jalan-jalan petunjuk dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan-jalan petunjuk itu..." (petikan hadis)
ps: berhenti menulis untuk pergi mengembara. Jika masih kembali dalam keadaan bernyawa dan diberi idea-idea untuk menulis maka ada lah entri baru. Kalau xda pun xda siapa yang kisah pun kan. Saja mengasah bakat menulis, dulu time sekolah rendah suka tulis karangan autobiografi. Ha ha ha.
ps: berhenti menulis untuk pergi mengembara. Jika masih kembali dalam keadaan bernyawa dan diberi idea-idea untuk menulis maka ada lah entri baru. Kalau xda pun xda siapa yang kisah pun kan. Saja mengasah bakat menulis, dulu time sekolah rendah suka tulis karangan autobiografi. Ha ha ha.
7 Comments:
selamat mengembara wafi, semoga dalam kembara itu, bertambah ilmu, bertambah pengalaman, bertambah iman dan amalnya.....
selamat mengembara.. semoga kembara ini memberi jutaan kebaikan yang akan dijadikan bekalan sepanjang kehidupan dunia, dan seterusnya dapat mengembara di syurga...
ps/:mmg berbakat tuan mengarang..
insyaallah...masih ada orang yang amek kisah tulisan saudara. Selamat mengembara...semoga bertambah ilmu iman dan amal serta dpt memberi manfaat kepada diri dan saudara2 mu.
assalamualaikum.
selamat mengembara. :)
inshaAllah, kiranya ada keizinan dariNya, ilmu yang ada nanti, boleh dikongsikan bersama.
bukan tak mungkin tapi tak mencuba .... jaga diri semoga sentiasa dilindugi Allah =)
salam. wafi nk pegi mane?
selamat berpuasa n berterawih.
kembara itu tak kan pernah terhenti..
semoga semua ny selamat =)
Post a Comment