Buat sekian lamanya aku telah meninggalkan jejak blogku ini.
Oh dah lama rasanya papan kekunci tidak ditekan untuk menulis coretan di blogku
yang usang ini. Bakat menulis pun telah berkarat. Cis! Ha ha. Beberapa kurun lalu aku Upin dan brader aku Ipin telah
pergi mengembara. Kami telah pergi dengan teman-teman kami yang lain buat
mengisi masa lapang di kala umur masih ada.Dalam perjalanan tu aku dan brader aku ipin dan teman-teman
yang lain telah berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Kebanyakan orang ialah
hero-hero yang selalu dikenali di kaca tv.
Hero yang pertama dijumpai ialah superman. Maka brader aku
ipin telah bertanya kenapa kau bodoh sangat pakai underwear kat luar? Maka
superman menjawab ‘aku bodoh pun orang Islam tengok juga aku wakakakaka’. Aku
tunjuk budaya aku dekat korang, korang tiru juga. Aku hidup gaya bebas korang
pun tiru juga. Aweks2 aku pakai seksi korang pun tiru juga. Aku buat maksiat
pun korang tiru juga. Sebab apa? Sebab aku hero di kaca mata tv.
Seterusnya kami telah berjumpa spiderman. Maka mat din membe
aku telah bertanya kepada dia. Eh spiderman kau kan mencegah kemungkaran macam
kes rogol semua tu, kenapa kau x guna ja sarang labah2 kau tu tampal ja
perempuan2 yang xtutup aurat tu? Maka spiderman gelak berdekah-dekah sambil
menjawab ‘bongok la mu ni, aku spiderman bukan orang Islam, lantak aku la.
Diorang buat kejahatan aku cegah la, buat apa aku nak buat benda baik. Kalau
semua orang jadi baik siapa na kjadi hero. Yer dak?
Seterusnya kami berjumpa dengan ultraman. Maka aku telah
bertanya ‘eh kenapa raksasa semua datang kat jepun ja? Orang jepun ni jahat2
kah sampai bala asyik turun kat jepun ja?’. Maka ultraman yang mulutnya xboleh
nak buka pun bersuara ‘mana bala xturun sini, ce try tengok apa orang jepun
buat, asyik terkejar-kejar dunia kerja siang malam, raksasa turun la musnahkan
sikit. Diorang asyik sangat bina bangunan hebat-hebat sampai terlupa pada
pencipta mereka yang maha hebat.
Lalu kami berjalan lagi dan berjumpa dengan seorang manusia.
Dia memang kool. Di mulutnya sering terkeluar perkataan yang baik. Begitu mulia
akhlaknya. Begitu tawaduk gayanya. Seringkali memuji pencipta yang maha Esa.
Terasa tenang bila mendengar dia bercakap. Terasa gerun dengan kebesaran ilahi
mendengar percakapannya. Manusia ni namanya ‘mukmin’. Dia berjumpa manusia
sering mengaitkan segalanya dengan kehebatan ilahi. Dia lah hero yang sebenar
yang kita perlu cari. Kat mana nak cari? Cari lah dalam diri sendiri. Bentuklah
akhlak mulia dalam diri sendiri dan ajaklah orang untuk berbuat juga kebaikan.
Di akhir pengembaraan ni aku telah buat kesimpulan perkara yang penting ialah akhlak
mulia dan sabar. Sedikit pelajaran sabar aku belajar dari pengembaraan ini.
Ps: orang yang sabar adalah orang paling beruntung kerana
dia kelihatan kool selalu. Betul betul betul!
8 Comments:
Selamat kembali anak muda, kongsikan pengalaman anda sepanjang mengembara agar mampu membuka minda insan2 yg masih terlena
setiap org ade kesibukkannya kn. anyway, welcome back!
nampak ok lagi.. masih tak berkarat lagi tu..
slmt kembali..
merindui jugak tulisan2 anda yg mmg menarik..
kita dok sebut merdeka, belum merdeka lagi rupanya..
hehehehehe hhihihihih huhuhuhuh
assalamualaikum :D
~eheh. jauh benar rupanya kamu merantau. pelbagai pula cerita yang dikongsikan.
selamat kembali. :)
baka kata seorang sahabat, sabar ibarat kita mendaki bukit. inginkan mendapat kesenangan bila tiba di puncak, maka perlu bersabar. dan akhirnya nikmat terbaik bakal diperolehi. :)
kita semua adalah hera.. cuma kita tak bertukarr je... bertukar dari buruk kepada baik.
betul3.. rindu nk bace nasihat wafi.. mendalam sungguh..
norsha: saya juga masih terlena.. oh
kentang: welcome2 :)
fuad: keh keh da karat banyak da.. kena polish balik
couverv: kah kah kah
sar: sabar itu kool.. serius!
para2: benar2..
cantekk: betul2..
Post a Comment