(Dalam kehidupan pancaroba ini cuba ku cari perlindungan)
Satu hari nabi Isa as telah didatangi seseorang yang
memintanya mendoakan kepada Allah agar dia diberi satu mahabah(merujuk kepada
kehebatan Allah) sebesar zarah dari Allah.Maka nabi isa as berkata kamu tidak
akan mampu menampung kehebatan mahabah itu. Hati kamu akan hancur akibat
melihat mahabah itu.Maka orang ini meminta lagi agar diberikan separuh dari sebesar zarah itu. Maka Nabi Isa as pun berdoa untuk orang itu. Berlalulah nabi
Isa dari situ dan nabi Isa pun telah melupai tentang perkara itu.
Satu hari Nabi Isa teringat ehwal orang ini maka nabi Isa
telah mencari orang itu dan mendapati orang itu ada di sebuah gunung. Nabi Isa
pergi berjumpanya dan melihat orang itu sedang melihat ke arah langit tanpa
berkelip matanya langsung. Begitu rupanya hebatnya melihat separuh dari mahabah
yang dizahirkan Allah kepada orang itu.
Nabi Isa merupakan manusia yang termiskin di kawasannya. Dia
hanya ada sekeping kayu yang selalu dibawanya. Kayu digunakan sebagai
perlindungan dari matahari yang panas atau hujan yang turun. Satu ketika nabi
Isa telah berjumpa dengan orang tua yang xda apa-apa perkerjaan tapi ada
perlindungan iaitu rumah. Maka nabi mengadu pada Allah aku satu orang nabi xda
rumah tapi orang tua ni xda apa pekerjaan pun diberi perlindungan.
Maka Allah menjawab lebih kurang maksudnya kamu telah pun
mendapat perlindungan dengan rahmat dan keberkatan daripadaKu. Maka adakah ada
yang lebih berharga dari itu? Separuh dari saiz zarah mahabah Allah pun telah
diperlihatkan kepadamu melalui satu orang manusia.
Cuba kita bayangkan jika Allah zahirkan seluruh mahabahNya
kepada manusia? Bagaimana keadaan manusia?
Sudah tentu Allah xzahirkan kerana manusia sememangnya tidak
mampu pada ketika ini untuk diperlihatkan mahabah Allah. Manusia hari ini
mencari perlindungan selain dari Allah. Manusia rasa mereka telah cukup
perlindungan dengan mencipta rumah yang besar. Manusia rasa mereka telah cukup
perlindungan dengan kewangan yang cukup. Dalam masa yang sama menolak kehidupan
beragama.
Jika satu orang yang dapat duit pencen dan belanjankan untuk
buat rumah besar maka xda orang akan marah dia. Xda orang yang terkejut dan
berkata ‘wow dia habiskan duit dia buat rumah’. Ini kerana suasana yang
diwujudkan telah jadi biasa seperti ini.
Jika satu orang yang dapat duit pencen dan belanjakan untuk tujuan agama maka orang akan pelik dan berkata mesti ada sesuatu xkena dengan dia. Xda juga orang terkejut dan berkata ‘wow dia habiskan duit dia untuk kepentingan agama’.Ini kerana suasana sekarang xwujud sebegini.
Inilah hakikat kehidupan kita pada hari ini. Xkool langsung.
Orang Islam dikuasai xda sesiapa lagi kisah. Semua orang cuma kisah tentang
kehidupannya. Aku boleh hidup makan ada rumah ada bini cukup la. Tiada lagi
kehidupan beragama. Agama jadi macam adat. Bila nampak orang amal dikatakan orang ini alim. Saya x alim, saya xperlu buat. Macam adat orang kampung. Orang kampung, nenek ,tok nenek saya ja perlu buat, saya xperlu buat. Bila baca kisah sahabat nabi SAW adalah menjadi kebanggaan bila
orang habiskan duit dia untuk agama.
Satu ketika Umar telah pergi ziarah seorang gabenor di bawah
pemerintahan khalifah dan melihat kehidupannya begitu daif. Umar ra telah pulang dan menghadiah dinar
emas yang berharga lebih kurang setengah juta duit sekarang. Maka gabenor ini
telah pecahkan emas tadi kepada kecil dan diedarkan kepada rakyatnya yang
miskin. Ulama cakap kemampuan yang Allah beri di zaman sahabat dan di zaman
kita adalah sama. Zaman sahabat dapat duit banyak guna untuk agama. Zaman ini
dapat duit banyak habiskan untuk kepentingan peribadi. Nikmat yang sama cuma
cara infakkan saja berbeza.
Ps: bosan? Ha ha
entri xda kias2.. padan muka.. siapa suruh baca..
13 Comments:
zaman ini duit byk dihabiskan utk kepentingan peribadi....setuju3, apalh nak jawab bila ditanya Allah nanti ...
syukran jazillan atas perkongsian,, realiti masa kini ,, benar agama hanya dijadikan sebagai adat bukan ibadat,, astaghfirullahalazimm,, moga kita semua diberi keampunan olehNYA,, sekdar pandangan,, salah silap harap dimaafkan coz I'M JUST A HUMAN,, moga thabat di jalanNYA ya akhi,,
mashaAllah...penulisan yg hebat
Terlalu banyak nikmat Allah kepada kita, namun acap kali kita lupa untuk mensyukurinya kerana menganggapnya biasa-biasa saja.
Cuba renungkan ujian2 Allah terkini yang di timpakan ini:-
1. Banjir besar di Thailand - sudah berbulan-bulan.
2. Gempa bumi di Turki - yg meragut banyak nyawa.
3. Ribut taufan yg melanda Filipina.
Kenapa agaknya kita masih tidak mahu bersyukur atas segala kesenangan dan kenikmatan yg Allah berikan kepada kita hingga ke saat ini?
sedangkan Abdurrahman bin auf si kaya raya yg menginfakkan harta di jalan Allah pun masuk syurga dgn merangkak...
T______________________T
MasyaALlah...
berapa banyak nikmat Allah yang kita lupakan.
semoga aku juga ada kekuatan untuk infak jalan Allah.
assalamualaikum.
~hee, tak berkias lagi bagus. makan dalam terus. kalau berkias, macam angin lalu je. :)
sangat suka bila encik kata 'bila nampak orang amal, dikata dia alim'. sekarang ni juga manusia banyak ambil kesempatan ke atas agama. Tu yang ibadat jadi adat. hmm.
thanks for sharing yep.
bila la nak ada pemerintah yang mcm saidina umar ziarah tu ye..pemerintah yang adil dinaungi arasy
terkedu . terima kasih wafi
norsha: ish2
tanpanama: gitulah akhir zaman..
anakpendang:biasa2 ja
SOT: x terkira nikmat Allah, tapi amalan boleh dikira.. isk..
mr ree: allahuakbar!
ismi: astaghfirullah
sar: sama2..
hidayatullah: bila semua orang Islam sudi buat pengorbanan untuk taat perintah Allah ikut sunnah nabi SAW..
daliahani: sama-sama kasih..
Ya Allah berikan aku ketaqwaan dan kesenangan di dunia dan akhirat amin
Salam..dimana nk cari guru agama yg btl2 mengajar agama islam?shaizra75@yahoo.com
seasonbet77 agen bola online
Seasonbet77 bonus depo awal 30%
eBET
Bandar Sbobet
Agen Sportbook
Bandar Judi
Agen Sbobet
Agen Bola
Bandar Bola
AgenSeasonbet77
Seasonbet77 bonus depo awal 30%
Post a Comment