(Dalam kehidupan pancaroba ini cuba ku cari perlindungan)
Satu hari nabi Isa as telah didatangi seseorang yang
memintanya mendoakan kepada Allah agar dia diberi satu mahabah(merujuk kepada
kehebatan Allah) sebesar zarah dari Allah.Maka nabi isa as berkata kamu tidak
akan mampu menampung kehebatan mahabah itu. Hati kamu akan hancur akibat
melihat mahabah itu.Maka orang ini meminta lagi agar diberikan separuh dari sebesar zarah itu. Maka Nabi Isa as pun berdoa untuk orang itu. Berlalulah nabi
Isa dari situ dan nabi Isa pun telah melupai tentang perkara itu.
Satu hari Nabi Isa teringat ehwal orang ini maka nabi Isa
telah mencari orang itu dan mendapati orang itu ada di sebuah gunung. Nabi Isa
pergi berjumpanya dan melihat orang itu sedang melihat ke arah langit tanpa
berkelip matanya langsung. Begitu rupanya hebatnya melihat separuh dari mahabah
yang dizahirkan Allah kepada orang itu.
Nabi Isa merupakan manusia yang termiskin di kawasannya. Dia
hanya ada sekeping kayu yang selalu dibawanya. Kayu digunakan sebagai
perlindungan dari matahari yang panas atau hujan yang turun. Satu ketika nabi
Isa telah berjumpa dengan orang tua yang xda apa-apa perkerjaan tapi ada
perlindungan iaitu rumah. Maka nabi mengadu pada Allah aku satu orang nabi xda
rumah tapi orang tua ni xda apa pekerjaan pun diberi perlindungan.
Maka Allah menjawab lebih kurang maksudnya kamu telah pun
mendapat perlindungan dengan rahmat dan keberkatan daripadaKu. Maka adakah ada
yang lebih berharga dari itu? Separuh dari saiz zarah mahabah Allah pun telah
diperlihatkan kepadamu melalui satu orang manusia.
Cuba kita bayangkan jika Allah zahirkan seluruh mahabahNya
kepada manusia? Bagaimana keadaan manusia?
Sudah tentu Allah xzahirkan kerana manusia sememangnya tidak
mampu pada ketika ini untuk diperlihatkan mahabah Allah. Manusia hari ini
mencari perlindungan selain dari Allah. Manusia rasa mereka telah cukup
perlindungan dengan mencipta rumah yang besar. Manusia rasa mereka telah cukup
perlindungan dengan kewangan yang cukup. Dalam masa yang sama menolak kehidupan
beragama.
Jika satu orang yang dapat duit pencen dan belanjankan untuk
buat rumah besar maka xda orang akan marah dia. Xda orang yang terkejut dan
berkata ‘wow dia habiskan duit dia buat rumah’. Ini kerana suasana yang
diwujudkan telah jadi biasa seperti ini.
Jika satu orang yang dapat duit pencen dan belanjakan untuk tujuan agama maka orang akan pelik dan berkata mesti ada sesuatu xkena dengan dia. Xda juga orang terkejut dan berkata ‘wow dia habiskan duit dia untuk kepentingan agama’.Ini kerana suasana sekarang xwujud sebegini.
Inilah hakikat kehidupan kita pada hari ini. Xkool langsung.
Orang Islam dikuasai xda sesiapa lagi kisah. Semua orang cuma kisah tentang
kehidupannya. Aku boleh hidup makan ada rumah ada bini cukup la. Tiada lagi
kehidupan beragama. Agama jadi macam adat. Bila nampak orang amal dikatakan orang ini alim. Saya x alim, saya xperlu buat. Macam adat orang kampung. Orang kampung, nenek ,tok nenek saya ja perlu buat, saya xperlu buat. Bila baca kisah sahabat nabi SAW adalah menjadi kebanggaan bila
orang habiskan duit dia untuk agama.
Satu ketika Umar telah pergi ziarah seorang gabenor di bawah
pemerintahan khalifah dan melihat kehidupannya begitu daif. Umar ra telah pulang dan menghadiah dinar
emas yang berharga lebih kurang setengah juta duit sekarang. Maka gabenor ini
telah pecahkan emas tadi kepada kecil dan diedarkan kepada rakyatnya yang
miskin. Ulama cakap kemampuan yang Allah beri di zaman sahabat dan di zaman
kita adalah sama. Zaman sahabat dapat duit banyak guna untuk agama. Zaman ini
dapat duit banyak habiskan untuk kepentingan peribadi. Nikmat yang sama cuma
cara infakkan saja berbeza.
Ps: bosan? Ha ha
entri xda kias2.. padan muka.. siapa suruh baca..