Ahad, 13 November 2011

Jihad atau perang?


Setiap penulisan,percakapan, ceramah disampaikan manusia ada salah silapnya. Maka kita janganlah terlalu kool membaca,mendengar dan terus percaya. Kita perlulah dengann koolnya rujuk kepada yang pakar. Misalnya orang sakit tapi xtahu sakit apa mereka jumpa doktor. Orang nak bina rumah dan xtahu nak buat rekabentuk rumah mereka jumpa arkitek atau perunding rekabentuk rumah. Orang yang xtahu bab komputer akan jumpa pakar-pakar komputer. Begitu jugalah agama haruslah kita rujuk alim ulama ustaz. Janganlah kita terlampau kool selalu percaya membuta tuli bila membaca di internet atau di mana-mana laman web atau blog termasuk blog aku. 
 
Satu ketika di satu zaman, orang islam pada permulaannya adalah golongan yang sangat sedikit. Mereka diherdik, dicaci dan dihalau oleh keluarga sendiri. Nabi SAW apabila mula bercakap tentang agama mentauhidkan Allah, orang pertama yang mengherdik dia ialah abu lahab bapa saudaranya sendiri telah mengherdiknya. Seluruh kaum arab mengherdik baginda.

Nabi terus bersabar dan yakin pasti agama yang disusah payah hari ini pasti akan tersebar satu hari nanti. Dalam perang badar nabi SaW dan para sahabat telah diuji dengan bilangan yang sedikit. Tapi dengan keyakinan dan iman yang betul mereka rela menggadaikan nyawa untuk agama. Apa motif mereka berperang? Sebenarnya mereka cuma ingin menyiasat dan menghalang rombongan abu sufian melalui persisiran madinah. Tapi abu sufian telah menulis surat ke mekah meminta tentera bantuan. Maka orang Islam seramai 313 orang telah pun telah bertembung dengan lebih kurang 1000 orang. 

Motif tentera dari mekah bukan lagi untuk melindungi rombongan abu sufian malahan ingin membunuh semua umat Islam. Nabi telah mengeluarkan perinta sesiapa yang rumahnya dekat sahaja boleh membuat perisiapan. Berkat doa dan yakin orang Islam yang betul maka orang Islam telah menang. Dalam perang ini membuktikan yakin, iman dan amal orang Islam itu penting untuk berjaya.

Dalam peperangan  uhud pula, orang islam telah diuji dengan ramai orang islam telah syahid dan nabi SAW cedera parah. Dalam peperangan ini umat Islam diuji sebegini kerana berlaku salah faham antara orang yang diperintahkan nabi supaya berkawal di bukit uhud. Ada sebahagian faham yang mana peperangan sudah habis dan mereka ingin turun bantu mengutip harta ghanimah. Ada sebahagian faham mereka tidak boleh turun selagi nabi x perintahkan. Maka disebabkan salah faham ini orang Islam telah diasak teruk. Dalam perang ini sebenarnya nak tarbiah orang Islam dalam sifat taat. Haruslah kita taat ketua-ketua kita yang taat perintah Allah.

Dalam peperangan hunain juga orang Islam diuji dengan kekalahan. Siri peperangan ini adalah antara peperangan dimana bilangan orang Islam lebih ramai. Disebabkan ada salah percakapan di antara orang Islam yang berkata ‘kita orang Islam sedikit pun boleh menang ininkan ramai.Disebab sedikit perkataan in Allah uji orang Islam dengan kekalahan.

Satu ketika zaman khalifah umar ra,  satu orang amir(ketua) telah membawa tentera islam dalam satu siri peperangan. Di medan perang bila pemanah orang kafir mula memanah. Tapi amir ini masih lagi tidak mengeluarkan arahan. Maka tumbanglah beberapa orang Islam di barisan depan. Selepas beberapa ketika baru amir ini memutuskan untuk mula menyerang. Mereka telah menang dalam peperangan ini. Apabila pulang umar ra telah memanggil amir ini untuk ambil laporan. Apabila diambil laporan umar ra telah bertanya kepada amir ini mengapa dia lewat mengeluarkan arahan. Amir ini menjawab aku beri arahan apabila sudah terbau bantuan Allah. Jika aku mulakan peperangan sebelum ada bantuan Allah maka jika kami menang sekalipun ia tiada maknanya.

Jadi apa bezanya perang atau jihad?

Jihad itu ialah bilamana ada bantuan Allah. Dan bantuan Allah itu hadir bilamana umat Islam beramal dengan cara yang betul. Bilaman umat Islam menyukakan Allah dan secara beramai-ramai hinggakan orang kenal pakaian orang Islam, ibadah orang islam, akhlak orang islam, cara berurusniaga orang Islam, cara bermasyarakat orang Islam dan kehidupan orang Islam. Bila ada yang nak menentang maka bila orang Islam berperang akan ada bantuan Allah. Jika ada bantuan Allah siapa yang dapat halang?

Perang ialah bagaimana kita nak menang. Orang Islam berperang bukan untuk menang. Tapi untuk meninggikan kalimah Allah. Jika menang, orang Islam tawan dan boleh sebarkan agam di tempat tersebut dan dapat harta ghanimah. Jika kalah orang Islam mati syahid dapat jaminan syurga Allah.
Satu ketika Khalid Al-Walid bawa tentera masuk ke sebuah kota selepas subuh dan terus berjaya menguasai kota itu tanpa pertumpahan darah. Tiba-tiba ada orang dari kota itu bersuara ‘tidakkah nabi kamu ajar kepada kamu 3 perkara sebelum kamu tawan sesebuah kota? 

1.dakwah kepada Islam dan beri masa 3 hari
2. enggan maka diminta bayar jizyah
3.enggan juga maka berperang dan jika menang dapat tawan kota itu.

Maka berhamburan lah airmata Khalid al-walid dan tentera islam pun menangis teringatkan kata-kata nabi itu. Khalid al walid telah memerintahkan agar tenteranya berundur keluar dari kota itu. Lalu ada seorang dari kota itu berkata ‘jika beginilah orang yang ingin tawan kamu maka biarkanlah mereka menawan kamu’.

Ps: Dalam kita rasa nak perjuangkan agama rupanya banyak benda yang telah kita langgar. Perjuangkanlah agama dengan agama. Jangan perjuangkan mengikut nafsumu. Ajaklah orang islam kearah kebaikan, sesungguhnya mereka dipilih menjadi Islam kerana ada sesuatu yang istimewa pada diri mereka berbanding orang yang bukan Islam. Berlemah lembut lah dalam ajakanmu. Sungguh hati yang keras jika digunakan benda yang keras juga maka patahla ia. Kah kah berpuisi pulak aku.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Perlindungan


(Dalam kehidupan pancaroba ini cuba ku cari perlindungan)

Satu hari nabi Isa as telah didatangi seseorang yang memintanya mendoakan kepada Allah agar dia diberi satu mahabah(merujuk kepada kehebatan Allah) sebesar zarah dari Allah.Maka nabi isa as berkata kamu tidak akan mampu menampung kehebatan mahabah itu. Hati kamu akan hancur akibat melihat mahabah itu.Maka orang ini meminta lagi agar diberikan separuh dari sebesar zarah itu. Maka Nabi Isa as pun berdoa untuk orang itu. Berlalulah nabi Isa dari situ dan nabi Isa pun telah melupai tentang perkara itu.

Satu hari Nabi Isa teringat ehwal orang ini maka nabi Isa telah mencari orang itu dan mendapati orang itu ada di sebuah gunung. Nabi Isa pergi berjumpanya dan melihat orang itu sedang melihat ke arah langit tanpa berkelip matanya langsung. Begitu rupanya hebatnya melihat separuh dari mahabah yang dizahirkan Allah kepada orang itu.

Nabi Isa merupakan manusia yang termiskin di kawasannya. Dia hanya ada sekeping kayu yang selalu dibawanya. Kayu digunakan sebagai perlindungan dari matahari yang panas atau hujan yang turun. Satu ketika nabi Isa telah berjumpa dengan orang tua yang xda apa-apa perkerjaan tapi ada perlindungan iaitu rumah. Maka nabi mengadu pada Allah aku satu orang nabi xda rumah tapi orang tua ni xda apa pekerjaan pun diberi perlindungan.
Maka Allah menjawab lebih kurang maksudnya kamu telah pun mendapat perlindungan dengan rahmat dan keberkatan daripadaKu. Maka adakah ada yang lebih berharga dari itu? Separuh dari saiz zarah mahabah Allah pun telah diperlihatkan kepadamu melalui satu orang manusia.

Cuba kita bayangkan jika Allah zahirkan seluruh mahabahNya kepada manusia? Bagaimana keadaan manusia?

Sudah tentu Allah xzahirkan kerana manusia sememangnya tidak mampu pada ketika ini untuk diperlihatkan mahabah Allah. Manusia hari ini mencari perlindungan selain dari Allah. Manusia rasa mereka telah cukup perlindungan dengan mencipta rumah yang besar. Manusia rasa mereka telah cukup perlindungan dengan kewangan yang cukup. Dalam masa yang sama menolak kehidupan beragama.

Jika satu orang yang dapat duit pencen dan belanjankan untuk buat rumah besar maka xda orang akan marah dia. Xda orang yang terkejut dan berkata ‘wow dia habiskan duit dia buat rumah’. Ini kerana suasana yang diwujudkan telah jadi biasa seperti ini.

Jika satu orang yang dapat duit pencen dan belanjakan untuk tujuan agama maka orang akan pelik dan berkata mesti ada sesuatu xkena dengan dia. Xda juga orang terkejut dan berkata ‘wow dia habiskan duit dia untuk kepentingan agama’.Ini kerana suasana sekarang xwujud sebegini.

Inilah hakikat kehidupan kita pada hari ini. Xkool langsung. Orang Islam dikuasai xda sesiapa lagi kisah. Semua orang cuma kisah tentang kehidupannya. Aku boleh hidup makan ada rumah ada bini cukup la. Tiada lagi kehidupan beragama. Agama jadi macam adat. Bila nampak orang amal dikatakan orang ini alim. Saya x alim, saya xperlu buat. Macam adat orang kampung. Orang kampung, nenek ,tok nenek saya ja perlu buat, saya xperlu buat. Bila baca kisah sahabat nabi SAW adalah menjadi kebanggaan bila orang habiskan duit dia untuk agama.

Satu ketika Umar telah pergi ziarah seorang gabenor di bawah pemerintahan khalifah dan melihat kehidupannya begitu daif.  Umar ra telah pulang dan menghadiah dinar emas yang berharga lebih kurang setengah juta duit sekarang. Maka gabenor ini telah pecahkan emas tadi kepada kecil dan diedarkan kepada rakyatnya yang miskin. Ulama cakap kemampuan yang Allah beri di zaman sahabat dan di zaman kita adalah sama. Zaman sahabat dapat duit banyak guna untuk agama. Zaman ini dapat duit banyak habiskan untuk kepentingan peribadi. Nikmat yang sama cuma cara infakkan saja berbeza.

Ps: bosan? Ha  ha entri xda kias2.. padan muka.. siapa suruh baca..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pengembaraan Upin dan Ipin


Buat sekian lamanya aku telah meninggalkan jejak blogku ini. Oh dah lama rasanya papan kekunci tidak ditekan untuk menulis coretan di blogku yang usang ini. Bakat menulis pun telah berkarat. Cis! Ha ha. Beberapa kurun lalu aku Upin dan brader aku Ipin telah pergi mengembara. Kami telah pergi dengan teman-teman kami yang lain buat mengisi masa lapang di kala umur masih ada.Dalam perjalanan tu aku dan brader aku ipin dan teman-teman yang lain telah berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Kebanyakan orang ialah hero-hero yang selalu dikenali di kaca tv.

Hero yang pertama dijumpai ialah superman. Maka brader aku ipin telah bertanya kenapa kau bodoh sangat pakai underwear kat luar? Maka superman menjawab ‘aku bodoh pun orang Islam tengok juga aku wakakakaka’. Aku tunjuk budaya aku dekat korang, korang tiru juga. Aku hidup gaya bebas korang pun tiru juga. Aweks2 aku pakai seksi korang pun tiru juga. Aku buat maksiat pun korang tiru juga. Sebab apa? Sebab aku hero di kaca mata tv.

Seterusnya kami telah berjumpa spiderman. Maka mat din membe aku telah bertanya kepada dia. Eh spiderman kau kan mencegah kemungkaran macam kes rogol semua tu, kenapa kau x guna ja sarang labah2 kau tu tampal ja perempuan2 yang xtutup aurat tu? Maka spiderman gelak berdekah-dekah sambil menjawab ‘bongok la mu ni, aku spiderman bukan orang Islam, lantak aku la. Diorang buat kejahatan aku cegah la, buat apa aku nak buat benda baik. Kalau semua orang jadi baik siapa na kjadi hero. Yer dak?

Seterusnya kami berjumpa dengan ultraman. Maka aku telah bertanya ‘eh kenapa raksasa semua datang kat jepun ja? Orang jepun ni jahat2 kah sampai bala asyik turun kat jepun ja?’. Maka ultraman yang mulutnya xboleh nak buka pun bersuara ‘mana bala xturun sini, ce try tengok apa orang jepun buat, asyik terkejar-kejar dunia kerja siang malam, raksasa turun la musnahkan sikit. Diorang asyik sangat bina bangunan hebat-hebat sampai terlupa pada pencipta mereka yang maha hebat.

Lalu kami berjalan lagi dan berjumpa dengan seorang manusia. Dia memang kool. Di mulutnya sering terkeluar perkataan yang baik. Begitu mulia akhlaknya. Begitu tawaduk gayanya. Seringkali memuji pencipta yang maha Esa. Terasa tenang bila mendengar dia bercakap. Terasa gerun dengan kebesaran ilahi mendengar percakapannya. Manusia ni namanya ‘mukmin’. Dia berjumpa manusia sering mengaitkan segalanya dengan kehebatan ilahi. Dia lah hero yang sebenar yang kita perlu cari. Kat mana nak cari? Cari lah dalam diri sendiri. Bentuklah akhlak mulia dalam diri sendiri dan ajaklah orang untuk berbuat juga kebaikan. Di akhir pengembaraan ni aku telah buat kesimpulan perkara yang penting ialah akhlak mulia dan sabar. Sedikit pelajaran sabar aku belajar dari pengembaraan ini.

Ps: orang yang sabar adalah orang paling beruntung kerana dia kelihatan kool selalu. Betul betul betul!

Rabu, 13 Julai 2011

Kesedaran

Eh dah lama aku tak update blog. Ha ha ha. Setiap orang ada kesibukan masing-masing. Ada yang sibuk dengan pelajarannya. Ada yang sibuk dengan perniagaannya. Ada yang sibuk dengan kajiannya. Ada yang sibuk dengan bercintanya. Ada yang sibuk dengan politiknya. Sebaik-baik sibuk adalah sibuk dalam agama dan urusan untuk majukan agama. Yer dok? Dunia kan sementara. 1 hari di akhirat seribu tahun di dunia. Ditakdirkah Allah jika hidup 100 tahun maksudnya di akhirat cuma 2.4 jam saja nilai kehidupan dunia yang kita terkejar-kejar. Aku sibuk dengan apa? Disebabkan aku sibuk dengan urusan duniawi maka tak sempat nak update blog. Oh! Blog urusan apa? 

Sedar x sedar dah bulan 7 dah. Baru rasa sambut new year kelmarin. Sekejap ja kan. Dunia kan sementara, akhirat selamanya. Semenjak aku berkawan dengan pokcik-pokcik dan abe-abe hensem yang banyak ajar aku nilai kehidupan dunia, aku mula tersedar, rupanya banyak masa telah berlalu dengan sia-sia. Di hari akhirat akan ada soalan-soalan killer dan antara soalan itu ialah dimana masa muda dihabiskan? Di mana umurmu dihabiskan? Oh! Bagaimana nak jawab soalan ini? Mari kita renung sama-sama.

Sejak kita dalam perut ibu kita, bagaimana kita dijadikan dari setetes air mani, kemudian lahir sebesar lengan, kemudian membesar sebesar ibu kita. Oh berapa banyak nikmat yang Allah telah dianugerah pada kita? Berapa banyak kita bersyukur? Berapa banyak perintah Allah kita telah laksanakan? Berapa banyak larangan Allah yang kita dah terlanggar atau sengaja langgar. Oh! Dan sedarkah kita nikmat yang paling besar sekali ialah nikmat agama. 

Ditakdirkan Allah satu manusia lahir dalam keadaan kafir dan mati dalam keadaan kafir. Apa akan jadi pada orang kafir ini? Bila masuk dalam alam barzakh tidak akan ada soalan lagi bagi sikafir ini, lantas dilemparkan 99 ekor ular yang mana bisanya jika satu percikan saja dilepaskan ke dunia nescaya xkan ada hidupan akan hidup. Dan salah siapa orang kafir ini mati dalam keadaan kafir?

Kita sibuk asyik nak tuntut hak itu, hak ini sampai terlupa kita perlu jaga diri kita. Perbetulkan diri kita dan perlu ajak orang terdekat sama-sama perbetulkan diri. Akhlak dan amalan orang Islam x betul, bagaimana orang kafir nak tertarik kepada Islam? Orang Islam pun sibuk nak buat apa yang orang kafir buat. Sibuk kejar dunia sampai agama tinggal tunggang langgang. Sibuk nak tegakkan keadilan sedangkan nilai agama terus luntur. Bagaimana keadilan nak ditegakkan jika xdapat bantuan dari Allah? Kita sibuk dengan hal itu dan ini, siapa nak sukakan Allah? Siapa nak berlumba-lumba cari keredhaan Allah? Nak tinggal pada ustaz-ustaz sahaja? Adakah orang macam aku yang bukan ustaz xkan masuk kubur?

Satu orang Islam bila masuk dalam kubur maka akan ada satu soalan iaitu ‘siapa saudaramu?’. Bagaimana nak jawab yang saudara kita Islam? sedangkan didunia xpernah kita mengingatkan saudara kita tentang pentingnya agama. 

Dunia masih wujud kerana masih ada orang Islam. Apa yang terjadi didunia adalah kerana 
amalan-amalan orang Islam. Jika disingkapkan sejarah, di zaman sahabat, amalan mereka betul, maka Allah tundukkan dunia pada mereka. Kenapa? Kerana amal mereka betul dan mereka berlumba-lumba mencari keredhaan Allah. Mereka bersegera pada rahmat Allah. Mereka tidak berlumba-lumba membina dunia. Sehingga ketika rom dan parsi jatuh, harta ghanimah melimpah-limpah masuk ke bumi makkah madinah. Diceritakan satu hari seorang sahabat berjalan untuk solat subuh dan tersepak satu benda keras. Bila balik dari solat, dia tersepak benda yang sama. Rupa-rupanya benda keras itu ialah takhta raja rom yang bertatah emas permata. Kenapa jadi sedemikian? Kerana amal mereka betul. Mereka telah berjaya buang cinta dunia dan masukkan kebesaran Allah dalam hati mereka. 

Di zaman ini sememang orang akan cakap ‘xmungkin kita akan dapat contohi sahabat2 nabi’. Adakah kita nak putus asa dan xmahu langsung belajar-belajar mencontohi mereka?  Tidak sama sekali! Selagi dunia xkiamat maka kita perlu usaha untuk contohi mereka-mereka yang telah berjaya. Iaitu golongan muhajirin dan ansar, golongan sahabat-sahabat nabi.

Atas berkat doa semua orang yang mendoakan aku, maka insyaallah aku akan berangkat untuk pergi mengembara. Mengembara untuk belajar-belajar bagaimana nak masukkan agama dalam kehidupan sebelum aku pergi bertemu dengan tuhan sekalian alam untuk teruskan kehidupan sebenar iaitu kehidupan akhirat. Terima kasih buat mereka yang mendoakan aku. Moga semua diberi kefahaman agama. Maaf dipinta jika ada entri yang menyakitkan sesiapa. Sungguh itu kesilapan aku yang masih jahil. Oh! 

Terimalah...
(ikut rentak lagu hujan.. lol hampeh ada lagu pula)
Chorus
Bila aku sudah tiada, simpan semua entriku,
ambil kebaikan saja.
Dunia hanya sementara,
bila kita mati nanti kita kan kekal abadi.
-------------
Pagi itu subuh seperti biasa, tidur yang lena wajib dikorbankan.
Ambil wuduk, segera bersolat, bukalah hatimu segera berdoa.
Siapa yang sangka, bila tiba masa kita untuk pergi selamanya.
Memang xleh duga, kerna kematian itu tiada tetapan tarikhnya.
-------------
Chorus
-------------
Gelak tawa sila kurangkanlah, sebelum kita xboleh ketawa
Alangkah indahnya jika kita mati dalam iman betul.
Siapa yang sangka, bila tiba masa kita untuk pergi selamanya.
Memang xleh duga, kerna kematian itu tiada tetapan tarikhnya.
------------
Chorus...

Ps: belajarlah amal agama yang sempurna, sebelum tiada masa lagi untuk kita berubah. Esok lusa mungkin hari kematian kita. Dunia sementara, akhirat selamanya.Siapa nak pergi mengembara juga bolehlah pergi perhimpunan. Ops! Perhimpunan ni dibuat tiap-tiap minggu di masjid berkenaan untuk sesiapa yang sudi belajar-belajar untuk mengembara(lelaki saja okeh, perempuan kena suruh suami korang pergi mengembara dulu). Nak tahu lebih lanjut? belajar-belajar la solat berjemaah di masjid 5 waktu, Insyaallah dibukakan jalan. "Sesiapa yang berhasrat untuk menemui Allah sebagai orang Islam maka hendaklah dia memelihara solah-solah fardhu di tempat azan dilaungkan. Allah SWT telah mensyariatkan untuk nabi kamu jalan-jalan petunjuk dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan-jalan petunjuk itu..." (petikan hadis)

ps: berhenti menulis untuk pergi mengembara. Jika masih kembali dalam keadaan bernyawa dan diberi idea-idea untuk menulis maka ada lah entri baru. Kalau xda pun xda siapa yang kisah pun kan. Saja mengasah bakat menulis, dulu time sekolah rendah suka tulis karangan autobiografi. Ha ha ha.

Isnin, 20 Jun 2011

Gusti dengan syaitan.

(situasi direka oleh penulis untuk menggambarkan peristiwa)

Situasi 1
Mat Jo seorang mat rempit. Di waktu malam Mat Jo akan merempit bersama rakan serempitnya. Mat Jo memang juara. Mat Jo selalu menang bila lumba dengan mana-mana orang. Satu hari Mat Jo telah dikejar oleh kenderaan berlampu biru. Dengan kepakaran Mat Jo, Mat Jo berjaya meloloskan diri dari kenderaan berlampu biru dengan menyelit di celahan kenderaan. Tiba-tiba sebuah kereta brek dengan mengejut mengakibatkan keadaan genting lalu Mat Jo terus menarik brek tangan sampai terangkat tayar belakang terangkat dari lantai jalan akibat brek dalam keadaan mengejut dan Mat Jo dengan kepakaran rempitnya berjaya mengawal motosikalnya supaya stabil, tayar belakang lantas jatuh ke lantai jalan kembali. Lalu Mat Jo pun berkat ‘ NASIB baik aku tekan brek cepat dan NASIB baik aku rempit yang kool belajar skill angkat tayar belakang’.

Situasi 2
Mat Din seorang yang bercita-cita tinggi. Dia selalu mengidamkan kehidupan yang kaya dan kool. Satu hari ada seorang membe dia datang dan promosi satu jenis perniagaan. Perniagaan ni perlu keluar modal dan perlu cari orang. Mat Din nampak ini peluang yang sangat terbaik lalu Mat Din pun terus melabur.  Lalu Mat Din pun melabur dan mula mencari orang dan mempromosi dengan cara yang sama membe dia promosi. Semakin ramai orang masuk perniagaan ini dan Mat Din semakin kaya. Mat Din berasa seolah-olah dia telah berjaya. Akhirnya perniagaan yang dimasuki Mat Din telah bankrap dan ditutup. Ramai orang yang Mat din promosikan perniagaan in mencari mat din ingin menuntut rugi. Mat din jadi pening kepala. Kereta mewahnya terpaksa digadai. Rumah terpakda dipajak. Dia pun mengeluh ‘KALAU lah aku xsertai perniagaan ini dulu.’ Oh!

Situasi 3

Pak Abu seorang peniaga yang berjaya. Dia membuka perniagaan makanan sejak dari zaman muda. Perniagaannya sangat berjaya. Bila tiba waktu makan tengahari orang datang berbondong-bondong ke restoran beliau. Beliau tersenyum lebar melihat orang datang berbondong-bondong ke restorannya. Dulu kehidupan beliau begitu susah. Beliau hidup dalam susah payah terpaksa bangun awal pagi untuk persiapan masak. Sekarang sudah ramai pekerja-pekerja. Pak Abu hanya tunggu duit datang di kaunter bayaran. Satu hari abang Pak Abu, pak seman berjumpa dengan Pak Abu dan menasihati Pak Abu. Pak Abu yang begitu lalai dengan perniagaannya selalu melewatkan solat zohor dan kadang-kadang terpaksa diqada. Pak Seman menasihati Pak Abu dengan baik dan mengingatkan Allah yang memberi rezeki jadi jangan risau sangat kalau nak tinggal perniagaan sekejap untuk solat. Pak Abu menjawab ‘memang la Allah bagi rezeki TAPI kita kena usahakan’. Pak seman pun pulang dengan hampa kerana nasihat yang baik tidak diambil iktibar.


Dalam situasi pertama, Mat Jo telah menggunakan perkataan ‘nasib’ apabila dia selamat. Perkataan ini membuka lalu kepada syaitan untuk menjatuhkan kepercayaan Mat Jo. Perkataan nasib boleh diubah kepada ‘alhamdulillah’.
Dalam situasi kedua Mat Din telah menggunakan perkataan ‘kalau’ setelah ditimpa musibah. Perkataan dia boleh diubah dengan istigfar banyak2 kerana kemungkinan ada kesilapan dia yang menyebabkan hartanya tidak berkat dan telah tersalah labur ke arah yang salah.

Dalam situasi ketiga Pak Abu telah menggunakan perkataan ‘tapi’ untuk mengelak dari berbuat baik. Perkataan ini memang xsepatut diguna untuk mengelak dari berbuat baik. Sepatutnya Pak Abu menerima teguran Pak Seman dan berusaha untuk buat perkara yang baik itu.

Dari situasi di atas ada tiga perkataan iaitu TAPI KALAU NASIB. Tiga perkataan ini sangat-sangat disukai syaitan kerana ia dapat membuka laluan kepada syaitan untuk merosakkan yakin kita kepada Allah. Kita sebagai manusia yang begitu istimewa dan dilahirkan sebagai orang Islam xkan nak biar ja syaitan merosakkan yakin kita. Jadi perlulah kita usahakan perbetulkan percakapan kita agar tidak menggunakan perkataan ini. Satu orang sahabat nabi lihat awan mendung berkata ‘hari akan hujan’. Maka rasululllah SAW menegur yang percakapan sahabat tadi boleh merosakkan iman beliau. Nampak begitu ringan tapi kesan begitu mendalam jika percakapan kita rosak. Segala-gala perintah Allah akan jadi berat jika kita tidak berusaha untuk betulkan yakin kita kepada Allah.

Selasa, 7 Jun 2011

Kenapa lelaki perlu ke pasar?

(merujuk kepada pasar menjual ikan, ayam, sayur dan sebagainya atau lebih senang disebut market)

Bayangkan sekumpulan kanak-kanak sedang duduk di satu tempat dalam bentuk bulatan. Di tengah bulatan itu ada satu periuk buruk dan di keliling periuk itu ada batu-batu, daun-daun dan sebagainya. Maka ada seorang dari mereka memulakan aktiviti dengan mula memasukkan batu dan daun dalam periuk buruk itu sambil mengacau dengan sebatang kayu. Sambil mengacau dia ni pun berceloteh ala-ala chef dalam televisyen tu. Selesai aktiviti memasak itu tukang masak ni pun membahagi ‘makanan’ yang dimasak kepada kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak lain pun pura-pura mencuba sambil bercoleteh macam juri pertandingan masakan. Ha ha ha seronok tengok kanak-kanak main masak-masak. Aku tahu korang pun pernah buat kan zaman kanak-kanak dulu?! Aku xpernah bro! Aku kool kot zaman kanak-kanak. Ha ha ha


Sejak melepak dengan pokcik-pokcik dan abang-abang yang selalu lepak masjid maka ada la masa kadang-kadang akan ada aktiviti masak-masak. Ini bukan main masak-masak macam kanak-kanak tu tapi ni betul-betul punya masak. Jadi bila nak masak mesti la nak kena pergi pasar. Macam biasa kami akan melantik dua orang tukang masak dan satu hari tu aku dan chef terbilang Pak Cik Hensem telah dilantik. Setelah ditabalkan sebagai chef kami pun bergerak ke pasar dengan membonceng motosikal aku yang bukan kawasaki ninja itu.(moto kapcai ja brader!)


Sebelum ke pasar kami telah merancang untuk beli barang untuk dimasak. Kena merancang bro nanti pergi pasar habis satu pasar nanti dibeli. Ha ha ha. Sesampai di pasar macam biasa baca doa sebelum masuk pasar dulu lepas tu terus bergegas ke pasar dan mencapai barang-barang yang hendak dibeli.

Aku yang xpernah ke pasar pun telah banyak belajar dari sifuku pokcik hensem dalam mengenalpasti ikan-ikan yang hensem dan kool untuk dibeli. Antara cara-cara tengok ikan yang hensem dan kool ialah dengan melihat dibawah insangnya dan tengok mata dia. Kalau mata dia macam orang xtidur sebulan tu maksudnya dah lama makhluk ni arwah dan lama dah terperuk di kutub utara. Dibawah insang pula kita tengok kalau warnanya masih kemerahan tu maksudnya dia baru ja arwah(fresh lagi la tu, boleh la angkat)

Di pasar disamping lihat muka ikan-ikan yang hensem dan kool maka banyak lagi lah pemandangan yang terlihat. Antaranya ialah mokcik-mokcik yang datang pasar sorang lepas tu bukan sahaja membeli dan membelah tapi banyak pulok sembang dengan pokcik-pokcik kat market tu. Lepas tu kat pasar ni banyak air di lantai, jadi mokcik-mokcik dan kakak-kakak yang datang xkan nak pakai kain jubah labuh ke bawah yer dok? Jadi banyak lah perkara-perkara yang xpatut ditayang terpaksa tertayang(ayat pelik).

Banyaklah pemandangan yang xsepatutnya terlihat dah jadi terlihat. Maka perlu lah banyak beristigfar. Sian pokcik-pokcik yang duk berniaga ikan. Kalau xbersembang dituduh sombong pula dan xda semangat satu Malaysia pulok, ha ha ha. Bersembang dengan bukan muhrim tambah-tambah lagi bini orang apa hukumnya ey? Korang bijak korang boleh tanya dengan ustaz. Tapi bagi aku ini ialah satu perkara yang x baik. Xtahu la aku kalau ada fatwa boleh bersembang dengan pokcik jual ikan. Wauallahulam.

Jadi apa nak buat brader?

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah lelaki kena la belajar-belajar pergi ke pasar dan belajar teknik-teknik membeli ikan, ayam, sayuran, rempahan dan sebagainya. Lagipun lelaki kalau ikut sunnah kena pakai seluar atau kain atas lutut yer dok? Jadi xjadi masalah bila pergi pasar yang penuh dengan air ikan. Lagi satu lelaki yang pergi pasar juga perlu belajar teknik masuk pasar seperti doa masuk pasar. Kat pasar bukan semua pokcik jual ikan tapi ada juga mokcik dan amoi yang jual ikan. Jadi lelaki bincang la dengan bini dulu nak beli apa lepas tu pergi beli cepat-cepat boleh balik masak dengan bini. Yer dok? Jangan duk mengurat mokcik atau amoi dekat pasar pulok. Bini kat rumah siapa nak ngurat? Ha ha ha.

Jumaat, 27 Mei 2011

Aku ditegur!

Dik, belajar mana cara ambil wuduk? (xkan nak jawab belajar masa sekolah dulu kan,maka aku pun jawab…) Err.. salah kah pokcik cara saya berwuduk? Kalau salah tolong betulkan. 

(aku jarang ambil wuduk sebegini, cuma dekat masjid tu ada satu paip air ni terlalu rendah posisi menyebabkan cara aku ambil wuduk tu salah)

Maka pokcik ni pun menerangkan gaya air mesti mengalir ke bawah. Air mesti mengalir ke bawah dan xboleh sapu air ke atas. 

(bayangkan seorang pemuda dan paip air yang  lebih rendah dari lutut sambil meletak tangan berdekatan paip dan jari menunjuk kearah tanah sambil air mengalir ke bawah dan pemuda menyapu air dari jari ke siku.)

Tq pokcik!

Bukan aku nak bincangkan hal ambil wuduk tu, kerana aku masih jahil bab-bab hukum hakam dan ini bukan blog agama bincang hukum hakam. Aku masih belajar-belajar tapi aku nak bincangkan budaya manusia yang xsuka ditegur. Perasan betul, perasan hebat, perasan ilmu dah penuh di dada. Jika ada perasaan ni maka aku dan korang kena istigfar banyak-banyak. Bila ada orang tegur kita maka jangan perasan betul dan cakap terima kasih dengan muka senyum kool. Ikhlas atau x itu soal hati, cewah! Kalau bab hukum hakam lepas korang kena tegur pergi la cari guru-guru agama dan bertanya untuk dapat penjelasan lebih lanjut. Berbeza ilmu yang dapat disebabkan kita kena tegur dari kita pergi menuntut ilmu tu dengan berjumpa dengan guru-guru agama. Berjumpa secara nyata, muka ke muka hati ke hati. Ha ha ha.

Bagaimana pula nak tegur?

Bila kita nampak orang buat salah dalam hukum hakam atau apa-apa hal maka kita perlu cari cara yang paling berhikmah untuk tegur dia. Jangan ditegur dalam keadaan yang akan memalukan orang tersebut. Contohnya ada satu orang buat salah secara terbuka dan semua orang nampak lepas tu kita pergi tegur pun secara terbuka dan semua orang dengar. Ini cara yang memang xberhikmah. Habis tu apa kaedah bro?

Kaedahnya ialah kita perlu tenangkan jiwa kita terlebih dulu. Jangan ada perasaan marah ketika nak tegur,istigfar sebanyak  mungkin sebelum korang cari jalan untuk tegur dengan paling berhikmah.Jangan tegur di khalayak ramai dan susun ayat yang terbaik agar xterluka hati yang ditegur. Bayangkan orang yang korang nak tegur tu ialah diri korang sendiri dan apa ayat yang korang paling suka jika orang nak tegur korang.

Kalau orang lebih tua dari kita?

Kalau orang lebih tua dari kita maka lebih baiknya kita jangan tegur. Habis tu nak biarkan ja bro? Bukan biarkan tapi agak sukar nak tegur orang yang lebih tua dari kita ni. Jadi langkah pertama ialah doakan dia. Jangan tegur ketika dia buat salah. Biar keadaan macam kool seketika pastu korang pergi sembang-sembang bagi dia kool pastu pandai-pandai korang selitkan teguran dalam sembang kool korang tu.

Macam kisah hasan dan husin cucu nabi tu. Ada seorang tua ada kesilapan semasa berwuduk. Hasan dan husin ingin menegur tapi xberapa sesuai dengan umur mereka. Maka hasan dan husin pergi duduk sebelah pokcik ni dan buat2 bergaduh pasal wuduk. Hasan dan husin pun menyoal pokcik tu. Pokcik ni yang ragu-ragu terus berjumpa nabi dan masalah pun selesai. Kool kan?

Kesimpulannya dalam hidup sentiasalah membuka dada(baca:bersifat terbuka) dan bersedia menerima teguran dari sesiapa pun xkisah orang lebih muda atau tua dari kita. Jika melibatkan hukum hakam xperlu gaduh-gaduh dengan orang yang ditegur, kita pergi rujuk ustaz dan perbetulkan apa yang salah. Jika ditegur tentang kesilapan dalam hidup kita maka terima dengan senyuman manis dan perbetulkan apa yang patut. Bila nak tegur orang perlulah berhati-hati sebelum kita menegur. Risau jika disebabkan teguran kita orang tersebut lebih jauh dari agama. Aku masih belajar-belajar nak sampaikan teguran atau pendapat secara berhikmah dan belajar menerima teguran dengan senyuman terima kasih. Doakan aku.

ps: kalau kena tegur jangan lari xpergi masjid pula lepas tu. Sebelum mulakan hari kita, niat dalam hati aku ingin belajar ya Allah, ajar aku ya Allah. Maka insyaallah korang akan lebih kool bila ditegur.