Isnin, 20 Jun 2011

Gusti dengan syaitan.

(situasi direka oleh penulis untuk menggambarkan peristiwa)

Situasi 1
Mat Jo seorang mat rempit. Di waktu malam Mat Jo akan merempit bersama rakan serempitnya. Mat Jo memang juara. Mat Jo selalu menang bila lumba dengan mana-mana orang. Satu hari Mat Jo telah dikejar oleh kenderaan berlampu biru. Dengan kepakaran Mat Jo, Mat Jo berjaya meloloskan diri dari kenderaan berlampu biru dengan menyelit di celahan kenderaan. Tiba-tiba sebuah kereta brek dengan mengejut mengakibatkan keadaan genting lalu Mat Jo terus menarik brek tangan sampai terangkat tayar belakang terangkat dari lantai jalan akibat brek dalam keadaan mengejut dan Mat Jo dengan kepakaran rempitnya berjaya mengawal motosikalnya supaya stabil, tayar belakang lantas jatuh ke lantai jalan kembali. Lalu Mat Jo pun berkat ‘ NASIB baik aku tekan brek cepat dan NASIB baik aku rempit yang kool belajar skill angkat tayar belakang’.

Situasi 2
Mat Din seorang yang bercita-cita tinggi. Dia selalu mengidamkan kehidupan yang kaya dan kool. Satu hari ada seorang membe dia datang dan promosi satu jenis perniagaan. Perniagaan ni perlu keluar modal dan perlu cari orang. Mat Din nampak ini peluang yang sangat terbaik lalu Mat Din pun terus melabur.  Lalu Mat Din pun melabur dan mula mencari orang dan mempromosi dengan cara yang sama membe dia promosi. Semakin ramai orang masuk perniagaan ini dan Mat Din semakin kaya. Mat Din berasa seolah-olah dia telah berjaya. Akhirnya perniagaan yang dimasuki Mat Din telah bankrap dan ditutup. Ramai orang yang Mat din promosikan perniagaan in mencari mat din ingin menuntut rugi. Mat din jadi pening kepala. Kereta mewahnya terpaksa digadai. Rumah terpakda dipajak. Dia pun mengeluh ‘KALAU lah aku xsertai perniagaan ini dulu.’ Oh!

Situasi 3

Pak Abu seorang peniaga yang berjaya. Dia membuka perniagaan makanan sejak dari zaman muda. Perniagaannya sangat berjaya. Bila tiba waktu makan tengahari orang datang berbondong-bondong ke restoran beliau. Beliau tersenyum lebar melihat orang datang berbondong-bondong ke restorannya. Dulu kehidupan beliau begitu susah. Beliau hidup dalam susah payah terpaksa bangun awal pagi untuk persiapan masak. Sekarang sudah ramai pekerja-pekerja. Pak Abu hanya tunggu duit datang di kaunter bayaran. Satu hari abang Pak Abu, pak seman berjumpa dengan Pak Abu dan menasihati Pak Abu. Pak Abu yang begitu lalai dengan perniagaannya selalu melewatkan solat zohor dan kadang-kadang terpaksa diqada. Pak Seman menasihati Pak Abu dengan baik dan mengingatkan Allah yang memberi rezeki jadi jangan risau sangat kalau nak tinggal perniagaan sekejap untuk solat. Pak Abu menjawab ‘memang la Allah bagi rezeki TAPI kita kena usahakan’. Pak seman pun pulang dengan hampa kerana nasihat yang baik tidak diambil iktibar.


Dalam situasi pertama, Mat Jo telah menggunakan perkataan ‘nasib’ apabila dia selamat. Perkataan ini membuka lalu kepada syaitan untuk menjatuhkan kepercayaan Mat Jo. Perkataan nasib boleh diubah kepada ‘alhamdulillah’.
Dalam situasi kedua Mat Din telah menggunakan perkataan ‘kalau’ setelah ditimpa musibah. Perkataan dia boleh diubah dengan istigfar banyak2 kerana kemungkinan ada kesilapan dia yang menyebabkan hartanya tidak berkat dan telah tersalah labur ke arah yang salah.

Dalam situasi ketiga Pak Abu telah menggunakan perkataan ‘tapi’ untuk mengelak dari berbuat baik. Perkataan ini memang xsepatut diguna untuk mengelak dari berbuat baik. Sepatutnya Pak Abu menerima teguran Pak Seman dan berusaha untuk buat perkara yang baik itu.

Dari situasi di atas ada tiga perkataan iaitu TAPI KALAU NASIB. Tiga perkataan ini sangat-sangat disukai syaitan kerana ia dapat membuka laluan kepada syaitan untuk merosakkan yakin kita kepada Allah. Kita sebagai manusia yang begitu istimewa dan dilahirkan sebagai orang Islam xkan nak biar ja syaitan merosakkan yakin kita. Jadi perlulah kita usahakan perbetulkan percakapan kita agar tidak menggunakan perkataan ini. Satu orang sahabat nabi lihat awan mendung berkata ‘hari akan hujan’. Maka rasululllah SAW menegur yang percakapan sahabat tadi boleh merosakkan iman beliau. Nampak begitu ringan tapi kesan begitu mendalam jika percakapan kita rosak. Segala-gala perintah Allah akan jadi berat jika kita tidak berusaha untuk betulkan yakin kita kepada Allah.

16 Comments:

s a r said...

sangat menarik encek wafi :)

RuMaH TuA said...

Salam,

Syukran utk ingatan...

Dengan cakap iman yakin boleh bertambah,
dengan cakap juga iman yakin boleh rosak....

Iman lemah mungkin kita akan buat silap & Allah cuci dalam nerakaNya kemudian dimasukkan ke Syurga.

TAPI

Iman terpesong kekal dalam neraka Allah selama - lamanya.

"sama2 jaga percakapan"

Norsha said...

nice sharing wafi ! lemahnya kita, sama2lah memperbaikinya....

fuad ansari said...

artikel yg sgt menarik.. mengingatkan diri agar barhati2 dalam percakapan.. kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..

Unknown said...

peringatan yg sgt baik

sama juga dgn perkataan bosan.sebagai khalifah tidak harus kita ungkapkan kata ini kerana terlalu byk tanggungjawab yg perlu dan boleh kt lakukan spjg perasaan"bosan" itu.

*dlu sering juga sebut bosan...=(

Sutera_suci said...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sutera_suci said...

Teringat kata-kata adik


' Buah kalau tu, campak atas bukit pun tak tumbuh '


Terima kasih Wafi.

Wafi said...

sar: oh!

baitil: yup2.. sama2 jaga percakapan.. xtaw nak cakap apa lebih baik diam..

norsha: yup2... umat akhir zaman.. isk

Wafi said...

fuad: kerana lidah ramai manusia masuk neraka.. oh nauzubillah

titisan:oh tq.. okeh bosan juga kena buang dalam perkara baik.. guna perkataan bosan untuk perkara sia-sia.. tapi lebih baik tinggalkan ja perkara sia-sia

sutera: oh xtumbuh... sama-sama..

fishNchip:) said...

baru fhm kenapa..:) masa baca kat status fb dlu,tak phm..timakasih wafi.

budak kecik said...

betul2. sekali dh buat tu xde lg "kalau, tapi, nasib"...

kita kna amek iktibar dari situ

Unknown said...

Salam,tuan,kalau tuan ada pengalaman yang menarik di india,sila berkongsi dengan saya di blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan.

kookokrunch said...

nice blog ex-roomate.=)

say to easy=) said...

sangat menarik :)

Wafi said...

fishNchip:sama-sama fishNchip :)

budakkecik:yup2

AnakPendang: maaf tuan, xda pengalaman lagi.. dengar pengalaman orang banyak la.. :)

kokokrunh: eh eh

saytoeasy: easy...

mim-ha-mim-da-sin-ha-lam said...

bro, bez lu nyer blog.. keep up de gud work