Selasa, 7 Jun 2011

Kenapa lelaki perlu ke pasar?

(merujuk kepada pasar menjual ikan, ayam, sayur dan sebagainya atau lebih senang disebut market)

Bayangkan sekumpulan kanak-kanak sedang duduk di satu tempat dalam bentuk bulatan. Di tengah bulatan itu ada satu periuk buruk dan di keliling periuk itu ada batu-batu, daun-daun dan sebagainya. Maka ada seorang dari mereka memulakan aktiviti dengan mula memasukkan batu dan daun dalam periuk buruk itu sambil mengacau dengan sebatang kayu. Sambil mengacau dia ni pun berceloteh ala-ala chef dalam televisyen tu. Selesai aktiviti memasak itu tukang masak ni pun membahagi ‘makanan’ yang dimasak kepada kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak lain pun pura-pura mencuba sambil bercoleteh macam juri pertandingan masakan. Ha ha ha seronok tengok kanak-kanak main masak-masak. Aku tahu korang pun pernah buat kan zaman kanak-kanak dulu?! Aku xpernah bro! Aku kool kot zaman kanak-kanak. Ha ha ha


Sejak melepak dengan pokcik-pokcik dan abang-abang yang selalu lepak masjid maka ada la masa kadang-kadang akan ada aktiviti masak-masak. Ini bukan main masak-masak macam kanak-kanak tu tapi ni betul-betul punya masak. Jadi bila nak masak mesti la nak kena pergi pasar. Macam biasa kami akan melantik dua orang tukang masak dan satu hari tu aku dan chef terbilang Pak Cik Hensem telah dilantik. Setelah ditabalkan sebagai chef kami pun bergerak ke pasar dengan membonceng motosikal aku yang bukan kawasaki ninja itu.(moto kapcai ja brader!)


Sebelum ke pasar kami telah merancang untuk beli barang untuk dimasak. Kena merancang bro nanti pergi pasar habis satu pasar nanti dibeli. Ha ha ha. Sesampai di pasar macam biasa baca doa sebelum masuk pasar dulu lepas tu terus bergegas ke pasar dan mencapai barang-barang yang hendak dibeli.

Aku yang xpernah ke pasar pun telah banyak belajar dari sifuku pokcik hensem dalam mengenalpasti ikan-ikan yang hensem dan kool untuk dibeli. Antara cara-cara tengok ikan yang hensem dan kool ialah dengan melihat dibawah insangnya dan tengok mata dia. Kalau mata dia macam orang xtidur sebulan tu maksudnya dah lama makhluk ni arwah dan lama dah terperuk di kutub utara. Dibawah insang pula kita tengok kalau warnanya masih kemerahan tu maksudnya dia baru ja arwah(fresh lagi la tu, boleh la angkat)

Di pasar disamping lihat muka ikan-ikan yang hensem dan kool maka banyak lagi lah pemandangan yang terlihat. Antaranya ialah mokcik-mokcik yang datang pasar sorang lepas tu bukan sahaja membeli dan membelah tapi banyak pulok sembang dengan pokcik-pokcik kat market tu. Lepas tu kat pasar ni banyak air di lantai, jadi mokcik-mokcik dan kakak-kakak yang datang xkan nak pakai kain jubah labuh ke bawah yer dok? Jadi banyak lah perkara-perkara yang xpatut ditayang terpaksa tertayang(ayat pelik).

Banyaklah pemandangan yang xsepatutnya terlihat dah jadi terlihat. Maka perlu lah banyak beristigfar. Sian pokcik-pokcik yang duk berniaga ikan. Kalau xbersembang dituduh sombong pula dan xda semangat satu Malaysia pulok, ha ha ha. Bersembang dengan bukan muhrim tambah-tambah lagi bini orang apa hukumnya ey? Korang bijak korang boleh tanya dengan ustaz. Tapi bagi aku ini ialah satu perkara yang x baik. Xtahu la aku kalau ada fatwa boleh bersembang dengan pokcik jual ikan. Wauallahulam.

Jadi apa nak buat brader?

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah lelaki kena la belajar-belajar pergi ke pasar dan belajar teknik-teknik membeli ikan, ayam, sayuran, rempahan dan sebagainya. Lagipun lelaki kalau ikut sunnah kena pakai seluar atau kain atas lutut yer dok? Jadi xjadi masalah bila pergi pasar yang penuh dengan air ikan. Lagi satu lelaki yang pergi pasar juga perlu belajar teknik masuk pasar seperti doa masuk pasar. Kat pasar bukan semua pokcik jual ikan tapi ada juga mokcik dan amoi yang jual ikan. Jadi lelaki bincang la dengan bini dulu nak beli apa lepas tu pergi beli cepat-cepat boleh balik masak dengan bini. Yer dok? Jangan duk mengurat mokcik atau amoi dekat pasar pulok. Bini kat rumah siapa nak ngurat? Ha ha ha.

9 Comments:

cantekk said...

;-D yess,,, ha btol tu,,
tp llk skang byk yg pmls la wafi, lebey sggup suh bini p pasar, dia tunggu lam keta,, gitu...

ejulz said...

x reti sgt beli brg mentah ni.. heHe

Lily said...

Selalu ayah yang pergi pasar. Mak duk umah. So, lelaki semua kena la belajar nk beli ikan di pasar.

Anna said...

dulu arwah Pak yg pi pasar beli segala mala..la ni, kalau suh somi pi pasar rm 50 ntah hape dapatnya..tu pasal x puashati. Kita byk tu berbondong2 leh dapat tau....mmg x kasi dia pi pasar lah...nanti apa2 ntah dia beli..

mye said...

mmg laki kena taw pegi psar pn..
hehe..
yela nati2 kalo pape trjadi kat fmily or dh da wife nati kn snang..
hehe

Norsha said...

eloklah belajar2 p pasar, takdela isteri tu kena buat sume perkara, kurang2 ringanlh sikit beban mereka...

s a r said...

~ehehe. gud dah tu semangat nak pergi pasar. sesekali pergi tau macam mana suasananya.

bab borak2 tu yang tak bape nak best tu. borak je lama, beli satu benda je. ~eheh

Wafi said...

cantekk: erm oh tunggu dalam keta pula? kena ajak baik2 la turun keta.. ha ha ha

ejulz: aku pun xreti gak... xpa leh belajar2..

Lily: oh ayah mithali ni.. :)

Anna: alar sekali dia wat salah.. ce try wat list kat dia.. :)

mye: btol2 :)

norsha: tu la.. sian golongan isteri2 ni..

sar: borak sampai bergosip... ha ha ha

fuad ansari said...

yup.. betul3..

kena bawak berbincang n buat list sebelum pegi, hasilnya mmg cepat pegi dan cepat pulang dari pasar.. (",)

p/s: sekarang ni rasanya jarang dah pegi pasar basah.. dah byk pasar mini kat taman2.. hurm..