Di satu petang syahdu, teringat aku akan satu kenangan. Kenangan bersama abah dan mak aku di satu petang indah minum teh dan makan pisang goreng. Sedap bro makan ramai-ramai ni, tambah-tambah dengan keluarga kita. Seperti biasa la ada kadang-kadang disebabkan aku nakal dan keputusan peperiksaan aku xbaik maka, abah aku akan beri nasihat-nasihat sambil ditokok tambah oleh mak aku. Aku macam biasa, dengar sambil makan pisang goreng dengan gaya selamba nyum nyum.
Sampai satu bahagian abah aku berpesan ‘belajar rajin-rajin nanti besar jadi orang berjaya boleh ada rumah sendiri, kereta sendiri’. Aku pun jawab ‘Betul3x(gaya upin dan ipin)’ Abah aku pun cakap ‘betul ja kat mulut dia.. perbuatan x melambangkan apa dicakap pun’ Aku pun tersenyum.
Mak aku pun masuk (gaya nasihat bertubi-tubi kepada seorang anak yang nakal). Betul tu, belajar rajin-rajin. Nanti xmau belajar xda orang nak kawin dengan hang. Aku pun tersenyum lagi(kali ni malu sikit.. ha ha ha) Hurm senyum ja kerja budak ni. Nanti bila dah berjaya jangan lupa satu benda ‘JANGAN TINGGAL SOLAT’. Siapa pun wafi jadi nanti, jangan tinggal solat dalam apa keadaan sekalipun.( oh yeah nasihat ni bila teringat balik aku sangat suka) Solat tiang agama. Kalau agama kita runtuh xkira la kita jadi orang kaya macam mana pun xda gunanya. Aku pun jawab ‘Betul3x(gaya upin dan ipin)
Abah aku pun masuk pulak (gaya nasihat bertubi-tubi kepada seorang anak yang nakal). Lagi satu, nak jadi apa pun jadilah tapi jangan jadi ahli politik dan badan-badan kerajaan yang mudah terlibat dengan rasuah! Adeh xleh la aku jadi perdana menteri camni (berkata aku dalam hati.. ha ha ha.. angan-angan kanak-kanak)
Aku pun jawab ‘Wokey!’
Saat-saat tu dah berlalu dan aku pun dah besor panjang. Aku semakin kenal dunia. Oh ni rupanya dunia. Ini rupanya politik. Mula-mula dahulu aku kenal politik maka aku pun fikir ‘kalau xda politik macam mana nak pilih pemimpin?’ ‘kalau politik tidak mementingkan perkembangan ekonomi bagaimana Negara nak berjaya?’ ‘Dan alhamdulillah akhirnya aku diberi sedikit kefahaman ‘tiada agama maka xkan wujud politik islam, tiada agama tidak akan wujud Negara Islam’. Maka xda guna berpolitik jika usaha atas agama tidak diutamakan. Nak selamat jangan ambil tahu pasal politik!
Ada orang soal ‘Habis tu xleh amik tahu pasal politik bagaimana nak undi, nak pilih pemimpin?!’
Aku pun jawab ‘Benar, xperlu amik tahu pasal politik kalau nak selamat’
Aku pun bagi satu perumpamaan,
Hubungan lelaki dan perempuan dari segi Islam hanya HALAL dengan nikah. Tapi Islam telah sedia satu garis panduan sebelum nikah. Kita boleh pergi berjumpa dengan orang yang kita suka dengan ada mahram dia (bapa dia yang terbaik) dan berbincang ala-ala merisik gitu. Pastu balik korang pun buat solat istikharah. Kalau dah rasa dapat jawapan, korang pun hantar rombongan dan pastu terus nikah. Simple kan?
Begitu juga politik..
Maksud aku xamik tahu pasal politik ialah aku tidak amik tahu pergaduhan antara dua pihak politik. Umpatan mereka, fitnah dari kedua belah pihak, semua ni aku akan buat pekak ja.
Orang soal lagi ‘habis tu bagaimana nak tahu siapa betul?’
Aku pun jawab,
Macam hal kahwin tadi juga, bila tiba masa nak mengundi maka aku akan ambil tahu (ala-ala merisik gitu) tentang matlamat atau visi setiap parti politik. Manifesto apa diorang punya matlamat semua. Maka aku pun balik dan istikharah. Aku cuba bandingkan mana parti politik yang lebihkan agama. Mungkin ada di antara parti politik yang ada matlamat nak wujudkan masjid 24 jam. Mungkin ada parti politik yang nak sarankan pengamalan sunnah. Maka selepas aku istikharah dan aku pun pangkah undi lalu balik beli pisang goreng makan dengan bini aku. Selesai tanggungjawab. Bila orang tanya undi apa maka aku jawab ‘undi ialah rahsia (ha ha ha)’ Maka insyaallah selamat la aku dari fitnah-fitnah akhir zaman.
Sama juga dengan hal kahwin tadi, bila dah istikharah Allah tetap tunjuk minah tu. Sedangkan kita xtahu siapa minah tu. Dia mungkin perompak bersiri yang dah bertaubat kembali ke pangkal jalan. Dia mungkin pembunuh bersiri yang dah bertaubat kembali ke pangkal jalan. Tapi Allah tetapkan jodoh kita dengan dia. Maka kita terima dengan redha dan ditakdirkan Allah dia menjadi isteri solehah buat kita.
16 Comments:
thumbs up!
smart2...
aku suke...
betul,jalan selamat utk tidak terjebak dgn dosa fitnah..
ingat pesan mak ayah awak tu ye wafi..=)
semoga kita dikalangan orang yang diredhai Allah..
Diam adalah jalan yang terbaik.PAling penting,buat dakwah...Jangan terkesan dengan suasana..
entry yg baik....semoga kita dijauhi dari fitnah, difitnah dan memfitnah. amin.
Betul3x(gaya upin dan ipin)..
Nice entry..
Hebat macamana pun kat dunia kalau x datang kepada agama, tiadalah gunanya kerana dunia sekadar pinjaman dan akhirat itu berkekalan..
Apa-apa pun, pokok pangkalnya agama..
Ada agama, selamat..
Xde agama, mudah2an mendapat hidayat..
salam wafi,
sokong 100%, pandai betul bagi perumpamaan....bertuah mak ayah dapat anak mcm wafi ni....:)
saiful:thumbs up balik tangan..
muhammad: :)
catatan: selamatkan diri, sungguh maut itu dekat
anak wak mail: insyaallah.. ingat daku dalam doamu
Dae:noted! jangan terkesan dengan suasana
fuad: ha ha.. kegelapan tidak dapat diterangi dengan kegelapan.. agama itu pelita yang akan menerangi kegelapan..
norsha: patut cakap.. sian mak ayah wafi dapat anak pendosa macam wafi... ingat daku dalam doamu..
bagus punya penulisan..memang menyentuh kalbu,iktibar kpd mereka yg lalai mcm saya..
Menarik post ni. Arwah atuk kentang adalah salah satu pejuang UMNO, tapi sebelum dia meninggal dia pun pesan benda yang sama untuk anak cucunya iaitu jangan sertai politik kerana politik zaman sekarang sudah tercemar berbanding politik dahulu yang lebih kepada perjuangan. Politik sekarang semuanya pasal wang sahaja.
Tapi, pada kentang kita perlu tahu pasal politik, kerana jika kita ambil tahu bila tiba masa mengundi sahaja memungkin kita akan tertipu kerana mereka mungkin berpura-pura atau berjanji kosong. Oleh itu kita wajar tahu demi bangsa dan agama kita.
Seperti juga mencari pasangan. Tidak mungkin kita hanya kenal orang yang kita hendak risik hanya selepas kita merisik sahaja tetapi kita sudah tahu sebelum itu melalui orang ramai mahupun kita berkawan dengannya sendiri. Begitu jualah dalam politik.
Kita boleh tidak terlibat dengan politik tetapi tidak wajar untuk tidak ambil tahu. Seperti tidak ambil tahu masa depan anak cucu kita nanti. Wallahualam. Ape2pon satu post yang menarik.
ank pendang: kalau ank pendang cakap dia orang lalai, maksudnya aku berkali ganda lagi lalai..
kentang: terpulang kepada pendapat individu.. apa yang aku tulis pendapat aku berdasarkan nasihat yang aku terima.. :)
pergh...???kesitu pulok tuan..
percya ke tuan bahawa org politik yg memahami sesuatu kebaikan perlu di laksanakan dgn usaha manusia,
kata guru saya,akidah ini ialah akidah muktazilah..
more detail infradi la..
kat sini bahaya..hhuhu
ank pendang:hurm kita pergi ke saluran email lebih baik..
segalanya adalah politik dalam dunia ni, hubungan ibu bapa- anak, suami-isteri, adik beradik,sedara mara, sahabat taulan, politik adalah mengenai ambil hati dan amanah,kewajiban dan tanggungjawab cuma yang penting berpolitik haruslah berlandaskan agama, bagaimana mahu menjaga agama, bangsa dan negara jika tidak memimpin, bagaimana mahu memimpin jika tidak berpolitik, bagaimana mahu mengembangkan syiar islam jika tidak berdakwah, bagaimana mahu berdakwah jika tiada strategi politik, islam itu siasah, siasah itu politik, politik itu adalah fitrah manusia, wallahua'lam
admin: wallaualam.. :)
Post a Comment