Isnin, 9 Mei 2011

X mungkin?

Dalam ekonomi ada graf turun naiknya. Kadang-kadang ekonomi baik kadang-kadang ekonomi merudum. Seorang peniaga tiap-tiap hari tidak akan mendapat untung yang sama. Seorang pekerja kerajaan walaupun gajinya sama tiap2 bulan tapi perbelanjaan setiap bulan tidak sama. Adakala lampin anaknya pakai sebungkus sebulan, adakala anak buat hal perlu beli lampin 2 bungkus. Adakala isteri dia haid sekali adakala isteri dia haid dua kali( ha ha ha, faham2 sendiri).

Begitu juga dengan emosi kita. Kadang-kadang kita rasa tertekan, kadang-kadang rasa macam lapang dada. Kadang-kadang sampai satu situasi, kita rasa macam ‘arhh x mungkin aku akan berjaya, xmungkin aku boleh bangun semula, xmungkin aku akan diselamatkan, xmungkin aku boleh berniaga semula, xmungkin aku boleh sambung belajar, xmungkin orang yang jahat macam tu boleh jadi baik, xmungkin orang yang baik macam tu akan jadi jahat, xmungkin penyakit kanser boleh sembuh, xmungkin orang mati pucuk boleh berkahwin, xmungkin perempuan tua boleh lahirkan anak, xmungkin xmungkin xmungkin xmungkin xmungkin xmungkin (korang ulang sampai penat)

Disebabkan mesin masa aku dah repair jadi jom pergi mengembara sebentar. Cepat cepat pakai talipinggang ketat-ketat brader.

Di satu zaman ada satu orang nabi. Dia begitu sayang kepada Allah. Cintanya kepada Allah begitu dasyat. Sebelum dia menjadi nabi, dia mencari-cari siapa tuhannya. Dilihatnya matahari dikatakan ‘erm mungkin ini tuhanku’. Tapi bila tiba malam matahari sudah tiada. Dia pun berkata ‘xmungkin tuhanku sekejap ada sekejap tidak ada’. Bila dilihat bulan ‘ini mungkin tuhan aku’. Tapi bila siang, bulan dah xda lagi. Dia mencari dan mencari sampai satu hari dia telah mendapat wahyu. Lalu dia turun padang bukan untuk pancing undi tapi untuk khabarkan kepada umatnya perkara paling penting ‘sembahlah Allah, Dia tuhan yang satu’

Dia pun mula dipulaukan kerana konon-konon bawa satu risalah baru yang bertentangan dengan agama nenek moyang mereka. Keadaan kritikal sekali ialah bapa dia seorang tukang memahat patung berhala. Oh!

Banyak hinaan dan cercaan terhadap nabi ini. Dipulau tidak diberi makanan kerana dia mendakwa makanan tidak dapat mengenyangkan perut, tapi Allah yang mengenyangkan.

Disebabkan keadaan dia berdakwah tanpa henti dan tidak berputus asa, raja pada ketika itu dah xtahan dengan keadaan dia lalu buat keputusan untuk bakar nabi ini. Selepas perintah raja dikeluarkan, semua orang pun bergotong-royong nak bakar nabi ini. Persiapan dibuat kira-kira 60 hari. Begitu pelik, nak bakar satu orang dibuat api yang begitu besar. Api yang begitu besar, sehingga bila mereka nak lemparkan nabi ini ke api tersebut terpaksa lemparkan dari jauh.

Apabila sudah sampai detik untuk dilemparkan nabi ni, malaikat-malaikat semua begitu risau kerana orang yang nak dibakar ini ialah kekasih Allah. Malaikat jibril berkata ‘xmungkin dia akan diselamatkan’. Lalu jibril memohon kebenaran untuk turun beri bantuan kepada nabi ini. Allah membenarkan. Dia turun membawa malaikat penjaga gunung dan penjaga api.

Malaikat sampai dan berkata kepada nabi ini ‘aku datang untuk selamatkan kamu’. Maka ditanya nabi ini ‘adakah ini perintah Allah?’ Malaikat menjawab ‘ini bukan perintah Allah, aku yang meminta kebenaran dari Allah untuk datang bantu kamu. Lalu nabi ini berkata ‘kalau begitu, xmungkin kamu akan dapat selamatkan aku, cukuplah Allah bagiku’

Sebelum sahaja nabi ini sampai kepada api setelah dilemparkan, Allah telah perintah sendiri tanpa perantaraan malaikat kepada api, lebih kurang mafhumnya ‘sejuk dan sejahtera’ kepada api. Lalu api menjadi sejuk dan tenteram buat nabi ini. Dikatakan percikan api-api itu menghasilkan buah-buah untuk nabi ini makan. Dia dibakar selama 40 hari. Bila ditanya pada nabi ini, itulah saat paling bahagia dalam hidupnya.

Begitulah lebih kurang kehidupan kita. Allah gambarkan kisah-kisah nabi dalam al-quran untuk diambil iktibar, bukan untuk suka-suka baca lepas tu kita teruskan hidup macam biasa. Dalam kisah ni dapat kita ambil iktibar bahawa hidup perlu bertawakal kepada Allah. Hanya pada Allah tempat kita berharap. Bila kita nak buat sesuatu perkara yang baik dan mendakwa ia tidak mungkin berlaku maka perkara baik itu xkan berlaku sampai bila-bila. Tapi bila kita mula berdoa pada Allah dan disusuli dengan usaha yang istiqamah nescaya Allah akan bantu kita. Segala-galanya akan jadi mungkin.

Kesimpulan: Segala-galanya tidak mungkin bagi kita seorang manusia, makhluk ciptaan Allah. Tapi segala-galanya mungkin bagi Allah. Jangan putus asa dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah tidak pernah terlepas pandang kepada hamba-hambaNya. Bila kita usahakan sesuatu tapi tidak berjaya, maka ingatkan diri kita, kita cuma manusia. Hanya dengan izin Allah sesuatu perkara akan berjaya. Back to the future! Eh salah, Back to basic. Back to deen! (sejak bila aku cakap omputeh ni.. )

Ps: secubit garam bila dimasukkan ke dalam secawan air. Apa jadi? Kalau secubit garam yang sama dimasukkan kedalam sebaldi air. Apa jadi? Kalau secubit garam yang sama dimasukkan kedalam satu kolah air. Apa jadi? Kalau secubit garam yang sama dimasukkan kedalam setangki air. Apa jadi? Secubit garam itu ialah masalah kita. Jumlah air ialah cita-cita kita. Besar cita-cita, maka tenggelamlah masalah kita. Dalam perang khandak umat Islam terpaksa menggali parit dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka ditanam oleh nabi cita-cita yang tinggi. Cita-cita agar sinar dakwah menyinari rom dan parsi. Maka masalah lapar dan dahaga mereka menjadi kecil seperti secubit garam tadi.

9 Comments:

daliaHani said...

terima kasih:)

Wafi said...

sama-sama :).. moga-moga dapat manfaaat.

Norsha said...

segala-galanya tidak mungkin bagi kita manusia tapi segala-galanya mungkin bagi Allah....benar wafi benar....keyakinan inilah yg perlu ditanam dlm jiwa setiap manusia...

cik dila said...

"Jangan putus asa dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah tidak pernah terlepas pandang kepada hamba-hambaNya. Bila kita usahakan sesuatu tapi tidak berjaya, maka ingatkan diri kita, kita cuma manusia. Hanya dengan izin Allah sesuatu perkara akan berjaya"

yurp!selepas kesusahn pasti ade kemudahan..janji Allah itu pasti..tq 4 sharing...=)

Anak Wak Mail said...

mungkin tidakkkk!!!!!!!hehe....thanks bro..=)

Wafi said...

norsha: betol3x

cikdila: janji Allah segala-galanya benar


anak wak mail: your welcome! :)

cikida said...

sy suke dgn cerita ini n pandangan anda..=) sgt2 memberi ilmu dan jdikan sy befikir pnjg..insyaALLAH stiap yg kita lakukan diredhai Allah,,asalkan bertepatan dgn syariat agama..segalanya mungkin terjadi..kerana Allah S.W.T itu ada di samping kita.=)

mizzapple said...

entry yang penuh bermakna dan memberi kesedaran.


tq share. :)

Wafi said...

cikida: Allah boleh buat segala-galanya

miziapple: sama-sama.. :)