Khamis, 19 Mei 2011

Mengapa mereka berlapar?

Penduduk Malaysia boleh dikatakan semua tempat, semiskin mana pun selalunya mesti ada juga makanan dalam seminggu. Ni kira paling teruk la berlapar seminggu. Tapi kalau pembaca blog ni aku rasa xda yang berlapar sampai seminggu sebab korang mampu beli laptop sendiri. Laptop boleh beli xkan la makanan xle beli kan. Makanan melimpah ruah di sana sini. Makanan dibuang sana sini. Makanan xhabis diberi kepada kucing(dah x habis baru nak bagi.. isk aku la tu).

Kita tengok makanan seolah kita tengok muka kita kat cermin. Seperti perkara biasa. Xda makanan adalah satu perkara yang pelik. Dalam nikmat kekenyangan ni pun kita masih xboleh nak beribadah dengan sempurna. Bila ibadah xboleh nak sempurna, larangan Allah lagi la susah nak tinggal. Bila perkara yang disuruh pun malas nak buat, yang dilarang apatah lagi.Duit rasa xpernah cukup padahal hanya nak penuhkan perut. Untuk ini mari kita singkap satu kisah…. Jeng jeng jeng..

Di satu ketika di masjid nabawi, ada seorang tetamu datang dari jauh dan baru peluk Islam. Maka Nabi SAW telah suruh seorang sahabat untuk layan tetamu dengan hidangan makanan. Sahabat Nabi ini ialah Salman Al-Farisi.

Salman al farisi pergi rumah ke rumah sahabat-sahabat ,salam diberi dan soalan ditanya samada makanan ada untuk dilayan tetamu nabi SAW.Maka sampai dirumah pertama setelah ditanya maka dijawab ‘makanan untuk diri sendiri pun x ada’. Boleh dikatakan semua rumah Salman pergi xada makanan. Tapi tiba di satu rumah, seorang perempuan menjawab ‘dirumah aku xda makanan, tapi ambillah selendangku ini dan pergi ke pasar di hujung kota sana dan pergi ke sekian sekian kedai, kedai seorang yahudi bernama samun. Tukarlah selendang dengan tepung. Bawa la tepung kepadaku supaya aku dapat membuat roti.

Salman pun pergi ke kedai tersebut. Pekedai itu iaitu samun telah bertanya daripada mana salman datang. Salman menceritakan dia datang dari masjid nabawi untuk cari jika ada makanan untuk dilayan tetamu nabi yang baru peluk Islam di rumah-rumah sahabatnya, tetapi boleh dikatakan semua rumah tidak ada. Tapi ada seorang perempuan telah beri selendang untuk ditukarkan dengan tepung.

Maka samun minta salman tunggu sebentar. Dia masuk dan keluar kembali. Bila keluar, maka samun berkata ‘aku ada terbaca dalam kitab taurat bahawa akan datang satu nabi yang mana dia dan pengikutnya akan berlapar tetapi mereka akan melayan tetamu mereka dengan makanan, maka benarlah dia ialah nabi’. Lantas samun pun memeluk Islam juga. Samun beri tepung bersama dengan kain selendang sekali.

Salman telah bawa balik tepung pulang ke rumah perempuan tersebut. Perempuan tersebut telah buat roti dan dibalut roti  tersebut dengan kain selendangnya dan diberi kepada Salman. Salman berkata cukuplah roti ini, kain selendang ini kamu boleh ambil kembali. Perempuan itu menjawab ‘apa yang telah diberi kepada nabi tidak boleh diambil kembali’.

Perempuan itu ialah Fatimah, anak nabi SAW.

Oh! Mereka hidup bersusah payah untuk agama. Oleh kerana mereka sanggup bersusah payah mereka telah berjaya. Bila difikirkan nabi ialah seorang peniaga yang berjaya. Abu bakar juga seorang peniaga yang berjaya. Umar juga seorang peniaga yang berjaya. X sempat mereka untuk luangkan sedikit masa untuk berniaga? Bukankah dari keuntungan ini maka bolehlah penuhkan perut sendiri dan juga layan tetamu.

Mereka juga berniaga selepas peluk Islam. Cumanya masa untuk usaha atas perniagaan mereka seperti tidak banyak, kerana kepentingan agama lebih penting. Mereka ingin memenuhi hasrat nabi iaitu semua orang mendapat agama Islam. Mereka begitu sibuk menuntut ilmu agama dan begitu sibuk menyebarkan agama hinggakan perut mereka sendiri tidak dipenuhkan. Bukan kerana suka-suka xnak usaha, tapi nak digambarkan betapa mereka xsempat untuk luang masa untuk dunia.

Ada seorang sahabat nabi telah berniaga. Sahabat ni sangat pelik. Dia berniaga dan dia tunggu bila ada orang nak datang kepada dia dan beritahu barang yang mereka beli rosak dan ingin minta gantirugi. Lama juga sahabat ni berniaga tapi belum pernah ada orang datang tuntut gantirugi. Satu hari ada orang datang tuntut gantirugi, dan sahabat ni mengantikan barang yang dibelinya lantas sahabat ni pun terus tutup kedai.

Bila ditanya kenapa tutup kedai?

Dia jawab ‘nabi pernah beritahu aku, bila seorang peniaga jujur, apabila pelanggan datang tuntut gantirugi atas barang rosak atau sebagainya dan peniaga memenuhi hasrat pelanggan itu, maka Allah akan anugerahkan mahligai untuk dia di syurga. Maka cukuplah untukku, jika Allah dah janji mahligai untuk aku di syurga, maka insyaalllah aku akan masuk syurga, maka buat apa aku nak berniaga lagi’

Bila dah yakin boleh dapat syurga maka dunia sudah tidak bernilai bagi mereka. ‘Orang yang bijak,genius,bijok, cerdik ialah orang yang sentiasa membuat persiapan untuk mati bukan buat persiapan untuk hidup senang lenang di dunia.’ Orang kata ‘hero kalah dulu, menang masa detik-detik akhir’. Macam tu juga orang Islam. Hidup didunia susah2 dan sederhana tapi di akhirat bersenang lenang selama-lama-lama-lama-lamanya. Wuaa xboleh dibayangkan.

Kita hari ini makan semua cukup. Bukan setakat cukup tapi berlebih-lebihan. Terlampau dasyat makan sampai perlu buka kedai makan 24 jam untuk kita. Dah nikmat meruah-ruah pun langsung xkisah xambil cara hidup beragama. Alah sikit-sikit buat salah ok ja. Kita memandang remeh perkara-perkara dosa kecil. Di mana sifat taqwa kita? Kita hari ini suka guna fatwa, xsuka guna taqwa. Bila ditanya, kita pun bagi fatwa sekian sekian cakap sikit-sikit xpa. Kat dunia memang boleh jawab begitu. Di akhirat? Takut-takut orang yang buat fatwa dengan orang ikut fatwa kena cekup di mahkamah Allah. Lebih baik kita pilih jalan taqwa iaitu setiap perkara yang hendak dilakukan sentiasa takutkan Allah.

9 Comments:

mye said...

smoga Allah brikan taufik dan hdyah Nya kepada driku dan smua mnusia di ats muka bumi ni hgga hari kiamat..
huhu

s a r said...

alhamdulillah. terima kasih atas peringatan kepada yang selalu leka ni :)

semoga Dia sentiasa redhai apa yang kita lakukan InsyaAllah.

fuad ansari said...

Biar kurang makan, jangan kurang takwa..

Jauh sekali kehidupan sahabat dengan kehidupan kita..

Ya Allah, dekatkanlah kami kepada cara kehidupan Nabi saw dan para sahabat Baginda, mudah2an kami juga tergolong dikalangan mereka..

BTW, nice entry.. (",)

danielAriff said...

wow..

نور توفيقة ادريس said...

Keyakinan dyorang sangat2 kuat.....

Kuat sangat sampai bila banding dengan keyakinan sendiri, rasa macam tak ada nilai dah yang diri sendiri punya......

Norsha said...

umat hari ini mmg berlebih2an dr segi makan, mereka sentiasa mencari formula meningkatkn kualiti makanan sehingga terlupa kualiti iman (kata kat diri sendiri ni..)

Wafi said...

mye: amin

sar:amin Ya Rabb

fuad: yup, biar kurang makan, jangan kurang makanan rohani.. :)

danialArif: peewit!

taufiqa: yakin yang betul2 kukuh.. moga dapat kita contohi..

norsha:moga2 dapat kita belajar2 kurangkan makan.. berhenti makan sebelum kenyang..

Anak Wak Mail said...

kita kadang2 sampai buang mkanan..membazir..ish2..

Wafi said...

anak wak: bukan kadanag2, buang makanan jadi perkara biasa.. istigfar2..