Entri kali ini ditulis kerana aku tiba-tiba telah menyelami sejarah hidup aku... Kerana aku sudah semakin tua... kadang-kadang terkenang sejarah hidup yang telah berlalu.. dan bagaimana hatiku semakin hari semakin ditenggalami dengan duniawi dan semakin hitam dan kotor... Dengan harapan aku teruskan hidup agar dapat bersihkan hatiku sejernih air sungai(air sungai dulu-dulu la).. Pernah x masa sekolah rendah dulu ada pengalaman yang kita x pernah lupa... Semua orang mesti ada kisah hidup dia yang susah untuk dilupai... Pernah x cikgu korang tanya... Murid-murid sekalian.. nanti dah besar nak jadi apa? Oh semua murid-murid terus menjawab.. seorang demi seorang menjawab... dan tiba giliran aku... dengan bangganya(adeh kecil2 da riak ps:tolong ajar diri berfikir sebelum cakap... jangan ada riak ketika bercakap.. riak adalah syirik kecil.. mati dalam keadaan ni... oh... waAllualam) aku menjawab saya nak jadi askar cikgu.. nak berkhidmat untuk negara.... ohh.. sungguh patriotik diriku pada ketika itu.. Padahal baru 2 3 hari sebelum tu aku dengar pasal cerita leftenan Adnan... wahaha... Masa kecil2 kita lebih dipengaruhi dengan apa yang kita lihat.. Sebenarnya aku rasa semua orang memilih cita-cita berdasarkan pengaruh kawan2 atau kerjaya yang banyak duit atau skor dalam sesetengah subjek....
Masa sekolah rendah aku sangat suka menonton televisyen... terutama sekali cerita cina yang ada adegan kungfu... wahaha... sebut pasal televisyen pulak... televisyen juga memain peranan dalam menentukan cita-cita atau apa yang ingin kita jadi... sebenarnya televisyen adalah pengaruh besar... aku rasa gaya atau fesyen pemakaian hari ini pon banyak terpengaruh dari apa yang mereka lihat di televisyen.. Dan sebut pasal tv ni... time kecil2 dulu akan ada cerita kartun atau iklan.. cerita kartun atau iklan ni pula selalunya ikut kepada gadget2 atau permainan2 yang terkini.. contohnya ketika aku di sekolah rendah.. ada banyak iklan tentang digimon.. aku pun ketika itu ingin juga memiliki sebuah digimon.. seolah2 terasa cool bila ada sebuah digimon... tapi aku tidak ada duit yang cukup untuk memilik sebuah digimon itu... ohh.. aku hanya mampu berkongsi bermain kepunyaan orang sahaja.. hoho...
Semakin membesar aku... sehingga masuk ke sekolah menengah... aku lihat sepupu2 sudah mendapatkan kebenaran ibubapa mereka untuk menunggang motosikal...aku pon teringin juga untuk menunggang motosikal walaupun kami diketika itu belum cukup umur.. bak kata orang tua2.. kaki pon xsampai lagi nak tunggang motosikal..wahaha... tetapi itu lah keadaannya... dan tiba2 seorang teman aku menasihati aku.. jangan risau wafi... nanti dah sampai masanya, pasti boleh tunggang juga motosikal tu.. Malah mungkin dapat memiliki motosikal sendiri.. Ia pasti akan datang jika ad rezeki kita... :) ayat ini telah aku guna sehingga kini.. Sejak kecil, aku selalu membandingkan kehidupan aku dengan orang lain.. Segala2nya aku rasa seperti tidak cukup... Oh kecil2 lagi sudah tidak bersyukur.. Kadang2 aku rasa aku seperti asyik dibuli.. Maklumlah anak yang last2 kan... padahal dalam keadaan aku tidak bersyukur itu, sudah banyak nikmat yang tuhan kurniakan kepadaku... Oh sangat kotor hatiku...
Disekolah menengah juga aku melihat ramai kawan2 ku sudah ada teman gf or bf... Tiba2 terdetik rasa sunyi didalam hati aku.. Teringin juga untuk memiliki teman... Oh siapa la xnak kawin kan... Dalam kes ni pon... Sepatutnya.. kita mengamalkan prinsipini , Ia pasti akan datang jika ada jodoh.. Tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan... Jadi dalam setiap aspek dalam kehidupan kita ini... sememangnya benar bahawa rezeki, jodoh dan maut sudah ditetapkan bagi semua manusia... Cuba kita kenang kembali.. bermacam2 cita-cita kita masa kecil2 tapi apa yang kita jadi pada hari ini? Dan berapa banyak barang2 yang kita inginkan semasa kita kecil sudah kita mampu beli dengan sendiri.... Semua yang kita terkejar2 pasti akan datang jika ia memang rezeki kita...
Begitulah juga dengan jodoh, setiap manusia telah ditetapkan jodoh masing2... Dalam Islam hubungan antara lelaki dan perempuan yang diiktiraf hanyalah perkahwinan... Memang ada perkenalan sebelum perkahwinan.. tapi perkenalan tu yang aku pernah dengarlah.. perlu ada seorang yang boleh dipercayai menjadi orang tengah... tok imam or tok kadi.. lepas tu pihak lelaki perlu memaklumkan kepada orang tengah ni untuk menanyakan kepada si perempuan samada sudi atau tidak... dan selepas dah ok kenal sikit2... sepatutnya proses seterusnya adalah perkahwinan... tapi zaman sekarang kita sudah meninggalkan agama dalam hal ini.. aku dan kamu semua merasa diri hebat... mengambil tindakan sendiri.. dengan bercinta terlebih dahulu... sudah tentu bila cinta berputik... macam2 risiko mungkin berlaku.. lihatlah akhbar pada hari ini.. boleh dikatakan setiap hari ada bayi2 terbuang.. jika tidak terjadi sampai bayi terbuang pon.. cuba kita fikir? adakah Allah redha dengan perhubungan kita? Berpegang tangan di khalayak ramai? duduk berdekatan... menambah risiko untuk nafsu shahwat membuak2.. ditambah pula dengan syaitan yang suka tokok tambahnya.. ohh dimana maruah kita sebagai orang Islam hari ini... jodoh ada tiga...1. Pertama ialah jodoh dari syaitan, dua pasangan bercinta.. berpegang tangan... bermesra dan akhirnya berzina lalu meraka berkahwin... 2. Jodoh dari jin, apabila lelaki atau perempuan menggunakan ilmu hitam untuk memiliki seseorang yang disukainya. 3. jodoh dari Allah, apabila seorang pemuda berjumpa dengan seorang perempuan, dipinangnya dengan cara baik dan terus berkahwin.
Begitulah kiranya kehidupan kita... sememangnya hanya berpusing dengan 3 perkara sahaja, iaitu rezeki, jodoh dan akhirnya maut... kalau difikirkan untuk apa kita belajar? untuk bekerja bukan? untuk apa kita bekerja? untuk mencari rezeki bukan? untuk apa kita berkahwin? untuk ada teman bukan? dan untuk apa kita hidup? untuk mati bukan? untuk kembali kepada Allah... dan dihitung amalan kita.. " Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka memberi makan kepada-Ku" (Az-Zariyat ayat 56-57). Aku pernah dengar pepatah, carilah rezeki seperti kamu ingin hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah seperti kamu ingin mati keesokan harinya... Tapi orang sekarang termasuk aku sekali lebih berpegang kepada ayat yang pertama... bekerja bersungguh2 tapi terlupa nak gunakan ayat kedua... Bila ada mengenai hukum Allah atau perintah Allah maka patuhilah... kerana ayat pertama mengatakan 'seperti ingin hidup 1000tahun lagi' jadi bersabarlah kita dalam meneruskan kehidupan biar pun satu dunia membenci kita kerana mengikut perintah Allah dan RasulNya... ada 1000tahun lagi kan nak hidup... jadi bersabarlah dalam bertaqwa pada Allah..
Setiap perkara yang Allah telah tetapkan pasti ia akan datang kepada kita... tidak kira sesiapa pun cuba menghalangnya... Jika ditakdirkan sesuatu menjadi rezeki kita.. maka ia akan tetap menjadi rezeki kita.. Jika ditakdirkan seseorang itu menjadi jodoh kita, maka ia tetap akan menjadi jodoh kita.. jika ditakdirkan kita mati pada sekian hari, maka tetap kita akan mati pada sekian hari... Jadi dalam melalui setiap perkara yang pasti akan datang ini... patuhilah dan terima semua perintah Allah dan jauhilah setiap larangNya.. supaya mati kelak kita ditempatkan bersama orang2 yang soleh.. membawa hati sejenih air sungai seketika dahulu... Jangan dijual agama dengan harga dunia yang murah..“Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (untuk kepentingan dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) daripada agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah at-Taubat :9)
Janganlah terlalu risau akan rezeki atau jodoh kita.. tapi risaulah amalan kita yang akan dibawa sesudah mati kita... entri ini bukanlah bermaksud jangan usaha untuk cari rezeki, tapi berusahala kita semua.. tapi jangan ditinggalkan perintah Allah dan jauhilah semua larangan-Nya.. kerana tidak ada yang lebih berharga daripada mendapat keredhaan Allah dan mendapat pengampunan dari neraka Allah.. amin.... :)
0 Comments:
Post a Comment