Khamis, 13 Januari 2011

Jangan ambil dadah buruk, ambillah dadah baik....

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Boleh dikatakan semua ubat yang digunakan doktor hari ini ialah dadah... Dan ini adalah dadah yang 'baik'... Bagi aku, penggunaan dadah untuk tujuan baik(mengubati penyakit) dan pada kadar yang ditetapkan... sebagai contohnya ubat batuk yang diminum ketika korang terkena sakit batuk, dan diminum dengan harapan Allah membuat kita pulih dari batuk disebabkan kita minum ubat batuk pada kadar yang ditetapkan dan pada waktu yang betul(iaitu tengah sakit batuk laa)

TAPI.. aku pernah dengar yang ubat batuk ini dijadikan oleh sesetengah penagih dadah yang xdapat dadah dan menjadikan ubat batuk sebagai ganti.. Jadi ini adalah salah.. menggunakan perkara yang baik tadi untuk tujuan salah, dengan harapan Allah memberikan perasaan 'high' disebabkan dia minum ubat batuk pada kadar berlebihan dan pada waktu yang salah(xda sakit batuk pon.. tapi sakit xleh 'high') bermacam2 jenis lagi dadah yang telah disalahgunakan di dalam dunia oleh penagih dadah... konon dengan harapan jiwa menjadi lebih tenang (dapat 'high')... dan apabila dah mula 'high' akan jadi gian... Bila gian kita akan ambil lagi dan lagi dan lagi... sehinggalah merbahayakan kesihatan kita.. Jadi disini apa yang aku ingin ingatkan diri aku ialah jangan ambil 'dadah' yang membawa keburukan kepada diri sendiri... apa2 sahaja didunia yang xbaik yang boleh membuatkan aku gian dan ingin mengulangi kesilapan itu berulang-ulang kali... ok berhenti sekejap...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tersebutlah cerita , hujung minggu yang lepas aku telah menghadiri satu majlis jamuan makan malam tahunan syarikat aku.. kejadian itu berlaku pada hari sabtu lepas... bila disebut mengenai jamuan mestilah ada tema.. jadi tema untuk tahun ini ilah tema 70an.. Jadi beberapa hari sebelumnya aku dan sepupu aku terus berkejar ke pasaraya yang terdekat untuk membeli dan belah baju untuk dipakai... jadi sudah selesai satu hal... jadi petang sabtu selepas asar kami pun terus bergegas ke hotel berkenaan... khabarnya kena hadir awal sebab perlu daftar cabutan bertuah... setelah sampai di hotel berkenaan dan setelah parking kereta.. kami pun terus meluru masuk ke dewan makan yang telah disediakan... wow! bermacam2 gelagat manusia berpakaian.. sebelum ni amoi2 muda dan tua hanya memakai t-shirt company ke tempat kerja.. tapi hari ini sudah berpakaian seksi2...adeh... yang melayu nya pon tidak kurangnya juga berpakaian... adeh..

Permulaan majlis itu seperti majlis yang formal.. aku yang agak kekok tidak pernah makan di hotel terus menunggu dengan penuh sabar kerana perutku sudah lapar... Seperti biasa majlis dimulakan dengan ucapan dari pengurus2 syarikat... seterusnya diteruskan dengan majlis makan2... sambil kami menjamu selera, tiba2 mulalah majlis lain... diatas pentas, seorang penyanyi cina perempuan sudah mula menghiburkan semua orang dengan lagu2nya... ok ni macam ok ja lagi... tapi tengah didendagn kn lagu ni... oh da magrib kulihat jam aku... aku lihat gelagat melayu masih terpaku di tempat duduk mereka... lantas aku terus mengajak orang yang semeja dengan aku untuk pergi solat... selepas itu kami masuk semula ke dewan makan... keadaan seperti tenang yang diteruskan dengan hiburan2 di atas pentas... diteruskan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah.... dan tiba2 pelayan2 hotel mula menghidang minuman 'harimau' kepada semua orang... semua meja dipelawa... oh kami orang islam x minum bro minuman 'harimau'... bermula dari minum harimau ni lah, majlis makan malam sudah tidak tenang lagi.. tambahan lagi, diatas pentas sudah disaji dengan tarian2 ala2 wonder girl... adeh... suasana jadi serabut... kebanyakan orang sudah naik 'high' dek minuman 'harimau' itu... adeh.. begini rupanya makan malam syarikat ku... begini rupanya makan malam di hotel... ohh.. bermulalah bermacam2 adegan.. ada yang tiba2 nak bergaduh sesama sendiri.. ada muntah2... ada yang dah tertidur kat mana2... ohh...

tiba2 ada seorang cina berkata kepada seorang rakan sekerjaku melayu Islam, 'eh kamu kena minum sikit maa.. baru tenang sikit, kenapa kamu xleh minum?' rakan ku dengan bangga terus sound mamat cina ni.. 'cuba tengok orang minum apa jadi, xleh kawal dirikan?' mamat cina ni jawab 'ala boleh ja pon kawal diri....' rakanku menjawab 'tu kalau boleh kawal, kalau xboleh kawal apa jadi?' terus mama cina ni terdiam... adeh... sudah jelas lagi bersuluh minuman arak itu memabukkan... dan bila minum sememangnya xleh kawal diri.. jadi mengapa masih minum? Allah lebih mengetahui apa yang baik apa yang haram...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi dapat kita lihat karenah hidup manusia, tidak pernah bersetuju penuh dengan hukum Allah... berbalik kepada dadah... bagi aku perkara yang tidak baik dan membolehkan kita gian atau berulang kali buat adalah salah... seperi arak sememangnya salah... jadi xperlulah dinafikan... salah satu lagi perkara ialah merokok.. kita tahu merokok tidak mendatangkan apa2 kebaikan, yang lapar tidak akan kenyang, yang sakit x akan baik jika menghisap rokok... jadi mengapa kita membazirkan wang untuk ini? ini juga seperti dadah... terpaksa berulang kali buat walaupun tahu perkara itu tidak mendatangkan faedah...

banyak lagi perkara lain yang gian, misalnya berbuat maksiat, berzina dan lain2 lagi... bila sebut pasal zina, aku selalu terbayangkan isu kapel... kerana aku rasa zaman sekarang, zina tidak perlu lagi pergi mencari pelacur dan membayar pelacur itu... dari kapel, start dengan janji manis, lepas tu berpegang tangan, lepas tu pegang tu, lepas tu pegang ni... lepas tu cium sini cium sana,lepas tu bersentuhan kemaluan, lepas tu kemaluan masuk dalam kemaluan... lepas tu perut bunting... lepas tu buang bayi dalam tong sampah...  adeh.. ini pon merupakan satu dadah dalam masyarakat kita.. memasukkan cara hidup orang kafir dalam kehidupan kita... tidak pernah ada sejarah Islam ada istilah kapel ini.... hanya perkahwinan sahajalah cara percintaan yang diredhai Allah...

Jika benar pon ingin berkahwin, mengapa perlu bercinta dahulu? jika benar kita suka sama suka, berkahwinlah... kerana itu lebih baik... bagi aku perkahwinan adalah proses bercinta, berkenalan, dan memperbaiki kelemahan setiap individu... lagipun dengan berkahwin hubungan diredhai Allah, maka akan lebih bahagia rumahtangga... jika berkapel dulu sebelom kahwin, bila berkahwin jika xdiredhai Allah, bermulalah bermacam2 masalah... selalo bergaduh2... kenapa xromantik lagi macam sebelum kahwin dan bermacam2 lagi.. jadi untuk elak perkara yang xdiredhai Allah berlaku, lebih baik kita berkahwin saja dari berkapel..

Antara perkara lain yang boleh dikaitkan dengan dadah ialah game, sport, hiburan... perkara2 sebegini juga boleh jadi dadah yang tidak baik jika tidak dikawal dengan baik.. sebagai contoh game, ya aku suka bermain game juga.. memang tidak dinafikan aku juga pernah terjerut dengan dadah game ni... sampai terlalai habis tanggungjawabku kepada Allah... moga2 Allah mengampunkan dosaku untuk itu... cuba bayangkan jika kita bermain game seperti counter strike, dota yang perlu bermain beramai2... dan kita mula bermain game berdekatan dengan waktu azan... dan apa bila azan berkumandang apa yang aku dan korang semua buat? terus bermain? atau berhenti pergi sembahyang berjemaah(untuk lelaki) ?

Dizaman nabi dahulu dan zaman para sahabat.. jika dengar sahaja azan, mereke terketar-ketar tangan, takut kepada Allah.. melepaskan apa yang ada di tangan mereka, tengah berniaga kah tengah memasak kah... terus berjalan menuju ke masjid2 untuk solat berjemaah(sekali lagi diulang, lelaki sahaja yang dituntut, perempuan lebih baik solat dirumah)... inilah dadah yang terbaik... rasa cinta, takut, patuh kepada Allah secara 100%.... mengamalkan sunnah2 nabi, mematuhi semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya... mengambil berat tentang amaran2 Allah dalam al-qur'an... meneliti kisah2 nabi didalam al-quran... meneliti dan mengambil iktibar dari kisah2 umat yang diazab dizaman nabi2 sebelum Muhammad SAW... nabi SAW sepanjang umurnya bersedih dan risau keadaaan umat-Nya setelah dia pergi.... tetapi tidakkah kita sekurang-kurangnya risau tentang nasib kita sendiri????

0 Comments: