Cuba bayangkan tiba2 orang yang korang kenal tiba2 datang kat korang dalam keadaan macam orang gila... Korang pelik x? Cuba bayangkan tiba2 matahari berubah bentuk jadi petak... korang pelik x? cuba bayangkan bulan tiba2 jadi bentuk love... korang pelik x? cuba bayangkan jika korang seorang lelaki esok2 bangun korang jadi perempuan... korang pelik x? cuba bayangkan esok korang bangun korang jadi jutawan, ada rumah besar, ada orang gaji ramai, ada kereta idaman korang... korang pelik x? korang pening? korang xfhm? wahaha padan muka!!!
Dalam banyak2 perkara yang pelik yang aku cuba bayangkan kat atas ni, mesti ada yang korang suka dan korang xsuka kan? sebagai contohnya kalau tiba2 korang jadi kaya, mestilah bes kan... tapi kalau tiba2 korang jadi papa kedana mesti lah korang xsuka kan? wahaha aku pon xnak... jadi pelik x pelik ni?? wahaha aku pon da pening...
Cuba bayangkan korang duduk dalam sebuah kelas, dan dalam kelas tu ada 73 orang termasuk korang(orang2 pandai la termasuk korang jugak)... dan ada sorang cikgu yang seksi lagi cun kat dalam kelas tengah ngajar korang.... pastu cikgu yang seksi lagi cun ni edar 2 kad besar ada tulis nombor '2' dan '0' setiap seorang... pastu tiba2 cikgu yang seksi lagi cun tu cakap 'murid2, kelas hari ni cikgu nak tanya beberapa soalan ja pastu semua boleh balik? boleh? '.... semua murid2 dengan bersemangat mata terbeliak2 termasuk korang pon menjawab 'BOLEH CIKGU!!' (haha kalau aku pon bersemangat gak dah cikgu nak bagi balik awal) cikgu pon cakap lagi 'nanti bila cikgu tanya, semua mesti jawab ikut jawapan masing2 dan dengan mengangkat kad yang cikgu baru edarkan dan mesti diam, boleh?' murid pon jawab 'BOLEH!!' pastu cikgu pun mula bertanya......
Cikgu: sekor anak ayam tambah sekor bapa ayam jadi berapa?
Murid: (73 orang angkat kad 2 dengan suasana sunyi sepi diiringi lagu koboi)
Cikgu: sorang lelaki tambah seorang perempuan jadi berapa?
Murid: (73 orang angkat kad 2 dengan suasana sunyi sepi diiringi lagu koboi)
Cikgu: dari sepuluh orang bergaduh lapan orang terbunuh, jadi berapa yang tinggal?
Murid: (73 orang angkat kad 2 dengan suasana sunyi sepi diiringi lagu koboi)
Cikgu: erm memandangkan semua orang betul, jadi cikgu nak tanya soalan terakhir, siapa salah xboleh balik dulu.. ok 1+1 berapa?
Murid: (72 orang angkat kad 0 dengan suasana sunyi sepi tapi korang agkat kad 2)
korang dengan rasa bersalah menurunkan kad korang dan mengangkat kad 0 jugak...
lalu cikgu pon melepaskan semua balik... korang pon balik dengan muka blur... yang peliknya orang lain semua muka selamba badak ja balik, xbincangkan pon hal ni... PELIK!! PELIK!!
Inilah yang dikatakan 'reverse phsycology' kalau xsalah aku... Kita akan rasa bersalah apabila majoriti orang berbuat salah sedangkan kita berbuat benda yang betul.. (aku pon pening baca ayat aku..wahaha) Lalu kita pon membenarkan benda yang salah... Hal ini yang berlaku pada zaman ini... Cuba kita renung kembali, selepas kejadian kapal terbang langgar WTC dekat Amerika nun jauh di sana, umat Islam telah dilabelkan sebagai pengganas... Majoriti manusia didunia terus menerus melabelkan begini.... Jadi bila kita pergi ke Amerika, imej Islam seperi menutup aurat atau berjanggut mesti kena selindung2 takut2 dituduh sebagai pengganas...
Ok cuba bayangkan korang berpakaian jubah dan berserban berjalan di hypermarket... Adakah orang pelik? Ya sememangnya akan wujud sedikit rasa pelik walau x pelik sangat... Kita telah menyalahkan satu organisasi dari kesalahan individu... sebagai contoh, jika ada budak sekolah agama yang ditangkap berzina atau buang bayi dalam tong sampah... orang terus akan label, 'arhh budak sekolah agama memang teruk, dah banyak kes camtu...' Erk padahal dalam masa yang sama, banyak ja budak sekolah lain pon kena cekup juga.. Tu yang diheboh2kan, yang disimpan sebab xnak tanggung malu??? Ok satu lagi contoh, jika ternampak golongan pendakwah yang berdakwah, mesti masyarakat Islam zaman sekarang akan label, 'arhh mesti pengotor, ketiak busuk, mesti tinggal keluarga lama2, pastu isteri curang...' Padahal ramai ja orang yang x berdakwah busuk,xmandi,tinggal keluarga lama2(contoh pemandu lori yang selalu bawa lori x ingat dunia siang malam dan bawa pelacur letak kat belakang lori dia padahal ada bini kat rumah...tiba2 aku terbayang bagaimana aku kalau jadi pemandu lori dan jadi camni...wakakaka) Erkk.. aku rasa xramai pon golongan pendakwah macam tu... Ramai aku jumpa bersih ja, wangi ja... bahagia ja keluarga dia.. Contoh lagi.. kalau perempuan pakai tudung labuh elok2 ikut panduan Nabi SAW kena tangkap berzina, terus kita cop 'arhh pakai ja tudung labuh tapi hati jahat' Erkk padahal berapa ramai yang pakai baju tapi berbogel kena cekup xda pulak kena cop.. Pastu yang xberzina tapi dedah aurat cakap dengan berbangga pulak 'tengok aku, pakai biasa2 ja tapi hati baik' adeh!! Pelik!! Pelik!! Kita pelik dengan agama kita sendiri...
Mari kita rujuk hadis ini,
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Tirmizi)
Lihat hadis ini, dari sini kita dapat lihat satu puak sahaja akan terselamat iaitu puak yang ikut jalan Nabi dan sahabat2... Jadi jika golongan pendakwah pon kita dah pelik, apatah lagi banyak lagi apa yang dilakukan nabi dan para sahabat... Jika konsep dakwah yang dibawakan nabi pon kita xboleh terima, bagaimana nak elak api neraka bro2 n sista2 sekalian? Jika nak pergi solat berjemaah(untuk aku dan semua lelaki sekalian) pon xda usaha dan malas, bagaimana kita nak elak api neraka bro2 n sista2 sekalian? Jika Allah suruh tutup aurat ikut panduan Al-quran dan hadis pon kita xbuat, bagaimana nak jadi isteri solehah,ketua bidadari? Atau nak jadi ahli NERAKA?? Kita sudah belajar dan nampak kelemahan Islam tapi mengapa kita tidak ambil tindakan? Nak tunggu tok imam baca talkin(talkin ialah bacaan untuk orang yang baru ditanam meninggal donia yang fana ini) baru nak tobat?
Jadi bagaimana nak ambil tindakan?
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara iaitu Al-Quran dan As Sunnah, maka berpegang teguhlah kepadanya, kamu tidak akan sesat.
Maka sesungguhnya sesiapa yang hidup lama di antara kamu selepas wafat ku nescayalah dia dapat melihat perselisihan yang banyak. Ketika itu maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafah Al_Rashidin yang mendapat petujuk. Berpegang teguhlah dengannya ( Sunnah dan Sunnah Khalifah) dan gigitlah dengan gerahammu. - Riwayat Abu Daud.
Apa lagi? Jom baca quran, jom baca hadith, jom dengar ceramah, jom ajak orang dan diri sendiri kepada Allah, jom ajak orang dan diri sendiri buat baik,jom ingat mati, jom amalkan sunnah nabi, jom tutup aurat,jom pergi masjid.... Jangan 'jom enjoy lepak2 dulu,malam masih muda,umur masih muda, last2 umur 40an pon bajet masih muda' sampai terlewatkan solat dan kalau mati time lewat solat... adeh!!! tu yang lewat solat, kalau yang xsolat?? wauAllahuallam...
Doakan aku dan diri korang sekalian bro2 dan sista2 sekalian agar kita berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah tanpa menolak satu pun.... Doakan agar aku dan korang x pelik dengan agama sendiri... Doakan agar aku dan korang jadi golongan yang satu dari 73 golongan dalam hadis nabi SAW tu.. Amin... Moga2 aku dan korang akan dapat beristiqamah sampai kita mampos dan masuk kubur, tunggu kiamat, tunggu hari perbicaraan.. dimana hari itu ramai manusia bangun dari kubur dengan penyesalan... Oh semoga aku dan korang berada dalam syafaat Allah dan mendapat pengampunan dari api Neraka Allah yang teramat dasyat!!!! Doakan aku yang jahil ni agar dapat kekuatan untuk menuntut ilmu agama hingga ke kubur...
2 Comments:
Kalau malam ni kita tidur atas katil empuk, esok bangun dalam kubur.
Suka dak suka dak?
Ha ha ha.
huhu... kalau Allah dah redha atas kehidupan aku dan matikan aku dalam keadaan diampuni dari api neraka.. insyAllah aku redha dan suka.. :) sesungguhnya mati itu pasti... doakan aku dan korang2 juga..amin.. :)
Post a Comment