Isnin, 24 Januari 2011

Isteri suka berleter? Suami kaki pukul?

Apa pendapat korang jika seseorang isteri suka berleter? oh aku belum berkahwin dan masih bujang(ya sememangnya aku x sabar lagi nak kahwin.. wakaka) jadi aku x tahu bagaimana rasa jika dapat isteri yang suka berleter.. bagaimana rasa ada seorang isteir yang selalu tidur sekali tapi suka berleter.. wakaka aku dah jadi gatal.. ingatkan aku!! tapi jika suami kaki pukul sudah tentu aku dapat bayang... oh sungguh kasihan perempuan2 yang mendapat suami kaki pukul... perempuan dijadikan Allah sebagai teman hidup kita agar dapat berkongsi hidup dan dapat berjuang bersama2 dalam belajar untuk hidup dalam keredhaan Allah.... Jadi bakal2 suami dan bakal2 isteri2 atau yang dah kawin blajo2 lah ilmu rumahtangga dalam Islam ni bro2 n sista2 sekalian.. Islam telah lengkap dari segala segi.. Sampai cara romantik dengan isteri pon nabi ajar bro2 oi... Sampai cara isteri solehah pon nabi ajar bro... xcukup lagi? oh ternyata aku masih jahil... Jadi aku nak tulis sikit, kalau kita dapat isteri suka berleter camna ey?

Di sebuah negara yang ada padang pasir satu ketika dahulu, seorang lelaki sangat tidak tahan kepada isterinya yang suka berleter, lalu dia yang kepanasan telinga sehingga terbakar2( efek ini ditambah2 oleh penulis.. so jgn percaya yg hiperbola..wakakaka) terus meluru ke rumah seorang insan yang bernama Umar... berjalanlah beliau ini ke rumah Umar.... sejenak beliau sampai kerumah Umar, lalu insan bertaqwa ini memberi salam kepada Umar.... tiba2 dia terdengar isteri Umar sedang berleter kepadanya dan Umar ini hanya berdiam diri... lalu lelaki yang datang pon berkata  'adeh baru nak mintak nasihat rupa2nya Umar pon nasibnya lebih kurang ja cam aku...ceh lebih aku balik'(penulis telah mereka2 dialog sendiri yang maksudnya lebih kurang tetapi ditambah sedikit...wakaka)

Tiba2 Umar keluar dan berkata 'Eh bro nak g mana, tadi iya2 ja bagi salam, lek lu, ada apahal?'(sekali lagi penulis mereka dialog sendiri yang maksudnya lebih kurang tetapi ditambah sedikit...wakaka) Lalu lelaki tadi pon menjawab, 'aku baru nak ngadu kat ko,tentang isteri aku yang suka berleter tapi rupa2nya ko pon nasib sama ja macam aku'

(Aku pon malas nak tulis karangan lagi lalu tulis dalam format dialog dan sekali lagi penulis mereka2 dialog sendiri yang maksudnya lebih kurang tetapi ditambah sedikit...wakaka)

Umar               : eh bro, tadi masa isteri aku berleter ko ada dengar x aku menjawab
Lelaki budiman :xda pon
Umar               : tahu kenapa aku x menjawab?
Lelaki budiman :xtahu
Umar               : kerana aku banyak tertinggal tanggungjawabku dirumah, sepatutnya aku yang masak bro,    tapi bini aku yang masak, patutnya aku yang didik anak2 bro, tapi dia yang tolong didik anak2, sepatutnya aku yang g tesco beli ikan, tapi dia yang g beli, patutnya aku yang cuci pakaian, tapi isteri aku yang tolong buat, dan sebab ada isteri akulah aku xbuat perkara buruk diluar(berzina dll)

Lelaki budiman pon faham... oh begitu rupanya.... Sedangkan Saidina Umar yang garang pon berdiam diri ketika ister berleter, inikan kita brader2 kalau kawin, kita ni siapa la sangat kan brader2? Kalau difikir2kan kalau kita menjawab pon, bukankah ia akan menimbulkan satu pergaduhan? Lagipun kalau kita diam, kan lebih baik... berapa lama sangat dia nak berleter dibandingkan dia kena mengandungkan anak kita 9 bulan brader2? nak dibandingkan panas dia kat dapur memasak untuk anak2 dan kita? Ooo relak2...      perempuan2 sekalian jangan ambil kesempatan pulak, dah boleh berleter nak berleter pula yo? adeh.. jangan leter2 sangat, leter benda baik xpa.... 'eh abang, dah azan tu.. xreti2 g smayang lagi kat masjid'... haa leter camni bagus... wakakaka...

Bagi suami yang rasa diri dia gangster kaki pukul lak, korang fikir2 la... sedangkan Saidina Umar yang terkenal dengan garang dan gangster nya pernah tanam anak perempuan dia hidup2 pon setelah peluk Islam baik ja ngan isteri dia... Jadi korang xpayah nak tunjuk ganster kat isteri korang... ada faham??? (wahaha pandai ja aku cakap macam perunding perkahwinan pulak)...

Ok satu kisah hikayat lagi....

Seorang lelaki hensem telah berjalan2 dan ingin menziarahi abangnya disebuah tempat yang jauh dari rumahnya... almaklumlah masa zaman tu xdak nya 3g, webcam, facebook dan apa jadah semua tu... Sesampainya dirumah abangnya dia pon memberi salam....

(Aku pon malas nak tulis karangan lagi lalu tulis dalam format dialog dan sekali lagi penulis mereka2 dialog sendiri yang maksudnya lebih kurang tetapi ditambah sedikit...dan nama watak telah direka kerana penulis tidak ingat namanya... wakaka)

Lelaki hensem : Assalamualaikum...
Perempuan Berleter: Waalaikumsalam, siapa tu?
Lelaki hensem :Ni 'lelaki hensem', adik kepada abangnya 'lelaki kacak'
Perempuan Berleter: Lelaki kacak xdak, abang kamu tu, menyusahkan aku ja sejak kawin dengan aku, p cari kayu api berjam2 xbalik2 lagi, tah apa jadah dia buat kat dalam hutan tu, Blablablablabla(sampai kesudah 'perempuan berleter' ni berleter sampai air pon x dihidangkan kepada lelaki hensem ni iaitu adik iparnya)

Lelaki kacak pon tiba2 pulang..

Lelaki kacak: assalamualaikum, eh adik...
Lelaki hensem : waalaikumsalam, abang dah balik..

Maka berlakulah adegan berpelukan yang sengaja tidak ditunjuk atau digambarkan kerana risau korang semua beranggapan pelik...wakakaka... Lelaki kacak ni balik dengan kayu api, tapi yang peliknya kayu api ni tidak dibawa sendiri oleh lelaki kacak, tetapi dibawa oleh 'EL Tigre'(cita katun kat tv...wakakaka.. yg sebenarnya ialah harimau, kayu tu dibawa oleh harimau) Si adik yang kepelikan tanya si abang dan si abang cuma berkata El tigre ni tolong dia bawakan kayu tu dari hutan... Tengah bersembang2 dua beradik ni.. tiba2
Perempuan Berleter datang berleter kepada kedua beradik ini...blablablabla... oh... memang sesuai nama aku bagi... wakaka

Setahun berlalu

Si lelaki kacak datang lagi kerumah abangnya dan memberi salam

Lelaki hensem : Assalamualaikum...
Perempuan: Waalaikumsalam, siapa tu?
Lelaki hensem :Ni 'lelaki hensem', adik kepada abangnya 'lelaki kacak'
Perempuan:  Oh sila la masuk, jap ey kak buatkan air.. 'keting9x(bunyi sudu mengacau dalam teko mengacau air ho ho horlick lalu dibawa kepada lelaki hensem)
Lelaki hensem : Eh ho ho horlick, terima kasih akak...
Perempuan: Abang kamu ni lelaki kacak, bagus sangat blablabla(penuh dengan pujian dan bukan leteran lagi)

Setelah beberapa minit atau jam lelaki kacak pulang..

Lelaki kacak: assalamualaikum, eh adik...
Lelaki hensem : waalaikumsalam, abang dah balik..

Maka berlakulah adegan berpelukan yang sengaja tidak ditunjuk atau digambarkan kerana risau korang semua beranggapan pelik...wakakaka... Lelaki kacak ni balik dengan kayu api, tapi kali ni EL tigre dah xdok... oh kenapa... si adik bertanya.. (perempuan dalam dialog ini adalah isteri baru abangnya yang dikahwini setelah diceraikan isteri lamanya 'perempuan berleter')

Lelaki kacak: dulu masa dengan kakak kamu dulu El tigre datang membantu abang, tapi sekarang El Tigre dah xmembantu lagi...

Korang faham x? maksudnya disini, masa Lelaki kacak dengan isteri yang pertamanya, isterinya sangat suka berleter, mulut jahat dasyat sungguh, tetapi disebabkan Lelaki kacak sabar Allah telah menghantar bantuan yang orang biasa anggap pelik2, sampai angkat kayu pon ada harimau tolong.. Tapi bila abang dia dapat isteri solehah, Allah tarik bantuan tu, sebab dia dah dapat nikmat dunia... Hasil dari aku mendengar2 dan mendengar2 lagi, kalau la lelaki dapat isteri yang solehah, bermakna dia dah dapat nikmat dunia... Nikmat dunia yang paling power ialah isteri solehah...

Mana x nya bro2 sekalian, kalau ada isteri solehah, dia akan jaga kita dimasa kita susah dan senang... jika kita xda duit dia akan faham, jika kita sakit dia akan jaga, macam siti khadijah isteri nabi SAW, nabi balik dari gua hirak muka pucat sebab baru lepas jumpa jibril... tapi siti khadijah relak ja tenangkan nabi SAW... Cuba bayang kalau Siti Khadijah jenis yang x relak,x cool dan x solehah, mesti da kena sound 'haa tengok apa dah jadi, rumah ada nak tidur kat gua lagi'.... Tapi disebabkan Allah SWT Maha Bijaksana, dia telah menjodohkan isteri solehah kepada Nabi SAW kerana Allah Maha Mengetahui yang tugas berdakwah sangat berat, jadi memerlukan sokongan padu dari seorang wanita... macam 'side kick' la lebih kurang kalau dalam cita superhero.. wakakaka...

Aku juga pernah dengar dari sumber yang tidak diingati, ulama ada mengkaji, manusia jika berdakwah tanpa sokongan dari makhluk yang bernama isteri ni memang agak susah nak berjaya... sebagai contoh nabi Nuh as.. berdakwah 900 tahun lebih tapi tidak disokong oleh isterinya... Jadi xramai yang ikut dan dakwah nya kurang berjaya.. ni bukan aku cakap okeh... aku dengar dari penceramah yang tidak diingati lagi namanya (semoga tuhan memberkati penceramah ini)

Jadi apa2 pon bro2 n sista2 sekalian, sesiapa yang dah kawin atau yang belum kawin pon, tuntut lah ilmu tentang rumahtangga ni betul2... nak contohi siapa? contohilah manusia agung nabi SAW dan isteri2 nabi dan sahabat2 nabi...

ps: kepada suami2 dan bakal2 suami2 bila berkahwin korang semua akan mula menangguna dosa si isteri jika korang xtuntut ilmu baik2... kawin bukan nak sedap ja, tapi sebagai pelengkap diri... boleh beri sokongan dalam perjuangan menuju ke mati.. perjuangan dalam berdakwah mengajak manusia kepada Allah... perjuangan mendidik anak agar takut kepada Allah sebagaimana yang disarankan nabi SAW... Moga2 aku dan korang semua diberi pertolongan dan hidayah Allah..amin..

4 Comments:

Bijen M. said...

Wanita hiasan dunia.
Seindah hiasan adalah wanita solehah.
Sebab itu orang yang dapat isteri solehah, dia sudah mendapat nikmat dunia.

MissDila said...

bgus post ni..sesuai djdikan bhn dlm ceramah kursus kawen

Wafi said...

yang baik jadikan panduan, yang buruk tinggalkan...

Wafi said...

yup2.. wanita antara fitnah terbesar di akhir zaman ini... moga2 kita dilindungi..