Abah ialah gelaran yang dipanggil aku kepada seorang ayah/father/daddy/papa/dad atau apa-apa la korang panggil.. tapi aku panggil abah... korang masih ada abah? abah korang masih sihat?apa korang buat ngan abah korang? pernah korang lawan cakap abah korang? Pernah korang durhaka? Atau aku dan korang hanya berlagak seperti anak soleh tapi rupa-rupanya anak durhaka? Oh sangat rugilah jika aku dan korang jika tidak menggunakan masa yang anda untuk bersama dengan abah korang... kenapa abah ja? kenapa aku xbuat entri untuk mak sekali.. ya memang aku lebih fokuskan abah untuk entri ni kerana sebab2 tertentu yang korang x perlu tahu aku rasa.. wakakakekekeke(gelak popeye sikit).
Jika korang anak lelaki, sudahkah korang bantu abah n mak korang dimana dia perlukan bantuan? sudahkah anda menjadi anak soleh? sudahkah anda berusaha menuntut ilmu dunia dan yang penting ilmu ugama untuk diri anda sendiri? apa kaitan tuntut ilmu ugama dengan abah n mak? ya memang sangat berkaitan bro2 and sista2 forever sekalian... jika kita tidak menuntut ilmu ugama dengan cukupnya, kita akan ada peluang menjadi anak durhaka.. mengapa aku cakap macam tu... cuba tengok sekeliling korang, ramai anak2 lelaki yang bila dah besar, abah dan mak dah tua, masing2 sibuk dengan mencari rezeki sampai kena hantar abah dan mak korang yang tua ke rumah orang tua... ada yang malas nak amik tahu kerana mereka konon sibuk menjaga keluarga mereka, menjaga isteri kat rumah kono suami mithali sampai terlupa mereka masih ada abah dan mak... oh tidak!!!!
Dan ada juga anak2 lelaki yang suka merendek(err apa istilah standard tah, ermm melepak kot) dengan awekz2, mengurat aweks sana mengurat aweks sini... berkapel sana berkapel sini.. sampai lupa yang diorang ada abah dan mak kat rumah... dan mereka juga tidak sedar yang satu hari nanti mereka juga mungkin jadi abah kepada anak mereka.. OH!!! Apa perasaan bila kita jadi abah nanti dapat anak perempuan yang suka merendek berkapel,berzina, buat maksiat dengan lelaki kebanggaan diorang? Adakah kita sudah kembali ke zaman jahiliyah dimana orang risau dapat anak perempuan sampai kena bunuh anak perempuan takot nanti diorang besar dah ada badan lentik cun melecun diorang pergi merendek dengan lelaki kebanggaan negara atau hero negara? Oh sedar-sedarlah aku dan lelaki sekalian, dunia ini bulat... hari ini kita merendek ,berkapel ,buat maksiat, zina,dengan anak perempuan orang, esok-esok kita jadi abah bagaimana bro2? janganlah diamalkan ayat 'relak lu bro muda g, lepak2 dulu, nanti tua2 kita taubat la p masjid' korang atau 'lek lu sap kok lu'(ringkasan kepada relak dulu bro hisap rokok dulu).. komfem kah korang akan hidup sampai tua... Tengok2 esok korang keluar buat maksiat, korang mati katak eksiden.... dan kalau tua pon korang komfem kah korang sihat walafiat nak bertaubat???? wuaaa nauzubillah...
Jadi ,lelaki2 sekalian termasuk aku, cuba2lah jadi anak yang soleh.... jadi anak yang baik kepada abah dan mak... berbakti kepada mereka selagi mereka hidup dan selagi kita hidup... Hari ni kita jadi anak soleh, esok2 Allah kurniakan kita anak2 soleh/solehah... Kita mati masuk kubur, ada orang doa... Kita sakit nak mampos, diorang sanggup jaga... Ingatan kita xkuat kita cakap ulang2 diorang boleh sabar dengan kita... Kita sunyi diorang bawa kita g jalan2... Kita muntah hijau diorang sanggup bersihkan... Kita berak xboleh nak basuh diorang sanggup basuhkan.... Kita tersalah cakap sebab dah lupa2 diorang sanggup tegur dengan lemah lembut... Itulah anak soleh bro2 n sista2 sekalian.. doakan aku dan diri korang jadi anak soleh/solehah... amin...
Dan bila kita lelaki xganggu anak2 perempuan orang.. InsyAllah nanti kita dikurniakan isteri yang solehah... dari isteri solehah ini dan kita yang berusaha jadi anak soleh dulu, maka insyAllah lahirlah anak2 soleh/solehah ni.... Dan hepi go lucky lah kita masa masuk kubur nanti... insyAllah diorang tolong doakan... amin.... Moga dirahmati Allah.....
Okeh jika korang anak perempuan kepada abah dan mak korang pulak!!!! Ni agak bahaya... ERRR.... Jika korang anak perempuan kepada abah dan mak korang..... abah korang yang penat g kerja tu.... kena tanggung dosa mak korang n korang2 sekali... bayangkan jika korang duk merendek2, berkapel, buat maksiat, zina, mencuri,menyamun, xtutup aurat ikut alquran,mengumpat,meludah merata2... oh xkasihan kah korang dengan abah korang... dahlah dia penat mencari rezeki untuk keluarga, kena tanggung dosa isteri dan anak2 perempuan diorang... Golongan2 abah ni akan tanggung dosa anak perempuannya(jika xda usaha untuk nasihat dari kecik) sampai la dia kahwin dengan mana2 lelaki... n bila dah kahwin, dosa2 yang ditanggung oleh abah korang tadi transfer la kat bakal2 suami korang... adeh! dari abah ke suami... x kasihan kah korang2 kepada golongan2 abah ni... Isk3x...(tersedu2 sikit)
Kepada yang freehair, setiap helai rambut tu akan dihitung oleh Allah kelak dan akan diseksa api neraka... bayangkan jika korang tunjuk lengan korang, nak kira macam mana? setiap bulu roma korang? dan jika golongan yang pakai tudung tapi pakai baju ketat2 sendat2 nampak bontot ke kiri dan ke kanan... ni pon dikira tidak menutup aurat... Oh... kasihanilah golongan2 abah2 ni.... Mungkin ada yang berkata, 'ni fesyen zaman sekarang abah, tutup aurat juga pa'...dan jika abah ni xtahu dan kurang mendengar ceramah atau kurang mencari garis petunjuk yang betol, maka dia akan menangggunglah dosa anak ini yang nak ikut fesyen tu... Jadi berbalik kepada lelaki balik.. tuntutlah ilmu bro2 sekalian... belajar ugama dan amalkan supaya nanti kahwin kita xjadi lelaki dayus, membiarkan anak bini kita buat dosa dan kita yang kena tanggung.. sebab kita jahil dan belagak macam kita pandai xmahu dengar ceramah, bila ditegur kita cari pulak kesalahan orang yang menegur.. dan kita selalu amalkan prinsip 'relak lu bro, muda lagi, tua2 nanti kita taubat la pi masjid' atau 'lek lu sap kok lu'... oh plis jangan berlagak muda... esok2 mungkin hari kematian kita bro2 n sista2 sekalian... ohhhhh!! masuk kubur sorang2, anak bini korang teman kejap ja tolong baca talkin dengan tok imam kat kubur korang... pastu balik lama2 diorang hepi balik, n kalau xcukup ilmu korang bagi kat diorang, diorang jadi lagi terok, dan terseksalah kita golongan2 abah ni dalam kubur... nauzubillah... doakan aku dan korang agar dapat tuntut ilmu dengan baik... agar tidak menanggung dikemudian hari... ohhh!!!
Aku bukanlah anak yang baik atau manusia hebat... Doakan aku agar aku berubah dan menjadi anak yang baik... agar aku akan terus bersemangat waja menuntut ilmu ugama dan ilmu dunia untuk cari rezeki..... Maafkan aku abah... tidak berniat aku berbuat sedemikian kepadamu... aku hanya berharap yang terbaik buatmu abah... oh!!!!Mesti korang blur2 pa jadah aku kena minta maaf ngan abah aku... x perlu lah aku cakap kat sini... wakakakeke(gelak popeye lagi) Minta maaflah dengan abah n mak korang dikesempatan yang ada.... berubahlah jadi baik dikesempatan yang ada... belajar lah ilmu ugama dikesempatan yang ada.... banyak kemudahan sekarang ni.. boleh tanya ustaz dilaman web.. masjid2 pon banyak.. ringan2kan diri untuk pergi masjid dengar ceramah... ringankan diri untuk solat berjemaah bagi yang lelaki... yang perempuan, ringan2kan diri untuk solat di awal waktu... ringankan diri agar menutup aurat dengan sempurna.... Oh semoga aku tergolong dalam golongan hamba Allah yang patuh,anak soleh yang baik, suami mithali yang romantik, abah yang berilmu yang berani menegur anak bini dan ahli kubur yang dirahmati Allah... dan seterusnya diampunkan dari seksa api neraka.... amin.................
2 Comments:
ni cerpen ker realiti sendiri?
nice story..
huhhhuuh :)
erm.. ada yang realiti sendiri... ada yang berkaitan dengan pemerhatian disekeliling.. :) untuk peringatan diri sendiri..
Post a Comment