Bila sebut tentang piramid, mestilah piramid berbentuk piramid kan? wahaha... sejak kecil aku memang teringin nak bersiar-siar melihat piramid ni dengan mata kepala aku sendiri... mungkin dari pengaruh tv yg slalo aku tengok piramid2... tapi hajat ni x tercapai jugak sampai sekarang.. lagipun kalau kita ada duit perlulah kita utamakan yang wajib dulu iaitu menunaikan haji dan umrah.. baru la boleh nak bersiar-siar ke mana pon kan...
Ok, kita berbalik kepada piramid.. Untuk apa piramid diciptakan sebenarnya ya? dari apa yang aku pernah dengar, piramid ni dibina untuk makam firaun... Yes... Memang betol... hasil dari kajian aku di internet memang piramid dibina untuk makam firaun... Piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM). Ni aku celop dari wikipedia... wahaha... huiyo makan firaun pon dicipta sedashat tu kan... kita arini mati kena tanam dalam tanah ja pon...
Aku juga pernah dengar yang piramid ni freemason lah apa lah.... aku pon xberapa faham sangat ng freemason ni... Jadi aku malas nak ulas pasal ni... takot nanti salah fakta.... Tapi apa yang penting ialah piramid adalah piramid... dibina khas untuk makan firaun... dimana dalam al-quran diceritakan firaun ni adalah pemimpin yang mengaku dirinya tuhan... mana tidaknya.. Allah telah beri kesihatan tubuh badan padanya... sakit xpernah sekali pon dalam hidupnya... umur panjang nak mampos... Orang dah mati tah berapa keturunan... dia xmampos2 lagi... dari apa yang aku pernah dengar la.. Tapi satu hari pawang firaun telah mendapat sign yang satu hari nanti akan ada seorang budak lelaki lahir dan aku akan merosakkan status firaun sebagai tuhan dan membawa ajaran baru... dari apa yang aku tahu... budak laki ni ialah nabi Musa as..
Jadi, dengan kekuasan firaun di ketika itu, dia dengan hebatnya telah melancarkan Ops-budak lleaki... wahaha.. dia dengan kejamnya telah mengerahkan bala tenteranya untuk membunuh semua budak lelaki yang lahir pada ketika itu.. tidak ada seorang pon tertinggal... tapi dengan izin Allah... nabi Musa yang lahir ketika itu... Allah telah mengilhamkan kepada ibunya agar menghanyutkan anak dia ke sungai... tiba-tiba anak lelaki ini dijumpai oleh puteri firaun... dan dibawa kepada ibunya iaitu isteri firaun... Allah telah mengilhamkan rasa sayang kepada isterei firaun terhadap bayi itu iaitu Musa as... Firaun yang tahu mengenai keadaan itu terus mengarahkan untuk membunuhnya.. tapi dek kerana isterinya begitu sayang firaun telah membatalkan niatnya..
Nama Musa yang telah diberikan kepada bayi itu oleh keluarga Fir’aun, bererti air dan pohon (Mu=air , Sa=pohon) sesuai dengan tempat ditemukannya peti bayi itu. Didatangkanlah kemudian ke istana beberapa ibu untuk menjadi ibu susuan Musa. Akan tetapi setiap ibu yang mencoba dan memberi air susunya ditolak oleh bayi yang enggan menyusu. Dalam keadaan isteri Fir’aun lagi bingung memikirkan bayi pungutnya yang enggan menyusu dari sekian banyak ibu yang didatangkan ke istana, datanglah kakak Musa menawarkan seorang ibu lain yang mungkin diterima oleh bayi itu.
Yukabad, isteri Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya’qub iaitu ibu kandung nabi Musa akhirnya dibawa oleh kakak Musa itu.... Akhirnya Musa pon menyusu dengan ibu kandungnya sendiri... dia akhirnya pulang kerumahnya sendiri... seteleh selesai menyusu, Musa dibawa pulang ke istana kembali... Akhirnya dia dibesarkan dalam istana.. dibesarkan dengan kemewahan.. dipakai kan pakaian seperti firaun... hingga dia menjadi terkenal.
Akhirnya, bila Musa as telah besar... Musa sememangnya telah ditakdirkan Allah menjadi nabi Allah... Berdakwah kepada firaun dan umat pada ketika itu... Pada ketika itu kaum yahudi ditindas oleh firaun dan menjadi hamba2 abdi... Dan sudah tentu, apabila Musa mula berdakwah, firaun telah sedar akan kesilapannya tidak membunuh Musa semasa dia kecil dahulu.. Lalu melancarkan peperangan terhadap Musa... Peperangan tu aku x tahu macam mana.. Tapi digambarkan dalam Al-qur'an, yang nabi Allah Musa telah diberikan tongkat yang boleh bertukar menjadi ular... Pada zaman firaun memang femes bab2 sihir2 ni... So nabi Musa pon telah berlawan dengan ahli2 sihir firaun... dan sememangnya Musa as telah menang dengan ahli2 sihir ni sampai ahli2 sihir ni pon ingin tunduk kepada Allah.
Selepas tu digambarkan lagi yang firaun telah membawa bala tenteranya mengejar Musa dan kaum yahudi yang dibawa lari oleh Musa dari firaun yang kejam. Melalui laut, dimana Allah telah membuka jalan dilaut untuk Musa dan kaumnya berlari... macam mana Allah buka jalan ni? WaAllaualam... tapi ada orang telah mengkaji bahawa laut yang nabi Musa lalui ini ialah laut yang berada di Teluk Aqaba di Nuwaybi. Kedalamannya mencapai 1500 meter, 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab.
Jadi begitulah kehebatan Allah... Allahuakbar!!
Dan Al-qur'an telah membuktikan cerita ini wujud di waktu zaman jahiliyah arab, diman orang dimasa itu sudah tidak tahu tentang sejarah ini.. Bolehkah kita mengatakan Al-quran adalah ciptaan Muhammad SAW semata2? rujuk sikit....... "Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."(Surah Yunus ayat 90-92)
Dapat kita lihat hari ini bahawa mayat firaun telah ditemui... seperti mana dalam Al-Qur'an... dan hari ini kita masih boleh lihat mayat firaun ini yang dipanggil pharaoh masih lagi wujud... dan mayat2 firaun ini telah diawet.. dan ada yang disemadikan di dalam piramid2 ini.... piramid adalah salah satu binaan yang dikatakan hebat.. kalau x salah 7wonder... 7 binaan yang terhebat... Jadi cuba kita renungkan tuan2 dan puan2... Even makan firaun iaitu piramid pon dikatakan binaan terhebat... bagaimana istana firaun pula ya? rumah2 pembesar di zaman firaun? ke mana perginya? Di sini Allah telah tinggalkan makam firaun supaya kita berfikir... Semua yang lain telah lenyap dek azab Allah tapi ditinggalkan hanya makam firaun untuk kita berfikir... Betapa Maha Besar Allah yang boleh menurunkan azabnya bila2 sahaja... Jadi, xperlulah kita berbangga dengan salah satu 7 binaan keajaiban dunia ini... Sehebat mana pon teknologi kita pada hari ini... Kita tidak akan mampu berlawan dengan yang Maha Besar.. Tuhan Sekalian Alam...
ps: marilah aku dan korang semua kembali kepada Allah dengan sepenuh hati.... kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW... Dajjal sekali pon telah berkata sesiapa yang ikut Muhammad akan terselamat(rujuk cerita sahabat nabi yang terjumpa Dajjal di sebuah pulau)
2 Comments:
penah ada angan2 nak pi tgk piramid..insyaAllah kalau umr pjg
insyAllah... tapi kalau ada duit banyak buat la haji dulu ya shai.. :) kalau xsalah ada ja pakej haji umrah pastu leh g jalan egypt sekali.. :)
Post a Comment